468x60

.

wishlist 2010

Wednesday, December 30, 2009



Happy new year to all my friends!

apa azam baru korang ek? aku? takde azam setiap tahun. senang! hahaha. tapi tahun depan teringin pulak nak ada wishlist.

dah ke korang hapuskan semua kenangan pahit 2009 macam kat times square, new york buat tuh? buat semua barang yang ada kenangan pahit dalam tong sampah besar, amek komputer lama pecahkan dengan tukul lah segala bagai. macam-macam!

2009 memang tahun paling sial aku rasa lah. memang rasa semua masalah jatuh bertimpa-timpa kat bahu macam tak reti dah nak jatuh tempat lain. cis. takpe, harap-harap 2010 lebih bermakna. cewahhh.


WISHLIST 2010


* ingin merasmikan hari pertama 2010 aku bersama si dia.i wish that he would be able to came here. please sayang, sila lah datang kuantan!

* aku memerlukan $$$ yang banyak bak angan-angan nak hujan duet turun tahun depan. katak, cepat nyanyi bagi hujan.

* aku memerlukan DSLR. konon bajet banyak duet je menjelang tahun depan hasil kutipan hujan duet.

* aku memerlukan lelaki yang sangat memahami aku kononnya.

* aku sangat-sangat memerlukan juga berukband yang laju! taknak dah guna beruk terencat akal.

* aku mahu masuk ke Universiti yang diidamkan, bukan kolej kampus beranang mahupun broga.

* aku teringin nak shopping sehari suntuk dengan jayanya tanpa gangguan.

* menghindarkan diri dari pelbagai hutang piutang dengan along ke, angah ke, achik ke hapa.

* menginginkan kehidupan yang tenang tanpa gangguan pihak-pihak psycho gila babi meroyan emosi terencat.

* mengidamkan baju-baju baru dan cantik hasil kejayaan dalam bidang shopping sakan hingga tinggal habuk dalam poket.

* aku perlukan handphone yang lebih canggih dan baru dari handphone yang ada sekarang!

* aku memerlukan lebih banyak masa!

* aku teringin juga memiliki lappy baru menggantikan nur esah. ehhh takdelah esah, kao jangan merajuk. aku taknak buang kao. kenangan! hahaha

* sedikit kurus juga penting! kebaya dalam angan-angan.

* rambut baru bak gurly gurly je muka aku nanti. hahahha perasan!

* kosmetik yang mencukupi sebab sekarang ni tunggu duit gaji baru mampu beli.

* berhenti kerja secepat mungkin dalam beberapa bulan lagi sebab semakin bosan mengadap kerja-kerja account yang susah nak mati katak.

* braces? yeah mungkin.

* juga contact lens? aku taknak spec baru dah.


errrr...dah ah..kang cakap aku tamak lak. nanti aku update lain angan-angan aku ni. mimpi je lah semua ni! kawan-kawan, jum lepak! bila? tahun depan, pukul 1pm okayh? hahaha


selamat tahu baru semua!
sila jangan sibuk berparti.
baik korang pergi solat sunat gerhana berjemaah kat Masjid Negara :)




CANDID PHOTO CONTEST

Tuesday, December 29, 2009

CANDID PHOTO CONTEST






Candid photo contest from Mr. Halim. contest ni Mr. Halim anjurkan until 31hb december 2009 dan pengumuman keputusan akan dibuat pada 1 Januari 2010.. korang berminat ke? meh meh tekan sini: Mr. Halim candid photo contest.


ini gambar yg aku pertaruhkan.
gambar abg aku, candid di pantai batu hitam, kuantan:


Photobucket



first day at office

Saturday, December 26, 2009

Photobucket

First day work at KUTJ Resources Sdn. Bhd. What else did u expected? Damn. I am so tired and exhausted! Eh apakah merepek? Tukar bahasa! Cintailah bahasa bangsa kita. Cewahh.. aku sangat penat gila vavi today. Yeah, entri ini akan menakutkan cik suryasu’ adliah anak uncle Hussein kalau dia sudah mula mahu mencari kerja. Huwarghhhhh….!! Mengantuk gila. Balik kerja sudah terus tidur kepenatan.

Photobucket

Hah itu. Rasa mcm dah beribu-riban invoice dan order slip aku kena fotostat. Nak rabun kaler mata aku ngadap kertas kuning tuh. Lepas satu, satu aku kena fotostat. Sampai ke petang, itu lah kerja yang aku buat. Sumpah rasa nak patah pinggang aku berdiri sebelah mesin fotostat Konika Minolta apa kejadah nama tuh. Sampai tersekat-sekat kertas dalam mesin tuh. Fuhhh memang gila! Dalam gambar tu, aku snap masa pukul 3ptg. Maksudnya lebih dari separuh aku dah buat! Finally, tak habis jugak. Sambung isnin! Hahahaha. Apakah? Kerja fotostat jek tak habis-habis. Lagi best sebab admin clerk yang aku kena replace tempat dia tu, rupanya student KPM jugak. Syok gila habis ah kami duk gossip sambil makan2.

Photobucket

Bangun je dari tidur akibat tersedak dari sesuatu, aku mamai2 bangun pegi mandi, teringat ada cerita Titanic malam ni. Oh yeah! That is my favourite! I love….James Cameroon movies! Hahahah dah bosan2 sambil tengok Titanic, aku teringat ada satu gambar yang cambest jek aku nak edit. Whoops! SORRY abg zharif, eyra curik2 snap gambar ni masa abg tengah syok baik punya termenung ingat awek mana entah. Hahahaha! Okayhlah, aku dah penat gila. Nak tidur! Goodnight to the moon and star!



mood blogging hilang?

Friday, December 25, 2009



mood blogging hilang? mood twittering hilang? mood facebooking pun dah hilang? hahhhhh....kenapa? ish sapa yang baca status
twitter aku petang tadi tau lah kot kenapa. huhuhu. BENCI!




untuk meredakan ketidaksenangan hati ku, terus menelefon semua orang menggunakan number celcom aku yang dapat 7 hari free call and sms tu. telefon abg zharif, tanpa plan apa2, beliau ajak keluar lepak tepi pantai. yes! mmg dah termimpi2 pantai dari pagi lagi. thank you so much abg yang suka buli tapi baik hati bawak aku pegi jalan kat pantai batu hitam ptg td. :)
psssttt...mana gambar ABC? hahaha.




oh ye, aku start keje esok kat Kuantan Usaha Jaya Trading. dapat kerja ni setelah tolak pinangan CariGali Sdn. Bhd. sorry ah petronas! aku tak hidup ah kat KL kalau keje tempat korang. esok kerja? fuhhh nebes giler! tapi terpaksa buat muka relek tak tahu malu. HAHAHA. kerja apa? admin clerk jek lah. sementara aku tak dapat keje apa2 ni, and tak mahu buang masa kat rumah je, bek aku pegi keje kan? dapat gaji boleh belanja korang diri sendiri. bestt tuh!




eh hari ni 25 december? oh hari natal! ade ke atok tua janggut putih rambut putih pakai kot merah dengan topi merah ada bulu putih kat hujung dia bawak hadiah banyak2 datang rumah korang? ke atuk tua tuh tak datang tapi ju-on je yang datang merangkak? sudah, merepek!

"MERRY CHRISTMAS and HAPPY HOLIDAYS to all readers who are celebrate christmas day! and special wish to my girlfriends; Cha Heart Joseph, Dessy Natalia Fernandez and Anja Valeria Makridi!! i love u girls! enjoy your christmas!"





FAST UPDATE DECEMBER 2009

Sunday, December 20, 2009

FAST UPDATE DECEMBER 2009



al-maklumlah saya semakin busy sekarang. macam macam perlu dilakukan. maka, terjadilah entry fast update. banyak sangat cerita tertangguh yang disimpan dalam almari. puas dah peram lama lama, saya mahu ceritakan semuanya disini!


INTERVIEW


Photobucket

setelah berpuluh resume dihantar dan melayang entah kemana company yang ada. saya ada 4 interview baru baru ini. tetapi, cuma 3 yang saya hadiri. CariGali Sdn. Bhd. (Petronas), KLCC... Recruit Express, Menara Standard Chartered... YTL COrporation, Jalan Hang Lekiu... dan KL Performaing Art Center, Sentul... banyak kan? tapi yang dapat cuma dua! entah mahu pergi kerja atau tidak :)


CROCS


Photobucket

Photobucket

ini adalah event terhebat pernah saya pergi! Crocs Warehouse Sales di Level 5, Splash Park, The Mines. semuanya sangat murah dan orang ramai berebut rebut. dua hari berturut turut saya ke sana, dan hasilnya? 8 pasang crocs berjaya dibeli dan RM 545 telah dihabiskan dengna jayanya. tapi, saya punya hanya sepasang. tengok yang paling comel belah kanan kat depan tuh? itu prima saya!


BIRTHDAY PAAN



Photobucket

birthday budak temok saya kenal dari dunia twitter. dengan baik hati yang tulus ini, saya beli kan dia baju di atas dan pos bersama coklat cadbury turkish delight. malangnya, baju itu tidak muat dan sendat. siapa suruh mintak saiz L. padan muka kamu farhan! pergi jogging tahu. jadikan baju itu sebagai sumber inspirasi kamu. happy belated birthday to mohd farhan. dah umur 21 tahun sila dewasakan diri anda. maaf curi gambar ini :)


EX-BF DATANG KE RUMAH


ehem3. sila switch on mode bahagia. ish merepek! dia ni kan ex-bf saya. bukan bf saya okayh. dia, makhluk yang menganggu tidur kuh sabtu lepas. tiba-tiba sudah muncul di hadapan pintu rumah ketika saya masih lena dibuai mimpi. terus saya terjun katil dan segera masuk ke bilik air untuk berak. eh bukan! untuk mandi. nanti enchek altimet cakap, satu malaya tahu saya berak pulak. terima kasih kepada beliau yang jumpa jalan ke rumah saya dan tidak jumpa jalan untuk pulang ke rumah sendiri walaupun dekat sahaja rumah kami. sedap kan lempeng makan di pagi hari? dan sedap juga kan saya masak buttered prawn untuk kamu dengan penuh kasih sayang? saya hargai usaha kamu datang menaiki bas dari kemaman untuk ke rumah saya dan terima kasih untuk avatar. saya sangat gembira di sisi kamu.

-tiada gambar atas ketidakizinan tuan punya gambar-


BAJU BARU



Photobucket

oh! saya berjaya membeli baju dari blogshop, http://www.variatykizhanie.blogspot.com/ yang sangat cantik dan murah. sangat feminin bukan? ish saya kan bertudung. sesuai lah itu kan? kadang kala, terasa ingin jadi girlish. terima kasih kechix! saya menanti dengan sabar baju yang akan tiba esok hari di hadapan rumah saya :)


WEDDING MUSUH LAMA



Photobucket

selamat pengantin baru untuk muhammad huzaifah dan nik ramona! semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat. to muhammad huzaifah, i know that u will not read this because you didnt know that this blog exist i think. but if i had a chance, i just want let you to know that i forgot already about our problem in the past and i am so sorry if it is my fault. congratulations jay, and i hope both of you will happily ever after. take a good care of your wife. be a good hubby and a good father to your children. happy for you! :)


CONTEST



terlalu banyak contest yang saya join baru baru ini. dan yang paling hebat adalah contest level master KamiBlogger. terima kasih kepada semua rakan rakan yang support saya. malangnya, saya hanya dapat tempat ke-4. dan hanya beza 3 markah dari pemenang ke-3. sayang nya... :(




The Best Comentor Contest!


The Best Commentator Contest!


al-maklum lah aku kan gila contest sekarang? time semangat nak update blog aku, tibe2 aku jumpa contest lagi. FYI, contest sebelum ni dalam blog cik puan jelita aplegadiz ni, aku pernah lah menang. hadiah sangat lah lumayan. enjoy aku sehari suntuk. hahahaha. maka, aku nak try contest ni pulak. mana tahu? menang lagi?


tugasan sangat senang, kalau tak reti buat gak aku tatau lah!

1. Post kan komen anda di mana-mana entri di "blog"aplegadiz .

2. Anda boleh komen seberapa banyak komen pun tetapi komen itu tidak berunsurkan spam, jika berunsurkan spam komen itu tidak dikira sama sekali.

3. Anda juga kena pergi ke older post untuk meletakkan komen anda di entri lama blog tersebut.


Syarat-syarat nya :

1. Buatkan satu entri mengenai contest ini supaya ramai lagi boleh join dengan tajuknya seperti tajuk di atas. Juz ceritakan apa yang patut sahaja, Oke.

2. Letakkan link kat kotak komen entri contest itu , diingatkan sekali lagi di kotak komen entri contest, di blog aplegadiz.

3. Komen kan apa sahaja tak kira logik atau tidak . tetapi bukan komen "ok." , "ya ." ," saya tahu." nampak sangat mengepam.

4. Nak jadi followers aplegadiz pun boleh tak nak pun boleh ikut suka anda la. tapi sebaik nya follow la ;D


so? apa lagi? jom terjah blog aplegadiz , dan komen!



LEVEL 4: JUTAWAN INTERNET

Thursday, December 17, 2009

LEVEL 4



Dah masuk level 4! Thanks sahabat semua yang sentiasa mengikuti perjalanan hidup aku sepanjang cabaran ni berlangsung. Dah nak habis dah game ni. Tunggu contest seterusnya pulak. Tapi, tanggungjawab korang tak habis lagi tau! sila komen entry ini hahahaha! Tugasan kali ini sangat mencabar dari level sebelumnya. Aku dah rasa macam nak kena buat karangan waktu sekolah dulu bertajuk tokoh negara kegemaran saya jek. Eh bukan. Tugasan kali ni kena cerita pasal mana-mana jutawan internet. Fuhh! Akan ku cuba siapkan tugasan ini! Jutawan internet yang aku pilih tentunya, encik Irfan Khairi yang kacak bergaya itu. Haruslah aku pilih jutawan internet Malaysia itu =)


Photobucket


Siapakah pemilik nama Irfan Khairi? Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet. Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.Beliau juga telah menjalankan perniagaan internet yang melibatkan mereka bentuk e-book, grafik, laman web, SEO ( Search Engine Optimization), penempahan peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran. Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.

Hebat bukan portfolio beliau? Aku juga kagum dengan anak muda yang kacak bergaya ini. Dah beliau sememangnya idola aku sejak dulu. Seorang insan yang dikurniakan oleh Allah dengan semangat yang cekal dalam mengharungi dunia perniagaan internet dan dia jua berjaya merebut peluang yang didasarkan kepada minat yang mendalam dalam bidang IT. Aku juga belajar IT, mampukah aku menjadi seperti beliau?

Irfan Khairi memang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan perniagaan internet dari segi semangat dan cara yang dialkukannya tetapi semua ini bukan datang bergolek, ianya memerlukan kerja keras dan pemahaman teknik-teknik untuk melariskan produk kita dengan jalan yang sebaik-baiknya bukan dengan cara yang boleh memusnahkan kita. Dalam apa saja perkara yang kita lakukan jika mahu berjaya tidak boleh mudah putus asa kalau kejayaan belum kita kecapi dan nikmati. Sikap yang mudah patah semangat dan give up akan membuatkan kita terbelakang dari orang lain sedangkan orang lain sudah mampu menjana beribu-ribu dolar melalui internet tetapi kita masih di takuk lama. Sadis!

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang! Itu kata Irfan Khairi. Anda pula bagaimana? Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mampu berjaya seperti beliau? Jadikan beliau sebagai sumber inspirasi kita untuk mengecapi kejayaan dalam hidup!

Photobucket

"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan. Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"

~Azizi Ali~

Usahawan / Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter



sudah tergoda korang tengok Irfan Khairi?

sila komen dibawah ini.



BLACK & WHITE PHOTO Contest

Wednesday, December 16, 2009



BLACK & WHITE PHOTO Contest


saje jalan2, aku jumpa contest ni. aishhh, aku dah mcm gila contest! hahaha. maka, aku pun join lah contest dari http://thecamerajunkie.blogspot.com/ ni kan. simple and senang giler jek contest ni. okayh, ini gambar aku:



Photobucket


photographer: syuddy
location: KLCC Park
camera: Canon EOS 1000D



LEVEL 3: "BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA"

Monday, December 14, 2009




LEVEL 3



alhamdulillah aku dah masuk Level 3 dalam cabaran level master KAMIBLOGGER. terima kasih tak terhingga atas sokongan korang semua. memang sayang korang sangat2~~ kalau aku menang, dapat gaji nanti aku belanja korang yeh?

tugasan untuk level 3 ini memang mencabar tahap keupayaan minda aku. cis, nama pun cabaran kan? okayh lah tugasannya, aku dikehendaki membuat artikel mengenai blog aku sendiri yang tak berapa hebat. dah nama pun tak hebat blog buruk aku ni, maka tajuk artikel aku ialah "BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA" .


1. Apa yang menarik mengenai blog anda?

apa yang menarik? aishhh susah betul nak jawab soalan ni. kang kata aku bajet best plak. hurm, blog yang bertemakan kawaii dan pinkish gila kegemaran ramai perempuan (ade jugak lelaki suka pink okayh?) ni merupakan personal blog aku. banyak cerita personal aku dalam blog ni. selama dua tahun lebeyh dah dalam dunia blog ni, agak ramai sudah memuji dan mengutuk aku dalam blog ni. antaranya tentang cara penulisan aku. yer, memang kadang-kadang macam cikgu BM tengah mengajar sebab skema gila vavi, tapi ramai gak pengunjung blog ni yang suka aku tulis macam tuh. dan itu yang buat mereka tertarik untuk datang selalu. cantik menarik tertarik kao memang da boom! pinkish itu sedap mata memandang dan blog aku agak simple , dan ramai juga pengunjung tertarik dengan lagu tema blog aku ni. ada korang pernah dengar lagu2 soko sebelum ni? jawab sendiri :)


2. Kenapakah anda menyusun kedudukan blog anda seperti sekarang?

kenapa yer? sebab aku lebih suka blog yang simple dan agak "kosong". cuba korang tengok blog aku. ada 1 sidebar kan? aku lebih suka ada 1 sidebar, dari ada kat kedua-dua belah. nani kang aku tak tau plak nak letak apa benda. lagipun, bukan kah lagi banyak widget lagi berat blog korang? baik susun macam ni. lagipun, aku dah susun ikut bahagian masing-masing agak nampak lebih teratur, kemas, dan yang pentingnya COMEL

ada yang tak suka? sila komen kat bawah.


3. Apakah konsep Blog anda?

konsep blog pulak dah. adoi, yang ini aku tak berapa pasti. apa yang aku pasti, blog aku bukan lah berkonsepkan Bali ker apa. juga bukan moden kontemporari tetapi berkonsepkan simple, padat, dan kawaii. yer, apa yang penting? kerjasama! eh bukan. kawaii!! berkonsepkan latar belakang putih pink, blog aku akan dipastikan kekal comel macam tuannya. bertajuk: "ini blog neyra" untuk korang konpem yang korang sedang berada dalam dunia neyra. yer, dunia aku. itu matlamat blog aku. untuk korang faham macam mana dunia aku. cewahhh...

tapi lungkin aku akan bertukar konsep sempena tahun baru? siapa tahu kan? so, ada cadangan konsep baru?


4. Adakah anda inginkan Trafik?

siapa yang taknak trafik? lagi mahu tanya ka? bodoh lah kalau taknak trafik dalam dunia blog ni kan? aku tau blog aku tak sefemes blog dot com lain kan? tapi takpe, segala pengunjung blog aku tetap aku hargai. tanpa trafik, hidup ku tidak bermakna. walaupun sehari tuh bape kerat jek lah makhluk yang datang blog aku yang tak indah ni. maka, rajin-rajin kan lah selalu diri korang utk datang blog aku ni. sama-sama membantu naikkan trafik aku. nanti dapat lah aku menang level 3 ni. 1 pengunjung, 1 markah tau! terima kasih korang keranan menaikkan trafik aku.


5. Apakah perancangan blog anda masa depan?

aku takde lah long term planning blog aku untuk 5 tahun akan dtg ke apa kan? tapi, aku harap blog aku akan terus membangun, dam maju kehadapan. contoh ada domain sendiri ke. walaupun dah lama aku ber-blogging, aku akde domain sendiri lagi. masih di bawah bumbung blogspot aku ni. dan, aku harap juga blog aku akan lebih ramai pengunjung di masa hadapan dan menjadi pujaan idaman jejaka dan gadis di luar sana. cesss! terlebeyh sudah. mantapp gitu!


6. Adakah blog anda berat dan bagaimana anda nak atasinya?

setakat ni, takde orang lagi bagitahu blog aku berat. aku pun dah letak blog aku kat penimbang berat kat pasaraya. not bad lah berat dia, takde lah seberat tuannya yang sangat temok dan tambam ni kan? tapi kadang-kadang kalau dah internet aku slow gila, blog ni macam berat gak nak load kan. hahaha. tapi kalau kosong jek, tak best plak blog ni. macam mana nak atasi?

buang widget yang tiada gunanya! tidak pening, tak payah letak lah weyh. sebab tu blog aku takde calendar, jam, apa kejadah semua tuh. segalanya simple. kan lebih mudah? serabut otak jek kalau blog berat nak load. tak termampu nak ditampung oleh kesabaran pengunjung kang.

pastikan internet korang laju dan broadband korang tidak berperangai beruk. biasa ah beb, kalau bloig ringan tapi internet slow tak guna gak kan? tetap slow nak load gituu. hahaha. pegi POTONG cepat!

bandwidth? hah tuh pon penting. poasikan cukup. bukan cukup-cukup makan jek. kang tak cukup bandwidth macam mana korang nak masuk blog aku slalu? kang tak naik plak trafik aku. hahaha.

lagi satu, video! aku paling tak suka letak video dalam blog aku. nak tau kenapa? memang cukup menyampah sebab video boleh buat blog korang berat. apa kata, tukar jek video tuh ngan link je. suruh jek rakan-rakan klik link utk tgk video. bukan kah lebih afdal?

maka, apa cadangan korang untuk aku ringan kan lagi blog aku ni? kalau korang rasa mcm terlebih banyak idea nak kongsi, tinggalkan idea bernas korang kat komen okayh?



lastly, tolonglah tinggalkan komen korang walaupun korang rasa macam bosan je dengan blog aku ni. kat kolej aku belajar, user satisfaction sangat penting. kalau korang tak selesa, nak kutuk puji segala bagai, komen lah yer. aku mohon sangat bantuan korang. tunaikan tanggungjawab anda. keputusan di jari anda. komen dan banu aku untuk menang! :)









TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER

Saturday, December 12, 2009





LEVEL 2



TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER




eh eh?
dah masuk level 2? cepat kan?
okayh korang semua dah tau kan aku masuk contest
FCUCOMMUNITY?
sekarang ni dah masuk level 2...



Laporan ringkas perjalanan pada level 1

terima kasih banyak sangat tak terhingga aku ucapkan kat semua blogger, twitterer, nuffnanger, dan semua lah sebab datang blog aku dan komen macam-macam kat entry level 1. susah payah penat lelah menitik di dahi aku menyiapkan entry level 1 dengan sepenuh ikhlas hati aku. agak penuh cabaran dugaan pancaroba sebenarnya.walaupun korang rasa entry level 1 aku sangat panjang dan macam senang, sebenarnya semuanya tidah seindah yang korang fikirkan. tapi, sedaya upaya juga aku siapkan semuanya! terima kasih kalian yang sudi datang ke blog buruk aku ni. kalau aku menang, aku belanja makan okayh? sayang korang sangat-sangat.

Teknik-teknik menarik Trafik pada level 1

macam-macam telah aku lakukan. walaupun internet yang agak slow, tapi ada teknik-teknik menarik yang aku lakukan sepanjang perjuangan aku di level 1. antaranya:

- promote secara besar-besaran di laman sosial twitter aku. i love all my followers!

- promote secara tidak malu di laman sosial facebook aku. biar tak malu promote sebab benda yang berfaedah. cewah!

- status YM aku juga telah dipenuhi dengan link entry level 1. aku rasa mereka baca lah kot.

- habis semuaa lah laman sosial aku yang lain seperti tagged, frienster dan ape kejadah ntah yang lain juga aku update link entry blog level 1 aku.

- buat blogwalking ke blog rakan-rakan dan tinggalkan komen serta penuhkan chatbox mereka suruh mereka jenguk ke entry cabaran aku.

- korban kan kredit aku dan topup secara berleluasa semata-mata nak sms suruh rakan-rakan blogger datang blog dan komen entry.

- rasa mcm tiba-tiba belek majalah lama sekolah, contact semua kawan suruh sokong aku.

- sanggup pergi rumah jiran tetangga, mintak bantuan mereka datang berkunjung ke blog.

- pergi beli barang kat kedai runcit sambil bawak flyers blog aku, pomote secara tidak malu.

- memuji rakan-rakan dan sedara mara supaya mereka akan jatuh hati pada aku dan seterusnya datang ke blog aku yang sangat bermakna dengan cabaran dalam ni yang cambest!

- secara tidak malu-malu kucing juga aku pinjam broadband org lain untuk update entry dan update komen yang ada. tanpa internet, perjalanan cabaran ini tidak berjaya.


cara PEMARKAHAN:

Teknik yang dikongsikan di dalam artikel dikira sebagai markah.
1 Teknik = 1 Markah

Komen yang diterima untuk artikel ini akan dikira sebagai markah.
1 Pengkomen = 1 Markah

Jumlah pengunjung yang diterima bermula pada 13 disember sehingga 14 disember
akan dikira sebagai markah.

1 pengunjung = 1 markah


JOM SOKONG AKU DENGAN MENINGGALKAN KOMEN KORANG KAT SINI




LEVEL 1 CABARAN LEVEL MASTER KAMIBLOGGER

Wednesday, December 09, 2009




apa itu CABARAN LEVEL MASTER KAMIBLOGGER?? cabaran ini dikelolakan oleh FCUCOMMUNITY. best sangat ke contest ni? JOMMM kita tengok apa yang akan aku ceritakan kat bawah ni:

sekarang ini, cabaran level master KAMIBLOGGER berada di level 1. ala...macam korang main game farmville kegemaran ramai tuh, first main korang kena start dengan level 1 kan? takkan la tiba2 dah masuk level 10 ye tak? susah tak level 1 ni? hurmmm, boleh tahan la sebab aku memerlukan daya fikir yang tinggi untuk menyiapkan entry cabaran ni. fuhhhh cabaran yang penuh dugaan!

kenapa penuh cabaran? memang lah penuh pancaroba. sebab cabaran ni bukan ada setakat level 1 je. tapi ada EMPAT level! ye rakan-rakan, ada 4 level yang perlu aku tempuhi. doakan aku. nanti kalau menang, aku belanja korang makan kat mapley. bertambah mencabar bila, aku memerlukan kelajuan internet yang berada di paras maksima. al-maklum lah, berukband aku ni selalu sewel tak tentu pasal. ye tak? kang takde internet mcm mana aku nak masuk level seterusnya? tak pasal-pasal game over ditengah jalan.

kenapa FCUCommunity buat cabaran yang sangat penuh dugaan ini? apa itu level master? korang tak tahu kenapa diberi nama sebegitu? kenapa tak level sifu? level otai? master itu sangat susah dispesifikasi kan, tapi sebagai seorang blogger yang tegar mcm aku, lagi-lagi dah ber-blogging 2 tahun ni... trafik yang tinggi dan duet yang masuk sangat penting. jadi, bila aku masuk cabaran ni, korang pulak datang blog aku secara beramai-ramai buat rombongan cik kiah, mmg master ah aku lepas ni. sebab tuh FCUCommunity. bagi nama cabaran ni;

CABARAN LEVEL MASTER KAMIBLOGGER.


cabaran ini sebenarnya terbuka untuk semua members yang berdaftar dengan FCUCommunity. ala, takkan korang tak pernah tengok banner kat kiri sidebar blog aku ni? nak lagi clear, cuba korang tgk FCUWIDGET lembu comel kat kanan tuh. cambest kan? mmg best pon FCUCommunity ni! rugi gila kalau korang tak join. aku dapat join jadi members KAMIBLOGGER pun sebab tertarik tengok banner yang cun dan akhirnya aku telah mendaftar sebagai members yang ke 399 !!

cabaran memang mencabar sampai semua urat otak putus pikir nak taip apa, tapi hadiah masyukkkkk....!! nak tahu apa hadiah? pegi lah website FCUCommunity. dan aku meminta sedikit bantuan kat korang, komen lah entry ni. kalau tak, aku tak menang lah. sebab markah diberi berdasarkan berapa pengunjung yang komen entry ini. maka, tunaikan tangungjawab anda!

:))



TINGGALKAN KOMEN DAN

BANTU SAYA UNTUK MENANG !!





momo is searching for his twin :((


momo



i found this.

something that has a sentimental value for me.

yes, this is elmo from sesame street.

but i used to call him; momo.

bought this one at masjid india.

and,

he got twin actually.

another elmo is with HIM.

now i'm wondering...

if he is still keep momo's twin.

:((



p/s: miss all the memories...



puff... =_="

Monday, December 07, 2009

Photobucket


sedang enak makan pokis panas yang ibu bawa balik dari pasar malam,

number telefon petronas muncul di screen telefon.

dowh! aku kena balik KL semula?

aku baru jek balik kuantan malam tadi.

*sigh*

sangat leteyh ah begini.

habis duet aku derma kat syarikat bas jek.

then dapat SMS pulak dari jobstreet.

tetttt! kena gi interview kat menara standard chartered.

okayh, now takde ah rasa berat sangat nak pulang ke KL semula.

wish me luck babes!

puff... =_="



tragedi december di KB MALL

Sunday, December 06, 2009





ya allah!

sumpah aku tak tahu pasal news ni.

kalau adek aku, mrx lonely tak inform pasal ni,

memang aku tak tahu benda ni terjadi tadi.

malas nak cakap banyak.

tengah rasa seram sejuk lagi.

nak upload video pasal ni pun aku rasa ngeri.

tobat tak mau lepak mall lagi.

apa pun, maut di mana-mana sahaja.

semuanya ditentukan tuhan.

al-fatihah.

tssskk =_="



HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Thursday, December 03, 2009




HIDUP BERANI UNTUK GAGAL


entri khas yang akan aku coretkan disini adalah sempena contest oleh denaihati. dan tajuk contest ini adalah seperti yang tertera di atas. saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" ini dari Zul's Blog.

skop kegagalan itu terlalu besar untuk dispesifikasikan sebenarnya. setiap makhluk tuhan di dunia ini akan melaluinya sebelum menemui kejayaan. siapakah orang yang gagal dalam kehidupan mereka? Orang yang gagal ialah orang yang mudah berputus asa hanya dengan satu masalah kecil sahaja. Sebelum melakukan tindakan dia sudah memberi alasan dengan kata 'tak boleh' sudah pasti kegagalan adalah miliknya. tetapi, kita harus menerapkan sesuatu dalam diri kita iaitu, keberanian meneruskan hidup untuk gagal. tanpa menemui kegagalan terlebih dahulu, kita tidak akan dapat merasai kejayaan hidup ini. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya secara berterusan sahaja. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya.

Perasaan takut untuk gagal wujud dalam diri anda? Hakikatnya, perasaan takut untuk gagal itu sentiasa wujud untuk semua insan. dan itu adalah perasaan yang sangat normal! jika anda berasa takut, anda harus yakinkan diri anda dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala pancaroba yang akan dilalui dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita terus untuk menafikan keupayaan kita untuk mencuba sesuatu yang lain, maka anda sebenarnya menafikan hak kejayaan yang sepatutnya anda dikecapi dalam hidup ini. ingat lah bahawa; "every sucessful person has a painful story. every painful story has a succesful ending. accept the pain and get ready for success."

Terdapat beberapa jenis atau faktor seseorang itu menemui kegagalan dalam hidup. Seseorang itu boleh gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya sama ada gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam perkahwinan, dan sebagainya. Salah satu faktor utama yang dapat dilihat adalah pemikiran kita yang telah dibentuk dengan keadaan persekitaran yang mendorong kegagalan. tetapi bagi pendapat saya, kita menemui kegagalan untuk diberi peluan kedua! dan setiap kali kta gagal, kita akan mendapat semangat dan tenaga yang berkali ganda untuk berjaya! tiada sebarang inovasi akan terjadi jika anda berasa takut untuk gagal. maka, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL! setiap kali kita gagal, kita akan belajar dari kesilapan dan sekaligus memberi motivasi yang tinggi dalam diri kita.

Sebagai contoh, satu soalan kepada Bill Gates pernah ditanya; "What type of people you would like to employ?". dan Bill Gates menjawab "I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!" dan tahukah anda? Bill Gates juga pernah gagal dalam hidup beliau sebelum beliau mendaki ke tangga kejayaan.

saya juga pernah beberapa kali menemui kegagalan dalam hidup ini. sepanjang 21 tahun saya hidup di dunia ini, sudah banyak cabaran dan dugaan yang saya tempuhi. Baik dari segi pelajaran, percintaan mahupun perniagaan yang saya lakukan, namun saya sentiasa berani untuk ke hadapan dan berdepan dengan sebarang kegagalan. setiap kegagalan yang saya hadapi lebih mendorong saya untuk mencari kajayaan dalam hidup saya ini.

Ironinya, setiap individu sering memilih untuk gagal dan memilih untuk tidak berjaya.Anda memilih untuk jadi orang sengsara, duka dan tidak bahagia kerana anda menyamakan kesengsaraan, kedukaan masa lalu dengan masa sekarang. Dan anda sering berfikir bahawa sudah tidak ada peluang untuk anda mengubahnya. tetapi tahukan anda? anda suatu petikan menyebut; "Someone who choose to focus on today and on the future, he walks a step on stairway to heaven" yang bermaksud, kebahagiaan akan muncul bila anda memilih untuk berusaha menjadi orang berjaya.

"La takhaf wa la tahzan.. innallaha ma'ana" Usah berasa takut, gusar dan bimbang kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Perkataan ini pernah diucapkan oleh Nabi ketika di dalam perjuangannya. Apa yang pasti, kita perlu berani mencuba sesuatu daripada duduk tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan sesaat berlalu begitu sahaja. Bermulanya dari kita, insyaAllah orang lain juga akan mendapat manfaat yang sama. Gagal adalah salah satu proses menuju kejayaan. Oleh itu, kita tidak ada sebab nak berhenti untuk terus memburu kejayaan. Kuatkan hati, teguhkan pendirian, teruskan perjuangan, dan BERANI HIDUP UNTUK GAGAL!


______________________________________________


Hidup Berani Untuk Gagal Contest

Entri ni sebenarnya merupakan penyertaan bagi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh Denaihati [Yang Terbuku Di Hati]. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni merupakan contest terakhir untuk penutup tahun 2009 dan untuk menyertainya adalah sangat mudah di mana anda hanya perlu menulis satu entri bebas di blog/weblog masing-masing.

Sedikit info tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL:

* Contest Hidup Berani Untuk Gagal mudah sahaja iaitu pada penghujung contest, blog yang tersenarai di laman carian http://www.google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” pada ranking 1-5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6-10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

* Hadiah-hadiah adalah sumbangan daripada DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

* Kepada yang rajin mempromosikan contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referral maka lebih banyaklah hadiahnya.

* Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

* Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog sama ada berbahasa Melayu atau English.

* Buat satu entri (bebas) di blog ANDA dan wajib ada perkataan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

* Nyatakan dari mana anda ketahui tentang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini. Contoh:


"Saya tahu contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari blog neyra shazeyra".


* Dalam entri anda wajib ada nama-nama sponsor.

* Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati.

*Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di weblog Denaihati – Yang Terbuku Di Hati.

*Jangan lupa subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkannya.

*Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri blog beliau.

*Follow Facebook Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

*Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

*Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira. Seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

*Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

______________________________________________

Layari blog Denaihati untuk info. Selamat berjaya! Join sekarang, dan jadikan saya sebagai refferal anda!




kenangan terakhir suka dan duka di beranang.




kenangan terakhir suka dan duka di beranang



salam semua!

saya sedang bersiaran langsung dari bumi beranang. ehem2 *sambil berdehem berulang kali mintak perhatian semua* saya harap ini kali terakhir saya akan jejak kaki disini. walaupun saya tahu saya akan merindui beranang. 3 tahun 6 bulan duduk sini siapa tak rindu woot! saya pulang ke sini untuk beberapa hari untuk meng-repair assignment ABIT yang tak habis-habis itu. Tak dapat Distinction gak tatau lah saya.


but, before tension dengan assignment, sifat kegilaan kami tiba-tiba datang secara berleluasa. mula-mula planning nak makan mekdi jek kat kajang. sekali entah mcm mana stering kereta myvi lina tuh buat drift masuk jalan pergi JJ Balakong. hahahaha! terus ter-lepak pulak kat sana. mereka teringin nak makan prosperity. saya? tak order pun! makan chicken burger sudeyh. no money lor. lepas tuh, sekali lagi kereta myvi ter-buat-drift masuk jalan ke putrajaya pulak dah! ter-paksa lah melepak kat sana. sudah! sudah! malas nak bebel banyak, korang tengok je lah gambar kami yang dalam sifat kegilaan tahap maksima ni!

Photobucket

cahaya keimanan untuk orang gila memanah terus ke muka cik surya!
dah nama kao pun surya.
konpem2 lah semua cahaya nak tutup muka kao!

Photobucket

hah! hilang dah cahaya keimanan.
guna handphone orang lain :)

Photobucket

kami berlima sebenarnya malam tuh.
tapi, konpem ah ber-empat jek ketika bergambar.
kang takda sapa mahu amek gambar pulak kan?

Photobucket

cik surya memang paling sindrom malam tuh.
celah tiang pun dia nak masuk!

Photobucket

Cik linda dan cik surya.
saya tak tahu lah sketsa apa mahu dia buat kat atas jambatan sri wawasan tuh!

Photobucket

gambar ni yang terakhir sempat amek sebelum kena halau dengan guard kat putrajaya tuh. muka sengal tak bersalah jek semua.
hahahaha!

then, after melepak macam orang gila tak mandi muka sememeh jek semua, budak laki kelas kami text ajak lepak kat mapley area semenyih. vrooom vrooom terus linda buat drift sampai ke kedai makan ibrahim maju tuh! lepak lepak minum air sampai mengantuk. lepas budak laki cerita pasal hantu kpmb, terus kami gerak pulang ke rumah! hahahaha. gambar? gambar hantu tak boleh publish. gambar kami makhluk tuhan yang comel ada kat bawah:

Photobucket

comel kan?
buat muka tak bersalah cakap diri sendiri comel.

then, esok dan esok lagi saya dah tak ingat lah pulak urutan peristiwa yang berlaku tapi kan, ada lah satu malam tuh. kami penghuni rumah J-1-5 yang kini menetap selama beberapa ketika menumpang di J-1-4, bua farewell party. takde lah party beriye sampai ada lelaki separuh bogel ke, lelaki hensem sekali dengan kami semua ke apa. cuma makan-makan di beranang cafe, ditaja sepenuh nya oleh wanita bekerjaya, Norazimah Md. Zuki. hikhikhik. malas nak cakap banyak, korang tengok lah gambar-gambar kami kat bawah:

Photobucket

cik nora dan cik lina sedang kusyuk makan.

Photobucket

fuh, tomyam yang kao makan ni fiza, mmg superb!

Photobucket

saya? mana gambar saya? takde!
cuma ni yang ada.
saya makan mee hailam.

dah tepat hari ketiga saya bermastautin disini, saya berjaya siapkan assignment Abit saya yang sebenarnya kena repair sikit jek! memang tebal nak mampus sampai semua dalam twitter pun komen pasal assignment saya yang tebal semacam. ye rakan-rakan semua, ini lah hasil kerja saya untuk semester terakhir saya di Kolej Profesional Mara Beranang dalam kursus HND in Computing Business Information Technology.

Photobucket

thank god semuanya berakhir.
now hati berdebar-debar tunggu result!

sempena minggu terakhir saya di sini, saya ingin membuat sedikit ucapan dengan seikhlas hati saya. *apasal skema gila ni?* sila sediakan kotak tisu untuk mengesat hidung berhingus anda sebelum saya meneruskan ucapan saya.

"buat rakan-rakan dari dunia FHND hingga kita masuk HND, saya akan tetap ingat anda semua sampai bila-bila. secara jujurnya, walaupun terlalu banyak pertelingkahan, salah faham, pergaduhan antar kita saya akan cuba untuk melupakan semuanya dan memaafkan kalian. sememangnya terlalu banyak sudah saya rasa terkilan dengan sikap semua yang semakin berubah dari hari ke hari yang dilalui, dan saya terpaksa makan hati berulam jantung selama saya mendiamkan diri memendam perasaan saya terhadap kalian semua, tapi saya sudah lama lupakan semua itu. ampun maaaf juga dipinta jika saya ada membuat kesalahan di antara kalian semua. untuk dia, saya sudah anggap anda sebagai kawan terbaik yang pernah saya ada sepanjang kehidupan saya di alam kolej dan saya harap anda boleh terus jadi kawan terbaik saya walaupun ada sedikit ketidaksenangan hati sebelum pulang dari beranang, saya tahu anda faham saya lebih senang untuk memendam perasaan saya ketika ini. untuk dia, dia tahu siapa dia. buat rakan-rakan, saya sayang anda semua sampai bila-bila. Batch HND 2006. my heart is always with all of you ♥
"

sekian, terima kasih.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates