468x60

.

sambutan maulidur rasul

Thursday, February 25, 2010




apabila boss aku, miss yong tanya, "ira, apa itu maulidur rasul? pegi semayang macam cina pegi semayang masa CNY ke? tahun baru islam ke apa?". terkedu dapat soalan begitu secara tetiba masa tengah kusyuk buat kerja office yang berlambak twitter-ing dan facebook-ing depan PC tadi. aku jawab, "err...bukan tahun baru miss. kalau tahun baru itu lain. yang ni birthday Nabi Muhammad S.A.W" entah dia paham ke tidak aku pun tatau sebab dia terus masuk bilik dia tadi. hahahaha!

apa itu maulidur rasul?
malas nak buat ayat lah sebab aku demam selsema ni.
terima kasih la pakcik wiki:

"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya."

------------------------------------------------------------------------



cerita pasal sambutan maulidur rasul, aku teringat zaman aku sekolah rendah agama masjid jamek, beserah dulu kala. dari tahun 1996 - 1999 aku sekolah sana, perghhhh banyak kenangan! gambar kat atas tu gambar masa sekolah agama dulu. aku baik beb zaman dulu. sekarang je dajal sikit. hahahaha. rindu giler kat korang weyh!



eh apa kene mengena kenangan sekolah agama dengan maulidur rasul? dulu, setiap kali sambutan maulidur rasul kami berarak bawak sepanduk keliling satu beserah ni. then last destination, kumpul ramai-ramai kat padang depan sekolah. sekarang ni, padang depan tuh dah ada masjid besar dah. dulu lapang je... memang best kenangan dulu. seronok! tapi...malangnya sekarang, aku tengok dah takde berarak bawak sepanduk semua ni. entah hilang mana generasi muda sekarang. duduk rumah main PS3 mungkin? layan mukabuku dan burung berkicau? hurmmm....sadis!

lagi sadis bila...

Photobucket
(klik gambar untuk tumbesaran)

siapa yang search keyword: "gambar separuh bogel erry putra" tu hah? takde adab! tak pernah aku letak sebarang gambar lucah atau bernajis. tak macam siggplus tuh. blog dia mengalahkan redtube lagi!

moral of the story:
esok kalau ada perarakan aku nak join! "kalau ada.."


SALAM MAULIDUR RASUL




tahniah kak long

Wednesday, February 24, 2010

Photobucket

CONGRATULATIONS kak long ila!

5:15 pm, baby boy, 3.19 Kg

takda nama lagi.

any suggestion? hehehe :)




dilema pakaian


Photobucket


saya menghadapi dilema lagi.

mana satu pilihan hati?





nak beli..

Sunday, February 21, 2010

semalam... beli ini...

Photobucket


tadi... jalan-jalan jumpa ini...

Photobucket


juga... mahu ini...




dan juga ini...

Photobucket

ada sesiapa baik hati nak beri?





lelaki dayus part 2

Friday, February 19, 2010


entri ini dicipta khas atas permintaan enchek nazrien dan sambungan entry pendek empat baris sebelum ni... dayus kah anda?

Nabi SAW bersabda :

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )


apa itu lelaki dayus?

Sabda Nabi:

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - (riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

wahai kaum adam dan hawa...

Lelaki - jangan lah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah. bagi mereka yg bergelar suami dan bapa,awasilah mereka, jgn anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang utk anda di syurga Allah... nauzubillah. ..

Perempuan - jgn lah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jgn nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita....mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka?? nauzubillah.

dan apakah ciri-ciri lelaki dayus?


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)


فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar. Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Banyak lagi ciri-ciri lelaki dayus..mudah-mudahan para lelaki terhindar dari menjadi sebegini..Na'uzubillah..

p/s: aku hanya berkongsi info. aku juga tidak lah sempurna, so jangan marah ahhh kalau terasa apa-apa. maaf :)

credit: paradigma





lelaki dayus


apa perasaan korang kalau jumpa

lelaki macam *****

suka ikut cakap awek

macam lembu kena cucuk hidung?



tahniah pemenang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Thursday, February 18, 2010




keputusan untuk pemenang contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Top 10 ranking @ google.com dan @ google.com.my telah diumumkan di SINI .

tahniah diucapakan kepada semua. aku tahu korang blogger hebat. dah menang RM400 itu sila belanja ya. nak masuk meminang pun boleh. sebab aku pun cuma menang RM50 untuk entri popular. sila tekan SINI.

alhamdulillah...




jejaka kacak comel


tiada banyak kata yang mahu dilahirkan di sini.

gambar hasil dari lensa kamera K770i yang ku miliki.


Photobucket


ke teluk chempedak bersama sahabat-sahabat lama.

perasaan hanyalah teruja dan gembira.

sudah lama tidak bertemu sua antara kita.


Photobucket


jejaka-jejaka kacak comel alaf ini.

menanti gadis-gadis di bawah sinaran matahari.

berhadapan dengan mcD yang digemari.







cuaca panas bumi menjadi cair

Tuesday, February 16, 2010



cuaca semakin panas. bumi semakin cair. tak percaya? apa perasan korang bila duduk dalam office ada aircond tapi rasa mcm nak bukak semua baju bogel terus habis tanpa segan silu? kalau aku yang berbaju ni pon rasa nak terbongkang atas lantai simen pejabat tetiap hari, apatah lagi joni kekasihku itu juga tidur terbongkang hingga menayang bontot comel halus tirus gitu. perghh..panas gila Malaysia sekarang ni. aku nak pergi washington ke apa takut jugak sebab aku pergi sana nanti habis tenggelam dalam salji tebal pulak. cuaca sangat tak menentu. sadis!



malam semalam je, bandar kuantan ni suhu sampai 29'C . aku dah mendidih tidur semalam macam mimpi ngeri kena rebus dalam periuk belanga raksasa oleh orang asli. fuh setiap malam rasa nak tidur berkemban je. tak pun tidur dalam bilik air, bawah shower. pergh! nikmat gila. itu baru lah kalau mimpi pun mimpi basah sebab memang dah basah kan.

tadi saja main pakcik google. ye ah, aku kan duk office sorang ni memandangkan semua orang syok baik punya cuti. aku terjumpa statement ini:

"Cuaca panas yang melanda negara ini sejak Januari merupakan fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada bulan Mac, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia."

ni dah luar biasa korang tahu! aku dah macam duduk kat litar sepang. gurun sahara kedua mugkin wujud di Malaysia lepas ni. ramai-ramai minah salleh berbikini datang Malaysia sebab nak berjemur tepi pantai. panas terik ni juga penyebab pokok-pokok di Malaysia ni terbakar sejak dua menjak ni, semua empangan macam takde air semua. fuhh... lama dah tak nampak hujan. tolong lah, takkan sebab band Hujan pergi overseas, hujan pun takde dah kat Malaysia ni?





kenapa rasa nak berak setiap kali dating


Hari ni cuba untuk mencari kegembiraan sebelum cuti habis. Kononnya lah. Maka, roger smartian yang ada untuk ajak keluar hari ni. “bola 1 kepada bola 2… roger…keluar esok tengok wayang. belanja sendirian berhad. over.”

Photobucket

Maka susah payah lah aku keluar libur sama teman-teman di ECM. Tonyoh mekap serba sedikit, then sejahat mungkin aku dress-up hari ni keluar hangout dengan mereka. Merah menyala macam lah nak pergi beraya cina bersama teman lelaki cina atau semangat berkasih sayang hari kekasih bersama teman lelaki yang sebenarnya tiada wujud pun.

Destinasi pertama untuk hilangkan bosan adalah ke F.O.S dengan kata lembut lidahnya, Factory Orang Susah.. ya, itu yang kami gelarkan. Nama sebenar adalah Factory Outlet Shop ya rakan-rakan. Apakah aktiviti riadah yang dapat dilakukan di F.O.S ? rembat sehelai dua baju yang cantik lagi murah tapi berjenama sudah direjek itu, dan posing di dalam fitting room. Jangan lupa membawa bekal bersama handphone camera berkualiti yang sudah di silentkan bunyinya.

Photobucket
Mula-mula, tuan puan boleh mula posing dengan baju sendiri terlebih dahulu. Ya, itu lebih afdal memandangkan dekat rumah sendiri belum tentu ada cermin sebesar itu melainkan anda mencuri di mana-mana butik yang berhampiran. Lebih baik jika anda memakai baju baru seperti bau kedai masih belum hilang dan kekal aktif berbau. Dan nak bangga kejap. Suresh cakap aku dah kurus. Ishh mungkin suresh rabun dekat atau sememangnya ikhlas dari hati nurani dia? Haha.

Photobucket

Aktiviti bermanfaat diteruskan dengan memakai baju pilihan minggu ini. Berkaler purple dan comel menjadi pilihan hati. Kalau lah ada duit banyak, baju berharga RM40 itu sudah aku bawa terus ke kaunter bayaran tanpa pulangkan kepada akak kaunter fitting room. Baiklah, semuanya “kalau” . pihak yang baik hati boleh memberi bantuan kewangan kepada aku di no akaun: xxxxxxxxxxxx di atas nama cahaya keberanianku yang masyhur.

Photobucket

Kemudian, kami teruskan dengan aktiviti makan-makan secara melampau. Mula dengan savour paratha chicken and cheese dibeli di kedai hot & roll. Fuhh sedap gila tak terkata nikmatnya. Saja makan benda ni sebab nazib cakap, dia tak pernah try rasa lagi. Sedap kan nazib? Rasa sekali nak lagi tuh.

Photobucket

Then, pergi food court pulak. Niat di hati mahu makan wantan mee favourite aku lah kononnya sekali habis pulak. Terpaksa tanamkan sahaja niat dalam hati tuh terus ke lubuk gaung perut. Bergegas berlari pergi beli crispy popiah 1 roll kat tepi GSC. Makan benda ni lah jawabnya sedangkan…

Photobucket

…si nazib syok gila rakus makan claypot yee mee dia. Ciskek, kenyang kao kan? Aku asyik rasa nak melantak jek. Sebab lapar. Padan muka kao kena kandid. Aku tahu kao suka sebab kao mmg suka aku glamerkan nama kao dalam blog pujaan kao ni kan nazib? Hahaha. Oh ye, sape rasa nak berkenalan dengan nazib sila lah hantar borang permohonan beserta gambar bersaiz passport 4 keping. Cik marzida cakap, nazib ni tough dan dalam hati selalu ada taman rama-rama.



Tadi, aku dikelilingi bodyguard bersaiz comel-comel berlaka. Paling comel tentunya ismail. Ah skema sangat. Panggil saja pak mail. Hahaha. Datang dah ah lambat tadi. Kalau kau tak datang tadi, mahu aje aku cari rumah kau sambil claim duit tiket wayang RM10 dan memberi satu sepakan padu di perutmu. Oh ye, kami pergi menonton movie, Percy Jackson & The Lightening Thief. Sumpah hensem gila mamat mata biru ni. Cair kejap ais dalam cinema tadi bila tatap mata nya yang biru. Okayh tatap mata Percy Jackson takpe, jangan tatap mata medusa nanti jadi batu pula.

Photobucket

Dah habis movie yang memang best gila vavi, kami meneruskan aktiviti makan. Si nazib dah gila makan dan memang itu akan terjadi setiap kali keluar bersama aku. Kami pergi kembali ke hot & roll. Kali ni, nazib order savour paratha black pepper beef, aku pulak order sweet crispy banana chocolate. Nyummy! Sedap gila rasa. Makan dan makan tanpa sedar dah sedikit kegemukan di situ. Hahaha.

Photobucket

Dan ini muka kepenatan dan kecewa bila tengok tambah lagi satu handbag idaman hati di Guess. Kali ini, berwarna cokelat. Ciskek. RM197.40? cantik gila handbag tu. Tolonglah sekali lagi para dermawan member sedikit sumbangan kepada aku dalam usaha membantu memiliki handbag pujaan hati. Oh ye, aku semakin tak paham. Kenapa rambut semakin bertukar kepada kaler cokelat seperti itu? Huh. Sila jelaskan.

Pstt…tiada baju cheongsam kerana hanya beli baju merah di atas sempena CNY tahun ni.

psst lagi... kepada ayong qiela dan lyshabella, aku saja nak selit nama korang kejap. tapi tatau nak tulis apa.

Sekian, terima kasih.







Happy all the day!

Saturday, February 13, 2010

Happy Lunar New Year!
Happy Chenta Day!
Happy Shining Sunday!
Happy Holiday!


祝大家:新年快乐,身体健康,恭喜发财 . !!

sorry, no cheongsam photo for today post.
please wait for the next entry.
im going to granny's house now!

by the way, please enjoy this photo. Facebook warning on V-day really makes my laugh burst out.

Photobucket


pstt... im not belong to anyone right now but for me who do not celebrating any valentine's day, everyday is my valentine's day!
oh! and please wear your panties on valentine's day ya? HAHAHA






new glasses and it is monica!

Thursday, February 11, 2010

Photobucket

just bought new spec this week. and it is monica! seriously, the soda is not with me now. sell it for a charity already. hope the kids love my soda. its been 2 years i'm with the soda and now i have the new red metallic one, monica. the casing is so adorable and im so excited when the handsome guy at hollywood eye trend shop give it to me. bought monica at the east coast mall kuantan , RM430. expensive? i dont think so. the nett price is more expensive. RM430 is the price after discount. and i got KFC voucher also. and...there is butterfly and diamonds too! that is the reason why i bought this!

(=

so, how do i look with the new spec?

Photobucket

pstt..im in good mood today because i just won RM50 in denaihati contest! check my name: POPULAR ENTRY RESULT




CHINESE NEW YEAR dinner + angpow domain

Wednesday, February 10, 2010


salam 1Malaysia. ecehh semangat doe! gilak deh. aku rasa macam lama giler tak update blog ni yang dah bersawang sana sini. fuh fuh tiup sarang labah-labah. pergi kao jauh nun disana. kalau kao bagi aku spiderman takpe jugak.


Photobucket

malam semalam, company aku buat
CNY dinner. ala, nama pun aku keje dengan company cina. adat ah. petang tu aku balik keje awal gila. on time bebeh. kunun semangat nak pegi dinner malam tu. tepek baby powder, calit mascara sikit, tonyoh eyeliner segala bagai. nak pakai cheongsam, tarak beli maa. pakai ah baju merah tuh je. hah, baik korang tatap spec aku yang menawan itu buat kali terakhir. before 14 feb ni aku nak donate ke charity home. lalalala.


dinner pukul 8 malam, at Tan Jung Restaurant. erk? restaurant cina yang pekerja muslim sebenarnya. lalalala tapi tetap aku ragu-ragu mahu makan. nama pun restaurant cina kan? ahahaha. kami bolot 3 table! oh yehh ramai betul. menu apa? fuh penat aku kira. ada 8 hidangan yang aku pun tatau apa nama semuanya. yang pasti, semua nya berciri healthy food. Bagi masyarakat Cina, mereka percaya semakin banyak juadah yang disediakan, ia sebenarnya melambangkan kemampuan dan kemakmuran hidup seseorang.


Photobucket


first dishes, opcos ah makan
yee sang = 魚生 (鱼生) yúshēng... erk? masam. cuka. aku tak suka. eceh macam berirama pulak aku menaip ni. apa ada dalam yee sang? ee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, daun limau kaffir, kekacang yang ditumbuk, halia, buah pomelo, jus lemon, lima serbuk rempah dan keropok ranggup. fuh sedap tapi masam sikit. macam makan tong sam kat kedai siam pon ade rasanya hahaha. sambil gaul yee sang, kaum cina akan menjerit perkataan ‘lo hei’ dengan perkataan lo bermaksud menggaul sementara perkataan hei pula didefinisikan sebagai kebangkitan. Semakin tinggi yee sang itu diangkat, maka semakin banyaklah kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati oleh seseorang sepanjang tahun. tapi takde pon table aku duduk tuh semangat jerit2. table sebelah ada la. hahaha!


Photobucket


then datang pulak dishes apa ntah nama tapi sedap. ada lah jugak kuih, and dumpling nyummy~~ hahaha. lepastu, ada ikan steam, ayam masak steam, udang, yee mee, sharkfin soup dan sebagainya. memang aku tak makan sangat lah kan benda pelik-pelik semua. aku syok ratah kacang tanah sampai sepinggan tu aku punya sorang. anda boleh lihat dalam gambar di atas. hahaha! and lagi satu, makan buah lychee dengan ais. fuhh masyuk! sedap doe. then, kekenyangan kekembungan minum chinese tea. orang lain, dah mabuk teruk dah. wakakaka. yang pasti, boss aku bankrup bayar bil makan, RM 1296.00 !! hahaha.


Photobucket


oleh sebab aku terlupa nak camwhore dengan apek hensem kat situ gara-gara mereka kemabukan di atas bumi yang nyata, aku dengan kak mai pergi toilet dan camwhore. maaf lah ada terselit gambar mangkuk jamban di situ. saja bagi spirit untuk
si siggplus pemberak lebih sikit untuk berak hari ni. dia kan tengah kecewa liverpool kalah. datang pulak sinus dia di pagi hari. maaf, aku terkutuk kao. nanty CNY aku mintak maaf okayh dengan syarat kao bagi angpow. wakakaka.


Photobucket


oh memang sengaja buat gambar di atas. special for my abg buchux bacin , trimas sebab bagi angpow dengan meng-sponsor domain untuk belog adek mu yang sengal paling nakal ini. ye, dengan bangganya beta umumkan, belog aku kini berdomain sendiri : www.ieyra.com . trimas juga kepada fazreen sebab bagi nama baru anakku ini. sangat happy walaupun semalam agak kecewa PC office ini gila tak boleh bukak belog aku. oh lagi satu, jangan tanya kenapa aku tak guna hosting sendiri dan masih duduk bawah ketiak belogsepot. aku takde masa la nak kesah nanty kalau aku ada hosting sendiri ke, guna WP ke. kang asek suspended, baby down down down sapa nak kesah? lalalala. selamat datang ke belog kuh.


last but not least, aku mengakhiri entry panjang dan berjela mengalahkan pertandingan menulis surat kepada perdana menteri ini dengan ucapan dalam bahasa melayu,
SELAMAT TAHUN BARU CINA! atau dalam english, HAPPY CHINESE NEW YEAR! atau dalam mandarin, xīn nián kuài lè ! fuhhh memang banyak tulisan cina dan percakapan dalam mandarin hari ni. dah nama pun salam 1Malaysia tadi. chow~






ammar, boy, and sheila.

Friday, February 05, 2010




switch on to sad mode. tskk tskk.. T_T

tatau kenapa aku menaip entry ini. cuma terniat hati nak taip. kalau si siggplus hati batu tu pun boleh taip entry mcm ni, aku pun boleh.

seriously, bila tengok budak kecik sakit. aku memang rasa nak nangis. tapi, aku tahan jugak sebab control cun kan depan orang ramai. then, bawak diri lari jauh-jauh ke penjuru bilik, dan menangis. sedih. korang bayangkan, kalau kita yang besar tua bangka ni sakit pun tak tahan sakit, mcm mana budak2 kecik macam tuh boleh tabah je harungi semua?

Photobucket

ada 3 budak kecil comel yang sekarang ni tgh suffer sakit. yang aku tahu lah, tapi ketahuilah lebih banyak insan yang memerlukan di luar sana. semalam, aku rasa nak nangis tengok twitter. dari aku kat office, sampai la da balik rumah, tengah malam pun tak boleh tidur. memikirkan macam mana lah anak bro azlan tu. semalam boy or his name is azllee and yeah, his papa using the same name for twitter ID, 7 years old..baru lepas major surgery sebab saluran pernafasan tersumbat. the latest news aku dapat tahu, boy ade heart problem after the surgery. during the surgery pun ade bleeding. and doc pun tak bg 100% hope for boy . tskk tskk T-T ni yang dah start mengalir air mata suci nurani ni. eventhough aku tak pernah tengok boy, tak pernah kenal bro azlan personally, just in twitter. tapi aku tetap sedih gila sbb walaupun jauh aku di Malaysia, dan mereka di Las Vegas...rasa dekat di hati je. aku doakan semuanya selamat and boy boleh hug and kiss papa dia every morning dengan sihat dan aktifnya.

Photobucket

next, adik sheila sabrina. adik kepada salah sorang rakan yang aku kenal sejak tahun 2005 lagi. aku tahu abang dia for sure akan makin menyampah kat aku kalau aku taip pasal adik dia kat sini but i just want to share something for all my readers. dah lama rasanya aku tak jenguk adik sheila. almost two months sejak aku sibuk kerja. ya allah, kenapa lah aku lupa tanggungjawab aku yang satu itu. yes, aku mmg takde kena mengena dengan adik sheila. tapi sejak dia baby, sampai lah umur nya 5 tahun ni aku tetap concern about her. she is so cute untuk suffer dengan sakitnya tu. adik sheila tersedak susu ketika masih kecil and half of her brain dah mati. then, minum ikut tiub semua buat aku sedih sangat tengok adik sheila mcm tu. uh, semakin sensitif sudah. kakak sayang adik sheila. next story...



adik ammar. yer, aku ade letak banner bantu adik ammar, 2 years old di sidebar blog ini. klik link di bawah ribbon tersebut utk maklumat lanjut atau terus ke blog mama nya. adik ammar tgh suffering Patent Ductus Arteriosus (PDA) disease.and sekarang ni pun nuffnang tgh buat charity project for adik ammar. adik ammar need an operation which cost RM12,000. sumpah aku rasa sedih gila tengok gambar-gambar adik ammar yang bertiub sana sini, dah la comel putih mata sepet tapi suffering sakit dia tu. bantulah mereka, dengan bank in derma untuk adik ammar ke dalam account mama nya, Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank) . sama-sama lah kita membantu adik ammar agar surgery ke atas adik ammar dapat dilaksanakan.

okayh fine. naluri keibuan kunun nya dah mencapai tahap dewa gaban. sedih. mari doakan kesejahteraan mereka agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik.

blog ini sedang menjalankan charity nuffnang ads for adik ammar. anda bila lagi? tskk tskk...

T-T

------------------------------------------------------------------------
UPDATE!!


semalam azllee baru lepas selesai 2nd surgery. after 5 hours surgery, alhamdulillah, azllee is much better now. doakan dia buka mata dan senyum kembali. and adik ammar punya permohonan telah diluluskan oleh IJN. sama-sama kita doakan adik ammar akan lebih sihat dan surgery untuk jantung adik ammar berjaya. aminn.




entri pilihan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Thursday, February 04, 2010




melonjak hati nak update pasal satu lagi wedding semalam. tapi leceh banyak gambar. nanti je la. takde masa nak upload. hahaha.

hari ni dapat dua good news dari aktiviti aku yang rajin gila vavi join contest sejak dua menjak ni kan? terima kasih tak terhingga yang rajin comment entry banner wish contest tu. AKU DAH MENANG no. 2!! i love you all ~~ thanks for support.

and hari ni aku dapat tahu aku tercalon pulak untuk entri terbaik pilihan untuk contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari denaihati. so apa lagi, support ah kawan korang ni.

VOTE ME HERE!! NO. 6!!





HIDUP MACAM PALAT.

Wednesday, February 03, 2010

HIDUP MACAM PALAT.

tapi...

AKU SUKA!

entry ni korang taknak baca ke lalat-lalat semua?



HIDUP BERANI UNTUK GAGAL .



pilih la entri pilihan anda di



blog denaihati sekarang!!!


VOTE ME: No. 6!!





February Life Begin.

Tuesday, February 02, 2010


FEBRUARY life.


salam february. bukan lagi january. kamus hidup january ku sudah ditutup 3 hari lepas. cukup sudah lelaki durjana itu menyeksa batin ku. whathefak aku mapek ni? yeah, betul cakap paan yang January is sucks bebeh! kesian paan kehilangan kekasih terchenta yang beroda dua itu di saat penghujung january menutup tirai. aku pulak kehilangan makhluk tuhan berkaki dua yang durjana itu di awal february yang baru membuka tirai langsirnya. takpe, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, remember?

ahhh! aku tak menyesal dah sekarang. thanks to all my
twitter friends mention tweet korang yang sampai 50 tweet tuh tidak mampu ku balas. hanya ucapan terima kasih diberi. aku sayang korang semua and yeah, only ALLAH knows the truth.

sudah mapek tak tentu hala macam nak jadi drama queen. kang aku menangis, tak pasal2 si adi, ein, acap, miyul, wonojo dan lain2 jadi mangsa dengar aku melalak kat telefon. sian korang panas telinga kan? tujuan utama nak update entry tertunggak.

selepas wedding abg saiful dan kak dina sabtu lepas, ahadnya aku ke KL. yeah, semangat gila pergi wedding kak ara dan abg myn di dengkil, selangor. sampai sesat pening cari rumah, pukul 3pm baru sampai saa. wah sangat oren menyilau2 tema kaler wedding mereka. fuh rindu gila kak ara. mcm lama sangat tak jumpa. rasa nak peluk cium culik dia dari abg myn je. i love you, kak ara!

tetttt tetttt ... blip blip blip ... lampu otomen kat dada dah berkelip menandakan kemalasan meneruskan taipan jari jemari ku disini. so, korang pegi tengok gambar je lah yeh. sila pakai gogle untuk mengelakkan kesilauan sinar oren yang terlampau.




Photobucket

control cun sikit. hahahaha.
ayah ku meng-candid pitcha ku.

Photobucket

aishh pandang camera lain sebenarnya masa ni.

Photobucket

tengok tuh pandang lain lagi. again and again. haha.

Photobucket

memang semua penat pandang camera banyak2.

Photobucket

okeh berada di posisi yang sempurna dan aku pendek.

Photobucket

yang ni lagi sempurna woot! aku suka.
thanks abg cameraman yang kacak itu.

Photobucket

oh gemoknya kami. sue pasti suka.

Photobucket

abg myn gagah perkasa.
senyum lah sikit woot!

Photobucket

dari ku untuk mereka.
mengikut tema betul lah.

Photobucket

new life begin. hahaha. tetibe jek.





 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates