468x60

.

kehidupanku.

Monday, October 26, 2009

kehidupanku


memang indah betul tajuk entry ni. tapi tak seindah mana. saya sangat busy sejak akhir-akhir ini. kehulur kehilir menguruskan sesuatu. :)baik, dah ready nak baca entry panjang? *lama tak update memang banyak kisah terkumpul.


Photobucket

MAKA. apakah itu? Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah dilangsungkan pada hari khamis lepas. fuhhh memang entry berhabuk. semua orang dah update perihal MAKA, saya baru terhegeh-hegeh online di kafe semata-mata mahu update pasal MAKA. *padahal sibuk twitter sampai lupa belog sendiri.

Cemerlang? boleh lah. majlis itu je yang sangat tidak cemerlang. door gift tahun ni tak best macam tahun lepas. takpe, sangat bersyukur dah dapat pen kaler ungu. tapi makanan memang tak best lah kan. sebab air pun tak cukup. makanan pun, saya hanya makan buah tembikai *saje gedik nak demand. padahal dah bagi nasi minyak, saya yang tidak boleh makan.

saya tidak lah sehebat abang saya syed salleh sebab beliau dapat empat anugerah, saya hanya dapat dua. tahniah abang. saya dapat anugerah perak untuk dua semester lepas, gpa 3.34 dan anugerah emas untuk semester lepas, gpa 3.63. sila penuhkan comment dengan beri ucapan tahniah. padahal dalam twitter dah lama update pasal MAKA. belog sahaja dilupakan terlalu lama. *maaf belog. jangan kecik hati dengan saya.

tamat cerita MAKA.



Photobucket

tempoh hari pulang ke perak selama beberapa hari. jumaat lepas. tanpa apa-apa planning, terus kemas beg pagi jumaat dan blah dari beranang, terus ke pasar seni. kemudian melepak makan tengah hari di starbuck sambil twitter tidak habis-habis. lepas puas twitter, baru lah sedar diri pegi beli tiket bas untuk pulang ke perak.

menaiki bus pukul 4 petang, fuh sumpah rasa lama menunggu sebab tengah sengugut macam nak mati dah kat puduraya. sabar, sabar neyra. dalam bas tidak dapat tidur dengan lena, maka ber-twitter seperti biasa. ish, tak habis-habis lagi. ye, saya twitter di mana-mana sahaja.

dekat highway, area tanjung malim, nampak bas tergolek-golek berguling atas jalan. memag mentipu pembaca. masa namapak tuh memang dah terbalik. ada bas eksiden lah! tataw apa keadaan semua penumpang. tapi sangat teruk. dengan cuaca yang teruk juga. aishhh...

apakah yang berlaku di perak? pegi lepak kampar yang macam bandar mati bak kata fakhrin tu je la. then pergi ipoh,shopping sakan mereka semua. saya yang tidak berduit hanya memandang dengan mata yang kuyu dan sayu.untuk mengubat hati tidak dapat bershopping,saya ber-twitter.fuh,twitter lagi? haha.malam,pergi rumah pakcik saya di mambang di awan.ye enchek @pge46 dan @qiilans87 , tempat nama mambang di awan memang wujud di perak. jangan buat sengal tak tahu lepas ni. saya ke rumah pakcik, makan-makan mee rebus ramli yang sedap dari ipoh, dan buat kek cokelat moist secara beramai-ramai. walaweh comot-comot budak-budak u makan cokelat.

di perak, anda akan bahagia bergelak tawa jika anda mengikuti saya pulang ke kampung. di sana ada aina aqila, aqil fathi, ainin sofea, luthfil hadi, ain suhada, dan iskandar. mereka ber-enam sangat lah akif nak mati. sampai pening kepala semua orang di sekeliling. ainin dah berjahit dagu nya, luthfil dah melecur tangan nya. mereka memang hyper active. eh eh lupa nak cerita, jari saya digigit lipan di sana. sakit dowh!

okayh, dah penat. tamat cerita di perak.


Photobucket

sebelum mengakhiri entry yang panjang, sila lihat wajah terbaru penulis belog ini yang sangat sengal. gambar pagi tadi sebelum ke kelas. tapi semua orang kat twitter dah tengok dulu. hikhikhik. kanda @kacang , i LOVE u lah! =)


pstt..kenapa pangil @kacang dengan nama kanda? drama sketsa berpoligami sedang hebat on air di laman twitter. antara kanda @kacang , bersama empat isterinya; @stoberycoklat, @abbymarzuki , @fierina dan saya, @neyrashazeyra ... sila follow kami untuk tahu kisah sebenar! *hahaha. promotion tak pasal-pasal.












unmatured people

Thursday, October 22, 2009

budak kolej tapi perangai sebijik macam budak tadika.

apa korang rasa kalau korang kenal budak macam tuh?

umur bukan 2 tahun tapi mengadu mcm bdk kecik.

sangat unmatured bukan?

apa yang aku tahu,

aku takda masa nak melayan perangai budak kecik atau manja

yang tak pernah rasa pemikiran mereka berkembang

dan sentiasa terhegeh-hegeh mintak belas kasihan orang lain.

banyak lagi benda berfaedah yang boleh dilakukan.

sekian, terima kasih.



single itu best sangat ke?

Tuesday, October 20, 2009

SINGLE IS FUN


"Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love’s only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best… "


apa korang rasa? best ke berchenta? best ke jadi single? mana satu pilihan korang? korang setuju tak kalau aku cakap, being single is a wonderful opportunity to develop a relationship with the one person who will never leave you - yourself! betul kan? kalau asyik berchenta sana sini, diri sendiri pun tak kenal sepenuhnya.

best sangat ke jadi single? lone ranger? Korang ada tak rasa sakit hati gila tengok org lain couple? Ada bf/gf yang korang tak payah pening2 nak jaga hati? someone yang boleh share anything that you can’t share with anyone else, and won’t be judgmental of what you have said? tak sakit hati tengok orang lain dating depan mata korang masa korang jalan-jalan kat mall? apa korang rasa tengok orang pegang tangan sambil manja2 depan korang?

sure korang rasa mcm tak puas hati sambil kutuk2 kat belakang. padahal, dalam hati rasa macam sedih gila takda orang nak buat semua tu kat korang! sebab tu korang kutuk couple2 yang ada depan mata korang. situasi wajib setiap kali pegi mall, nampak lah couple pegang tangan beiringan macam kena gam dengan gam gajah. bf bawakkan handbag gf macam gay mana entah. couple pakai baju sama sedondon macam boria ke hape entah. bila dengar orang bercinta kat telefon, korang rasa macam nak muntah hijau. tu belum lagi rasa nyampah bila korang tengok kawan2 korang couple, semua macam kembar siam. tak boleh nak dipisahkan. betul tak?

al-kisahnya, demi nak cover rasa kecewa, korang pun terpaksa lah keluarkan ayat ni: "SINGLE IS ROXX" "SINGLE IS FUN" "BEST SANGAT KE BERCHENTA?" "SINGLE LAGI BEST DOWH!" dan yang sewaktu dengannya lah kan. tapi kenapa ek? sebab kita free from commitment. Boleh keluar ngan sape, boleh wat ape2, takde sape halang, tak payah susah2 mintak izin nak keluar dengan kawan berlainan jantina, ta payah susah nak jaga hati orang lain sampai hati sendiri tak terjaga. lagi satu, happy jadi single ni sebab duet tak habis untuk orang tersayang. habis untuk diri sendiri. rasa puas.

Cinta sebenarnya luar kawalan manusia sendiri. itu Sirah nabi. Baginda bg hadiah sama rata kpd isterinya2. tapi dia sayang Aisyah lebih sikit. Dalam doa baginda;

'Ya Allah, aku telah sempurnakan barang yang ada padaku.(menunaikan hak pada isteri2). Jgnlah kau siksa aku pada barang yg tiada padaku.(Sayang Aisyah lebih bukan kawalannya)'

ya, aku SINGLE. bebas dapat hidup macam ni. maybe sebab aku tak pernah meet someone yang tahu menghargai. aku tak tahu la korang. apa korang rasa? untuk yang berchenta tuh, baca entry ni ta payah ah rasa nak campak lappy korang terjun KLCC pulak kan? komen je. yang rasa diri masih single pun komen la banyak2. apa korang rasa hidup jadi seorang power rangers? eh bukan! lone ranger? single?





tambahan: ini pendapat rakan-rakan twitter aku:

@aenaz: yeah, its wonderful. once a single always a hunter.opps.

@nazra: ye ye setuju. dpt kenali diri sendiri ngn lebih mndalam. coz time couple xsempat, asyik dok nk kenal bf ja :P

@imran424: u get to flirt all u want! haha.. ;pp

@riZmanZ: memang fun, sex is fun, nak sex kena kawin, bila kawin sayang, bila sayang, apa pun nak berdua. kalau pergi melancong sorang2 mesti fikir ada si dia dtg sekali kan best

@acap2405: single is fun! setuju.saya dah tengok dah kawan saya bercoupel sampai sengkek,dier belanja awek semata2 tuk jaga ati awek dier

@pakeri_OtOmen: siNgLe KaDaNg2 FuN kAdAng2 XBesH..TgK cM OtOmeN,lAmE SuDaH MemBujAng..~~ T_T ~~

@minTanG_TeLip2: oh. . . caYe cOkOm. . . cingLe Uh bEsh . . wiAng wiYe. .. wikikikik





what is stalking?

Monday, October 19, 2009

memang aku saja nak buat entry ni. duduk dalam library kolej yang sangat jarang aku masuk ni, aku pun pegi geledah google, cari maksud stalking dalam wikipedia. what is stalking?


Stalking is a term used to describe unwanted attention by individuals (and sometimes groups of people) to others. Stalking behaviors are related to harassment and intimidation. The word "stalking" is used, with some differing meanings, in psychology and psychiatry and also in some legal jurisdictions as a term for a criminal offence. It may also be used to refer to criminal offences or civil wrongs that include conduct which some people consider to be stalking, such as those described in law as "harassment" or similar terms - ihsan daripada wikipedia.


mengapa wujudnya entry ini? hah, ni nak bagitahu. kepada stalker2 yang sangat gemar melawat belog aku, lepas tu buat pulak kacau kat sini... aku dah pun trace IP Address kau, trace dari mana kau online dan sudah pun report spam and banned kau dari blog aku ni. takpe, kau buat kacau lagi... aku report police terus. susah apa kan?

untuk si dia yang ber-IP address-kan 115.133.222.210 , 115.133.218.246, 115.133.223.75 dan 115.135.144.17 sila berhenti menjadi stalker. oh ye, chat box akan kembali dalam masa terdekat. terpaksa locked atas urusan pihak berkuasa. sekian, terima kasih.



filem papadom tu sedap ke?

Sunday, October 18, 2009




"apa itu papadom?"

"siapa dom? kenapa papa dia femes sangat?"

"makanan ke papadom tu? sedap ke?"

"macam mana rasa entah?"


aku bukan mahu cerita pasal papadom yang merupakan sejenis makanan itu. tapi, aku mahu cerita kisah kasih seorang bapa kepada anaknya, dalam filem terbaru karya enchek afdlin shauki. best sangat ke filem ni?

jawapan sama ada best atau tidak filem papadom ni sesedap rasa papadom tu ke, depends kepada setiap individu. kalau korang rasa korang ada rasa feeling terlebih, hati selembut tisu ke, selembut gula-gula kapas atau apa, mungkin korang dapat menghayati jalan cerita filem ni.



hari khamis dan jumaat lepas, aku pergi tengok filem ni. ya, dua kali! mengapa? itu aku punya suka lah. jangan tanya. first time tengok, memang aku nangis la part last scene tuh. kali kedua tengok, dah takde apa-apa effect. ketawa pun tidak untuk semua babak. maka korang rasa macam mana? best ke? cepat pergi tengok sendiri.

lantak lah, rempah asli ke, resipi tradisi ke, tapi hakikatnya bukan senang untuk jadi seorang papa! bak kata si saadom kepada mat wajib tayang. bagi aku, filem ni takde la best sangat tapi, boleh la kot. cuma akan rasa sedikit tidak logik si miasara tu dapat 20A tapi amek kos macam tuh je? nape lah tak apply medic ke ape ke yang cambest sket. tapi sure rasa macam best dapat tengok muka mat wajib tayang yang suka sangat buat filem paras punggung dia tuh.

apa-apa pun, bagi aku, korang tengok filem ni dan nilaikan sendiri. sedap ke filem papadom ni? rasa macam kenyang tak lepas tengok filem ni? puas hati tak? dah tengok tuh, komen banyak-banyak kat sini. chow~


nota kaki: untuk dia yang menemani saya menonton wayang, terima kasih! =)



KENAPA LELAKI CURANG?

Friday, October 16, 2009

KENAPA LELAKI CURANG?



pernah korang fikir, kenapa lelaki berlaku curang? kenapa tidak setia? whoops! bahaya betul entry kali ini. ampun maaf dipinta untuk semua kaum adam di dunia. tidak semua lelaki begitu. ya, sebahagian daripada mereka yang begitu.

mungkin, ramai perempuan tidak akan percaya lelaki lagi selepas mereka curang. sentiasa rasa sakit hati dengan sifat lelaki begitu. but, for me...itu terpulang kepada individu masing-masing. perempuan juga boleh berlaku curang. dan lelaki curang pasti ada sebabnya. mengapa?

aku sendiri tidak tahu sebabnya. tanya lah kepada lelaki, mengapa mereka berlaku curang? pasti berbagai-bagai jawapan yang akan kita dengar. berbagai-bagai alasan yang akan diberi. menagapa mesti lelaki curang terhadap orang yang pernah disayangi nya? mengapa mesti melukakan hati seorang perempuan dan terus melukakan lagi hati perempuan yang lain seterusnya?

begitu juga dengan perihal suami yang curang terhadap isterinya. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya. Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.

Jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri. Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?

hakikatnya, pelbagai jawapan juga boleh diberi oleh lelaki tentang mengapa mereka berlaku curang. salah kaun hawa? atau salah diri sendiri? apa pendapat anda semua?



nota kaki: aku agak, pasti lelaki akan beri komen mcm ni: “kenapa pulak perempuan curang?” sudah! bagi komen banyak2 kat sini sambil click ads okayh? Hahaha…




kelahiran beliau.

Tuesday, October 13, 2009




Dengan ini dengan segala sifat angkuh dan bangga beta umumkan lappy kesayangan beta, cik nur esah telah selamat melahirkan windows se7en pada 11 october 2009, pukul 1.00 pagi. Tidak pula beta tahu kelahirannya atas tangungjawab siapa. Mungkin bayi tabung uji? Sedikit penghargaan untuk pak bidan yang bertanggungjawab untuk segala urusan kelahiran iaitu encik syahirul azfar. Beta harap megi goreng double bersama milo ais di mapley itu sudah mencukupi menanggung kelaparan perut kamu setelah berusaha dengan penuh susah payah menitik peluh di dahi menyambut kelahiran bayi baru cik nur esah.

Kesimpulannya, beta sangat gembira lagi teruja menggunakan windows se7en ini. Anda masih terkongkong hidup bersama windows expie dan hasta la vista? Mari bertukar! Autobots, transform!



Nota kaki busuk: sumpah, penulis laman belog ni sudah semakin merenk setiap kali menaip entri.

Nota kaki wangi: selamat melawat ke entri;
eyra berhijrah ke windows se7en







my busy day like hell.


Amaran: entry pendek.


Photobucket
Photobucket


Terlalu banyak benda yg terjadi buat aku terlalu busy dan sentiasa keletihan kepenatan kecapetan seiap hari. Last week, kolej aku buat techcomm day. Organized by HND lecturers and students. Tak de lah meriah sangat tapi boleh blah ah jugak kan. Buat aku penat tiap2 hari ada la. Namun usaha aku dan rakan2 berjaya lah jugak buat sales sebanyak almost rm500 la jugak. Apakah itu techcomm day? Sumpah malas nak explain. Macam PC Far jugak la kan. Jual barang2 PC, format2 lappy la segala bagai. Sebab ke-busy-an aku handle mende ni semua, nak update belog pon ta de masa. Tweet pon gne gladlycast sms jek now. Online pun hanya di henfon kesayangan.


Photobucket

Dah habis techcomm day 2 hari 1 malam tu, ade pulak open house raya kat rumah mentor aku esoknya. Sedap makan yong tau foo cuma kurang enak tengok perangai budak junior yang tak respect senior. Malas aku nak citer panjang2 kat sini nanti semua baca, kecoh pulak. Macam lah pulak aku tak tahu budak kolej aku punya mulut mcm mana. Kan? Kan? Hahaha. Anyway, thanks en.z sebab jemput saya ke rumah anda.

then,sempat pergi tengok surrogates. Cis cis. Sangat best ke cerita ni? Aku nak tengok papadom tp sold out pula. Terpaksa layan cerita robot. Boleh blah ah jugak. Dari 5 star aku bagi 4 la. Tapi sorry la, mmg malas nak buat review movie. Dari minggu lepas aku dah tgk sorority row, perfect gateaway, dengan surrogates. Banyak lagi movie dalam waiting list aku ni. Bila entah nak tengok.

Nota kaki busuk: Maaf, entry agak kelam kabut nak sampai ke penghujung atas kemalasan penullis. [-_-]




HAPPY BIRTHDAY AINY...

Thursday, October 08, 2009



happy birthday to my sygg, ainy.
may allah always bless youu.
hope youu enjoy with the cheeze choc.
and hope youu happy drinking with the pinkish mug
and enjoy playing with the pinky doll
that i have given to youu that night.
i love youu, darl!




sg. tekala waterfall.

Monday, October 05, 2009

enjoyable moments at sg. tekala


Photobucket


few days ago.. teeeettttt asyik intro sama je. oke kita tukar sikit. once upon a time, there is a beautiful princess named, neyra. choppp! cerita puteri hikayat 1001 malam mana pulak sesat kat laman belog bersawang ini? mentang-mentang lah lokasi pengambaran kali ini di dalam hutan rimba.

*bila buat entry sungai tekala teringat pula pada enchek nazul aziim. memang mati kalau bini dia yang garang nak mampos itu baca entry ini ada nama "kekaseh" dia. lantak kao la, pompuan!*


oke fine. actually ceritanya begini. saya sepatutnya ke gathering rayatweetup budak2 twitter di KLCC. oleh sebab yang mahu membawa saya ke KLCC lambat bangun tidur, sekali pakej dengan saya punya sifat kemalasan datang secara tidak diundang, maka saya terus malas pergi KLCC berseorangan. kemudian, saya mendapat sms dari fazreen suruh kejutkan cheeky dia, enydiamond. adehhh tidak bangun2. saya rasa mahu pergi saloon pula pergi potong rambut, namun semuanya angan-angan palsu sahaja. fazreen juga tidak jadi berjumpa cheeky and ajak saya pergi hangout. sumpah rasa malas mahu ke mana2 mall. apa kata ke waterfall?

memang best buat plan mengejut ke waterfall secara tiba-tiba. een sampai ke rumah saya pukul 3 lebeyh kot selepas sedikit kesesatan atas kesilapan perhubungan telefon. hahahaha. jangan marah babe! then kami terus menuju dengan penuh semangat ke waterfall. saya memang tak bawak baju spare. konon hajat di hati saya dan roomate yang diheret sekali iaitu feeza, kami tidak mahu mandi waterfall. but, lain pula yang terjadi. jeng..jeng..jeng..

sampai sana, dah jumpa air sejuk yang cambest, memang tak engat dunia terus pergi gatal main air. habis semua basah kena air. lantak. tapi best kan een and feeza? mencari ketenangan di dalam hutan rimba. cantik kan view kat sana? saya tahu kalian berdua tidak pernah ke sana. maka, saya jadi tourist guide lah. anyway, hope korang enjoy sebab saya punya exciting enjoy tuh terus tidur 15 jam selepas pulang dari waterfall tersebut. (*_~)

Photobucket

Photobucket

Photobucket




TRIP TO MALACCA


TRIP TO MALACCA



Photobucket


Few days ago… ehem3… nak speaking pulak dah. Mentang-mentang lah exam muet paper speaking yang bakal saya duduki sudah semakin hampir. Fuhhh…boleh ke saya lawan abang dan kakak saya semua yang dapat Band 5 itu? Doakan saya. exam muet – speaking will be held on 6 october 2009, 7.30 am. Bersedia kah saya? hanya tuhan yang tahu. Tetttttt…sila kembali kepada tujuan asal dan berhenti merapu di laman belog yang sudah bersawang sanasini ini.
last week, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah selamat pergi membuat rombongan datin kiah ke Melaka. Untuk apakah? Wedding miss haiza sebenarnya. Tujuan sampingan itu. Tujuan asal mahu meronggeng di Melaka.

Tiba di Melaka, 11.45 am. Setibanya di rumah beliau di ayer molek *rasanya la, ta sure pulak alamat rasmi rumah beliau* terus semua beratur ambil makanan dan makan dengan penuh rakus. Beratur semua macam budak sekolah rendah beratur ambil makanan kat kantin waktu rehat. Sedia maklum, saya tidak pernah makan nasi. Maka, saya hanya makan kek coklat dan kek gula hangus di majlis perkahwinan tersebut. Tahniah miss haiza and enchek azrul faidz. Miss haiza, anda sangat cantik. *tiba-tiba terfikir mengapa semua lecturer saya yang kahwin baru-baru ini bersuamikan lelaki yang bernama azrul? Penangan nama lecturer bujang di computer department itu kah?*


kemudian, pukul 12 lebih begitu lah, semua sudah angkat punggung masing-masing dan bercadang untuk berangkat ke Bandar Melaka. Itu kah tujuan asal kami? Hahaha. Macam semua berperasaan teruja terlebih. Sebelum itu, sempat singgah berlama-lama di masjid yang apa ke entah nama tidak sempat pula mahu periksa namanya. Sumpah horror gila tandas kat masjid itu! Dushhh!

Mula-mula tiba di Bandar melaka, tersesat lagi terperangkap masuk dalam jalan dekat area jongkerwalk itu. Jalan itu kan sempit? Memang sesak nak mati. Then jalan-jalan menaiki kereta itu, tiba-tiba sudah tersesat di eye on Malaysia. Apakah? Sudah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke gondola terus. Fuhhh..nasib baik hanya rm8! Murah betul. Ini kali kedua sudah saya menaiki mentang bulat bergondola yang bernama eye on Malaysia ini. seronok? Entah. Macam biasa je. Hahaha.

Then, sekali lagi para driver sesat termasuk ke kawasan perumahan apa ke entah nama. Terasa macam mahu pergi beraya pula padahal sedang sesat jalan lagi malu mahu bertanya. Sesudah itu, tiba-tiba sudah sampai di mahkota parade. Berjalan-jalan di dalam sana, dan saya sempat bertemu bersama kekasih lama, eh bukan! Rakan yang sudah lama saya tidak bertemu bernama aiediel. Eh enchek aiediel muka kamu bertambah hensem cuma sila berdiet dengan jadual berkala yang betul untuk kurus di bahagian perut. Hahahaha. Harap makluman semua, battery phone saya flat tiba-tiba sebab tidak sempat mengecas secara penuh. Mungkin sebab itu tiada banyak gambar. Tetapi saya masih sempat cas battery phone saya dalam kereta enchek aiediel. Nasib baik phone kita sejenis satu species bukan, enchek aiediel?

Dan kemudian semua meneruskan perjalanan ke kapal besar apa entah nama tempat itu, dan juga makan mekdi di dataran pahlawan a.ka. Melaka megamall. Eh eh sangat sedap pula makan mekdi sebab dapat free contour glass coke. Memang tiba-tiba banyak duet pegi makan mekdi mahal-mahal sebab enchek aiediel bagi duet raya rm10. *winkwink* again, semua pergi masuk itu mahkota parade dan pergi main game dan juga melalak-lalak di karoke, tapi saya tidak lah berkaroke sebab saya dan abang saya, syed salleh yang sengal itu merewang-rewang di dalam mahkota parade. Dushh! Nampak dress chantek di sana tapi hati tidak tergerk mahu membeli tetapi sudah pulang ke rumah nanti baru menyesal tidak beli. Mengapakah saya tidak beli? Adoiii…

Perjalanan pulang kami sangat menyeksa kan. Beberapa kali berhenti. Sebab kesemua penghuni kereta sudah kepenatan. Tapi best jugak kan trip macam ni sekali sekala beramai-ramai? Macam mak datin pergi buat rombongan sekolah. Pulang ke beranang, masih sempat melepak minum sambil menonton bola. Tapi, sumpah dah penat time tuh. Balik terus tidur kepenatan saya kerana masih ada agenda lain esok hari nya. Apakah? Tunggu…next entry! T_____T


Photobucket

pasangan bahagia. hahahaha~

Photobucket

melantak time.

Photobucket

with miss haiza. selamat pengantin baru.

Photobucket

rombongan cik kiah pergi masjid.

Photobucket

with my bestie, syed salleh

Photobucket

datin-datin buta sedang melintas~

Photobucket

pasangan gay sedunia~

Photobucket

with my friend, aiediel yang dah 3 tahun ta jumpa~






just for youu my deary.

Friday, October 02, 2009

dear yayunk,

I know that you have never being in love with me now, but I do feel a powerful connection to you. My heart broke when I found out that I would never see you after this, hear your voice, or be held in your arms and being cuddled. You always makes me feel like I was the only girl that you adore and give me he sweetest kisses. You show me on how to love insufficiently and even though there's no more love for me, I just want you to know that I love you more than words and feelings can show. I want you to know that I'm missing you and because my world is full with you and my world is only just for you. And even though we're not together once again, I will always found an empty place without you. It's feel so hard to let you go from my life, as I know I will always be thinking of you and looking at all the treasured photos I have of us together...

I love you so much, now and forever...

lots of love,
neyra.shazeyra ♥♥



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates