468x60

.

photo shoot at klcc park.

Sunday, January 25, 2009

photo shoot at KLCC park last friday.
more photos in my facebook, myspace, and friendster.
anyway, thanks to the photographer







congratulation!


congrats to kak da and acik anang!
acik anang dapat baby boy named; muhammad luthfil hadi
and...
kak da dapat baby girl named; nur damia maisarah
congrats to both of youu!


Photobucket

Photobucket



errr....and congrats to si tompok too...
dapat twin baby boy; merah and puteh...


Photobucket




impian miss xxx tercapai.

Wednesday, January 21, 2009

entry kali ini khas untuk miss xxx miss xxs.
nampak nya,
impian selama ber-semester yang dah lama terkubur itu tercapai sudah.
selamat ber-jogging.
nanti kita ajak yamakasi skali ea?
haha.
jangan marah ah aku tulis entry kali ni.
saje je..
selamat bercuty ya kamu semua!
:)


p/s: kira dah naseb baek aku ta letak video and pic korang ber-jogging. haha..



catatan harian

Sunday, January 18, 2009

15 - 01 - 2009

Tesco kini dibuka di semenyih.
Ye mari beramai ke sana walaupun kita sepatutnya memboikot tesco.
Sudah pasti eyra, sue, farah dan lina adalah makhluk2 yang sangat lah excited utk pergi ke sana.
Yeah! Dengan excitednya juga mereka snap picture dengan banyak nya.
(mcm ta penah jumpa tesco).

Photobucket
Photobucket

Ta banyak pun brg yg dibeli.
Bg aku, harga mcm biasa je. Takda lah istimewa sangat.
But yang seronok nya, kami berempat beli tee yg sama design and color.
Lantak lah org nak ckp kami boria ke, pakai bj tesco ke, yg penting best!
Malam tuh, pegy mamam kat kedai, kami pakai baju baru itu.
Sedondon berempat. Hahaha… sangat meriah.
Mcm budak2 tadika terlepas kandang aje.
But, keseronokan itu hanya sementara.
Sape yang tahu pasti faham apa yg dimaksudkan.
Mintak maaf kalau entry aku kali ini mengundang sedikit kontroversi pada sesiapa.
But, for me, I'm the only witness and the only person who can judge my life!!
And tiada siapa pun boleh kongkong hidup aku kalau org tu takde kena mengena dengan aku.
Dalam dunia ni ada undang2 nya.
Takde siapa pun boleh ganggu hak asasi masing2.
Semua org ada hak masing2 untuk tentukan hidup mereka.
And, takde siapa pun boleh memfitnah orang lain tanpa bukti2 yg kukuh.
So, lu pikirlah sendiri.
Semakin hari aku rasa makin bosan dengan hidup aku sepanjang berada di sini.
Takde keseronokan atau apa2 kenangan yg boleh diingat sampai bila2 pun…
selain masa2 keseronokan aku bersama rakan2.
Hah! Pedulik ape aku. Life aku.
So, aku dah tak amek kesah pon apa nk jadi.
Aku ingat lagi pesan kawan2 aku.
Ignore je apa yg jadi. Pedulik kan itu semua.
Ye, and aku memang tgh ignore dengan semua ni.
Apa yang penting…kerjasama! eh eh… belajar dan teruskan hidup!
Hahaha… aku masih lagi di tahap sabar.
Cuma, jangan buat aku hilang sabar je la.
Oh tidak, mampu ke aku na terus bersabar dengan apa yg jadi?
Sampai bila hidup ni akan terus ditindas?
Bila lah melayu nak maju kalau sentiasa ada sifat hasad dengki pada orang lain?
Apa lah nak jadi dengan dunia ni.. pun aku tataw.
Da sangat2 bosan nak hidup je aku rasa.
Sampai bila lah hidup aku nak tenteram?
Sampai bila lah semua orang nak ganggu hidup aku?

Nota : aku tidak mention nama sesiapa… so, paham2 sendiri.


16 - 01 - 2009

Sangat bosan mengurung diri dalam bilik sepanjang hari.
So, aku memenuhi masa dengan tidur selama 6 jam.
Then, mengadap laptop meng-edit photo2 yg ada.



Aku saja je nak publish jugak gambar di atas.
Aku agak pelik dengan gmbr tersebut sebenarnya.
I looked totally different.
But, honestly gmbr itu memang begitu sebelum edit.
Aku just tambah film effect, vignetting filter, and fake tilt-shift filter.
Maka, terhasil lah gambar begitu.
Any comment?

17 - 01 – 2009

Apa anda akan lakukan jika jiwa anda sedang kacau?
Adakah anda akan merayau2 seorang diri di bandar tanpa arah tujuan?
Adakah anda akan bermain boling seorang diri tanpa tahu siap menang atau kalah?
Adakah anda tidak akan makan dari pagi sampai ptg?
Adakah anda akan ke karaoke dan melalak seorang diri?
Adakah anda akan menonton wayang bersendirian seperti orang gila?
Mungkin… sebab aku dah pun buat itu semua tadi…
Hahahaha… jiwa kacau!!

Anyway, aku baru je dapat stok cokelat kuh utk bulan ini.
Sangat lah banyak! Agak penat utk pikul 1 beg besar itu.
Makin gemok lah aku makan cokelat iu semua.
Ooopppsss…. Takde fakta mengatakan cokelat itu mengemukkan.
Cuti? Tiket?
Yes, FYI… aku masih tak dapat tiket bus utk pulang bercuti selama 5 hari!
Tiket sudah abis! Adoyaiii… jiwa bertambah kacau.

18-01-2009

ke tesco lagi.
membeli hadiah cik nazlina ku sygg itu.
beli cactus. hahaha.
cik lina, kalau cactus itu mati, ko pon aku bunuh! hahaha..
oh ya, aku da dapat tiket.
bapak ah ta best bus itu.
seat last skali lak tuh.
adush, tu lah len kali beli lagi tiket last minute.
malam, tgk AJL.
menjerit2 satu rumah sebab faizal tahir ta menang juara lagu.
hahaha. tapi aku sangat suka tgk muka lan MUH yg mcm badut itu.
:)


p/s:

terpaksa post blog mengikut tarikh.
dengan keadaan tiada internet di rumah sewa,
maka jadi lah begini.
taip blog di ms word berhari2,

baru dapat post disini.



israel boycott

Wednesday, January 14, 2009

Salam...

Saya sertakan di sini senarai barangan yang perlu diboikot.
Sila baca senarai ini sampai habis dan dengan teliti
serta bertindak lah dengan sewajarnya.
(Barang yang kita dah beli, teruskan lah pakai.
Cuma jangan beli pada masa akan datang (setelah stok persendirian habis))

Jangan lah kita menjadi golongan yang turut bersubahat dalam
menghancurkan rakyat Palestin.
Bersedia lah untuk berkorban.
Sedangkan mereka yakni rakyat Palestin sudi menjadi
barisan pertama mempertahankan Islam,
masakan pengorbanan sekecil ini kita tidak mampu buat.

Ramai akan berpendapat, apalah sangat yang kita mampu
untuk bawakan kesannya. Kita tidak tahu, mungkin usaha
sekecil ini mampu menyelamatkan kita dari
neraka Jahannam di hari Penghitungan kelak.

"Ask not what Islam give to you. Ask what you give (sacrifice) for Islam"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ada yang tertanya-tanya tentang kempen boikotkan barangan buatan Israel..
Tapi sejauh mana keberkesanannya?

Mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang senarai produk buatan mereka
atau kempen tersebut hanyalah umpama hangat-hangat tahi ayam?
Kalau hendak senaraikan,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita
menerima kenyataan tentang hakikat sebenar.

Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel
atau penyumbang kepada Israel
seperti, Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson,
Revlon, L'Oreal dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta
sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges,
Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks,
Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M,
Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou,
Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam
membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka,
keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. J
ADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC
Produk :Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry,
Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel.
Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari
kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka
serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea,
Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate,
Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid,
Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments.
Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar
di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle
menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan
Jerusalem sebagai ibu negara Israel.
Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk
menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan
Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse,
Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler,
Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat
Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy,
Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani,
Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli
daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu.
Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis.
Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center
yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel.
Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel.
Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga
Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada
25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier,
Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline,
Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa
mereka menutup kilang di Israel,
mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel.
Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap
mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel.
Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone,
La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics,
Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi
Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi.
Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah
untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark ,
menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu,
kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene , Always, Tide, Crest,

Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up,
colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix,
Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux,
Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix,
Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker,
Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE
- Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen.



tagged by anne


Masih pening buat homework ini.
mybe i'll just do the tag from anne.

Describe 10 things about the person who tagged you.
1- Nama dia anne.
2- Dia sangat addicted to pink color.
3- entry blog die sangat senang untuk dibaca.
4- dia sangat lah jauh dari saya
5- saya tataw mana saya kenal dia. Blogger mungkin.
6- dia sangat lah baik

(anne mula perasan ketika baca statement jujur ini)
7- dia sentiasa nak shopping apa sahaja yg berkaler pink
8- dia sangat kreatif mungkin.
9- dia kembar tak rasmi saya. Banyak persamaan.
10- dia suka snap picture di mana2.

Now u have to describe 10 things about yourself.
1- Nama saya eyra
2- I’m single but not available.
3- saya sangat cinta sama pink color.
4- saya suka study blogging.
5- seperti anne, I’m on a weight management plan *sigh*
6- sangat sayang sama bf saya.
7- sedang berangan mahu kurus.
8- sangat sayang juga sama handphone2 dan teddy saya.
9- teringin mahu makan secret recipe ketika ini.
10- sedang pening belajar.

At the end, you need to choose 5 people to be tagged.
1- yamakasi
2- vujie
3- farina
4- farrah izyan
5- skeletor



hari-hari yang busy.


post pertama aku di beranang.
haha. memang tak bley blah.
sangat busy sebenarnya.
memang takde masa untuk update blog.
maka sentiasa jadi silent reader sepanjang minggu ni.
takde ape yg berlaku pun.
now secara rasmi nya menetap di kelas HND 4 section 2.
amek 4 subjek je sem ni.
tp sangat la susah.
aku fikir, mungkin otak bakal merenk sem ni.
result? sem lepas aku cuma dpt 3.34 gpa. cgpa? cuma 3.11.
sangat lah sikit. adoyaii.
sue, cmne lah kita nak dapatkan 3.75 ni? ta dapat pi UK nanty.
hahaha.. angan2 semuanya.
aku tataw nak update apa sebenarnya.
last week tak kemana pun.
cuma ke youth '09 di pwtc.
agak seronok. and sempat utk membazir.
membeli cupcakes yg sangat comel dan tee baru!
and sempat singgah ke midvalley sebentar berjumpa rakan2.
singgah je pun.. jumpa kawan aku yg tgh ade gath kat sana.
best btol diorg ni plan event. siap reserved 1 hall GSC and A&W tu.
kelas baru start selasa lepas. tu pun ta blaja sangat.
tapi aku dah start pening sedikit demi sedikit.
cuma mengawal situasi. hahaha.
adoyaii. baru seminggu kat kolej aku da pening.
i think, my fav subjek sem ni web la kott.
haha. tesco baru sudah dibuka di semenyih.
tesco? miss nini ckp, kita patut boikot tesco.
hurm. tataw lah. aku nak pegi pun ta de duet.
haha. pegy tgk2 je la.
kerja? yup. sedang memikirkan tentang part time di mana2.
aku da dapat keje sebenarnya.
tp haruskah? aduh. nak beli buku pun da ta mampu ni.
sengkek nya diriku ketika ini.
melihat slip maybank aku yang hanya tinggal rm50.82,
di cimb juga rm13.54...
sangat sedih.

oh ye. to sis ara;
selamat bertunang! ahad ini bukan?
adek mu akan cuba sedaya upaya utk ke sana.
sangat jauh sebenarnya.
mungkin aku akan berbasikal ke putrajaya?
oh tidak!
hurm.
ketika ini sangat bosan sebenarnya.
sedang menyiapkan homework QMP.
maka otak sedikit merenk mengadap software maintenance.
aduh~~ hentikan blogging ini semua.
kerja masih tidak siap..


p/s: abaikan aja apa yang aku bebelkan itu. lalala...







MILO recipe!

Tuesday, January 06, 2009

Attention

ini merupakan entry terakhir saya sebelum pulang ke rumah sewa saya yg terletak jauh di pedalaman Selangor itu.
selamat kembali ke sekolah college semua.

oh ye...
baru-baru ini saya telah menambah cooking skill saya.
Nampaknya saya telah banyak dipengaruhi oleh talkshow Rachael Ray faveret saya itu.
Cooking? No lah. Buat air je. Hahaha…
kali ni, saya telah cuba untuk buat banana shake.
Recipe nya dtg dari milo sebenarnya.
Trimas untuk milo kerana telah menge-pos satu buku recipe itu.

Baiklah, recipe ini ditujukan khas untuk miss xxx yang sedang berusaha untuk berdiet.
Hidangan ini untuk 4 orang. Sila salin ye semua;

Ingredient A:
6 tablespoons MILO powder dissolved in 4 tablespoons hot water
1 ripe banana
1 cup chilled low fat milk
1 cup crushed ice

Ingredient B:
I scoop vanilla ice cream

01.Blend all ingredients A in blender until well mixed.
02.Pour smoothie into chilled glasses and top with ice cream
03.Serve at once.

So, mudah bukan? Selamat mencuba semua!



penat. letih. gemuk!

Monday, January 05, 2009

semakin bosan dari hari ke hari.
semakin penat untuk melakukan semua keje.
oh adakah ini tanda2 aku semakin malas?
atau sudah semakin gemuk.

miss xxx pernah berkata-kata die juga semakin penat dan tak larat kerana sudah semakin gemuk.
aduh!
miss xxx, bukak sem ni kita gey jogging okayh?
jogging?
ye angan-angan miss xxx sejak beberapa semester yg lepas.
tapi kesudahannya; kami hanya tidur berterusan setiap petang di rumah masing2.
bila lah impian miss xxx itu akan menjadi realiti?

hurm, sudah semakin hampir hari pendaftaran itu.

8 january, bermula lah mimpi ngeri aku dan rakan2.
konpem semakin banyak assignment yang sedang menanti itu.


*sigh*
aku semakin hari semakin suka merungut.
hahaha.
semalam sampai tak dapat nak tidur.
kenapa ntah.
bila tidur je miimpi ngeri.
penat btol lah..
tak tidur lg senang.
ishh.. ape aku mengarut ntah.
masih mamai ni..




MASALAH! MASALAH! MASALAH!

Sunday, January 04, 2009

MASALAH datang!!!
blog aku mengalami masalah.
masalah apa?? baca lah;

jika anda merupakan pengguna IE;
masalahnya ialah allign blog ini seakan berubah.
maka entry kuh yg panjang2 ditaip

sebahagiannya tidak diview. aku tataw apa yg ta kna.

jika anda pengguna mozilla;
masalahnya ialah colour tulisan

berubah dengan sendirinya.
hampir semua bertukar kepada pink colour.


oh apa yg harus dilakukan??
adakah layout ini perlu ditukar lagi?
yes. mungkin.
oh malasnya!!!



kehidupan selama dua hari yang bosan


Salam… Lately , aku sangat lah rajin utk menaip blog kuh ini. Mungkin kebosanan adalah factor penting yg menyebabkan kerajinan aku bertambah2 sekarang. Kebosanan di kala cuti semester yang lama + kerinduan pada si dia. Hurm , sesungguhnya memang aku tataw apa lagi yang harus aku buat di kala kebosanan ini selain menaip blog. Lalalala….saja je buat ayat putar belit bg korang semua turut bosan…



Hal-hal yang berlaku pada 3 january – 4 january 2009

1. Hujan



Hujan tak henti2 turun sampai skrg. FYI, aku sekarang berada di Pahang. Dan dengan malasnya aku nak cerita panjang, aku sarankan korang semua tgk je berita kat tv okayhh?? Soo…?? Dah tau?? Yes. Pahang sedang dilanda banjir disebabkan hujan yang dah berhari2 non-stop. Aku sendiri rasa mcm dah beku kala tido di waktu malam. Mungkinkah rumah ku bakal menjadi pulau?? Sebab biasanya tak banjir kawasan ni Cuma akan menjadi sebuah pulau yang tak diiktiraf . hopefully semua itu tidak berlaku.

2. Tiket untuk pulang

Awal pagi td aku bangkit dari tdo kuh, aku siap2 utk keluar. Ke mana? Ke office sepupu kuh, nurul. Sebenarnya , hajat utama mau ke terminal bus di depan itu. Aku ke terminal membeli tiket untuk pulang ke rumah sewa kuh. Setelah menghabiskan masa selama 40 minit sehingga menimbulkan keraguan di kalangan penjual2 tiket yang ada , aku akhirnya decide uk membeli tiket bus SANI EKSPRESS yang berharga RM24.70. Wah!! Naik bus 2 tingkat lah kali ni. Aku beli tiket ke kajang terus memandangkan kuantii beg aku semakin bertambah. And now , im wondering… camna lah aku nak pikul beg2 ni semua utk sampai ke beranang? Oh tidak!!! Anyone can help me???

3. East coast mall

Setelah puas meredah hujan yang sangatlah lebat, aku akhirnya tiba jua di ECM. Ceth! Mcm lah aku jalan kaki. Hahahaha… anyway, aku sendiri tak tahu sama ada aku ke sana atas tujuan apa sebenarnya. Shopping? Tak mungkin. Lalalalalala… but, 1st thing yang aku buat setibanya di sana, aku ke big apple donut. Apa lagi?? Time2 hujan mcm ni ditambah lagi dengan perut yang menyanyi2 kelaparan , aku beli lah satu donut yg sangat lah sedap utk mengisi perut yg kosong ini. Nyummmy.. sangat sedap! Di big apple; kelihatan satu makhluk yang sangat2 aku kenal sedang kusyuk mengadap laptop nya untuk online. Siapa? Hanya aku yang tahu… then , aku berjalan2 di ECM dan aku tak membeli apa2 di ECM. Hahaha… mesti semua tak percaya….

4. Kenangan kanak-kanak

Photobucket

Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dlu. Korang pernah makan gula2 diatas tak? Mungkin ye. Dulu, 10 sen sebatang. Skrg? 20 sen. Tapi aku beli gula2 ni 15 batang rm3.00. adoyaii , zaman dulu2 lagi murah kott. Dulu ta silap aku yg feymes nya perisa strawberry , grape dengan orange je. Baru ni aku beli ade perisa pink guava , apple , dengan mango plak. Mcm2 da rasa yg ade. Tp not bad lah. Anyway , apa2 pun gula2 ni mmg faveret aku dr dulu sampai lah skrg..!! nyummy…

5. Carrefour

Carrefour? Care for you kunun nya. Hari ni, adek aku cakap, Carrefour bikin dia hot. Ho ho ho hotttt…. Bermula ceritanya, kejadian berlaku keika membeli berkotak2 susu dutch lady. Kerana promosi mengatakan buy 1 get 1 free. Tp, kejadian bertambah kecoh apabila pihak Carrefour menafikan promosi itu. Apa lagi…adek aku pun ngamuk lah… then , lu pikir lah sendiri apa yang jadi.. tapi kami menang okayhh!! Hahhahaha….

6. Taiping

Baru sahaja menonton tv sebentar td. Destinasi bajet ke taiping. Oh taiping! Memang destinasi yang sangat seronok. Ta percaya?? Try ah pegy. Tadi aku sms ngan sue. Orait sue, nanty kiter buat rombongan tadika ke sana ya?? Hahaha. Best dowh! Aku na pegy lagi!!

7. Happy birthday

Happy birthday to kak long ila and zaim untuk birthday mereka 4 january 2009. Both of them are my cousins. And happy birthday to abg ngah 6 january ni and juga to naqi, my ex-classmate masa sekolah dulu… happy birthday!!! Naqi, hadiah tak de la… maybe aku nyanyi lagu beday je lah kott. Sebab aku masih ta mampu unuk belikan sweater padini yg kau idam2 kan itu. Sangat lah mahal!! And happy birthday to ehsan this 8 january… pesan dari penaja; “jaga lina elok2! Eyra bunuh ehsan nanti kalau ehsan ta jaga die elok2 ok..?? she is my gf. Hahaha..” ramai lagi yang sambut birthday bln ni. But, later je la aku citer..

8. Padini dan sales



Teruja melihat skrin k770oi ku sebentar td. Sms from padini. CNY pre-sales for members from 5-9 january. OMG!! Nak shopping!! Tapi ta de bajet dowh. Aku berkenan yang amat dengan baju baru di Padini Authenic. Harga? Rm119.00. mana mampu dowh. Mana nak cekau duet ni… ishhh.. bila lah duet nak jatuh dr langit?? Bleyh lah gi beli baju tuh.. okayhh fine! Trus kan angan2 ku sampai tak sudah…ade jugak aku buat macam dalam citer bedtime stories tu kang... kalau die buat hujan gula2 getah..aku nak buat hujan duet. hahaha...

9. Comment

Comment… yes. Comment di blog kuh sedah kembali. Finally, dapat jugak coding nya. Terima kasih kepada
queen rara and vujie. Ok apa lagi? Tunaikan tanggungjawab anda. Comment lah!

10. Back to school!



Ye , bermula lah mimpi ngeri adek2 kuh malam ini. Ok kalian semua diminta untuk tidur awal! Haha… esok sekolah da start. Adek aku kasut sekolah pun tak beli lg! dasat kan? Ye sememangnya mereka sangat lah relek. Haha. Lupa pulak. Congrats untuk adekku yg dapat 5A 3B dalam pmr baru ni… ok what?? Tak sangka btol math die dapat A. haha. And to adek angkat ku yang tak rasmi a.k.a adek kpd sue; 7A 1B. congrats!! Selamat kembali ke sekolah ye kalian semua…








LALAT

Friday, January 02, 2009

Hujan... hujan... hujan...

dah 2 hari hujan non-stop...

grrrr.....

sejuk aku ta kesah...

but...

LALAT berterbangan menyebabkan aku bengang !!

bukan sebab aku ta mandi okayhh ??

tp mak aku cakap , lalat mmg byk lepas ujan.

ye ke ???

shuh shuh lalat. pegy ko dari aku !!



hatiku selembut tisu


Salam buat semua. Hurm , hati selembut tisu? Ye , memang hakikat nya hati ku selembut tisu. Jiwa yang sangat sensitive. Bak kata faiz , hati tak cantik kalau jiwa tak tenang. Ye? Mungkin lah begitu. Banyak yang terjadi sejak akhir2 ni yang buat aku selalu menangis. Apa? Biarlah semuanya jadi rahsia hati ku ini. Ceh. Jiwang pulak dah. Ternyata ini semua disebabkan pengaruh membaca novel cinta. Farah Liyana sure tergelak baca entry aku kali ni. Sbb ketika aku sms dengan beliau dan menyatakan hasrat bahawa blog kali ini berajuk “hatiku selembut tisu” , beliau tidak boleh menerimanya. Haha , actually kami baru sahaja melayan perasaan sebentar td menonton drama “cinta si penggali kubur” di TV3. Betapa besarnya pengorbanan cinta si penggali kubur itu. So, apa lagi farah. Apa kata kamu start ushar mana2 penggali kubur yang ada skrg ni. Hehehe… walaupun drama tu dah berulang2 banyak kali , tapi kali ni lah baru aku kusyuk menontonnya. Bagi sedikit kesedaran dalam diri mungkin. Huh tersentuh jiwa ni. Memang lah sebab hatiku ini kan selembut tisu. Oh ye , sejak akhir2 ni juga , aku banyak menghabiskan malam2 ku dengan menonton citer2 korea yg dah berkurun lamanya dalam lappy ku itu. Ye la , bosan masa cuti ni lah baru nak tgk semua itu. Now , baru lah aku sedar ape yg kawan aku pernah cakap kat aku. Citer korea slalu buat citer yg lebey kurang sama je. Kawan aku tu sms ;

“macam mana kalau kita tahu yang kita akan mati , tetapi ada impian yang masih belum tercapai… namun , impian itu ada didepan mata tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab dah dimiliki orang lain…”

katanya; kata2 tu terhasil akibat menonton citer korea yg terlalu banyak. Huh , mcm kena pulak dengan jiwaku ni. Bg aku , kata-kata itu sangat2 lah sesuai dengan aku. Kenapa? Biarlah aku saja yg tahu. Adoyaii. Ok lah , my story ended disini. Sebab masih banyak cerita2 korea untuk aku tonton lagi. Renung2 kan lah kata2 di atas itu…

♥ neyra shazeyra ♥



tahun baru bersama layout blog yang baru...

Thursday, January 01, 2009

happy new year 2009 to all blogger. ta de ape untuk di update di sini cuma dengan excited nya eyra mau announce dat blog ini sudah berubah image sempena tahun baru ini. yeah!! sangat simple dan pinkish. eyra bukan lah seorang insan yang sangat terer meng-coding walaupun coding adalah benda wajib di kelas. tapi eyra cuba juga menghasilkan kan blog yang chantek ini (perasan da...) hakikatnya, layout ini di amek coding nya dari blogskins. creadit to blogskins! yeah... eyra cuma edit2 sket je. hampir pening melihat website nya setelah search kawaii layout dan tak tahu mau pilih yg mana kerna hampir semuanya sama. huhu. anyway, eyra sangat puas hati.

p/s: to my sygg and my bro yg sangat2 suka men-komen layout blog saya sebelum ini, harap anda berdua puas hati dengan layout baru ini.



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates