468x60

.

blogwalking, and i found this.

Tuesday, June 30, 2009





blogwalking just now.
leave some comment and then terus menerus blogwalking.
stop di blog enyheartdiamonds sekejap.
terus terpikat dengan entry gambar baju di blog beliau.
sumpah chantek dowh!

sila click sini!

jum ah weyh shopping ramai2.
aku dah jatuh hati tahap dewa kelapan ni!
setanding raja pikor dah.
dusssshh! *mengarut minah ni*

jap jap.
tgh sibuk conference dengan sue and fara.
weyh, mana satu patot aku beli ni?
hahaha.
sila bertenang.
aku nak pikir jap sebelum beli.
sambil dengar2 lagu thanks to Allah - MJ.
noktah.








update blog saya secara marathon

Monday, June 29, 2009

Update blog secara marathon


Semakin busy dengan hal-hal Negara dan rumah tangga semua. Maka saya akan sedaya upaya meng-update blog saya ini secara marathon dan bukan berlari-lari anak. Sekarang ni, kalau nak update pun 1 entry cerita pasal 2 hari. Aishhh busy betul!

Photobucket

Finally! Dapat juga tengok Transformer last Sunday. *cessss…orang laen dah tgk 2 atau 3 kali dahhh…aku baru dapat tgk? Lambat betul! nak buat camne...tunggu budak2 ni asyik sekolah je. hahaha...* pergi tgk TF kat berjaya megamall, pukul 12:55 pm, hall no 1, seat G10-G13 *ces...bagitahu dengan penuh detail mcm la ade org pegi tanya…hahaha...kalau boleh sebenarnya nak booked 1 hall terus!* huisssshhhh kenapa banyak seat? Tengok dengan siapa? Dengan syamil, pikah, azza dan nazib. Sangat lah ramai orang hari tu! Nasib la dah beli awal 2 hari. Kalau walk in hari nak tgk wayang tu memang takde ler… sold out sume. Sumpah ramai gila org! macam ade orang tgh buat kenduri kawen ape ntah. Dah la mcm ade rombongan sekolah mana entah pergi tgk wayang secara bergotong-royong. Siap bawak ke-ep-sie, mekD, semua bagai…korang engat nak pegi piknik ke hape? Cessss…meroyan pulak tiba-tiba. Sila kawal diri. Lantak mereka lah mahu bawak ape pon, bukan amoi GSC tu bg bwk masuk pun kan?

Anyway, TF sangat seronok! Best gilew! Paling kelakar tgk jetfire yg dah berkarat tua tuh buat lawak. Paling sedeyh tgk optimus prime mati. Paling syok tengok Megan Fox sexy dengan Shia LaBeouf bercinta dan paling cair tgk Josh Duhamel yang hensem gilew sampai jatuh hati. Sudah2… ta payah susah2 mahu buat review panjang2. Pegi tgk sendiri oke? Kesimpulannya, saya mahu tengok TF lagi sekali! Atau dua kali lagi mungkin? Itu yang kita tak tahu… *encik nuek, sila lah pulang ke kampong halaman dengan kadar segera. Sudah rindu sama kamu. Eh bukan. Sudah bosan menunggu kamu. Mahu shopping sama kamu, tgk wayang, pow kamu suruh belanja semua. Hahaha*

Then kami ke ECM. Masuk Carrefour, shopping semua barang mahu bawa pulang ke rumah sewa masing2. Cesss…mcm lah kat KL tak boleyh shopping. Sungguh tergoda dengan semua sales punya pasal. Berhabisan sebanyak rm200. Shopping secara marathon juga sebab kesuntukan masa. Ade tetamu mahu datang ke rumah. Tetamu? Siapakah? Customer saya mahu datang rumah, bayar duit tudung. Hahaha. Sangat seronok jual tudung. Sapa lagi mahu beli? Cepat2. Penghabisan stok ini. hahaha. Malam itu, sempat call cik ainy. Gossip sama dia perihal anak saudara nya yang dikata kan agak sedikit mental. Sabar je la ye cik ainy. Sempat juga bergosip sama kak yun. *Dunt worry kak yun, nanty eyra datang rumah kak yun, kita gossip sakan oke? Kita dua je. Ainy boleh pegi main jauh2 dengan arif. Hahaha.*

.
.
.
.

Oke sudah2 berita hari ahad di hujung minggu yang bosan itu. Hari ini, isnin… petang tadi ke CIMB jalan beserah yang mcm bangang dan bikin semua org hangin. Adik ku mahu bukak akaun baru. But, kami kan sedang memiliki IC sementara buat masa ini. boleh pulak dah makcik tua yang kerja kat CIMB tu cakap, tak leyh buat urusan bank guna IC sementara? Eh apa kao engat tak laku ke IC sementara ni? hari tu buat bank draft kat CIMB depan megamall tuh boleh je guna IC ni? kalau dah malas, tu cakap je ah. Memang semua sudah sedia maklum, CIMB jln beserah tu mcm2 hal. Semua staff mcm malas buat keja. Pegi makan gaji buta sahaja mereka tahu. Ciskek! Sudah2…malas mahu marah2 semua…

Photobucket

Petang tuh juga, sempat ke pasar malam. Mcm biasa la, setiap hari isnin, ada date sama pakcik jual pokis dengan abg jual telur puyuh. Lautan api sanggup ku redah, apatah lagi hujan lebat itu. Sampai abis basah semua lenjun teruk semata-mata kerana pokis panas, dan telur puyuh sedap itu. Maaf la pakcik jual pokis dan abg jual telur puyuh sebab date kali ini kurang sempurna. Eh eh apa itu pokis? Ramai betul tertanya-tanya, lebih-lebih lagi cik apiih sering tertanta-tanya di twitter. Gambar di atas menunjukkan pokis panas yang wajib saya beli. Sudah kenal? Apa? Tidak pernah jumpa? Mungkin hanya ada di sini. Sebab di KL juga saya tiada pernah bertemu sama itu pokis. Hahaha. Sedappp pokis panas pakcik ni. terima kasih sebab bagi lebih td. Sayanggg pakcik pokis. *sah meroyan tak tentu pasal*

Eh tiba-tiba penat. Sedikit penat lah sejak akhir-akhir ni. mungkin sebab sudah lupa sama game sorority life dan mood kembali ke kolej akan tiba. Ha ha ha. Sumpah ta sabar nak balik kolej! *gila apa?* good nite semua… noktah.










hati sedih kecewa.

Saturday, June 27, 2009

pukul 12.30 am, 28 jun 2009.

amek tepon kuh,

dail nama "shayunk"...

tak angkat!

hati merudum terus jatuh bergolek-golek...

saya rindu dia!

i love youu sayangg!

.
.
.
.
.
.

pukul 1.06 am, 28 june 2009.

amek tepon kuh lagik.

dail nama "bro e.d"...

waiting call!

hati merudum terus jatuh berguling-guling...

happy birthday abg!

adek sayang abg!

.
.
.
.
.
.

malam ini,

sedeyh!

tido takkan lena...

.
.
.
.
.
.

pukul 1.43 am, 28 june 2009
"bro e.d" telefon.
seronok! gayut sampai habis bateri.

pukul 2.16 am, 28 jene 2009
cuba telefon "shayunk"
waiting call!
nangis...sampai tertido...

hati sedih kecewa
:'(






tudung!


cesss. tak abis-abis lagi rupanya promosi di belog cik eyra ini.

mehhhh semua! tengok apa yang ada di boutique cik eyra!!


TUDUNG CHIFFON AWNING

RM 15 ONLY!


CA001
1 Available!
[booked: kak long]




CA002
1 Available!





CA003
1 Available!





CA004
1 Available!





CA005
1 Available!





CA006
1 Available!





CA007
1 Available!




CA008
1 Available!




CA009
1 Available!




CA010
1 Available!




CA011
3 Available!



CA012
3 Available!




CA013
1 Available!






JANGAN terpikat dengan model.

sila jatuh hati pada tudung! hehehe...






kembali menulis seketika.


hari yang sibuk.

hari ni aku saya rasa rajin sedikit mahu update. selepas bersedih atas kematian lagenda pop sedunia, encik mikaeel, *encik mizi, saya juga bersedih bersama anda* saya sudah bersemangat kini untuk menulis kembali. hari ini saya mahu update hal semalam dan hari ini. :)

semalam, 26 jun 2009, saya ke berjaya megamall bertemu rakan-rakan sekolah saya dahulu kala pada pukul 2.30 petang. tiba sahaja di megamall, saya terus ke tingkat 3. mengambil no giliran ke berapa juga saya tidak tahu tapi sumpah! ramai gila orang! beratur depan GSC tu penat betul. semata-mata mahu beli tiket wayang Transformer untuk ahad ini. *ye, saya tahu saya sudah ketinggalan keretapi mahu menonton cerita itu. mahu buat bagaimana? adik-adikku bersekolah. terpaksa pula menanti mereka.* selepas selesai urusan jual beli tiket transformer sebanyak 4 keping tiket, saya mencari encik dayang nurfaizah ku shahliza.

selepas bertemu, kami menanti pula yang lain2. tiba-tiba encik nazib berasa cemburu tahap dewa ke lapan setelah melihat saya sudah membeli tiket transformer. lantas, dengan secepat kilat beliau ke tingkat 3 sambil mengheret kami semua bersama untuk membeli tiket wayang transformer juga! ye, dan beliau telah membeli seat bersebelahan saya. ciskek! *takpe lah, kita tengok bersama ye encik nazib. siann kamu haritu GSC ada masalah problem sampai duet tiket wayang kamu dipulangkan. ha ha ha*

Photobucket

encik nazib dan encik dzulhusni yang kacak.

Photobucket

cik dayang dan cik eyra yang comel.

Photobucket

satu gadis cantik di apit oleh dua jejaka kacak.


kemudian, selepas bosan berjalan-jalan di dalam megamall yang sangat bosan, kami ke mcD. minum-minum sambil bersembang tanpa isu-isu penting. hahaha. then, sempat ambil gambar di mcD. penataan cahaya yang baik di situ menjadikan mcD lokasi terbaikk untuk diambil gambar. tidaklah seperti KFC itu. cahaya lampu yang malap seperti terlebih romantik pula. *jangan marah KFC. nanti idak dapat kerja lagi pula di KFC selepas ini selepas saya mengutuk di belog ini* sudah ambil gambar kami berjalan-jalan lagi di parkson pula. oleh sebab duet tiada, maka kami hanya berjalan tanpa arah tujuan. dan selepas itu, saya bertemu sama kakak saya; kak emy. ambil stock tudung syria yang semakin laku itu. *fuhhhh...terima kasih customer semua kerana membuat diri ini semakin busy!* selepas itu, kami pulang.

Photobucket

FAKE mee calong!


malam itu, hati meronta-ronta mahu mee calong. apakah itu? sejenis makanan yang sangat glamer mengalahkan semua orang yang berstatus dato' dan datin di negeri pahang ini. makanan berupa ala-ala mee sup itu mengandungi bebola keropok ikan kecil-kecil yang sedap. tapi, hati merudum jatuh ke bawah tanah hingga ke lubang tikus sebab mee calong itu tidak sedap! FAKE! bukan rasa sebenar. sudah dimanipulasi. rasa mahu bakar sahaja kedai makan di astaka itu! cis!

berbalik kepada hari ini, 27 jun 2009. pagi-pagi sudah dikejutkan dengan sahutan orang-orang di rumah ini supaya bangun. melihat pukul 9.00 pagi, saya terjaga terus bangun sambil menyambar handphone! ya Allah! terlupa kejut sayang! *sorry syg, sumpah aygg terlena lebih. sumpah! tak sengaja.* then, mandi dan bersiap untuk keluar. mula-mula ke pejabat pos, mengepos bungkusan seberat 1.27 kg ke sabah. untuk siapakah? untuk cik farina. pasti beliau tidak sabar mahu menerima bungkusan itu. kemudian, pergi sarapan pagi di old town white coffee. selepas itu, ke gian untuk membeli dan membelah. selepas itu, ke pantai pula.

Photobucket

sesiapa rasa mahu ke rumah saya untuk
melihat pemandangan seperti di atas, sila datang!


Photobucket

adikku syamil, merenung masa hadapan.

Photobucket

adikku azza, yang gendut!



Photobucket

mee calong yang sebenar!



eh mengapa kah ke pantai? mencari mee calong sebenar! perasa original oke? dan akhirnya ketemu juga mee calong pujaan hati. sumpah sedap! sempat juga berjalan-jalan ke pantai. melihat pemandangan alam. pantai adalah salah satu tempat kegemaran saya. tenang sahaja fikiran. pantai terlalu berdekatan dengan rumah saya. sesiapa teringin mahu ke sini, sila jangan segan-segan atau malu-malu kucing datang ke sini.

Photobucket

haunted house! ha ha ha.

Photobucket

pemandangan dari atas haunted house tersebut!

pulang ke rumah, saya keletihan tapi tiada rasa mahu tidur. pukul 6, dikejutkan lagi dengan sahutan berupa begini; "bangun! jom pergi rumah makcik bibah..." dan, tanpa membasuh muka, saya bergegas bersiap untuk ke rumah makcik bibah. berhampiran rumah beliau *dekat saja dengan rumah saya...* ada lah haunted house. sangat lah haunted tapi cantik! sumpah kalau korang semua tgk, ini la rumah idaman korang semua! masuk dalam rumah tu, saya ke tingkat 2. wow! nampak laut! sumpah cantik. jeles! huhuhu. mahu rumah ini juga!

eh eh sudah bebel banyak. stop! noktah. update lagi nanti. ha ha ha.



loss a legend. RIP Michael Jackson and Farrah Fawcett.

Thursday, June 25, 2009

kembali menulis.
agak terkejut mendengar berita di wanita hari ini sebentar tadi.

M.J dead at 50?
seriously?

terus bukak lappy kesayangan,
tgk twitter semua cerita pasal M.J.

sah!
oh my...
kehilangan seorang lagi lagenda.

dan...

semua orang bercerita tentang M.J disana sini.
semua stesen radio juga memutarkan lagu-lagu M.J.

tahu tak?

Farrah Fawcett juga meninggal dunia?
she dies of cancer at 62.
siapakah beliau?
google lah sendiri.
malas mahu explain.

Rest in Peace both of you, Michael Jackson and Farrah Fawcett.



lahhh.....sales lagi? penghabisan stok!


penghabisan stok tudung hawa

korang mesti bosan,
sebab entry aku sejak akhir2 ni bercirikan tudung.
ampun maaf semua pembaca.
saya sangat malas nak menaip sejak akhir-akhir ini.
sangat sibuk meng-ambil order dari semua customer.

dussshhh! dah2 bebel.

kali ni tudung ala2 ekin pulak.
brand? hawa.
agak mahal tapi sumpah korang akan puas hati dengan kualiti tudung ni.
lembut bak sutera. cewaaahhh...
aku bukan nak puji tapi memang semua customer aku sangat berpuas hati setakat ni.
and, ini saje yang tinggal.
ala, nama pun jualan penghabisan stok.
maka sangat limited!
colors and design cuma itu ya...
so cepat rebut...order dan beli! ha ha ha...

oke, let check this out..!!


RM48 ONLY!!

[with hand sock]

HW01
Photobucket

HW 02
-brown and purple-
Photobucket

HW03
Photobucket

HW04
Photobucket

HW05
Photobucket

HW06
-SOLD OUT-
Photobucket

HW07
Photobucket

dan....untuk demo...
bagi korang terpikat dengan tudung ni kan...
sila terpikat dengan tudung bukan dengan model...

Photobucket
Photobucket

*sorry kak long, pinjam gambar mu jap*


cunnn kan?
so, ape tunggu apa lagi?
sila order dengan saya secepat mungkin!!

Photobucket

oh ye, inner shirt pun ade.

RM25 ONLY!

juga kualiti kain yang memuaskan.
siapa cepat dia dapat..!!





megasales kembali!

Wednesday, June 24, 2009

tudung lagi? sila lihat dan order

hah....tudung lagi...stok baru sampai...
mari jenguk dan order...
aku malas cakap banyak...
meh meh...
tenung gambar, pikir nak mana, pastu order k?
hahaha..

RM15 ONLY



SY01
-AVAILABLE-

Photobucket


SY02
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY03
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY04
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY05
[booked: kak long]
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY06
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY07
[booked: farin]
- SOLD OUT-

Photobucket


SY08
[booked: farin]
[booked: adek]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY09
[booked: farin]
-AVAILABLE-

Photobucket


SY10
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY11
[booked: farin]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY12
[booked: hannie]
-SOLD OUT-

Photobucket


SY13
-AVAILABLE-

Photobucket


SY14
-AVAILABLE-

Photobucket


SY15
-AVAILABLE-

Photobucket

SY16
-AVAILABLE-

Photobucket


gambar bawah ni plak, kakak aku ni nak posing2 sket
bg demo kat korang semua...
cantik jelita tak? menyerlah gituuuu....
hahahaha...

PhotobucketPhotobucket


terpikat dengan kakak aku?
JANGAN!
sila terpikat dengan tudung itu.
sekian, terima kasih.
hahahaha.
order cepattt!





 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates