468x60

.

kolej ditutup. OH TIDAK!

Friday, July 31, 2009

Photobucket


lihat gambar di atas. pakai lah secomel mana juga tidak penting lagi. akhirnya menjadi minah arab juga. tutup segala nya. huh, semuanya gara-gara H1N1. hari ini, ke kolej pukul 10.30 pagi, lepak di department computer, beri mama z games baru, dan ke kelas MPW yang bosan. seksanya duduk dalam kelas pakai mask zorro ini. nak buat mcm mana? dah 3 org demam dalam kelas. fuhhh....mati kelemasan lah selepas ini.


pulang dari kelas, secepat mungkin ke KL pula. kemana kah? mengambil stock plain shawl. tunggu entry seterusnya, saya bukak kembali gedung beli belah saya oke? nanti boleh order banyak-banyak. pagi tadi dapat sms dari vujie, parcel sudah dihantar ke mari. TAK SABAR nya!!! parcel dari kakak anne juga sedang ditunggu. oke siapa lagi mahu pos parcel kepada saya? sila minta alamat dengan kadar segera. =)

dalam bus menuju ke KL dengan bertopeng segala, tiba-tiba dapat SMS dari makhluk yang tidak disangka-sangka. oh damnnnn! mengapakah beliau SMS ini. grrrrr.... lupakan. ketika sedang bershopping tadi, tepat pukul 5.53 pm, SMS dari papa z pula diterima ke kotak inbox K770i blackie ini.

"pesan kat kawan2 cuti hingga isnin depan, 10 ogos.

di kg, kurangkan bersiar2. tq."


cuti 10 hari! OH TIDAK. ini sememangnya bukan SMS yang dinantikan. grrrr....tertekan! baru je excited mahu dapat assignment next week. dushh! pelajar skema mana sesat ini? HAHAHA. saya mungkin akan pulang ke kuantan pada hari isnin. menanti adik saya di KPTM itu, dan encik nuek yang juga bercuti akibat UTP ditutup. yesss! mari semua balik kampung bersama-sama. eh suka pulak cuti? HAHAHA.

kemudian, dapat lagi SMS. aduhai hari SMS mengejut terkejut sedunia kah? encik steroids masao SMS mahu datang. yeah yeah. dapat hadiah. HAHAHA. ada ka patot nak bagi snickers jek? di rumah ini pun sudah banyak chocolates. tiada tahu kah saya ini menjual chocolate? HAHAHA. terima sahaja dengan hati terbuka.

okayh, saya mahu ke PC FAIR esok hari. ada sesiapa mahu ikut? penduduk twitterville sekalian bagaimana? what? blogger gathering? boleh boleh. HAHAHA.




hari indah bersama H1N1

Thursday, July 30, 2009

Photobucket

Gambar rajah diatas menunjukkan penggunaan internet terlalu kerap sejak akhir-akhir ini. adakah saya semakin addicted dengan dunia alam maya cyberjaya ini? 20 jam? Itu penggunaan kelmarin. Tidur hanya 4 jam. Hahaha. Semalam? 21 jam! Tidur hanya 3 jam. Langsung tiada perasaan mengantuk. Jika tidak kerana anjing menyalak-nyalak pukul 4.00 pagi td, saya mungkin masih terus ber-online. Semuanya akibat rasa kebosanan tiada kelas. *gila perempuan ini orang semua taknak kelas, dia mahu kelas*


Commercial break:

masak megi goreng sebentar…
juga minum bersama coffemix panas…



Pagi ini, dengan rasa semangat mahu ke kolej selepas bangun pada pukul 8.50 pagi, menyanyi-nyanyi kegembiraan sambil online *ishhhh…celik mata terus menghadap lappy kesayangan dia ni, apakah tidur bersama laptop?* sebelum pergi mandi pada pukul 9.15 pagi. Kemudian tepek-tepek foundation, compact powder, blusher, dan mencalit sedikit lipstick dan lipgloss senipis-nipisnya. Tidak lupa juga eyeliner setebal-tebalnya, dan sempat ber-twitter sebelum ke computer department mencari papa tersayang dan kemudian ke kelas ABIT pada pukul 10.00 pagi. Kemudian, selepas kelas, terus mencari papa tersayang lagi sekali, malangnya tiada pula. hajat di hati mahu terus pulang kerana saya bukan lah pelajar skema mahu ke assembly pada pukul 1.00 petang nanti. Hajat di hati sudah mahu ponteng. Sempat juga saya merembat topeng muka H1N1… tiba di pintu pagar belakang, tiba-tiba…

Pakguard tak bagi keluar!

*damn*



Grrrr…..ini petanda tidak baik. Sudah terbau-bau aura pelajar skema. Sah! Dia suruh pergi assembly petang karang. Aduh! Baru pukul 11.30 masa itu, apakah?


Photobucket

Sambil membawa hati yang lara, dan memakai topeng yang sempat dirembat sebentar tadi, saya terus menuju ke computer department, melepak bersama papa z dan mama z. habis semua kejelitaan masing-masing seawal pagi tadi kerana memakai topeng. Lepas ini, semua pakai purdah je la, senang… HAHAHA. Then, berbual sebentar sambil bermain doctor-doktor kerana semua orang sudah kelihatan seperti pakar bedah di dalam wad sakit jiwa kerana kebosanan tahap melampaui batas. Melihat papa z yang kelam kabut di meja mencari entah apa entah *sentiasa begitu…mentor siapakah ini?* dan melihat mama z sibuk bermain game kanak-kanak riang di PC beliau *sure, esok saya bawakkan game baru untuk puan…adakah pembawakan budak ini?*. Oh! Lambat nya pukul 1.00 petang. Pukul 12.45 tengah hari, saya dan fiza menuju ke dewan sri gema… kami kan pelajar skema? HAHAHA. Perhimpunan pelajar ini baru kali kedua saya pergi dan sentiasa di dalam keadaan terpaksa untuk pergi. *sebelum ini banyak ponteng. Jangan tiru perangai sebegini*


commercial break:

makan cokelat mars.
*berapa kali nak makan ini?*


Nasib baik introduction pengarah ku sayang, dr. yatim nawai agak enak untuk telinga ini mendengarnya. Jika tidak, sudah konpem lah kelenaan di situ. Havoc sebentar dewan tetapi masih tiada announcement cuti seminggu. Fuhhhh…sayang pengarah. Saya TAK NAK cuti. Sekali lagi ditekankan, saya TAK NAK cuti. Pengarah said; "we are still under observation for 24 hours more." Fuh! Apesal lah sampai 83 orang demam, 35 orang suspect H1N1, 3 orang positive H1N1 ni? adoyaiii! Yang kelakar nya, pengarah suruh kami bertanding dengan KPM Bandar Penawar, siapa terlebih dahulu cuti seminggu. Adakah patut? KPM tersebut nama pun Bandar “Penawar” sudah pasti lah tiada kes H1N1. Sentiasa ada “penawar”. Sabar….Yang penting, TAK CUTI lagi. Tapi, saya sudah terbau-bau aura cuti seminggu. Ciskek! TAK NAK CUTI la weyh!!! *mizi kacak sure gelak-gelakkan saya jika kolej kami bercuti…huh!*

Oh my… sudah 3 orang classmate saya demam, salah seorang daripada mereka suspect H1N1. And baru sahaja terima SMS dari encik nuek cumel yang sedang terlantar di atas katil klinik mana entah di UTP sana, juga suspect H1N1. Ish kamu semua bikin saya risau saja!

Aduhai… sudah! Berhenti blogging untuk hari ini. mahu berjiwang sebentar baca novel “Jika Benar Cinta” - Lynn Dayana. Sudah bosan mencuba menge-post entry dengan sedaya upaya bersama berukband yang lembab kembali ini

=)






anda fotogedik?

Wednesday, July 29, 2009

anda fotogedik?

atau fotogenik?

sertai contest photo paling cun!

click banner di bawah!


'Create


*Hantarkan penyertaan ke email santaisini@yahoo.com dengan subject "CONTEST PHOTO PALING CUN".. dan juga hantar sekali maklumat berikut :

Nama penuh
Nama ringkas pemilik gambar
Alamat surat menyurat
Email & link blog (kalau ada)

p/s :Penyertaan ditutup pada 1 ogos 2009, so cepat-cepat la join!



aku TAK NAK cuti

Tuesday, July 28, 2009

omaigod.

tolong lah Dr. Yatim kuh sayang.

jangan bagi cuti seminggu lagi.

aku TAK NAK cuti lagi weyh!

banyak planning dah ni.

jumaat nak pegi main bowling dengan mentor.

sabtu nak pegi KLCC jumpa eny sygg.

isnin nak pegi sambut birthday.

bisnes aku pon banyak nak setel minggu ni.

nak jumpa customer lagi ape la.

tolong la weyh.

aku TAK NAK cuti.

bajet sayang kolej terlebeyh dah ni.

ishhh sapa lah suruh budak-budak ni

demam secara bergotong-royong ni.

grrrr.....!!!



nota kaki:

housemate saya demam teruk. baru pulang dari klinik membawa khabar berita kolej bakal tutup. klinik juga sudah dapat ujian darah semua budak yang suspect H1N1 dan ade beberapa orang yang disahkan demam H1N1. klinik juga sudah mula meminta no telefon kolej. maka, memang sah kolej akan ditutup dalam masa terdekat ini!



six days to go


six days more.

aduh!

takde ape-ape planning lagi.

cuma sabtu nak pergi KLCC with eny sygg.

and mungkin akan mengheret abg ku, syed salleh sekali.

isnin?

hari yang ditunggu-tunggu.

mengapa jatuh pada hari isnin?

oke lah.

ahad pun boleh.

siapa free, angkat tangan!

encik khai,
jom pergi enjoy-enjoy ahad sambut hari isnin kita tuh!

=)




perjalanan jauh tanpa IC di tangan. wtf?

Monday, July 27, 2009

Mmmmmmmmmuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaxxxxxxxxxx!

Eh kenapa kiss tiba-tiba ini? empat hari tiga malam tanpa lappy kesayangan di kampung buat saya jadi sedikit gila. Sengaja kiss tiba-tiba sebab mahu beri sedikit belaian kasih sayang kepada blog yang sudah lama ditinggalkan ini. ampun maaf encik blog. Sebab tinggalkan kamu begitu lama. Saya bawa berukband celcom bersama saya tetapi meninggalkan lappy kesayangan di rumah. Mengapa? Entah apa motif entah. Hahaha. Oh, saya kemana kah? Ke kg.tengah, sg.lesong, kampar, perak. Rumah nenda tersayang. Saya kan cucu yang baik pergi melawat nenda di hujung minggu yang bosan.

Photobucket

kad dan hadiah untuk kak anne. mati saya kalau dea baca blog ini, tengok hadiah yang belum sampai lagi di sarawak. ape punya adik lah saya ini. langsung tiada suprise.

Sebelum ke puduraya untuk bertolak ke Kampar pada pukul 5.30 petang, saya sempat ke times square bersama adik; ika dan roommate; fiza. Kembang tak kuncup-kuncup sudah apabila seorang makcik cina yang tua memuji-muji saya di dalam bas rapid KL hanya disebabkan saya beri tempat duduk kepada beliau. Di times square, kami berjalan-jalan mencari hadiah untuk kak anne dan makan-makan kerana kelaparan yang amat sangat. Kemudian, kami menaiki teksi ke puduraya. Sumpah sangat sibuk puduraya macam suasana nak balik raya sehingga roommate saya itu hampir-hampir tidak dapat pulang ke kuantan kerana kehabisan tiket ke kuantan. Mengapa ya? Tiba-tiba encik miqdad comel itu sms suruh cari tiket bas untuk dia. Oh rupanya semua budak UITM dapat cuti mid sem awal kerana H1N1. Patut lah muka student je semua dalam puduraya itu. Hahaha.

Then, saya dan adik bertolak dari puduraya ke Kampar pada pukul 5.30 petang menaiki edaran ekspress yang sangat selesa itu. Hahaha. Kami sampai di pekan Kampar kira-kira pukul 8.00 malam. Ceh! Konfiden terlebeyh, sebenarnya sudah lupa waktu sebenar. Lepas itu, menanti sepupu saya, kak ima dengan penuh sabar dan kami ke pasar malam berdekatan. Pulang ke rumah sudah kepenatan dan ketiduran kelenaan. Hahahaha.

Photobucket

nurul ain suhada. inspirasi nama dari pengacara majalah 3, nurul syuhada nurul ain. sumpah cumel doe budak ni! rasa na geget je. tak boleyh letak banyak-banyak gambar dea, nanti semua geram mahu pergi culik pula. hahaha.

Esoknya, hanya duduk rumah melenggang kaki melayan kerenah anak jiran yang telah diculik. Iskandar dan adiknya; ain sebenarnya memang dihantar ke rumah nenda saya untuk dijaga oleh kak ima. Maka, satu hari suntuk la menghadap muka cumel iskandar yang nakal itu, dan muka tembam mata sepet si ain yang sangat cumel macam saya itu. Petang itu, saya, kak ima dan adik saya ke pekan Kampar. Membeli tiket KTMB untuk pulang ke KL pada hari isnin, ke bank untuk sedikit urusan, dan ke tesco di Bandar baru Kampar untuk bershopping.

Photobucket

ainin sofea budak gemok yang nakal.

Photobucket

aqil fathi budak macho main sms dengan awek guna handphone ayah ya?

Photobucket

luthfil hadi budak tembam nak apa tuh?

Photobucket

happy birthday aina aqila budak cumel.

Photobucket

rasa macam ibu mithali terlebih tak duk melayan budak dua ekor yang aktif gila ni?

Photobucket

sesungguhnya saya hanya mampu bersabar melayan empat beradik yang nakal ini. habis semua mahu duduk atas riba, habis lah kurus peha saya.


Selepas ke tesco, kami ke rumah pakcik saya, achik anang di mambang di awan. Oh, birthday aina rupanya. Then, ada lah sedikit upacara memotong kek pandan aiskrim yang sangat sedap itu. Happy birthday, aina. Ke berapa? Saya tidak tahu. Hahaha. And, anak-anak achik anang itu sangat lah nakal dan aktif terlampau sehingga semua orang tidak larat melayan. Luthfil yang masih baby itu juga sudah pandai meniarap dan melakukan sedikit keganasan. Woahhhhh kucar kacir la rumah lepas ini. hahaha.

Photobucket

siapa cakap saya tidak pakai tudung hawa yang saya sendiri jual? mari cepat semua order. hahaha. promosi tiba-tiba.

Esok pagi nya, kami bersiap untuk ke rumah saudara mara yang membuat kenduri doa selamat. Lihat itu encik anep. Siapa cakap saya tidak pakai tudung hawa yang saya jual? Saya pakai oke? Lihat dengan sejelas-jelasnya. Hahaha. Comel bukan? Sila puji di ruangan comment yang disediakan. Hahaha. Selepas kenduri, saya, kak ima, dan ika bergerak menuju ke bandaraya ipoh. Niat dihati mahu ajak encik nuek hensem itu bersama-sama tetapi beliau ada event di batu gajah pula. ishhhh mahu jumpa beliau seperti mahu jumpa perdana menteri Negara mana pula. sangat lah busy sentiasa.

Photobucket

dari tetingkap sang kancil yang kecil lagi hebat gagah perkasa, saya mengambil gambar jaya jusco ipoh.


Firstly, Kami ke jaya jusco ipoh. Fuhh! Punya la full parking sampai basah baju kak ima akibat daripada berusaha terlebih mencari parking. Destinasi pertama kami, seharusnya Padini Concep Store. Selepas Berjaya menghabiskan sedikit harta membeli tee Seed, kami berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Dan, kami sempat ke Crocs untuk mencuba saiz kasut tanpa membeli apa-apa kerana kasut crocs boleh dibeli dengan harga yang lebih murah daripada encik ehsan mongek. Hehehe. Kemudian, sempa menghabiskan sedikit lagi harta di dalam jusco. Dan makan pretzel choc éclair buy 2 free 1. Hahahha. Sangat gembira shopping di jaya jusco jika memiliki JCard. Hahahha.

Photobucket

macam real! pakcik hensem, meh la lukis gambar saya pula.

Kemudian, kami ke Greentown Mall. Wah sangat cantik sudah bangunan greentown mall itu. Nampak sangat sudah lama tidak menjejak kaki ke sini. Kami ke sini hanya untuk membeli belah penyembur nyamuk cap king kong di uda ocean. Hahaha. Sempat juga berjalan-jalan melihat suasana di dalam greentown mall, dan terjatuh hati saya bergolek-golek ke lantai melihat seorang pakcik yang sangat pandai melukis. Cunn seyhh! Wa salute lu lah pakcik. Nanti lukis potret gambar saya pula ya?

Photobucket

mee rebus ramli yang sedap hanya berharga rm3.50. pegi cuba semua ya!

Selepas itu, misi mencari kedai mee rebus ramli yang feymes di ipoh itu. Selepas yakin kami sesat, saya menelefon cik suryasu’ adliah, penduduk asal bandaraya ipoh menanyakan jalan ke kedai mee rebus ramli itu. Akhirnya berjaya juga membeli empat bungkus mee rebus yang sangat sedap. Tidak percaya? Pergi lah try sendiri! Encik nuek suruh kami try steamboat di morvean peak tiada kesempatan pula. mungkin lain kali sahaja.

Photobucket

sue, ko nak pinjam? ta bleyh ta bleyh.

Sebelum pulang ke rumah, kami sempat singgah di fun fair di Bandar baru Kampar. Lamanya tidak pergi ke fun fair. Kak ima menghabiskan 3 token untuk bermain dart memecahkan belon yang sangat mencabar lagi tidak berbaloi itu dan Berjaya mendapatkan satu keychain yang sangat tidak lawa. Saya pula main golek-golek bola pingpong masuk dalam lubang yang macam kebudak-budakan sehingga Berjaya menghabiskan 2 token dan hanya membawa pulang hadiah berupa handphone pink nokia berisi air. Hahaha best jugak handphone ini. ada permainan membawa masuk bola ke dalam bakul. Hahaha.

Photobucket

kereta api buruk yang bakal dinaiki. hahaha. buruk pun, tetap laju oke?

Ahad pagi, ke pejabat pos. kelam kabut takut kena tinggal train pukul 9.29 pagi. Cepat-cepat pergi pos kad birthday kakak anne kuh sayang. HAPPY BIRTHDAY SIS ANNE. Ampun maaf sebab tidak dapat bagi hadiah sebesar-besar alam semesta kerana adik kecik mu ini ketiadaan elaun lagi. Hahaha. Kemudian, tunggu kak ima keluarkan duit ASB untuk bayar hutang beli selendang yang tertunggak. Hahaha. Naseb memang sedara mara yang kerja kat pejabat pos itu. Maka segala urusan selesai hanya beberapa minit. Then, apa lagi? Kak ima terus buat drift ke stesen KTMB dekat pekan Kampar.

Photobucket

abang jual makanan yang paling sempoi.

Train kami memang sampai on time. 9.29 pagi. Haha. Dalam train, ada satu scene memang buat kami dan yang lain-lain pecah perut tahan gelak. Dialog abang jual makanan dengan dua orang mat salleh yang adik ku cakap ala-ala gay berdua:

“do you have coffee?”

“no coffee. Milo have. Nescafe have.”

“okayh, one hot Nescafe please. What is this?”

“this is karipap. Malay food. Sedap!”

“karipap? Errr… this?”

“nasi lemak. Malay food. Sedap. Malay food.”

“nasi lemak? Oh okayh. And this?”

“mihun goreng. try first. Try first lah. Malay food”

“what is mihun goreng?”

“I dont know what is mihun goreng in English. But malay food. Sedap! Malay food. Try first. Try first.”

Akhirnya, dua orang mat salleh tersebut beli lah jugak mihun goreng bersama Nescafe panas. Hahaha. Saya, adik saya dan makcik cina yang tercengang-cengang dengar dialog mereka hanya sengih-sengih seperti kerang busuk menahan gelak. Ya allah cik abang, lepas ni masuk kelas bahasa inggeris ok? Kesian tengok muka mat salleh berdua tu blur jer cakap dengan abang. Hahahaha.

Photobucket

tribute to yasmin ahmad, 1958-2009.

Pukul 11.50 pagi kami tiba di stesen KL Central. Sekali lagi on time. Terus ke CIMB, pergi deposit duit kasut crocs, and ke cocoa tree tengok chocolates, dan pulang. then, kami menaiki putra lrt. saya ke pasar seni. adik saya ke masjid jamek. terpegun sebentar melihat tembok sungai kelang. ada graffiti gambar yasmin ahmad, dengan ucapan "we anak-anak malaysia will miss you, deary." tribute to yasmin ahmad. 1958-2009. saya meneruskan perjalanan pulang ke hutan beranang yang tercinta. Sangat penat.tapi seronok travel jauh-jauh tanpa IC. Tanpa IC? Ya. Saya lupa untuk bawa IC saya sepanjang perjalanan di atas.





influenza A (H1N1) dimana-mana sahaja sedang berleluasa.

Thursday, July 23, 2009




apakah ini?

saya ternak babi di blog kah?

atau semangat farmtown FB (tak pernah main) terbawa-bawa ke dunia blog?

BUKAN!




semakin berleluasa tanpa batasan.

apakah?

influenza A (H1N1) a.k.a dalam bahasa kurang sopannya, selsema babi.



untuk pengetahuan anda, saya sangat jarang tengok berita di peti televisyen.

sebab, peti elektrik itu sudah lama mati tanpa dikebumikan.

hanya mengharapkan twitter dan facebook untuk mengetahui perkembangan semasa.



sumpah!

memang tak tahu banyak UITM dah kena tutup (kuarantin) kalau tak ber-online.

semalam, dengar khabar budak kolej saya juga sudah ada yang kena.

terbaru, sudah ada kampus KPM yang lain ditutup sebab H1N1.



omaigod.

mintak dijauhkan.

kang tak pasal-pasal semua mahu lari dari hutan beranang tercinta ini.

:)










sesi perkenalan bersama cik eyra

Wednesday, July 22, 2009

selamat sejahtera semua. baiklah, ambil tempat masing-masing ye murid-murid sekalian. duduk diam-diam, dan beri perhatian. focus! pay attention! eh eh? ni cikgu sekolah rendah mana sesat dalam belog cik eyra ini? apakah? baik-baik... focus pada isu utama. kali ini mahu pembaca semua berkenalan bersama chocolate. anda suka makan chocolate? :)

Photobucket

ini chocolate apa ya cikgu? baik lah murid-murid semua, ini BOUNTY. chocolate BOUNTY ini berintikan kelapa di dalam nya. mungkin ramai yang tidak menggemari kelapa, tetapi ada juga sesetengah dari kawan saya yang sangat gemar dengan BOUNTY. maka, kesimpulannya chocolate ini boleh tahan juga sedapnya.

Photobucket

ini pula chocolate TOGGI. favourite saya, en.z, dan cik haiza. telah berjaya mempengaruhi lecturer-lecturer saya makan TOGGI. chocolate ini merupakan sejenis chocolate waffer dan rasa seakan-akan KIT KAT tetapi lebih sedap seharusnya. datang dalam pek 50gram bar, dan juga pek TOGGI mini 125 gram. sangat sedap dijadikan breakfast setiap pagi sebelum ke kolej atau pun dimakan secara senyap ketika lecturer mengajar di hadapan. made in switzerland.

Photobucket

apakah ini? cantiknya seindah pelangi berwarna-warni. nampak sedap bukan? ini candy. namanya, JELLY BELLY BEANS. terdapat 50 flavour yang sangat sedap dan patut di rasa oleh anda semua. juga salah satu kegilaan ramai yang gemar mengunyah di dalam kelas. product of USA.

Photobucket

konpem semua kenal chocolate ini. TOBLERONE. sedap bukan? lagi sedap bila beli chocolate TOBLERONE bersaiz XXL. nyummmy! terasa kesedapannya hingga kini. terdapat dalam pelbagai perasa, tetapi sentiasa available hanya gold toblerone. swiss milk chocolate with honey and almond nougat. made in switzerland.

Photobucket

eh semakin lama semakin mengenali dunia chocolate. bukan kah begitu? baiklah, ini chocolate DAIM. sedap juga. lebih-lebih lagi ketika baru keluar dari peti ais dan meratah-ratah DAIM secara rakus. smooth milk chocolates with a suprisingly crunchy butter almond centre. made in sweden.

Photobucket

NUTELLA ferrero almond. siapa kenal chocolate spesies ini angkat tangan cepat! tapi ini yang original import dalam botol kaca. di pasaraya berdekatan kebanyakkan-nya yang local dan berbotol plastik. NUTELLA ferrero almond sedap disapu di atas roti atau pun biskut dan di makan ketika sarapan pagi mahu pun makan di tengah malam ketika perut sedang berdangdut meminta makanan secepat mungkin. made in italy.

Photobucket

hah! chocolate ni, kalau pembaca semua tidak kenal juga tidak tahu lah apa mahu dikatakan lagi. FERRERO ROCHER. nikmat yang tidak dapat dikatakan lagi. terdapat pelbagai jenis FERRERO ROCHER sebenarnya. contohnya, FERRERO GARDEN, FERRERO ROCHER, FERRERO COLLECTION dan sebagainya. lagi sedap ianya original import dan bukannya local okayh? made in italy.


baik lah semua, tamat sudah sesi perkenalan bersama segala jenis chocolate. ini hanya sebahagian. selebihnya sudah tidak larat mahu diperkenalkan kepada semua pembaca. maka? apakah motif? macam biasa lah, belog saya ini sudah seperti papan iklan untuk gedung beli belah ape ntah. chocolate import for sale! lebig murah sebab harga kilang. sesiapa mahu order, sila contact saya. penduduk sekitar KL boleh lah saya ada delivery. luar KL? kita discuss kemudian. :)



happy birthday adzfar.

Tuesday, July 21, 2009




happy birthday untuk encik noor adzar aiman ramle.
semalam i dah wish awal2 kan?
hahaha.
may allah always bless u in anything u do.
and
may all ur wishes come true.
dah tua ni buat2 tua oke?
i muda lagi dari u.
itu yang penting.
anyway, hadiah takde.
tapi...



Photobucket

i ade buat ni semalam.
buah melaka special untuk u.
makan dalam blog elok2 yer.
jangan tercekik pulak.
hahahaha.
:)


psssttt... kirim salam kat la dolce amira yer.



sumpah rasa nak senyum 24 jam.

Friday, July 17, 2009

mula-mula memang niat dihati malas dah nak update blog.

apatah lagi langsung saya tidak bercerita tentang perihal kolej.

mengapakah? biarlah ianya menjadi rahsia hati.

but, bila menjenguk dan terjah ke blog khai tadi,

saya rasa mahu senyum sampai telinga selama 24 jam tanpa henti.

rasa mahu gelak guling-guling 360 darjah juga.

omaigod. thanks khai sebab buat saya tersenyum.

mahu tahu apakah yang terjadi?

sila ke laman blog beliau. click sini



p/s: perlu ke promote eyra begitu secara meluas dan terperinci?



mahu jadi awesome seperti saya?

Tuesday, July 14, 2009

Photobucket


siapa mahu jadi awesome seperti saya?
senang sahaja.
beli lah shawl yang dijual oleh saya.
hahaha.
baiklah, sedikit promosi untuk new shawl.
lihat bawah:


Photobucket

ini plain shawl.

RM10 ONLY.

but, kalau korang beli banyak,
sure saya bagi murah sedikit. hahaha.
pilih-pilih cepat!
yang best, korang boleh request apa-apa color pun.
semua color ada dan akan diusahakan.


Photobucket

ini shawl yang agak feymes sekarang.
dwi-color shawl ni hanya berharga

RM 18 ONLY.


but, kalau beli 2 helai saya bagi harga RM30 sahaja.
lagi bagus kalau korang semua beli banyak.
hahaha.

available colors:
black-white
balck-baby peach
black-brown
black-beige
black-soft purple
black-dark purple
black-maroon
black-black
black-grey
black-soft pink

so, apa korang tunggu lagi?
mahu bergaya di hari raya?
atau bergaya ketika ke kelas?
mai beli shawl-shawl di atas.
pasti korang semua puas hati.

:)




shop til' drop!




Photobucket


apakah yang akan dilakukan jika anda mengalami kemurungan?
jika anda bertanya kepada saya,
terapi anti-kemurungan terbaik bagi saya adalah:

S-H-O-P-P-I-N-G

lokasi:
Sogo, Jln TAR, Masjid India, Times Square,
Sg. Wang Plaza, BB Plaza, dan sebagainya.

budget:
tanpa batasan.

partner:
my sis, ika.

result:
kami hampir bankrup!


hell yeah! shop til' drop!
and...
i'm broke already.
sah-sah diri sedang mengalami ke-bankrup-an.
akibat daripada kemurungan yang berterusan.
walaupun sebenarnya segala perbelanjaan shopping ditanggung orang lain dan bukannya duit sendiri. hahaha.
hah! pedulik hape!
tak de benda mahu fikir lagi selain diri sendiri.
betul tak?

p/s: gambar di atas hanya 1/4 daripada hasil aktiviti shopping kami.
itu baru hari pertama. ada berhari-hari shopping. hahaha.







hari ketiga bersama nuek.

Tuesday, July 07, 2009



Entry ini akan diringkaskan menggunakan ayat yang ringkas. Harap maklum.

Photobucket

Bangun pagi. Petik rambutan kat pokok. Penuh 1 plastik. Pegi mandi, siap-siap. Pukul 9.30 pagi tiba di pejabat ayah. Pukul 10.00 pagi tba di rumah nuek. Bagi rambutan pada mak nuek. Nuek siap-siap. Saya cium dahi dan pipi Sheila. Cium salam tangan mak nuek. Berangkat ke terminal. Tiba di terminal pukul 10.30 pagi. Pergi 7eleven cari cokelat. Tiada. Rasa hampa..

Photobucket

Naik bas pukul 11 pagi. Plusliner extreme itu sangat hebat. Tertidur keletihan. Bangun tidur tengok ada sweater atas badan. Terima kasih, nuek. Tiba di hentian lanchang. Share makan 5 bijik pau kari ayam. Kenyang. tidur lagi.

Photobucket

Tiba di pekeliling pukul 2.20 petang. Naik monorail. Ke bukit bintang. Shopping di sg. Wang. Nuek habis rm70 untuk dua helai baju. Saya tidak beli apa-apa. Tiada mood.

Photobucket

Menuju ke times square. Makan di secret recipe. Kek tiramisu 1 potong, fresh milk 1 gelas. dan Bergambar. Dan bersiap untuk pulang. Saya menuju ke cheras. Nuek ke midvalley. Jaga diri nuek. Bye bye.

Photobucket

Tiba di JJ maluri. Makan mee wantan. Beli barang dapur. Tunggu taxi dan pulang. Ke rumah adik. Kena hujan. Rasa demam panas. Saya penat.




hari indah.

Monday, July 06, 2009

Seawal pukul 7.00 pagi saya sudah bangun (awal lah sangat perempuan ni bangun pukul 7.00 pagi padahal ada lagi orang bangun lebih awal) selepas handphone saya memekak berkokok di pagi hari. Sangat sadis bunyinya sehinggakan saya rasa, ayam di luar rumah lebih merdu suaranya. Bermekap dan mandi, serta sempat online sebentar pagi itu sambil menjemur baju. Ye, saya sangat multitasking orangnya. Sangat suka buat kerja macam-macam dalam satu masa. Siap sedia untuk keluar dari rumah seawal pukul 9.30 pagi. Saya dan cik ida, jiran sebelah rumah saya bergerak menuju ke terminal makmur, kuantan. Cik ida akan menaiki bas ke kuala lumpur pada pukul 10.00 pagi. Dan saya juga turut membeli tiket bas untuk saya dan cik nuek. Kami akan pulang ke KL pada keesokan hari, 7 July 2009, pukul 11.00 pagi, menaiki bus plusliner.

Seperti biasa, apabila cik nuek pulang ke kuantan, sudah pasti saya akan mencemarkan duli serta membuat lawatan rasmi ke semua tempat-tempat di kuantan. Destinasi seterusnya; Berjaya Megamall. Menunggu cik nuek di sana, lambat sejam! Atas sebab ketiadaan kenderaan untuk beliau keluar. Kemudian, sambil sms bersama cik sue, saya juga sempat belikan cik sue, seekor katak hijau beriben biru seiras dengan katak hijau yang telah diberi kepada cik aqqad beberapa minggu yang lepas. Kemudian, selepas cik nuek tiba, kami menuju ke tingkat 3. Cadangnya, mahu menonton wayang. Malangnya, hampir kesemua movie sudah ditonton. Maka, kami membeli tiket wayang jangan pandang belakang congkak, tayangan pukul 12.30 tengah hari.

Sambil menanti pukul 12.30 tengah hari, saya dan cik nuek berjalan sekitar Berjaya megamall yang hampir 70% kedainya sudah ditutup. Hahaha. Semakin merudum ekonomi Berjaya megamall sekarang ini. kemudian, apabila masa sudah tiba, kami memasuki hall 5 di tempat duduk B01 dan B02. Hurm, siapa cakap filem melayu teruk? Not bad! Agak terhibur sehingga kan perempuan yang duduk di seat belakang kami mengilai seperti Pontianak secara berterusan tidak henti-henti. Selepas habis menonton wayang, kami menuju keluar dari Berjaya megamall, dan berjalan kaki ke ECM secara walkathon. Dengan pantasnya kami berjalan sebab cik nuek tidak boleh kepanasan secara keterlaluan. (Jaga kulit konon! Ceth! Hahahaha.)

Tiba di ECM, kami menuju ke tingkat 3 dan bergegas berlari anak ke food court. Perut sudah berkeroncong lagu rakyat meminta-minta sedikit sebanyak makanan. Maka, saya telah meng-order mee wantan dan the 'o' ais. Cik nuek pula meng-order Korean food dan ice lemon tea. selepas upacara makan bersama-sama sambil mencuri makanan antara satu sama lain, kami ke shopping level. Berjalan-jalan mencari apa sahaja yang berkenan di hati. Namun, cik nuek tidak membeli apa-apa. Tidak mengapa lah memandangkan kami sudah bercadang mahu bershopping di KL pada keesokan hari.

Photobucket

Tapi, cik nuek Berjaya juga mempengaruhi saya dan memilih kan kasut berwarna soft pink yang sangat menawan hati dan agak murah di kedai kasut Cartino Sonea yang merupakan destinasi wajib saya setiap kali menjejakkan kaki ke ECM. (thanks dear kerana menyebabkan saya melakukan sedikit pembaziran seperti beramal untuk kedai kasut itu) oh ya! Hari ini rasa macam sentiasa kedengaran lagu MJ di mana-mana sahaja. Dari saya di megamall sehinggalah di ECM. MJ in my heart.

Photobucket

Saya dan cik nuek juga sempat ke candy shop. Juga salah satu kedai kegemaran kami. Beli apakah? Gula-gula di atas. 15 batang hanya RM3.00. saya dan cik nuek sangat gilakan gula-gula tersebut dan makan di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu. Hahahaha. Saya juga ke kedai kasut sebentar tadi sekali lagi apabila cik sue mengalami sindrom cemburu melihat kasut saya. mahu pergi beli sepasang lagi tetapi malangnya keluar dari kedai dengan sedikit rasa hampa kerana kasut tersebut sudah habis terjual. Hanya tinggal warna turquoise. Maaf ya, cik sue.

Photobucket
Photobucket

Kemudian, kami ke pizza hut untuk take away pizza for nuek’s mom. Sempat meng-gewdik sebentar menggunakan kamera K770i saya. lambat sungguh la staff pizza hut ECM ni buat kerja. Tunggu pizza juga sampai ambil masa setengah jam. Cis! Kemudian, kami juga ke big apple donut. Telah membeli sedozen donut yang sangat sedap itu. (tidak perlu promosi secara percuma disini kerana bukan lah big apple mahu buat apa-apa bayaran akibat publisiti secara berlebihan pun di dalam blog ini) kemudian menuju ke luar ECM, kerana ibu saya sudah menanti untuk menjemput kami pulang.

Photobucket

Tapi, kami tidak terus pulang. Hahaha. Bukan kah sudah beritahu di atas tadi? Ini adalah sesi lawatan tidak rasmi saya dan cik nuek di sekitar Bandar kuantan. Kami menuju ke pantai teluk chempedak. (Fuhhh..tempat kenangan ni. biarlah rahsia. Hahaha) tengok gambar diatas. cuba cari sepasang kekasih sedang bercinta di atas batu. hahaha. selepas itu, kami juga ke KFC setelah aza meronta-ronta kelaparan KFC. Oh pasti semua sudah penat membaca entry yang sangat panjang ini. baiklah, mari kita lihat beberapa gambar di pantai teluk chempedak.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sudah habis merehatkan mata? Baik, kita teruskan lagi perjalanan entry ini. kemudian, ibu membawa kereta menuju ke air putih. Menghantar cik nuek pulang tetapi kami sempat juga singgah sebentar sambil meminum teh panas. Terima kasih kepada emak-mertua-tidak-jadi-kesayangan saya itu kerana susah-susah membuat the panas. Tujuan utama kami sebenarnya mahu melawat adik cik nuek, Sheila Sabrina yang sedang sakit. Omaigod, sumpah rasa mahu menangis melihat adik beliau. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan adik Sheila. Maaf dik, kakak tidak sempat beli hadiah birthday kamu tahun ini seperti kebiasaannya. Moga adik Sheila sihat selalu. I love you, Sheila. Dan sesi beramah mesra di antara besan-tidak-jadi berlaku. Fuhhh…kalau dua-dua ni bertemu lagi lepas ini, pasti tak henti-henti bersembang. Selepas menyedari, matahari semakin terbenam dan bulan pula sudah menjelma, kami meminta diri untuk pulang.

Dan entry lebih panjang pula bakal menyusul keesokan hari tentang perjalanan saya dan cik nuek ke KL keesokan harinya. Saya sangat penat. Sudah mahu me-pengsan-kan diri. Noktah.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates