468x60

.

aku benci april

Wednesday, March 31, 2010




april datang lagi.
bukan sebab april fool.

tapi...

aku benci april.
aku benci lagu "bila april" si fazley nyanyi tu.

kalau lah benda ni takkan terjadi dulu,
sampai sekarang aku tak terseksa macam ni.

25.04.2006 in memory.



memang lawak april fool pepagi buta. accident kecil berlaku dan pendarahan gigi dan bibir sangat teruk. bibir ku luka dan pecah secara hebatnya and sekarang ini bengkak tak hengat punya. terima kasih kerana mengurniakan aku bibir seperti angelina jolie untuk permulaan April.

aku benci April.






aku bahagia tapi...

Monday, March 29, 2010


lokasi kejadian: sekitar Kuala Lumpur

tarikh kejadian: 28 March 2010

masa kejadian: 11.30 pagi hingga 06.00 petang


mangsa yang terlibat:

mangsa 1 - nor azri syahirah a.k.a neyra shazeyra
mangsa 2 - suryasu' adliah a.k.a cahaya surya
mangsa 3 - salmi nazlina a.k.a la lyna
mangsa 4 - farah liyana a.k.a anayilharaf
mangsa 5 - zulaika mohamad a.k.a proud mommy
mangsa 6 - hezry arif a.k.a proud daddy
mangsa 7 - nur ain hawani a.ka. nini cokelat celup2
mangsa 8 - wan mohd tarmizi a.k.a wanmohddekgee


Photobucket

gadis-gadis litar F4 - Friends 4ever.

Photobucket

mangsa ke - 8 telah menggunakan lensa kamera dan mengambil curi gmbar kaki menawan dengan sengaja. kaki-kaki di atas adalah dimiliki oleh mangsa ke 1, 2, 3 dan 4.

Photobucket

mangsa ke - 4 sedang berusaha membuat ketupat sehinggakan mangsa ke - 2 tidak lalu untuk makan. mangsa ke - 3 pula berusaha gelak palsu mendengar umpatan yang dibentangkan.

Photobucket

mangsa ke - 8 menangkap curi gambar lagi sekali berhadapan dengan cupcakes chic shop.

Photobucket

mangsa ke - 3 kelihatan tersepit gara-gara mangsa ke - 2 dan mangsa ke -4.

Photobucket

mangsa ke - 2 membuat tarian samba huga huga memanggil rakan-rakan dari madagascar manakala mangsa ke - 4 hanya mampu tersenyum melihat upacara ritual tersebut.

Photobucket

mangsa ke - 7 baru bangun tidur hampir terlena kembali di atas perut gebu mangsa ke - 6 sambil diperhatikan oleh mangsa ke - 5 dari jauh.

Photobucket

mangsa ke -7 membuat aksi menggoda di hadapan lensa kamera.

Photobucket

mangsa ke - 7 berusaha membuat muka lega lepas berak dan bangun tidur dan semangat kembali untuk berlari-lari di sekitar pavillion.

Photobucket

memang kami mangsa keadaan.



mencerap bintang di angkasa

Saturday, March 27, 2010

pada 28 Mac, bulan berkedudukan perigee... perigee ni maksudnya bulan berkedudukan plg hampir dgn bumi utk bulan Mac ini... so, korang akan nmpak bulan lebih besar berbanding sebelumnya..




Langit malam yg penuh dgn bntang2 menghiasi lngit mlm... mereka yg berada di kawasan kmpung,, akan dpt melihat lingkaran bima sakti yg merentasi dri ufuk selatan hingga ke timur... byk buruj yg kelihatan pada mlm bulan mac seperti orion, gemini, canis major dan byk lgi la....

info di atas adalah sebab mengapa aku sering mencerap bintang bulan ini. mari kita tengok bulan dan bintang esok! oh, aku berada di galaksi ku sendiri.

credit: fenomena astronomi






Earth Hour

Friday, March 26, 2010



Tik Tok Tik Tok...

8.30 pm ??

Mak menjerit;

" PEGI TUTUP LAMPU SEKARANG. BIL DAH MELAMBUNG MAKA SEKARANG WAKTU SESUAI UNTUK BERJIMAT! "

oh? Jam Bumi rupanya.





lelaki dan perempuan, cinta kasih atau hanya kawan?

Thursday, March 25, 2010

lelaki dan perempuan,

cinta kasih atau hanya kawan?





apa pendapat korang tentang hubungan persahabatan yang terjalin di antara lelaki dan perempuan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti?

lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza. bagi perempuan, contohnya seperti saya, saya menganggap berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan.

berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta.




selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di antara lelaki dan perempuan apabila berkawan. contohnya, situasinya adalah anda berdua (lelaki dan perempuan) hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa berlainan terhadapnya dan seperti dalam hati ada taman tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. nescaya lah, perasaan ini tetap wujud walaupun anda menafikannya. Ini adalah kategori yang paling sukar di antara kedua-duanya. perlu kah anda mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Pendamkan perasaan dan bersedia untuk pecah berderai hati setiap kali si dia berbicara tentang gadis kesukaannya? semak otak bukan?

maka, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau kategori yang satu itu? hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan agak sukar untuk dikategorikan kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan.

Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan. Dan ya, lelaki dan perempuan tidak salah jika hanya kawan. Tidak perlu terlalu stereotype dari segi gender dalam hal-hal macam ni.


"True friendship is like sound health;
the value of it is seldom known until it be lost."


apa pendapat anda pula?




CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Wednesday, March 24, 2010




Contest lagi? bukan kah telah ku katakan tiada lg contest akan ku join bulan March ni? memang mentipu. mana nak tahan weyh kalau dah nampak contest kat blog-blog orang lain. betul sesumpah aku tak tipu, tak rugi follow semua orang. boleh dapat tahu banyak info.

Contest: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 ini dianjurkan oleh Diari Seorang Lelaki . anda boleh klik link tersebut atau klik saja banner di atas untuk terus lintas langsung ke blog beliau.

So, apakah yang akan aku buat kalau diberi RM100?

ada dua perkara yang akan aku buat:



1. membayar bil broadband celcom dan bil telefon celcom

separuh dari duit RM100 itu akan aku bayar bil broadband Celcom ku sebanyak RM50. biasa lah beb, aku kan guna pakej student. berbaloi-baloi walaupun sedikit hampa dengan prestasi Celcom yang kurang memberangsangkan minda sejak dua menjak ini. aku berharap dengan RM50, aku mampu memberikan sinar ultra biru di dada vodafone modem Celcom ku itu. tiada lagi lampu hijau berkelip segan tak mahu. dan RM5 akan ku bayar pula bil telefon Celcom ku. RM5 je? sewa talian beb. call free, sms free yang lain semua free. nama pun 1 + 5 plan. berbaloi-baloi.

2. Sedekah kepada yang memerlukan

ingat lagi aku pernah cerita pasal adik sheila di SINI ?? RM30 akan di serahkan kepada si comel ini mcm biasa lah tiap bulan. hehehe. membantu sesama insan. sebulan sekali buat amal jariah kan. bukan dosa pun kan? dapat lah secebis pahala.

dan baki duet yang tinggal akan aku simpan. sama ada buat duit topup handphone aku atau belanja beli makanan di pasar malam setiap hari Isnin. hahaha.


apa hadiah contest ni?

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda


so, kalau minat nak join jangan segan silu mcm penguin nak beranak.
cepat-cepat tekan banner tu okayh?




Tulis & Menang ariffshah.com

Monday, March 22, 2010



Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com.

Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com & denaihati.com

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com.

Contest dari ariffshah.com ini mungkin contest terakhir aku sertai dalam bulan march ini. Cehhh aku memang aktif bercontest sekarang. Baiklah, tugasan yang diberi oleh ariffshah.com ialah menceritakan tentang blog kegemaran.


Photobucket

Blog kegemaran aku ialah blog REALITI KONSPIRASI zackzukhairi. siapakah merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu di negara matahari terbit yang penuh dengan awek jepun comel pakai baju sekolah. Heh. Sebelum ni, aku tidak pernah kenal siapa itu zack zukhairi. walaupun acap kali nama nya disebut-sebut di GENGBLOGGER. Sampailah terdetik aku mahu membuka dan membaca blog zack zukhairi.


Photobucket

Entry pertama yang aku baca sejurus membuka blog saya sayang awak… . jatuh cinta pandang pertama tatkala membaca entry itu. Mengapakah? Sebab entry itu sekali dengan soundtrack yang boleh buat orang menghayati sampai menangis. Itu kali pertama aku lihat seorang blogger buat entry lukisan kartun seperti itu. Dan baru aku tahu zack zukhairi sangat rajin buat entry berupa sebegitu yang tersangat menyentuh hati selembut tisu seperti aku.

Kadang-kadang tak semua entry zack zukhairi ni sedih macam entry di atas. Terlalu banyak yang boleh diperolehi dari blog zack zukhairi. info-info terkini dari blog zack zukhairi sangat diperlukan bagi mereka yang mahu melawat negara matahari terbit itu. Ibaratkan blog zack zukhairi ini seperti buku panduan ke jepun. Terlalu banyak info berguna yang dapat dimanfaatkan.

Photobucket

Selain daripada itu, blog zack zukhairi juga mengandungi entry mentipu pembaca yang datang ke blognya. Antaranya ialah entry cinta aku dan yukiko di mana hampir semua pembaca telah tertipu dengan entry mimpi basah zack zukhairi bersama yukiko itu.

Photobucket

Salah satu sebab lain blog zack zukhairi ini menjadi kegemaran ku ialah follower blog zack zukhairi ini ialah seramai 1,454 orang! Setakat entry ini ditaip la. Sangat ramai. Dan paling mengejutkan ialah…

Photobucket

…bilangan peminat blog zack zukhairidi laman social Facebook ialah 1,587 orang! Setakat entry ini ditaip juga. Sangat ramai dan dapat mengalahkan artis kegemaran zack zukhairi sendiri iaitu lisa surihani.

Photobucket

Akaun facebook untuk peminat blog realiti konspirasi zack zukhairi membolehkan beliau berinteraksi dengan rakan-rakan peminat yang lain dan ini sediki sebanyak dapat menaikkan traffic blognya kerana setiap kali entry baru di update,zack zukhairi akan memaklumkannya di situ.

Photobucket

Aku juga tertarik dengan amaran keras oleh pemilik tanah blog ini seperti gambar di atas. Dan sebab ini juga aku memohon izin dari zack zukhairi untuk menceritakan tentang blognya di dalam entry ini.

Secara kesimpulannya, blog yang dimiliki oleh zack zukhairi adalah sangat bagus dari segi penulisan, latar belakang blog yang digunakan, eksperimentasi bahasa dan hasil karya yang seperti blogger boy itu sangat menarik lebih ramai peminat . walaupun entry hang semua panjang berjela, zack... aku tetap suka datang blog hang!

Sekian.






Agen Dropshipper Rizi Biz Shop

Sunday, March 21, 2010

Saya ingin menjadi agen dropshipper Rizi Biz Shop bagi produk :



One Drop Perfumes Egyption Potion.

saya berminat ingin menjadi agen dropshipper Rizi Biz Shop kerana harga bagi produk ini hanya RM 40.00/RM 45.00 dan saya yakin ramai orang mampu membelinya. Harga yang berpatutan dan murah kerana terdapat 8 botol dalam 1 set One Drop Perfumes dan target market adalah di kalangan golongan remaja kerana mereka gemar bertukar wangian setiap hari dan One Drop Perfumes adalah produk yang paling sesuai untuk mereka yang gemar bertukar wangian berlainan dalam sesuatu masa jangka pendek.

terdapat pelbagai set yang berlainan dan dalam setiap set mengandungi 8 botol One Drop Perfumes berlainan jenis bagi setiap pengguna lelaki dan wanita maka, One Drop Perfumes sangat sesuai untuk pengguna yang sering bertukar perfume mengikut mood mereka.



pack baru dari One Drop Perfumes juga sangat menawan hati, lebih cantik dan nampak lebih mewah sekaligus menarik perhatian untuk lebih ramai membelinya. One Drop Perfumes juga didatangi dengan set besar dan set mini dan pembeli boleh membeli mengikut kemampuan masing-masing.



Harga yang ditawarkan bagi pack baru juga masih sama walaupun pack baru didatangai dengan botol yang lebih besar dan kotak yang lebih berat, kemas dan eksklusif. kotak baru yang lebih tampak menarik juga sesuai untuk dijadikan hadiah buat teman-teman.

saya juga yakin dapat menjual One Drop Perfumes kerana bau harumannya jenis yang tahan lama kerana ianya bukan jenis spray tetapi pati perfume iaitu oil-based. dan apa yang lebih PENTING ialah One Drop Perfumes merupakan perfumes yang tiada kandungan alkohol maka pengguna yang beragama Islam boleh menggunakan One Drop Perfumes tanpa was-was walaupun ketika menunaikan solat.







KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

Saturday, March 20, 2010

>Sticky Mode<


KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST



salam. sekali lagi FCU COMMUNITY buat contest gempak! super duper gempak! dan kali ini FCU COMMUNITY menawarkan hadiah bernilai lebih RM3500! tidak percaya? sila lah percaya.

dan aku sangat pasti contest kali ni sangat mencabar. tak seperti contest2 FCU COMMUNITY sebelum ni. ye lah, tengok nilai hadiah pun dah tahu kan?


Photobucket


sebelum ni kan sebab hadiah sangat gempak pasti terlonjak-lonjak hati teruja mahu register sebagai peserta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.

2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah

3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.

4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest

5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.

6. Keputusan adalah muktamad.



terdapat 3 step yang mudah untuk anda join contest kali ni...

STEP 1

Anda wajib menulis satu entry khas mengenai contest ini di blog anda. Entry anda mestilah bertajuk "KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST"

STEP 2

Anda wajib paparkan BANNER CONTEST di blog anda.

STEP 3

Anda hanya perlu isikan maklumat anda pada borang yang disediakan. Pastikan anda memasukkan detail yang betul.


apakah hadiah-hadiah yang boleh buat korang teruja sangat tuh?

JOHAN

Rekaan Flash Header esklusif bernilai RM150 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Babyland Printed bernilai RM35 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz


NAIB JOHAN

Rekaan Flash Banner 180x200 bernilai RM55 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Coolababy Velcro bernilai RM33 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz


TEMPAT KE 3

Rekaan Flash Banner 150x150 bernilai RM45 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
1 set Cadar bernilai RM75 tajaan DaniaShop
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Coolababy Snap Button bernilai RM28 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz



>sila tekan sini untuk maklumat lanjut<


Tarikh tutup pendaftaran ialah 20 mac 2010. so? apa lagi yang korang tunggu? JOM join ramai-ramai memeriahkan suasana! join contest ni secara berjemaah. =)


psssttt...aku memerlukan COMMENT korang sebanyak yang mungkin!

TOLONG LAH KOMEN BANYAK2






kat bawah ni ye tempat komen.

klik comment tuh.

nampak rumah kecik comel tuh?

hehehehe





march madness - domain RM20

Wednesday, March 17, 2010




It's March Madness at 1oasis!

Price drop!

Registration of .com at just RM20!

Simply, that's the LOWEST price in the world.

and the most important thing is, NO OTHER PURCHASES REQUIRED.




So, what are you waiting for?

Grab one or you will regret!

It's only RM 20!

::CLICK HERE::

All offers above will end on 30 MARCH 2010.





shawl contest

Saturday, March 13, 2010



this is sticky mode.

please scroll down for new entry.
thank you.


SHAWL CONTEST




yeah~ contest lagi. kali ni shawl contest. aishhh mcm tau2 je aku gila shawl satu ketika dulu. sekarang pun masih gila. ahahha. shawl contest kali ni dari http://shoppaholicshawl.blogspot.com/...

apakah hadiah nya? Hadiah-hadiah untuk pemenang:

- hadiah disediakan untuk first, second and third place and 2 hadiah untuk saguhati

-1= sehelai kain pasang dan akn mendapat sehelai shawl ribbon

-2= sehelai kain pasang dah sehelai shawl corak

-3= 3 helai shawl corak

saguhati:

- 2 helai shawl corak

best kan? so ni gambar aku pakai shawl. fuhhh jampi cepat bagi aku menang. hehehe.


Photobucket



Photobucket






HAPPY BIRTHDAY NAZIB

Wednesday, March 10, 2010

Photobucket


HAPPY BIRTHDAY ABDUL NAZIB!

gilak promote kao lebih kat sini.
takpe, aku tahu kao always jadi silent reader blog ni.
sampai kao siap hafal kan setiap entry baru aku post.
gila updated betol silent reader aku sorang ni.
aku juga tahu kao peminat aku di alam maya.

ahhh mapek!
dah tua kao nazib.
22 tahun beb! nasib aku 21 tahun lagi.
muda remaja lagi aku rupanya. sila jangan dengki.
kao dah tua ni, sila lah cari awek sorang dua.
aku tahu kao terer mengorat.
jangan sia-siakan bakat anda.
cuba jadi macam si ahmad faiz tu.
pandai dah dia mengorat minah2 saleh UK skrg ni.
sila contohi beliau.

dah dapat call free berlambak2 tuh, jangan lupa daku.
aku nak call takde kredit.
apatah lagi nak buat super saver untuk call kao.
eh kao ingat gambar atas ni?
zaman kegemukan kita sambil melepak di megamall.
aku yakin dzul benci aku sebab aku crop gambar dia.
hanya sebab dia kurang hensem dari kao.

nazib,
aku sayang kao.
dah 5 tahun kita kawan.
kao kawan aku sampai bila-bila.
cewahhh terharu tak?







Tag Kamiblogger Biggest Contest

Sunday, March 07, 2010




Tugasan kali ini sangat seronok!! "Tag Kamiblogger Biggest Contest" ialah sejenis game dimana para peserta menyoal peserta lain dengan meng-tag 10 peserta dengan 10 soalan mudah!

Soalan:

1 Apakah nama timangan anda ketika kecil?

2 Berapa umur anda sekarang?

3 Anda berasal dari mana?

4 Berapa kerap anda update blog dalam seminggu?

5 Apakah makanan dan minuman kegemaran anda?

6 Sejak bilakah anda mula terlibat dalam dunia blogging?

7 Anda sedang belajar atau bekerja atau kedua-duanya?

8 Dimanakah tempat yang anda paling gemar untuk lawati?

9 Sejauh mana kemahiran anda dalam memasak?

10 Jika anda ditaja untuk ke luar negara, negara manakah yang menjadi pilihan hati?


10 Peserta yang saya ingi TAG ialah:

- Aadlynnaa

- Zuliana

- Takamine

- Aiman

- Ejum

- Sasa

- MzHany

- Rashidah

- Applegreengirl

- Tricksrex




Anda hanya perlu menjawab di ruangan komen entry ini. Anda perlu pastikan anda menjawab menjawab soalan-soalan tersebut dengan tersusun mengikut no soalan beserta link blog anda.

contoh:

Link Blog Peserta jemputan : www.xxxx.com

1. Nama timangan saya adalah Sha
2. Saya berumur 20 tahun
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Sekian, terima kasih =)









blogger paling sempoi berak di tengah jalan


Photobucket

Salam blogger 1 Malaysia! Sah gila. Skema nak mampos. Ni aku nak citer benda lain tapi nak citer benda penting dulu. Dimaklumkan, aku breakfast McD secara percuma sepanjang minggu sehingga kan kupon di atas ini telah berjaya dihabiskan. Hahahaha. sengaja nak sakitkan hati zack zukhairi lagi.

Ni nak mula entry panjang gila,
tapi apa kata tengok gambar tenang perasaan dulu..

Photobucket


Okayh dah ready?


Tadi keluar bersama blogger hudaluna dengan seliparlaila !! blogger paling sempoi dan gila adalah kami! baru jumpa mcm dah 20 tahun kenal. okayh, mentipu. 20 tahun lepas baru je umur 2 tahun. ayat hiperbola di situ. amboi amboi amboi. hahahaha. awal-awal lagi huda buat magik kat parking lot td. aishhh macam-macam!! nasib tak jadi tragedi Megamall runtuh ke apa.


Photobucket

perkara kedua kegilaan yang melanda adalah, kami Q nak beli tiket Alice In Wonderland 3D dekat Golden Screen Cinema, East Coast Mall. dah ah lewat, pastu tiket selling fast, and sumpah mcm orang gila masa tuh. tengok2 seat left ada 1. punah harapan. then tgk2 uncollected reservation ada 14 seat. harapan ada!

dengan sedaya upaya kami beratur semula buat kali kedua. kali ni mmg gila. asek tengok jam mcm org gila. kira-kira 8 orang kami benarkan potong Q kami. memang berhati mulia 3 dewi pawagam ini. dah tu siap berebut pulak dengan apek cina mana ntah pasal nak beli tiket uncollected reserve tuh. perghh mencabar. last2 dapat gak 3 tiket! and 3 tiket lagi tambahan untuk uncle kat situ mintak tolong beli. memang berhati mulia!

Photobucket

lepas beli roti, seludup masuk dalam panggung, lepak2 amek gambar dalam wayang, huda mengalami masalah ejakulasi ketika memakai spec 3D itu. eh bukan! masalah tudung macam bibik indon jika terkelepet gara-gara memakai spec 3D yang besar! katanya, dia tak memiliki telinga capang mcm siggplus untuk sesuaikan diri pakai spec besar mcm tuh. hahahaha alasan ah kao! apa-apa pun movee tadi memang best gilak!

Photobucket

then, keluar panggung, masing-masing macam kebuluran mengalahkan anak-anak afrika mana, sibuk cari bapak ayam mintak makanan. terus menuju ke restoran The Chicken Rice Shop. masing-masing tengok order menu sampai rambang mata. eh aku order apa?

Photobucket

1 set BBQ Honey Chicken Noodle, Tai Pee, Dessert and Pepsi!! sumpah kenyang nak mampos sampai buncit perut masing-masing. paling ketara kelihatan seperti mengandung 2 bulan adalah huda! siap nak kentut merata-rata memang tak tahu malu! BUSUK weyh satu ECM. lepas rasa mcm huda dah lepaskan satu bom busuk terhebat kat dalam ECM, kami menuju ke Bejaya Megamall! shopping sikit, dan adegan kejar-mengejar di Megamall, kami pon terus bergerak ke kereta.

niat di hati, nak jenguk orang sakit sampai sesat jalan cari rumah yang nak dilawati. tapi apakan daya, tak jadi. hahaha hentam makan donut sorang-sorang kat rumah tadi.

okayh aku dah mengantuk.

sambung lagi...

after that huda and laila lepak rumah aku sampai 10 pm. makan mee goreng sampai 3 pinggan, pastu huda jadi bibik indon lagi sekali. kena dera basuh pinggan kat dapur. pergh tak tahan mengantuk dah... tengok lah gambar ayah aku snap!

Photobucket

Photobucket

thanks babe sebab menceriakan hidup aku seharian. tak pernah aku keluar balik lewat malam mcm tuh. wakakaka. and huda, thanks sbb ko bagi aku paper clip besar tuh. takmo guna sebab aku nak simpan dalam frame. abadikan kenangan sekali ngan tiket wayang td. mmg mentipu je. buat laila, happy birthday sygg!




Al-Fatihah buat Mama

Tuesday, March 02, 2010

Mama,
Setiap detik yang berlalu,
Hati dan jiwaku terusik,
Menahan rasa sedih di hati.

Mama,
Tiada lagi gelak tawa mama.
Tiada lagi senyuman manis mama.
Tiada lagi kedengaran suara halus mama.
Tiada lagi kasih sayang dari mama.
Dan, aku lemah tanpa semua itu.

Mama,
Perginya mama tanpa aku disisi.
Pergi meninggalkan diri ini.
Menitisnya air mataku mengiringi pemergian mama kali ini.
Mama pergi tanpa kembali lagi.



Nukilan hati,

Shahirah [02032010]



buat Ahmad Fitri, sahabat dari dunia kanak-kanak ku... salam takziah dari aku untuk keluargamu di atas pemergian mama tersayang pada pagi ini, 2 Mac 2010. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates