468x60

.

kahwen jugak aku akhirnya.

Saturday, May 30, 2009

Photobucket

adeh. sangat penat gile. apakah? cik eyra ke ECM yesterday with my sis and cik eyra jumpa classmate lama. si nazib tu memang la. ske hati jek kata cik eyra gemuk. ciskek! ta pe2. nak kurus ni. then hang out kat ECM, shopping kasut beberapa pasang kat brands outlet, perfume + lotion at bodyshop. huh bankrup la adek cik eyra. hahaha. *pssttt..nanty la bayar balik duet perfume* then apa lagi, balik la.

Photobucket

after that, kemas2 baju and pergy bandar semele. ke mana? pergi ECM lg. beli big apple donut. hahaha. 12 bijik! then waiting for my aunt dr kedah... kul 4.30pm sampai kami trus ke rompin. mengapa kah? pulang ke kampung la. lalala. gembira nya hati.


balik kampung... ooo... balik kampung...

tiba sahaja di kampung, terus busy! lalala. wedding wani dan azhan la buat rumah ini busy. luar biasa. and then lalala...lalalala...malam trus tido. keletihan sampai kan tak sempat menunggu hubby sayang pulang dari kerja. eh mengapa sebut2 tentang encik bf ni? saje je cik eyra buat iklan. hahahha.

Photobucket

then tiba la hari ini. eh cepat betul. ayat-ayat dia atas tu ditaip dengan pantas. ringkasan dan sinopsis perihal diri. aduh sangat sibuk. mahu blogging juga tergesa-gesa. ini sudah malam baru update. semua gara-gara sibuk. sehingga make up juga tiada masa mahu remove.

Photobucket

selamat juga nor hazwani akmal binti harudin dan mohd azhan bin haruddin di nikahkan tepat jam 9.35pm di rumah nenda tersayang dengan 3 kali lafaz. what? mengapa 3 kali? nervous kah? lafaz pertama di cancel kan kerana tok kadi nervous dan azhan juga salah lafaz. lafaz kedua cancel kerana tok kadi salah sebut nama. aishhh...tok kadi pun nervous? lafaz kali ketiga barulah sah. lalala. susah betul nak kahwin.

Photobucket


tapi sumpah tok kadi tu lawak. mengapa? 1st; dah la discuss pasal nama pengantin pun lama. semuanya gara-gara nama bapak sama. one more, nama pengantin perempuan dengan nama bapak perempuan a.k.a pakcik cik eyra tu lain-lain. salah eja masa pendaftaran je. 2nd; sepanjang majlis tok kadi buat lawak sampaikan rasanya kalau beliau masuk raja lawak juga boleh menang. 3rd; after upacara batal air sembahyang dan sebagainya tiba-tiba tok kadi panggil pengantin mengadap. adeh engat kan nak bg ceramah ke hape. rupa-rupanya, dia keluarkan handset canggihnya dan ambil gambar. katanya mahu buat kenangan. lawak betul sampai 1 rumah gelak guling2. gila kool! *tok...nanti nikahkan saya dan hubby ya*

Photobucket

maka, kami juga sempat lah ber-posing di atas pelamin yang indah itu. dan juga bersama duit hantaran yang sangat cantik dan tiba-tiba terasa sangat lah kaya. wahhhh..banyakkk nya duet!

Photobucket

Photobucket

Photobucket


selepas itu, pengantin perempuan buat kejutan pula kepada pakcik kami. oh! birthdayy pak njang rupanya! apa lagi? sesi memotong kek lah. and selepas sesi bergambar semua, kami pun keletihan sudah. tapi sempat lagi ber-online. anywayy, nanti cik eyra update lagi bersama photo banyak2. oke?



280509

Wednesday, May 27, 2009

28.05.2009

i hate youu!


err....sesiapa yang tidak berkenaan tidak perlu membaca entry ini.
hanya untuk azsd.




insaf dowh! syurga cinta terbaikk!


Photobucket

bangun seawal pagi Photobucket tadi seperti bangun dalam keadaan terkejut akibat terkena panahan kilat. tiba-tiba sahaja tersedar dari tidur Photobucket yang lena! melihat jam di paparan skrin Photobucket sony ericsson K770i;

8.42 am.

OMG! perlu kejut cik reza bangun. dia ada meeting pukul 10.00 am. tetapi dengan Photobucket hati kecewa merudum ke bawah tanah sebab operator celcom yang menjawab panggilan. *konpem laki aku ni lupa nak cas bateri handphone lagi!* dalam hati berkata-kata; "yang..bangun la...tak pergi meeting ke..." adoyaii... Photobucket


Photobucket

kemudian cik eyra Photobucket bersiap-siap. kemanakah? oh sudah janji bersama sahabat dari kecil; cik fit *dia pun memang tak membesar sampai sekarang* pada pukul 11.00 am. mahu pergi menonton wayang di Berjaya Megamall Kuantan. semalam dah tengok tiket ada pukul 12.05 pm. kena cepat-cepat siap ni. aissshh. mengapa teruja sangat ini? hahaha. cik eyra mahu menonton filem syurga cinta. Photobucket kata cik mizi, filem itu terbaik lah! maka, hari ini mahu pergi menonton. sementara menanti ayahanda Photobucket pulang untuk menhantar cik eyra ke bandar, sempat pula cik eyra mengambil Photobucket gambar. hasilnya, terjadilah mata sebulat mata cik heliza. semangat menonton syurga cinta betul. hati berdebar-debar untuk menonton seperti dipukul ombak di lautan sudah ini. Photobucket



berbekalkan hanya RM15 di dalam poket seluar, cik eyra bergegas ke tingkat 3. tiba di GSC pada pukul 11.50 am. membeli tiket dan kemudian menanti cik fit yang lambat itu. bla bla bla. dipendekkan cerita, sudah abis menonton, cik eyra rasa syurga cinta memang best! Photobucket siapa kata filem melayu tidak hebat? hebat-lah! mampu menitiskan air mata.Photobucket tidak percaya? pergi menonton syurga cinta! sedikit petikan ayat dari filem syurga cinta yang buat cik eyra dan cik mizi ingat sampai bila-bila;

"jodoh terbahagi kepada tiga jenis. yang pertama, jodoh dari syaitan dimana apabila seorang lelaki berkenalan dgn perempuan dan kemudiannya mula berpegangan tangan, dan kemudian mengandung wanita itu dan perlu bernikah dengan pasangan tersebut. yang kedua, jodoh dari jin dimana apabila seorang lelaki jatuh cinta pada seorang perempuan tetapi perempuan tersebut menolak cinta lelaki itu lalu lelaki itu menyihir perempuan tersebut untuk mengahwininya. dan yang ketiga jodoh dari allah dimana apabila seorang lelaki yang mengenali perempuan dari pandangan mata turun ke kalbu, lalu lelaki terus meminangi wanita tersebut dan wanita tersebut menerima pinangan tersebut maka berkahwinlah pasangan tersebut. isyallah, berkekalan sehinga nyawa lerai dari badan. dan jodoh dari allah itulah yang dinamakan syurga cinta." PhotobucketPhotobucket

oke oke. sudah tamat sedikit review dari cik eyra untuk filem syurga cinta. kemudian, selepas makan roti, tetibe jek megamall blackout! then, cik eyra ke kedai buku berhampiran. masa tuh kedai buku tu jek ade lampu. hahahaha. teringat pula pada cik rara maka cik eyra membeli majalah intrend keluaran jun. oh! belog cik rara pilihan intrend bulan ini. Photobucket tahniah cik rara! penat sungguh. cik eyra pulang ke rumah Photobucket pada pukul 3.30 pm. wah! satu pencapaian terbaik sebab balik awal. dan sangat hebat apabila membawa RM15 ketika keluar rumah dan hanya membawa pulang RM0.50 ketika pulang. syabas!

eh eh. mengantuk pula menaip entri panjang seperti ini. mahu menonton zati dan si mawas pula lah di TV3. selamat tinggal. noktah.Photobucket





attack! attack! fight! Sorority Life change my life.

Tuesday, May 26, 2009


attack! attack!


fight! fight!



Photobucket



Sorority Life change my life.

come join my house.

looking for new sisters!

i'm playing this game in myspace and facebook.

yeah~~




dush! dush!
addicted betul lah!



Britain's Got Talent 2009!!



dilanda demam baru sejak akhir-akhir ini.
influenza A H1N1 kah?
BUKAN!

hidup berubah.
tiada lagi dial-up yang lembab berbunyi;
teeetttt....teeetttt....teeettt...
dan berbekalkan streamyx yang sangat laju itu
saya sibuk melayan youtube.
mencari apakah?

search;
britain's got talent 2009

woahhh!
sangat teruja.
dan mengisytiharkan diri sebagai peminat susan boyle!
she is absolutely fantastic!
and saya juga sangat suka
flawless, good evans family, natalie okri, dan shaheen jafargholi!

oke oke.
entry berakhir disini.
sibuk melayan britain's got talent.
mahu tgk?
click pada nama-nama di atas.
jangan ganggu saya.
noktah.



misi berjaya. baannngg!

Monday, May 25, 2009

duhh!

misi mustahak berjaya!

pencarian sang baju hijau berakhir.

akhirnya ketemu juga dengan sang baju hijau.




errr...

ketemu juga bersama sang baju hitam putih tadi.



nak! nak!

sambil melihat kewangan yang tidak kukuh.




permohonan

BATAL!

finally;

hanya kain berwarna hijau berjaya dibeli.

ceth!





rentetan hidup yang bosan.

Sunday, May 24, 2009

nota: saya cuba ringkaskan entri saya kali ini. rentetan hidup selama beberapa hari.

cuti ini membunuhku membosankan.sudah dua hari mencari baju untuk ke hari bahagia sepupu saya. masih tidak berjumpa dengan sang baju hijau. sudah rasa sedikit tekanan. panas nya cuaca di kuantan. buat aiskrim di rumah. aiskrim punjut sepuluh sen di zaman kanak-kanak saya. oh! teringat nostalgia lama.

Photobucket

jikalau anda tidak kenal, itu lah aiskrim punjut sepuluh sen zaman kanak-kanak saya. saya tidak tahu anda memanggilnya dengan nama apa. ada saya peduli kah? tiada. saya ke ECM sebentar tadi. bertemu siapa? sila lihat bawah.

Photobucket

ye. mereka ialah sam bunkface dan juliana evans. pasangan paling bahagia abad ini. ya kah? lantak. ada saya peduli kah? berjalan berjam-jam juga tiada bertemu sang baju hijau. hanya sempat membeli sepasang high heels baru. kemudian pulang ke rumah dan....

Photobucket

saya ber-facebook-ing. saya sangat teruja melihat terjemahan nama pena saya dalam beberapa bahasa. macam-macam lah. kemudian, saya melawat nuffnang dan youthsay account saya. sedih. masih tidak banyak wang. maka, anda semua dinasihatkan supaya click ads ditepi itu. bantuan anda amat diperlukan. terima kasih.

saya melayan www.stranges-world.blogspot.com dan beberapa video di you tube sebentar tadi hingga saya rasa kebosanan sudah mencapai tahap dewa lagi. oke oke. saya penat. esok misi mencari sang baju hijau akan diteruskan. mungkin kah kebaya? tidak mungkin. noktah.



yang penat menaip,






darl, i miss youu!

Saturday, May 23, 2009



"You are the first thing to enter my mind in the morning and the last thing to leave my heart at night."



Cinta Jarak Jauh.

Thursday, May 21, 2009

Photobucket

Cewahhh... apesal cik eyra letak gambar ini? tertanya-tanya semua. ini la jawapan bagi sesiapa yang tertanya-tanya apakah hadiah untuk cik reza di entry sebelum ini. lalala... oke, straight to the point. kali ini ada sedikit tips utk semua...

Bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh? ada yang boleh survive, ada yang kecundang. menangis, sedih, kecewa, gembira, sayang dan berbagai perasaan lagi yang hadir dalam cinta jarak jauh... cik eyra sertakan disini sedikit tips utk cinta jarak jauh. credit to majalah REMAJA!


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyanyangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Walaupun si jejaka duduk jauh di utara semenanjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba lah cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, rancanglah untuk berjumpa jika ada sedikit kelapangan. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam, sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia untuk tanyakan khabar. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan menghubungi kamu. Sudah pasti si dia akan berasa sukar untuk menghubungi kamu jikalau dia sahaja yang perlu hubungi kamu. Memang cinta memerlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak sahaja yang akan memberikan komitmen. Jadi, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun bersama-sama. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa sambil menyambut hari-hari istimewa tersebut bersama sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Setia walaupun jauh
Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa ini lah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begiu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang, ada juga yang sampai berpasangan dengan sahabat disebabkan terasa sunyi. Setia lah pada pasangan anda walaupun jauh.

Jarak bukan pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudha pasti kita akan terasa sangat kerinduan iu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta kamu. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan kamu lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Jadikan ia sebagai sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.





eat + shop againn?


tiba2 cik eyra rasa seperti malas nak taip panjang2 sebab entry selepas ini mungkin akan panjang sampai korang semua tak terbaca. "mungkin" la. hahaha. entry kali ini cik eyra nak letak gambar2 beberapa hari yang lepas. eat + shop again? aishhhh... blog ini sudah penuh dengan entry pasal makanan je. :)


Photobucket

makan di pizza hut? telah meng-order french creamy chicken spagethi, chicken soup, breadstick, and a glass of pepsi. makan sorang2 jek. teringin punya pasal la ni.

Photobucket

shopping novel baru hasil karya Anis Ayuni; sungguh aku cinta. sebenarnya mencari novel2 karya Hlovate tapi semua kedai abis stok. aishhh...kecewa!

Photobucket

magazine remaja? lama dah tak beli. tiba2 gatal nak beli... best la jugak. hahaha. :)
psttt....cik sue, kamu perlu baca article pasal "gemuk bila tidur lambat" dalam magz ni. hik3...jangan marah ah...

Photobucket

ini cik eyra tak beli. tp dapat free okayhh? "i love cocoa" tu dapat masa pergi malaysian international cocoa fair. yeah, cik eyra kan suka makan chocs. and yg air force color gold tu, abg angkat cik eyra bagi. psttt...abg, nanti beli banyak2 lagi yek. adek nak! hahaha.

Photobucket

penutup entry ini, cik eyra mengalami krisis ekonomi. current balance; RM6. bertuah punya budak! itu lah berjalan ta engat dunia lagi. lalalala.










satu perjalanan hidup yang panjang

Tuesday, May 19, 2009

amaran: sila bersedia untuk membaca entry yang sangat panjang berjela. jikalau anda rasa bosan di pertengahan cerita, sila tekan alt+f4.



Photobucket



maka, alkisahnya bermula dari catatan seorang penulis dari ceruk hutan beranang. pasti rakan-rakan ku bertanya sebegini; "apa kejadahnya kau duduk beranang lagi? org lain da lama cuti weyh...!!" ye saya tahu semua org sedang bercuti bukan? saya masih di beranang yang tercinta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan lagi. apakah? rahsia hati. maka, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan itu lah saya masih berada disini.saya terlalu bosan menetap dalam jangka masa yang lama di beranang ini. setiap hari saya berada di alam maya sehingga seya merasakan ketika tidur juga saya seperti sedang mencatat di laman belog saya. oh sangat teruk penyakit bosan ini. kadang kala perkara normal seperti bangun tidur sahaja sudah terus online juga berlaku. menagapa? semuanya atas sebab kebosanan yang terlampau sudah.






bermula lah alkisah tentang drama cinta untuk ain. mengapakah saya bercerita tentang drama itu? bukan kah sudah lama saya ketinggalan kereta api untuk mengikuti episod-episod cerita itu yang disiarkan pada pukul 9.00 malam setiap selasa di tv3? entah lah. semuanya gara-gara saya menjenguk ke laman belog cik eena. jika saya ketinggalan kereta api setiap hari selasa, saya sering meng-update kan diri tentang drama tersebut di laman belog cik eena. ye, akhirnya berakhir sudah drama tersebut sebentar tadi. bersusah payah saya mencari kedai yang menyiarkan tv3 atas sebab peti televisyen di rumah sudah tidak dapat dibaik pulih atas sebab dijangkiti penyakit kronik. bermula lah satu pengembaraan dan perjuangan untuk menonton episod terakhir cinta untuk ain. maka, pada setengah jam yang pertama, saya berjaya ke kedai awe di tingkat bawah untuk menonton drama tersebut. bersama saya, cik anep yang belanja saya makan malam. "terima kasih, cik anep". saya menonton drama tersebut sambil mengajar cik anep bagaimana mahu membuat laman belog sendiri. maka, semua tentanya-tanya; mengapakah hanya setengah jam? bagaiman setengah jam seterusnya? alkisahnya, saya terpaksa kembali ke rumah sewa saya dan berusaha menonton drama tersebut bersama peti televisyen yang tenat itu. tiada apa masalah jika saya sentiasa bersemangat mahu menonton. akhirnya, kahwin juga si romantis shahrol bersama si chenta haty nya ain.



Photobucket



kembali ke alam nyata. saya masih disini rupanya. di bernanang yang tercinta. menanti si cinta hati tiba. eh eh. saya ter-jiwang pula. maaf ya. sebenarnya si dia baru sahaja menghantar pesanan ringkas menyatakan si dia akan bertolak dari kedah pada pukul 12.00 tengah malam ke kuala lumpur. perasaan? hati ini berbunga-bunga ceria ketika ini. doa dipohon agar saya sempat bertemu si dia. perasaan rindu sudah mencapai tahap dewa. mungkin akan bertukar menjadi si pikor jika saya masih tidak dapat bertemu sama si dia. maaf sayang. saya menanti dengan penuh sabar ini.


kembali bersama perasaan bosan yang memuncak. sebelum membuat catatan harian di laman belog sebentar tadi, saya sempat meluangkan masa berbual bersama abg kacak di tetingkap yahoo messenger saya. apakah? entah lah. cuma berbual tentang dunia penulisan. wahai abg kacak, sudah terbit itu novel nanti jangan lupa saya. saya mahu tanda tangan dari anda. jangan lupa juga; tajuk novel itu mestilah "kisah kasih cinta di pusat bowling".


dan akhirnya. perasaan mengantuk itu tiba saat saya sedang menaip tidak henti-henti. saya perlu tidur untuk menyimpan tenaga saya bertemu si dia pada esok hari. sayang, saya menanti disini. selamat tidur semua. noktah.






 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates