468x60

.

memory indah selamanya...

Thursday, December 27, 2007


Kawan ataw sahabat…apakah itu? Ouh membawa satu maksud yg sgt2 besar. Terkenangkan budak yg nakal, budak yg rajin blaja, pertama kali didenda oleh cikgu dan byk lagi peristiwa gembira yg berlaku masa bersekolah kecik2 dulu. Tyme tu, sume nye happy! Yg kita taw cume seronok..takde masalah lgsung kan? Main…main…dan terus main…

Masuk jewk sekolah menengah….kita suda taw blaja menghargai hidup…makin matang hadapi cabaran hidup ini…tyme ni jgk la…kita akn blaja “mencari awex dan balak”…semenye bermula dr sini….dan persahabatan tetap berterusan…sehinggalah ke zaman kolej dan universiti..

Kolej? Universiti? Ahhh…kite dah masuk kesini rupenyer..Kepala mula pening…hidup makin stress tp kita tetap enjoy…wlupun kdg2 teringat asgnment berlambak2 tak siap menjelang dateline nk kna anta…kiter tetap relax! Last minute seme kelam kabut…ahh kite seme masih tak taw uruskan masa dgn btul..kiter tetap mcm dulu….tapi kawan tetap kawan…

Apabila dah dewasa, byk benda yg kita lalui masa kecik akan hilang dan masalah pulak akan bertambah…. Ya! Makin bnyak masalah! Mcm perdana menteri plak nk pk masalah negara…Kawan2 gak dah berpindah ke merata tempat untuk bekerja, bekerja demi masa depan..Kadang2 ada masanya kita akn terkenangkan kwn2 yg da lama kita tak jumpa.tyme ni la mle engat seme memori lama…..uh! sgt rindu itu seme….

Mungkin keadaan da berbeza tp apa yg telah kita lalui akan sentiasa menjadi memori, memori yg paling indah sekali…..memori yg ta mungkin akan dilupekan smpai bila2….kawan selamanya….

Photobucket

p/s: buat seme kwn2 aku kat sek agama masjid jamek beserah 1996-1999, sk assunta convent 1995-2000, smart 2001-2005, mpc beranang 2006-now…korang tetap di hati!!



salam aidil adha

Thursday, December 20, 2007

Hari Raya Aidil Adha (عيد الأضحى) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. (wikipedia)








 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates