468x60

.

Contest Si Comel 2

Friday, April 30, 2010




Contest Si Comel 2.


ehem ehem.
haritu sebab ku malas gilak nak promosi secara besar-besaran.
maka, Nur Ain Hawani hanya mendapat no 4.
sian Nini comel lote macam tu pun takde yang sudi vote.

Contest Si Comel bersiaran langsung kembali dari sri pentas netQueen.
eh eh. terlebih sudah!

mula-mula ku ingat nak letak gambar anak sepupu ku,
sekali tengok kelayakan... aduh!
umur setahun - doblas tahun.
zara tuh baru sebulan. kensel!

lepas tu kan, nak je ku letak gambar mia sara nasuha .
siapa mia sara nasuha?
ala..yang HOT kat dalam drama adamaya tu.
pergh comel...tapi TAK BOLEH.

Photobucket

maka, ku letak pula gambar sepupu ku,
MUHAMMAD AQIL FATHI.

baiklah, ini detail si comel ini:

Nama Penuh: Muhammad Aqil Fathi Bin Mohd Ruzaimi
Nama Panggilan: Aqil
Tarikh Lahir: 11 April 2003
Sekolah: SK Bukit Pekan

ku tak tahu kenapa ku pilih gambar ini. masa ni hari raya 2 tahun lepas. si Aqil ni baru belajar style peace muncung mulut terbaru dari sepupu yang lain. TERBAIK la aqil!

Contest Si Comel 2 ini adalah dianjurkan oleh netQueen.
jika anda berminat untuk menyertai contest ini, sila ke sini:
www.netqueen.com.my.

akhir kata;

T-SHIRT EDISI TERHAD netQueen SPONSORED BY
www.netqueen.com.my




Pink Giveaway - I'm Ordinary Girl

Tuesday, April 27, 2010


Pink Giveaway - I'm Ordinary Girl





siapa
BLOGGERS PINKY ??

korang minat color
PINK?

Cik Yasha the ordinary girl yang baik hati
nak bagi sesiapa yang bertuah giveaway pinky stuff.

nk tengok apa giveaway nya?




comel kan? gorgeous kan?

kalau korang nak join giveaway ni,

CLICK SINI



cik yasha, ini no see saw saya:

Photobucket





Vote no. 18 untuk contest AriffShah




taknak cakap banyak.

TOLONG vote aku, no.18 -eyra.

ingat! no.18 - eyra tau! ngeee~

sayang korang ketat-ketat.

kat mana nak vote?

SINI






Kotak Hati

Monday, April 26, 2010




Kotak hati, sangkar besi...
Kau pijak hatiku lagi.
Ku mahu kau tahu,
luka mana sedih gundah sekejap saja.
Meninggalkan aku sendiri mencari konklusi...
Di kala bulan bermain biola, jiwa kelajuan hiba.
Tolong aku... bila aku sudah tiada.





Ku Mahu Kau Tahu


Ku Mahu Kau Tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu




buat dia,
Ku Mahu Kau Tahu
ku akan terus menunggu
dan sentiasa menunggu mu.




Karangan Bahasa Melayu Rosak.

Sunday, April 25, 2010

ku rasa ku lama gilak tak update belog kuh. pehhhh apesal ku malas sangat? sumpah emosi eskimo kuh tak stabil. lagi nyampah siak ada minah mapek sengal ta puas hati dengan ku. tapi ku macam biasa lah, diam sudah. buat pa kecoh cam hape. yang lain ter-emo eskimo sekali dengan minah tu, ku doakan lah mu aman bahagia. amin. okeh sudah intro cam hampeh gilak. jom tengok apa ku nak mapek kat sini. laporan ku seminggu ni!


Photobucket

18 april : ahad lepas ku terima berita mengejutkan. pehhh seluruh jiwa raga ku luluh hati semua. sepupu ku eksiden! teruk gilak. motor langgar dengan lori. hasilnya adalah seperti di atas. dah la motor baru sebulan beli lepas motor dia sebelum ni hilang kena curik. 5 jam ku tunggu kat ER, sebelum dia kena masuk wad pembedahan malam tu. sumpah seram panas ku tengok dia. tak sangka sangat2. yang bawak lori tu pun satu buat lawak tak kelakar. mu takdak lesen, lori takdak roadtax, tak payah bawak lah weyh! then esoknya kaki sepupu ku dibedah. masuk besi segala bagai. tangan tak patah tapi berjahit pulak 7 jahitan. mulut pecah semua. badan luka lebam sekali dengan muka. now dah keluar hospital, balik rumah sudah. seksa woo. sian dia kena tangguh sem. dah la praktikal lagi dua bulan habis. bawak motor berhemah pun tercium lori. ades.


Photobucket

24 april : ku ada Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) kat UMP. pehh ni satu lagi ku pelik bin aneh. ku memang lah apply USM, tapi ku tak hantar pun borang semua tuh. apesal nama ku ada jugak? duhh! ku pun semangat lah pegi. 310 soalan ku jawab 30 minit jak then ku blah. susah ke? senang je dowh. tak susah. ahaks. sumpah senang.

then.. ontheway balik... kereta buat lawak tak kelakar.



Photobucket

boleh pulak mu rosak tepi jalan? siap ada efek berasap macam dalam filem. radiator adalah terbocor. pehhh dah lah panas terik gambang tuh. ku terbakar sudah. dengan ayunya pakai baju kurung masa tu. gilak ah. tunggu mekanik sampai 2 jam. matahari mencanak atas kepala. pokok tepi jalan masa tu pun terbakar kejap. efek kepanasan terlampau. sumpah ku tak tipu. kuantan memang semua pokok terbakar sendiri kalau panas sangat. gilak kan? balik tu terus ku pengsan 14jam tidur sebab migrain. main panas punya pasal lah. gilak tido mati terbaik punya.



Photobucket

25 april : cantik kan pantai batu hitam area rumah ku? black stone beach hokayh. terbaik nama omputih dia. datang sini sumpah tenang. tengok keindahan alam kan. ku suka! main ombak segala bagai. pehh malas ku nak bebel. mu tengok jak gambar kat bawah. maaf lah, kamera Nokia cabuk saja. itu perempuan gemok sedang menguasai pantai.

Photobucket

Photobucket


okeh fine. dah habes mapek kat atas ni. now sila tukar mode serious. ku nak tinggal pesan sambil mu tonton gambar comel ku ni:

Photobucket

1. ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat golongan yang mengutuk, mencaci, menghina, mencarut padaku sepanjang minggu ini dan minggu-minggu akan datang. alhamdulillah. ku harap allah ampunkan dosa-dosa mu. ku diam, bukan bermakna ku tidak amek tahu. ku tetap ada screen shot semua penghinaan yang telah mu lakukan. maka, terserah dan terpulang padamu. buat lah apa yang mu suka dan gembira. ku masih aman tenang jiwa hati di sini. aminn.

2. buat WMT, ku sayang kamu. dunia dan akhirat. sumpah ku sayang kamu cuma ku tak tahu apa yang ku harus lakukan. dengan situasi yang sentiasa buat kepala ku pusing, dengan segala bagai bencana yang harus ku hadapi, ku redha saja dengan apa yang ditentukan-Nya. ku harap semua yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu. selagi mu bahagia, ku tetap bahagia. aminn.

3. hmm 25 april sudah. buat MSA, sudah 5 tahun kita kenal. ku tahu, kita adalah sahabat. selama 5 tahun ku kenal mu, ku tahu sudah banyak sifat-sifat degil ku, sifat-sifat keras kepala mu yang ku kenal. alhamdulillah, sudah 5 tahun ku dengan mu kenal, harap semua ini tetap akan kekal selamanya. Sahabat Selamanya. ku mahu mu tahu, mu adalah yang terbaik. aminn.


♥ NorAzriSyahirah ♥






Undi Nini dalam contest Si Comel

Thursday, April 22, 2010

Photobucket

COMEL kan? rasa geram nak cubit-cubit pipi dia tak?

nama budak kecik ni, Nur Ain Hawani a.k.a Nini.

Baru setahun jagung. tapi belum tentu dia suka makan jagung.

Nini suka gigit iPod bapak dia bagi masa birthday haritu.

paling dasyat, Nini suka lempar je iPod tuh atas jalan.

Nini suka main game dalam iPod tuh.

Kalau ibu dengan bapak dia nak pinjam iPod, dia tak bagi.

kedekut kan?

kalau nak tidur, Nini suka tutup muka dia dengan kain.

kalau nak berak, Nini pilih Pavillion.

hahahaha.

Nini suka panjat-panjat, jerit-jerit.

tapi,

walaupun Nini lasak, Nini tetap comel.


Undi Nini untuk contest Si Comel di netQueen



cara mengundi?

1- Login dahulu ke akaun anda.

*bukan ahli kena register terlebih dahulu.

2- Klik pada "Si Comel Contest"

3- Klik pada gambar "Si Comel" pilihan anda, pada page tersebut scroll sehingga anda jumpa ruangan "image rating"

4- Pilih jumlah undian pilihan anda dan tekan butang vote.


SELAMAT MENGUNDI!





Anne Ngasri di ambang perpisahan

Tuesday, April 20, 2010



KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.


“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.

credit to: harian metro



CONTEST Si Comel




CONTEST!


jom join contest kat netQueen

Apa yang perlu anda lakukan adalah emailkan kepada admin gambar anak, anak sedara, adik, jiran atau kenalan anda yang berusia tidak melebihi 12 tahun kepada contest@netqueen.com.my dengan subjek email SI COMEL. Sila berikan butir-butir peribadi kanak-kanak tersebut seperti nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir, sekolah & ceritakan kenapa anda pilih gambar tersebut. Tarikh tutup penyertaan 21-April-2010 jam 12:00 tengahari.

Hantar penyertaan anda kepada:
contest@netqueen.com.my





fenomena dan peristiwa astronomi yg bakal berlaku di Malaysia utk bulan April 2010

Monday, April 19, 2010

fenomena dan peristiwa astronomi yg bakal berlaku di Malaysia utk bulan April 2010

3hb - Zuhrah dan Utarid dipisahkan 3 darjah
4hb - Bulan dan bintang Antares dipisahkan 6 darjah
6hb - Bulan fasa last quarter
9hb - Bulan berkedudukan apogee (404999km)
12hb - Himpunan Bulan dan planet Musytari
14hb - New Moon
16hb - Bulan dan planet Zuhrah dipisahkan 4 darjah
17hb - Himpunan utarid, zuhrah, bulan, M45 dan Aldebaran.
22hb - Bulan fasa first quarter
22hb - Meteor Shower Lyrids
22hb - Bulan dan marikh berkonjunksi 6 darjah
25hb - Bulan berkedudukan perigee (367142km)
25hb - Himpunan Bulan dan Zuhal
28hb - Bulan fasa penuh
28hb - Utarid di posisi inferior conjunction.

=MARI MENCERAP=



Achik Spin meninggal dunia. Al-fatihah

Saturday, April 17, 2010



Achik Spin telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Highway Lekas, Seremban - Beranang petang tadi.

17042010

Al-Fatihah.

hilang lagi sebutir permata industri hiburan.

*******************************************

UPDATED

Alhamdulillah, jenazah
Allahyarham Achik Spin telah selamat disemadikan.

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.






Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

photo credit to: Hafiz Hamidun






netQueen nak bagi t-shirt FREE

Friday, April 16, 2010




korang nak t-shirt cun melecun FREE?

yes, FREE!

jum daftar sebagai ahli netQueen now!

100 keahlian pertama akan menerima sehelai t-shirt netQueen yang memikat hati itu.

so? apa tunggu lagi?

meh lah register!

click sini untuk register ahli: netQUEEN




No Promises.

Thursday, April 15, 2010




Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Every time you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

Here tonight

Hey baby, when we are together, doing things that we love.
Everytime you're near I feel like I’m in heaven, feeling high
I don’t want to let go, girl.
I just need you to know girl.

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

I don’t want to run away, I want to stay forever, through Time and Time..
No promises

I don’t wanna run away, I don’t wanna be alone
No Promises
Baby, now I need to hold you tight, now and forever my love

No promises

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms

I don’t wanna run away, baby you’re the one I need tonight,
No promises.
Baby, now I need to hold you tight, I just wanna die in your arms
Here tonight.


DOWNLOAD shayne ward - no promises



picisan hati.

Friday, April 09, 2010


Buat sahabatku,

ini bukan hiperbola jalan cerita hidupku.
juga bukan metafora.
hanya picisan dariku untuk semua.
secebis hati yang luka dibawa pergi.
terima kasih untuk semua.
kerana sudi menjadikan aku sahabat kalian.
tika ini, cuma satu yang ku pinta.
titipkan doa untukku dalam solatmu.
kalian sahabat sejati ku.
selamanya.


salam kasih untuk sahabat,

syahirah sabri
090410



--ini adalah sebuah entry yang telah di scheduled--




Kesatria Poyos

Tuesday, April 06, 2010

Photobucket

sebelum tidur semalam, kebosanan melanda maka aku check dashboard blog lihat-lihat update baru dari blogger-blogger terkenal auwww. tengok ramai pula sebok kepoh pasal menatang game-game Facebook satu ni. aku ni jenis susah sikit layan game kat mukabuku ni. al-maklumlah macam takde masa je. orang invite semua aku click ignore je. tetibe rasa macam seusatu menarik perhatian. Kesatria Poyos? KP? apa ni? aku pun cikedaut lah semalam. cis, sekali ter join lah pulak!

Kesatria Poyos adalah game di dalam Facebook buatan Malaysia tanah air ku tercinta. cis konon aku semangat 1 Malaysia dan menyokong barang buatan Malaysia lah. mula-mula aku tengok game ni memang aku terus paham. ala-ala game sorority aku main kat Facebook dulu kala zaman muda mudi. serang-serang, beli item semua cuma yang menariknya, dalam bahasa melayu beb! semuanya hasil anak Malaysia, Atok Nujum Poyo.

aku malas nak cakap banyak sebab aku baru je main game ni satu hari. walaupun baru sehari berkenalan, aku sudah jatuh chenta! so, korang layan lah screenshot yang ada ni... zasss!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

(click gambar untuk tumbesaran)


maaf ler, geng pun baru 4 ketul. tapi jangan korang tatau, geng pertama aku adalah FARID KAMIL hensem gila tuh. yes, pelakon tuh dah sampai Tahap 13 dalam Kesatria Poyos. apa lagi? meh lah join main game Kesatria Poyos.

100% buatan Malaysia, 100% bahasa Melayu!

bangga beb...

pssttt...
klik je kat mana-mana nama Kesatria Poyos kat atas ni.
aku dah link kan.








terima kasih Rafiqin Darwisy

Monday, April 05, 2010

terima kasih ku ucapkan kepada Rafiqin Darwisy.

kerana apa?



Photobucket


sesudah aku update post sebelum ini, terus datang pengunjung entah dari negara mana menyerbu. erk, perlukah? tidak pernah aku menerima kunjungan sebegini ramai hanya dalam masa 5 minit.


Photobucket
Photobucket


ini adalah waktu kemuncak perdebatan di FB, Twitter dan blog sebentar tadi. perdebatan apa? nanti lah aku ceritakan kemudian.

tidak percaya?


Photobucket


keyword mencari siapa Rafiqin Darwisy masuk ke blog aku. oh tidak! hebatnya penangan comment budak ini. ya, Facebook memusnahkan kehidupan seseorang sekelip mata.


lagi satu hal, tak sempat nak screen shot dari account Rafiqin Darwisy. aku post comment yang menyakitkan hati semua pihak ke? salah ke aku menegur kalian? janganlah maki hamun mencarut segala kat budak tuh. memang dia salah kerana dia membuat sesuatu mengikut perasaan bukan menggunakan akal. tapi tidakkah kalian sedar dengan maki hamun mencarut telah meletakkan kalian setaraf dengannya? fikir dan renungkan. jangan tuduh orang lain kafir hanya kerana menegur.


mentaliti manusia, pantang ditegur mengaduh semuanya. ya allah ya tuhanku, ampunkan mereka yang mencaci, memaki dan mencarut hari ini.

=)

p/s: click gambar untuk tumbesaran


_____________________________________________

di atas adalah statistik setakat pukul 8 malam. pukul 9 malam, lepas aku update entry ni, 77 visitor datang terjah dalam satu masa. dan hasil pukul 9 malam adalah keyword rafiqin darwisy : 36, view : 149, uniques : 112.




kesedaran untuk Rafiqin Darwisy

Sunday, April 04, 2010

siapakah gerangannya Rafiqin Darwisy?
indah nama di beri tidak secantik perilakunya.
masih mentah anak ini.
masih tidak mengerti apa-apa,
tetapi ternyata dia lantang bersuara.
tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
apa nak jadi dengan manusia sekarang?
anak-anak kecil yang sepatutnya di didik sempurna?



Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:

Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Qur'an. Allah menciptakan manusia,mengajarnya berbicara (menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya).'

(Surah ar-Rahman : 1-4)

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa mengungkaikan kalimah-kalimah agar setiap butiran bicara tersebut mendapat, keredhaan Allah.


sedikit tiupan keinsafan dan kesedaran perlu dititipkan buat anak ini.
ampuni lah dosanya, ya Allah.



p/s: sedikit kecewa dan terkilan kerana Rafiqin Darwisy adalah dari Kuantan, Pahang.
dan diminta kalian tidak meninggalkan komen disini dengan penuh hasad dengki, maki-makian, carutan dan sewaktu dengannya.
tidak kah kalian rasa kalian setaraf denggannya jika kalian pun berkata-kata begitu?
renung-renungkan lah.



senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian








Pengacara TV Lelaki Popular

- Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
- Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
- Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
- Fara Fauzana

Artis Berkumpulan/Duo Popular
- Bunkface

Artis Komedi Lelaki Popular
- Nabil

Artis Komedi Wanita Popular
- Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
- Black

Artis Baru Wanita Popular
- Yuna

Artis TV Lelaki Popular
- Remy Ishak

Artis TV Wanita Popular
- Tiz Zaqyah

Artis Nasyid Popular
- Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
- Aizat

Penyanyi Wanita Popular
- Datuk Siti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki Popular
- Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular
- Liyana Jasmay

Pencapaian Sepanjang Hayat
- Datuk Khatijah Ibrahim

Bintang Paling POPULAR
- Datuk Siti Nurhaliza



Al-Fatihah Din Beramboi

Thursday, April 01, 2010




Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri
(Din Beramboi) .
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Takziah buat keluarga Allahyarham.

02042010

teringat tweet dari Allahyarham pertengahan march lepas, tapi aku tak sempat nak snapshot...account juga sudah di delete. Alalhyarham seperti tahu ajalnya sudah tiba...

"Tanda² ajal mula di bahagian tapak kaki terasa kebas² kemudian berunsur² kebahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya , aku insaf !"-

TheRealBeramboi @ twitter .





 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates