468x60

.

Tweetup at Youth '10

Sunday, May 30, 2010

Photobucket


YOUTH '10 ? apakah? Youth '10 - Malaysia's Largest Youth Festival telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 28 - 30 may 2010. dan aku malas gila nak taip panjang berjela sangat sebab energy tak recharge lagi. kepala masih tinktonk. kepala lutut semua dah tertanggal. jasad ada tapi roh macam tertinggal kat PWTC lagi. sumpah masih penat. tapi, seronok! memang event kali ini tak best sangat dari Youth '09 tapi tetap ada banda yang terjadi buat aku ingat sampai bila-bila!


28 May 2010:

bertolak dari kuantan, menaiki bas (konon mcm semangat youth gila) pukul 9.30 pagi, tiba di stesen pekeliling pukul 12.15 tengah hari. aku tak sedar bila pakcik tu drift ke apa sebab aku lena je. sampai terus pegi Youth '10 sorang-sorang macam org gila. tak bestnya lah tahun ni tiada goodie bag best macam Youth '09. dapat air kotak je? tahun lepas daopat pencuci muka, sabun, perfume dari body shop okayh! siap ada voucher coupon lagi. hahaha.

then, sms anna, dia cakap tak dapat datang. kawan tak sihat, period pain pulak. sms aman, dia cakap dia datang lepas jumaat. then aku jalan-jalan macam orang gila dalam tu, kutip benda free macam-macam! menuju ke the mall untuk makan, baru lah si aman bagitau nak datang. itu pun lambat gila aku tunggu. dia cakap, KTM tuh pancit tayar. maka, dia dan penumpang lain terpaksa tolak train beramai-ramai. terima je la alasan sampai tertidur aku tunggu aman hensem datang.

Photobucket

inilah hasilnya bila aku tak dapat tangkap gambar aman, tapi aman dapat tangkap gambar aku dulu. lebih dajal apabila beliau twitpic gambar ni. perghhh sabar je la layan kau ni aman!


29 May 2010:

Photobucket

seawal pagi, iaitu pukul 8.00 pagi aku dah siap mandi semua. semangat gila nak pegi Youth '10 lagi di PWTC. pepagi itu aku gerak dengan Syuddy, sepupu aku. and bla bla bla sampai PWTC pukul 10.00 pagi, Itah dah menunggu. lepas tuh, terus masuk and then kutip barang free, amek gambar semua. jumpa pulak dengan paeh, faiz and nizam comel. heh? comel sangat. lepas tuh jalan-jalan sampai penat. semua tempat nak pergi. jumpa pulak anna, arif, aman, qiela, dan lain-lain lepas aku lepak-lepak ngan pyro. sempat jugak jumpa beberapa artis yang aku ingat-ingat lupa nama. sampai lepak dengan pelakon dalam drama adamaya yang jadik adik shazlin poyo tu pon aku leh tak perasan. patut lah dia tanya kenal dia tak. ceh perasan. aku kutuk lakonan kau kot. heh?


Photobucket


Photobucket


lepas tu kan aman hensem baik hati open table kat KFC. belanja makan ramai-ramai kat dalam the mall. sayang aman lebih hah. ngee~ then niat hati anna nak masuk dalam youth semula. tapi hujan lebat gila. kami pon poyo konon kaya raya lepak starbuck. eh bukan. depan starbuck je lah mampu. snap snap photos lagi. tweetup tanpa plan ini adalah sangat terbaik kan?

Photobucket

lepas peluk cium anna masuk dalam youth and tepuk tampar aman nak balik rawang, kami yang lain niat hati nak tgk wayang kat times square. si julia pulak mau pulang ke kg pandan semula. maka tinggal lah aku dan jejaka-jejaka comel. konon je la nak tengok wayang. sekali tiket full. cis, baru niat hati nak lepak tidur dalam wayang sebab tak mampu pegi spa.

tskkkk tetibe mengantuk nak habskan entry ni. layan lah gambar tanpa motif jap ye.

Photobucket

Photobucket


mmg tiada motif amek gambar sebab dah bosan sangat la tuh. kami melepak di times square kat tingkat 10, minum-minum sambil mengumpat. aishh siapa cakap lelaki tidak mengumpat? sama je wok! ngee~ apa yang diorang mengumpat, aku tak boleh lah cerita kan. rahsia kami. ecehhh.. agak-agak macam dah letih lepas tuh sepupu aku fairus datang, kami pon blah ke masjid jamek dan pulang ke destinasi masing-masing. malam tuh dapat tahu, anna hilang camera kat youth. aisehmen....sian kamu!


30 May 2010:

hari ketiga konon niat hati dengan julia nak pegi world milk day kat pavi sekali semua macam takde tenaga. lepas tu ingat nak keluar ngan paeh tapi....ahhh malas cakap. hati aku hati tisu. merajuk ni. kang nanges kang bila ingat. then, terus saja ke youth. kat sana lepak dengan putera and fairus yang senget.

Photobucket

Photobucket


kami memang sepupu yang senget kepala otak tak pernah centre. aku sempat rembat dua beg nivea. lepas tuh amoi cantik tu bagi banyak pulak free gift. suka hati dia je. padahal sepatutnya lucky draw gift aku dapat sikit je. rezeki! then tak tahu nak buat apa, aku ngan fairus serta putera masuk lah photography competition by EXTRA chewing gum tuh. best jugak snap snap photo kat dalam youth. niat hati suci murni nak beli handbag tapi pikit balik malas lah. lagipun aku lepak kejap je. dapat call kena balik pandan jaya, aku terus gerak. eh tapi sempat jumpa jumma dulu. cantik betul dia. then rembat mamee beg penuh dengan cikedis baru aku blah. then petang tu jugak balik kuantan.

kesimpulannya, youth '10 tak best sangat macam youth '09. bagi aku lah kan. tak percaya tanya lah sesapa yang pernah pergi. heh? tapi, walaupun youth '10 tak best sangat tapi tweetup mmg happening. gelak sampai pengsan. guling-guling kami gelak atas tanah. heh? mentipu je. hopefully dapat lepak ngan korang lagi! boleh kita sambung gelak-gelak sambil mengumpat kan?






Photobucket

Hidup Untuk Memberi




I'm Going To Youth'10 !!

Friday, May 28, 2010

Entry Ekspress.

Photobucket

muka sengal bangun tidur bersama rambut baru yang buruk.




Photobucket

saya OFFLINE 3 hari kerana Youth'10.
mari berpoya-poya!




Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Selamat meng-resign kan diri.

Thursday, May 27, 2010

Farewell Part, Birthday Party, Wedding Party.

heh? melampau. dua hari berturut-turut pulak tuh. Kak Mai resign hari ni sebab nak kawen, aku resign lagi 2 minggu sbb nak sambung degree, Zety pulak nak bertunang and birthday dia isnin lepas, Sue pulak pengantin baru. aku malas cakap banyak. lihat gambar sengal kami. kesimpulannya, kami banyak makan! *entry bodek sebab nuffnang bagi aku buffered iklan pizza hut* hahaha~


Day 1:

Photobucket

Aku dan Sue ke Berjaya Megamall selepas jumpa client handsome nak mati nama Anas. lepas jumpa "client" sure "ke lain" pulak kan. berfoya-foya di Mega membeli macam-macam.


Photobucket

masa ni muka penat tunggu Pizza Hut. woi! kata 15 minit je? nasib kami tetap sabar sebab kalau mengamuk nanti tak dapat makan pizza pulak. Total : RM 49.95.

Photobucket

yang ini, untuk aku sahaja. i eat a lot and i am FAT.

Photobucket

tapi, si Zety ni lagi banyak makan dari aku. sebab dia ni kan hantu pizza.

Photobucket

tu diaaa! kami mintak extra cheese tuh. hahahaha apa-apa pun, thanks to Miss Yong sebab belanja kami melantak 2 regular pan Chicken Supreme and Hawaiian Chicken. Miss Yong hanya makan separuh garlic bread and 1 personal pan Hawaiian Chicken. ngee~



Day 2:

Photobucket

pepagi lagi Mr Chia tanya, "ada jamuan lagi ke?" hahahaha! hari ni masak Bolognaise Spagethi. special request from Zety kuat makan. Kak Mai mintak Carbonara Fetucine tapi tak dapat tunaikan kerana tiada cukup bahan. lepas tu, Miss Yong belanja kami Chocolate Cake pulak hari ni. dan lagi sekali, Miss Yong tak makan pun kek tuh. ngeee~ thanks Miss Yong! ♥ youu!






Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Farid Kamil Zahari bakal suami. (edisi menggedik)

Wednesday, May 26, 2010



gambar ihsan: kosmo online

SHAH ALAM - Pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari semalam menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-72 di Dewan Sri Budiman, di sini.

Farid, 29, yang hadir ditemani bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan, 58, dan ibu, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, 55, tersenyum bangga apabila segala usaha selama empat tahun mengejar ilmu sambil bekerja membuahkan hasil.

Dia yang juga menamatkan pengajian Seni Lakon Teater peringkat diploma di universiti yang sama bersyukur apabila berjaya mencapai cita-cita untuk mengarahkan satu filem sebelum bergelar graduan.

"Saya rasa bertuah kerana cita-cita itu tercapai apabila filem pertama arahan saya, V3 Samseng Jalanan menemui penonton sebelum majlis konvokesyen ini.

"Seterusnya, saya akan menemui penonton dengan filem terbaru lakonan saya, Lagenda Budak Setan sebelum kembali mengarah filem kedua bertajuk Kongsi hujung bulan ini," katanya.


enchek farid kamil kesatria poyos, nak buat jadi bakal suami boleh? meh la masuk meminang. HAHAHAHA.



Photobucket

Hidup Untuk Memberi




kenapa saya tidak makan nasi || apakah itu mee calong? (edisi : makanan)

Tuesday, May 25, 2010


Photobucket

mode : happy kerana dua bedebah twitter
dah berambus dari dalam hidup


kita mulakan entry ini dengan lafaz bismillahirrahmanirahim agar anda semua tidak rasa menyampah tengok muka budak gemuk di atas yang secara tiba-tiba menyemakkan ruangan entri kali ini.

persoalannya sekarang, (saya dah penat nak menjawab soalan yang sama dari rakan-rakan sebenarnya) semua rakan-rakan sedang buntu kepelikkan keanehan keterkejutan kerana saya tidak pernah makan nasi selama 21 tahun 9 bulan saya hidup hingga sekarang. kenapa? jangan tanya kenapa. saya juga tidak tahu. seingat saya...



...makanan di atas iaitu Heinz Farley's Rusks adalah makanan ruji saya dari kecil hingga sekarang. ya, sila percaya. walaupun sudah berumur 21 tahun 9 bulan, saya masih makan biskut di atas (kadang kala terpaksa curi biskut ini dari anak kecil di bawah jagaan sepupu saya) kerana rasanya sangat sedap. dan makanan ruji saya yang lain adalah mee, spagethi, fettucine, macaroni, roti, biskut, sayur, buah dan sebagainya. sila lah percaya saya sememangnya tidak makan nasi dan saya tidak tahu sebabnya. sila tanya yang pakar. :)

-------------------------------------------------------------

persoalan kedua rakan-rakan; apa itu mee calong? eh bukan kah saya sudah nyatakan di dalam entry INI?



mee calong adalah lebih kurang dengan mee sup. bezanya, tiada ayam atau daging di dalamnya (walaupun dah banyak peniaga yang memvariasikan nya begitu) hanya terdapat bebola ikan buatan sendiri. baca: buatan sendiri! bukan fishball di pasaraya itu. isi ikan (seperti keropok) akan dibentuk menjadi bebola kecil. tauhu pula akan disumbat dengan sedikit isi ikan juga. selain itu, dalam mee calong juga terdapat telur. kemudian mee calong di makan dengan tambahan sedikit sos lada kicap. ya, hanya itu khazanah di dalam mee calong : mee/mihun , telur, tauhu sumbat isi ikan, bebola isi ikan. harga? kira-kira RM 2.50 untuk mee calong biasa (tanpa telur) dan RM 3.00 untuk mee calong special (ada telur).

teringin? mengidam tiba-tiba? datang lah ke beserah, kuantan kerana saya belum pasti mee calong wujud di tempat lain selain di sini. dan gerai yang disyorkan adalah: Kedai Pak Mat Mee Calong. di sekitar pantai beserah juga banyak gerai mee calong. selamat mencuba.





Photobucket

Hidup Untuk Memberi




bagaimana mahu kuruskan bontot anda? (edisi merapu)

Sunday, May 23, 2010

Photobucket

aku semakin gemuk. eh, salah.
bontot membesar bak mushroom tumbuh selepas hujan.
pasti Suryasu' Adliah sangat teruja tentang ini.
ya, aku terlalu pasti beliau akan bersorak gembira.
yang menjadi persoalannya sekarang,

BAGAIMANA MAHU KECILKAN MUSHROOM ITU?


cikedis betul lah tumbesaran terlalu cepat.
pasti Hudaluna tak sabar nak cucuk bontot aku lagi.
ya, sekali lagi aku terlalu pasti.

psst...gambar di baju itu camera.
sedang mencari "adam" ku. hahaha.






Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Shahir AF8 juara? (edisi haters AF)

Saturday, May 22, 2010



congrats untuk shahir yang baru menjadi juara dalam akademi fantasia 8!! siapa shahir? entah aku pun tak tahu. astro kan tiada wujud di dalam rumah. aku ingatkan tadi aril ke mawi ke yang menang. hahahah. dapat tahu shahir menang pun dari sms adik aku. tapi sedikit sebanyak aku dapat tahu pasal dia ni malam ni:

* shahir ni pernah sekolah SMKA Slim River, and now UIA?
(ishhh budak skema and pandai ni..)

* shahir ni pernah join saujana
(erkk...dari nasyid terus masuk AF jadi mcm ni?)

* shahir ni pernah jadi qari dalam tilawah kebangsaan
(apa la nak jadi..dari qari terus ke AF)


* shahir ni orang kampar, perak iaitu kampung aku
(apasal aku tak pernah amek tahu? eh eh perlu ke bangga? tak kot)


* shahir ni muka jambu menawan hati semua pihak sejak zaman sekolah
(kenapa hati aku aku tertawan pun?)


* shahir ni lebih kurang nama aku. sila tambah huruh A dan H je belakang nama shahir itu.
(hahahaha sila muntah pelangi)



jambu ke mamat ni? hensem ke? kacak sangat ke? best ke dia nyanyi? sampai bila boleh bertahan dalam industri agaknya? lepas ni kalau tak laku, balik kampar sambung ajar mengaji kat surau layak kot? tapi, orang yang merdu mengaji ni biasanya memang merdu lah menyanyi. tapi, sampai bila??

nota kaki: aku tak tengok AF8 sebab tiada astro dan aku lagi rela layan cerekarama TV3 walaupun iklan sampai 8 minit sempat masak megi bak kata lizz senget. lagipun drama tadi berlakon kat malim nawar. ala..kg tualang sekah tuh. konpem lepas ni aku balik kg, aku cari perigi kontang. eh eh sebelah rumah embah aku ada rasanya. perghh fasha sandah berlakon tadi memang best. pijak perut, tarik janin dengan pantas, jalan mudah untuk makhluk suka buang anak. menjilat jari kesedapan kenikmatan makan janin. lagi afdal dicampur dengan bancuhan dosa mix. mana nak dapat stok? tanya shafirul azmie pembekal dosa mix


DOWNLOAD : Shahir AF8 - kebahagiaan dalam perpisahan








Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Akademi Fantasia 8 : siapalah juara? (edisi mengutuk)




akademi fantasia dah masuk ke-lapan? sumpah aku tak tahu sebab rumah aku ada 3 bijik TV pun tak pernah ada astro. ye la, ibu cakap...kang ada astro semua melekat kat TV. tak jalan kerja sekolah masing-masing. tunggu adik bongsu debab tuh membesar dulu. aishhh lagi 5 tahun la jawabnya baru ada astro kat rumah.

okayh, membebel tanpa henti dan tidak berkaitan adalah tidak patut. maka, dengan ini aku masih tidak tahu kenapa aku taip entry ni. sebab akademi fantasia 8 dah final malam ni? mungkin. perlu ke aku ke kedai makan berhampiran semata-mata untuk tengok final malam ni?
"makcik...skyjuice kurang gula gelas besar satu!
saya nak tengok AF8 ni!"

oh situasi seperti itu adalah tidak mungkin terjadi. sebab sumpah aku pun tidak tahu siapa pelajar AF8 ni. adalah satu dua nama aku pernah dengar. farina? syahir? daus? ain? errr siapa lagi ek?



mungkin gambar di atas ini, semua pelajar AF8 baru sahaja melawat perkampungan orang asli yang berdekatan. entah apa apa entah yang warna hijau lilit-lilit semua di anggota badan itu. yang menjadi persoalan sekarang, sedap merdu bak delima ke apa diorang ni menyanyi? siapa bakal juara malam ini?


psstt...baik aku layan mentor je. hahaha.






Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Happy 30th Birthday , PACMAN!

Friday, May 21, 2010

lepak - lepak office di pagi sabtu adalah membosankan ye rakan-rakan. maka macam biasa rutin pagi setiap hari, bukak gmail untuk melihat jika ada email baru. terlebih dahulu, membuka google. dan buat pertama kali nya aku mengambil masa selama 15 minit terlekat di ruangan google pagi ini. ralit sungguh!

Photobucket

perghhh...mula-mula ingat tak boleh main pun. tekan-tekan arrow key, eh? boleh main la! siap boleh 2 players, bila tekan insert coin. cool gila google hari ni. then blur. kenapa ada pacman? pegi la tanya enchek khairul ashraf, oh birthday Pacman rupanya. Happy 30th Birthday Pacman!

"Pac-Man (パックマン, Pakkuman?) is an arcade game developed by Namco and licensed for distribution in the U.S. by Midway, first released in Japan on May 22, 1980. Immensely popular in the United States from its original release to the present day, Pac-Man is universally considered as one of the classics of the medium, virtually synonymous with video games, and an icon of the 1980s popular culture. Upon its release, the game—and, subsequently, its derivatives—became a social phenomenon that sold a bevy of merchandise and also inspired, among other things, an animated television series and a top-ten hit single."

-
sedut dari enchek wikipedia




korang tahu tak? monster-monster dalam game pacman ni sebenarnya ada personaliti mereka masing-masing?

Red monster - Oikake (追いか) : chaser
Pink monster - Machibuse (待ち伏せ) : ambusher
Cyan monster - Kimagure (気まぐれ) : fickle
Orange monster - Otoboke (お惚け) : stupid

Nickname mereka pula?

Red monster - Blinky
Pink monster - Pinky
Cyan monster - Inky
Orange monster - Clyde


so, mari kita bukak google and main pacman! teringat zaman muda mudi kan?





Photobucket

Hidup Untuk Memberi



Youth '10 - Malaysia's Largest Youth Festival

Thursday, May 20, 2010




Festival paling best gempak gila datang lagi!

YOUTH '10 is the largest festival

for Malaysia youth!



Festival for youth, by youth!


kalau anda rasa anda masih youth, apa lagi? join us! mengikut pengalaman aku pergi youth sebelum ni, festival ni memang best. ada macam-macam event yang boleh korang attend. lepas tu, yang kaki shopping macam aku boleh lah joli sakan kat flea market yang ada kan? tahun lepas je aku beli baju, kasut, cupcakes dan benda merepek yang lain. murah segala bagai dan agak merepek tapi berbaloi-baloi.



tahun ni, ada 6 festivals, 5 conference tracks, 2 music concerts and more than 100 events! sumpah aku percaya dan yakin tahun ni lagi havoc dari tahun lepas. cuma tinggal 7 hari lagi before festival ni berlangsung. anda sudah dapat kan FREE pass? baik cepat sebelum terlambat! sebab nanti kena bayar tau! kat mana nak dapatkan FREE pass?

sila CLICK sini ---> FREE PASS

eh eh ada 3 concerts kan? yes! ada Hot FM Kita Punya Concert, One FM Mini Concert, and Fly FM Campur Chart. mesti korang nak tahu siapa perform kan? ngee~ Azlan and The Typewriter, Tilu Band, Joanna & Co, Sharpshooter, Bittersweet, Yuna and many more. so what are you waiting for? dapat kan FREE pass. kalau tak, kena bayar tau! lepas tu kan, sempena Youth '10 ni, ada macam-macam contest boleh korang join. ada Twitter Contest, Youth Photo COntest, Gathering Contest, and Share Your Sories Contest. semuanya bernilai dalam RM 10,000! wow~ amazing uh?

Photobucket

tetibe rasa tak malu nak mintak tolong korang. nampak tak all LOMO photos kat atas ni? boleh tak klik LIKE untuk gambar ni kat Facebook Youth? sebab aku masuk Photo Contest. seeepppooorrrt la member sikit! TQ semua. sayang kamu ketat-ketat.


CLIK LIKE ---> Youth Photo


sudah banyak bebel. korang tak rasa jeles ke aku nak pegi Youth '10 minggu depan? FREE pulak tu! so? apa lagi! click link FREE pass tu. get your FREE pass and mari kita havoc kan Youth '10 bersama! *winkwink* jum la... jum la... kat PWTC je pun naik LRT berapa minit dah sampai kan? cepat-cepat tekan link FREE pass kat atas tu okayh! peace no war!


*********************************************






Photobucket

Hidup Untuk Memberi





Cinta Itu Tidak Buta

Sunday, May 16, 2010





Siapakah orangnya yang tidak tahu dengan perlambangan cinta ini. Sebahagian dari mereka yang bercinta setuju dengan pendapat ini dan sebahagian lainnya tidak. Yang setuju berpendapat bahawa cinta memang buta. Betapa tidak, dengan cinta yang benci bisa menjadi sayang, yang jauh terasa dekat, sakit menjadi sebuah kenikmatan, bahkan kesalahan bisa menjadi sebuah kewajaran. Semua ini mungkin saja terjadi dalam cinta. Bukankah itu bererti bahawa cinta memang buta? Inilah beberapa erti tentang cinta yang menyatakan bahawa cinta itu tidaklah buta.

1. Cinta berpijak pada perasaan sekaligus akal sihat.

Manusia jatuh cinta dengan menggunakan perasaan belaka? Betul, kita jatuh cinta dengan hati. Tapi agar tidak menimbulkan kekacauan di kemudian hari, kita diharapkan untuk juga menggunakan akal sihat. Bohong besar kalau kita boleh jatuh cinta dengan begitu saja tanpa boleh mengelak. Yang sesungguhnya terjadi, proses jatuh cinta dipengaruhi tradisi, kebiasaan, standard, kaum, dan ideal kelompok
dari mana kita berasal. Bohong besar pula kalau kita merasa boleh berbuat apa saja saat jatuh cinta, dan tidak boleh dimintai untuk bertanggunganjawab bila perbuatan-perbuatan impulsif itu mengakibatkan sesuatu yang buruk suatu ketika nanti. Kehilangan perspektif bukanlah pertanda kita jatuh cinta, melainkan atas sebab-sebab kebodohan.

2. Cinta memerlukan proses

Anggapan cinta bisa berasal dari pandangan pertama. TIDAK. “Cinta itu tumbuh dan berkembang dan merupakan emosi yang kompleks,” Untuk tumbuh dan berkembang, cinta memerlukan waktu. Jadi memang
tidak mungkin kita mencintai seseorang yang tidak diketahui asal-usulnya dengan begitu saja. Cinta tidak pernah menyerang tiba-tiba, tidak juga jatuh dari langit. Cinta datang hanya ketika dua individu telah melakukan orientasi berulang terhadap hidup dan memutuskan untuk memilih orang lain sebagai titik fokus baru. Yang mungkin terjadi dalam fenomena “cinta pada pandangan pertama” adalah pasangan diserang oleh perasaan saling tertarik yang sangat kuat-bahkan sampai tergila-gila. kemudian perasaan kompulsif itu berkembang menjadi cinta tanpa menempuh masa jeda. Dalam konteks “cinta pada pandangan pertama”, banyak orang tidak benar-benar mencintai pasangannya, melainkan jatuh cinta pada konsep cinta itu sendiri. Sebaliknya dengan orang yang benar- benar mencinta, mereka mencintai pasangan sebagai personaliti yang utuh.

3. Cinta tidak menguasai dan mengalah tetapi berbahagi

Bukan cinta namanya bila kita ingin mengontrol pasangan. Juga bukan cinta bila kita bersedia mengalah demi kepuasan kekasih. Orang yang mencinta tidak menganggap kekasih sebagai atasan atau bawahan, tapi sebagai pasangan untuk berbahagi, juga untuk mengidentifikasi diri. Bila kita berkeinginan menguasai kekasih (cth: membatasi pergaulannya, melarangnya bersosial positif, mengatur pemakaiannya) atau melulu mengalah (cth: tidak protes apabila kekasih bersikap buruk, tidak keberatan diduakan), bererti kita belum siap memberi dan menerima cinta.

4. Cinta itu konstruktif

Individu yang bercinta berbuat sebaik-baiknya demi kepentingan sendiri
sekaligus demi (kebanggaan) pasangan. Dia berani bercita-cita, bermimpi konstruktif, dan merencanakan masa depan. Sebaliknya dengan yang jatuh cinta impulsif. Bukannya berpikir dan bertindak konstruktif, dia kehilangan cita-cita, nafsu makan, dan minat terhadap masalah sehari-hari. Yang dipikirkan hanya kesengsaraan peribadi. Impiannya pun tak mungkin tercapai. Bahkan impian itu boleh menjadi subsitusi kenyataan.

5. Cinta tidak melenyapkan semua masalah

Penganut fahaman romantik percaya cinta boleh mengatasi masalah. Seakan-akan cinta itu ubat bagi segala penyakit. Kemiskinan dan banyak
kekangan lain diyakini boleh diatasi dengan hanya berbekalkan cinta belaka. Faktanya, cinta tidaklah seajaib itu. Cinta hanya bisa membuat sepasang kekasih berani menghadapi masalah. Permasalahan seberat apapun mungkin didekati dengan jernih agar bisa dicarikan jalan keluar. Orang yang tengah mabuk kepayang-bererti tidak benar-benar bercinta-cenderung membutakan mata saat menghadapi masalah. Alih-alih bertindak dengan akal sihat, dia mendatangkan masalah.

6. Cinta cenderung untuk konsisten

Ya, cinta itu bergerak konsisten. Maka kita patut curiga bila grafik perasaan kita pada kekasih turun dan naik. Kalau saat jauh kita merasa
kekasih lebih hebat dibanding saat bersama, itu pertanda kita mengidealisasikannya, bukan melihatnya secara realistik. Lantas saat kembali bersama, kita memandang kekasih dengan lebih kritis dan hilanglah segala bayangan hebat itu. Sebaliknya berhati-hatilah bila kita merasa kekasih hebat saat kita berdekatan dengannya dan tidak lagi merasakan hal yang sama saat dia jauh. Hal sedemikian menandakan kita terpengaruh oleh daya tarik fizikal. Cinta dihitungkan sebagai sihat bila saat dekat dan jauh dari pasangan, kita menyukainya dalam kadar sama.

7. Cinta tidak tertumpu pada daya tarik fizikal.

Dalam hubungan cinta, daya tarik fizikal penting. Tapi bahaya bila kita
menyukai kekasih hanya sebab fizikal dan membencinya untuk banyak faktor lainnya. Saat jatuh cinta, kita menikmati dan memberi makna penting bagi setiap konteks fizikal.
Konteks fizikal, ketahuilah, hanya terasa menyenangkan bila kita dan pasangan saling menyukai personaliti masing-masing. Maka bukan cinta namanya, melainkan nafsu, bila kita menganggap konteks fizikal hanya memberi rasa menyenangkan tanpa makna apa-apa.

8. Cinta tidak buta, tetapi menerima

Cinta itu buta? Tidak sama sekali. Orang yang bercinta melihat dan menyedari sisi buruk kekasihnya. Kerena besarnya cinta, dia berusaha menerima dan bersikap toleransi. Tentu ada keinginan agar sisi buruk itu diperbaiki. Namun keinginan itu haruslah didasari perhatian dan maksud baik. Tidak boleh ada kritik yang kasar, penolakan, kegeraman, atau rasa jijik. Nafsulah yang buta. Meski pasangan sangat buruk, orang yang menjalin hubungan dengan penuh nafsu menerima tanpa keinginan memperbaiki. Juga meninggalkan pasangan saat keinginannya dipuaskan, hanya kerana pasangan punya secuit keburukan yang sangat mungkin boleh diperbaiki.

9. Cinta menjanjikan hubungan yang berkembang

Orang yang benar-benar bercinta menginginkan perkembangan hubungan dengan kekasih. Dia menghindari segala hal yang mungkin merosakkan hubungan. Seboleh mungkin dia melakukan tindakan yang boleh memperkuat, mempertahankan, dan memajukan hubungan. Orang yang sedang tergila-gila mungkin saja berusaha keras menyenangkan hati kekasih. Namun usaha itu semata-mata dilakukan agar kekasih menerimanya, sehingga tercapailah kepuasan yang diinginkan. Orang yang bercinta menyenangkan pasangan untuk memperkuat hubungan.

10. Cinta berani melakukan hal yang menyakitkan

Selain berusaha menyenangkan kekasih, orang yang sungguh-sungguh
bercinta memiliki perhatian, keprihatinan, pengertian, dan keberanian untuk melakukan hal yang tidak disukai kekasih demi kebaikan. Seperti seorang ibu yang berkata “tidak” saat anaknya minta aiskrim, padahal sedang demam. Begitulah kita semua seharusnya bersikap pada pasangan.

credit: http://rahmei87.blogspot.com



************************************************

nota kaki neyra: bagi aku , orang yang bercinta itu yang membutakan cinta. cinta tidak buta. datang dari hati yang tulus dan mulus. apa pula pendapat korang?







Photobucket

Hidup Untuk Memberi




Creative Youth Blog Hari Belia Negara Contest





Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14-16 May 2010, Persatuan Information Technology Youth movement (ITYM) sedang mencari 50 buah blog yang mempunyai yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi design, pengisian dan populariti. 50 blog yang kreatif akan dipilih menerima sijil penghargaan. Program ini dinamakan Creative Youth Blog.

Tema Hari Belia Negara tahun ini "Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara". Ingat, belia kita antara yang terbaik kerana golongan ini tetap penting kepada negara. siapa lagi yang akan menjadi pemangkin untuk memajukan, membangunkan dan mengharumkan nama negara jika bukan belia-belia kita?



Keistimewaan menyertai Creative Youth Blog :

* Blog-blog yang terpilih itu nanti akan diberi sijil penghargaan dari kementerian Belia Dan Sukan.

* Blog yang terpilih akan dipamerkan pada Booth pameran ITYM pada 14-16 May 2010

* 50 blog yang terpilih akan diserahkan kepada PM untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat




Apa yang anda perlu lakukan adalah :

* Tuliskan sebuah entry mengenai hari belia negara atau mengenai ITYM

* tampilkan logo ITYM diatas didalam entry tersebut.

* Sertai ITYM sebagai ahli dengan melengkapkan borang keahlian besertakan URL blog anda.

* Borang keahlian : click sini

* e-mail kan url post anda beserta borang keahlian di email berikut itym2007@yahoo.com

* pendaftran mestilah di submit selewat-lewatnya pada 13 mei 2010, 11:59pm

* sebarang pertanyaan: FB IYTM


kalau anda blogger, dan anda juga belia, mengapa tidak anda menyokong contest ini? bukankah sudah tertera di atas; Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara?








SELAMAT HARI GURU, pendidik!

Saturday, May 15, 2010





16 May. Hari Pendidik. dengan kata lain, Hari Guru. semua yang pernah bergelar pelajar pasti tahu tarikh keramat ini bukan? siapakah pendidik? Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara.Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Pendidik di dalam islam pula adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. dan mendidik itu adalah amanat Allah s.w.t dan tugas mereka adalah mulia.




zaman aku sekolah dulu, Hari Guru lah hari yang ditunggu oleh aku dan rakan-rakan. terutamanya ketika zaman muda mudi ku di SK ASSUNTA CONVENT, Kuantan, Pahang. berebut pergi ke Koperasi Sekolah yang kecik dimiliki oleh Kedai Buku Men Men itu. segala bagai benda yang boleh dijadikan hadiah kami beli untuk guru-guru kami. dari sebatang pen, hingga lah sebuah diari. ye la, masa sekolah rendah mana cukup wang mahu beli hadiah mahal-mahal. belanja sekolah pun hanya RM2 sehari. alhamdulillah, aku perolehi 5A di dalam peperiksaan UPSR. semua di atas jasa-jasa guru yang mengajar ku. zaman peperiksaan UPKK ku di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah, Kuantan, Pahang aku lupa pula keputusannya berapa. aiyyaaaa..maaf ustazah-ustazah ku.

*niat di hati mahu post gambar-gambar zaman kurus ku di sekolah rendah, malangnya tiada scanner*



sekolah menengah ku pula di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. atau lebih dikenali sebagai SMART. 5 tahun sisa pengajian menengah ku dihabiskan disini. dan terlalu banyak kenangan di kelas 1 Gigih, 2 Gigih, 3 Dinamik *Kelas Bahasa Arab*. dan di zaman nakal ku 4 Sains Gigih dan 5 Sains Gigih *Kelas Lukisan Kejuruteraan*. kenangan di SMART bersama guru-guru yang sangat sempoi hingga bertemu di Berjaya Megamall atau di pusat snooker berhampiran juga masih boleh lepak bersama. Alhamdulillah, aku memperolehi 6A 2B untuk PMR, dan.. errr... 3A 3B 2C 2E untuk SPM. aiyaaa. sangat teruk. Terima kasih guru! dan termasuklah guru-guru tuisyen aku di Educare Study Centre. percaya atau tidak, hingga ke hari ini aku masih hubungi mereka.



zaman kolej. ya, aku baru sahaja mengakhiri zaman kolej ku di Kolej Profesional Mara Beranang dalam bidang Higher National Diploma in Computing Business IT. 3 tahun 6 bulan yang sangat memberi kesan kepada ku. segala penat lelah, menitisnya peluh kami hingga ke titisan terakhir dan bersengkang mata menyiapkan tugasan yang diberi *kami tiada final exam, hanya assignment semata-mata* akhirnya, alhamdulillah aku memperolehi cgpa 3.34 di sana akhirnya dan bakal bergraduasi oktober ini. terima kasih kepada mentor dan semua pengajar yang tersayang. sayang kalian dunia akhirat.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan yang bergelar pendidik. dan terutamanya juga kepada mereka yang pernah mendidik aku. tidak akan aku berdiri sini, hari ini tanpa kalian. cahaya ilmu yang diberikan akan aku manfaatkan sebaik mungkin untuk masa hadapan ku. Selamat Hari Guru juga kepada rakan-rakan yang sudah bergelar guru, atau yang akan bergelar guru terutamanya kepada Cikgu Mohd Hafizuddin, Cikgu Mariyam, Cikgu Shafaza Zara, Cikgu Nurul dan Cikgu Nur Khairunnass maaf jika ada nama yang tidak dinyatakan disini. aku tidak mengetahui nama rakan-rakan blogger dan twitterer lain yang bergelar guru. Selamat Hari Guru juga untuk sepupu-sepupu ku, Cikgu Marsitah, Cikgu Hasnor Izwandy, Cikgu Mohd Aidil, Cikgu Noor Aida. Diharapkan kalian akan terus menjadi pendidik bangsa. Ini untuk kalian semua:


Allah understood our thirst for
Knowledge, And Our Need To Be Led
By someone wiser;
He needed a heart of compassion,
Of encouragement, and patience;
Someone who would accept
The Challenge Regardless Of The
Opposition;
Someone who could see potential
And believe in the best in others . . .
So He made teachers.
A good teacher is like a candle,
it consumes itself to light the way for others
and a good teacher is a master of simplification
and an enemy of simplism.

♥ ♥ ♥





Photobucket

Hidup Untuk Memberi



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates