468x60

.

carca marba hidup.

Wednesday, June 30, 2010



hidup aku carca marba sejak akhir-akhir ini. ye, sudah tiada masa untuk melihat blog sendiri yang sudah bersawang sana sini. tapi tak mengapa, kadang kala Nuffnang baik hati dermawan juga bagi aku buffered. alhamdulillah dah banyak earning. cukup RM100 baru aku cash out pertama kalinya ok? sebut pasal cash out, ChurpChurp juga sudah berjaya aku cash out. nak masuk cash out kali kedua pun dalam masa terdekat. sebab tu aku sayang Twitter aku. siapa kata duduk online 24 jam takde hasil?

perihal chatbox. harap maaf. hampir seminggu aku takde masa nak blogwalking ke blog kalian. insyaallah aku balas kunjungan nanti. kalau aku rajin lah. chatbox aku pun dah terlalu banyak lalat menghinggap. makhluk-makhluk halus semakin suka berkunjung ke blog saban hari. terima kasih lah semua makhluk halus. aku pun semakin busy. rasa macam buang masa layan kunjungan UFO kalian semua.



ya, busy menghadap website PTPTN yang menghadapai masalah teknikal sampai aku dan rakan-rakan hampi masuk ke Hospital Bahagia gara-gara PTPTN. yang dalam Twitter dengan Facebook aku mesti dah selalu nampak aku meroyan sebab ini kan? lagi-lagi selepas kejadian menelefon HOTLINE PTPTN tapi pihak sana menjawab, "maaf. ini no telefon Hospital Pantai". apa perasaan korang? tiba-tiba rasa nak masuk wad kan?

sebenarnya macam banyak gila nak update sejak aku jobless ni. tapi iya lah, hidup semakin carca marba sehinggakan adrenalin aku memuncak laju. medula oblongata dah macam nama burger oblong je aku rasa sejak putus fius. sistem kardiovaskular pun dah kacau bilau. apa aku nak buat? aku rindu zaman kerja aku. terima kasih lah boss sebab bagi hadiah macam-macam, belanja makan semua. sorry, lambat update blog bagi boss glamer sikit. rindu boss.

kembali ke sekolah pada 17 July. dilema aku aku dah berakhir beberapa minggu lepas. ye, aku akan kembali ke sekolah dalam masa terdekat. sekolah baru aku, Universiti Teknologi Petronas trletak di Perak. fuhhh tak tahu lah boleh ke aku tahan duduk kat klon gurun sahara tu. panas gila vavi! kehidupan di kolej dan Universiti memang lain. aku tahu. doakan aku berjaya lah menghadapi hari-hari sukar di sana. mungkin blog akan semakin bersawang? mungkin, segalanya mungkin. aku memang bagi chance labah-labah buat kerja mereka. kang malas sangat, aku potong gaji!


sejak jobless ni, aku makin rajin baca buku. macam lah ilmiah sangat bunyinya. tapi takpe, aku nak jugak buat promosi percuma kat sini. buku SEMBANG KENCANG karya Fdaus Ahmad yang berharga RM20 ni memang berbaloi untuk korang beli. tak menyesal punya! bapak aku pun layan buku ni ok? adik aku siap buat tumpah sos sebab makan sandwich sambil baca sembang kencang. menyirap jugak darah aku tapi takpe lah. dah terjadi pun kan? dia kelepet kulit buku pun aku mampu senyum. heh? berbalik pada cerita pasal buku. buku sembang kencang ni memang terbaik. bak kata penulis, "korang memang koman kalau tak beli buku ni! best gila gua cakap lu!". korang siap boleh dapat autograph berupa tanda tangan dan cap jari anak penulis lagi. memang lawak gila. tapi sumpah, aku tak menyesal salurkan RM20 sejak duet mengalir macam air ni. macam mana nak beli? KLIK SINI. seminggu baru aku habis baca buku ni padahal takde lah setebal novel Harry Potter. cuma akibat kes berebut buku ni dengan adik dan bapak aku maka terlambat lah aku habiskan sesi membaca.



lagi satu buku, MEMOIR GONDOL karya Lucadeketiak. kecil molek buku ni aku beli dengan harga RM10 sahaja bulan April lepas. tak sempat nak review sebab aku terlupa. yang ni, satu hari je aku khatam baca. memang best jugak. geng si Fdaus jugak si Luca ni. aku beli buku ni, dapat poster dan penanda buku sekaligus. berbaloi-baloi bak kata Celcom. bak kata penulis, "siapa tak beli memang kodi!". macam mana nak beli? boleh lah pegi kat blog awek-awek Luca, KLIK SINI. korang nak beli 10 bijik pun takpe! dah 2 buku "siri kini semua orang boleh tulis buku sendiri" aku dah ada. bila siri no. 3 nak keluar bro?

aku rasa macam dah tulis karangan budak darjah 6 kat sini. aku ada beli handphone baru. rasa nak cerita tapi kang semua menyumpah pulak. baik aku stop. esok aku sambung lagi boleh? kalau aku rajin.

nota kaki wangi: buat twinnies, Khai, get well soon yunk! btw, lepas ni i tak panggil u gajah lagi. tapi penguin! sebab u jalan macam penguin lepas eksiden. hahaha~

nota kaki busuk: aku tahu kau jeles liza lepas tengok buku dua bijik kat atas ni. tapi kau tunggu pulak aku review zine-zine fragranfrantik pulak. sumpah kau jeles sampai meroyan





cerai dengan Cristiano Ronaldo

Tuesday, June 29, 2010


Full Time Result:
ESP 1 - POR 0

sah! aku ceraikan kau Cristiano Ronaldo.
malas nak rujuk balik dengan Fernando Torres.
aku couple dengan David Villa pulak!!



Awan Berbentuk Jenazah





Awan berbentuk jenazah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
[email protected]

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

credit: kosmo online
****************************************

kenapa aku tak nampak pun awan ni berbentuk jenazah??





FIFA #Worldcup 2010 - Germany

Sunday, June 27, 2010


korang jangan rabun mata

buat-buat tak nampak bendera apa kat atas ni.

bukan bendera perak okayh?

ini bendera GERMANY.

kenapa tiba-tiba letak bendera?

tadi blogwalking kat blog denaihati,

ternampak pulak teka-teki best!

siapakah juara Worldcup 2010?

sudah semestinya lah Germany!

takkan korang tak tengok England menangis tadi?

London bridge is falling down, falling down...

hebat kan Germany?

cepat angguk kepala banyak kali!

hah, kan betul Germany hebat!



psssttt...
jom cepat2 ke blog denaihati sekarang...




32 Video Skandal Seks Ariel PeterPORN

Saturday, June 26, 2010

32 video skandal seks ariel peterpan hangat betul sekarang.

32 video? itu perempuan je.

dengar cerita dengan lelaki pun dia rakam sama.

kau ni nafsu naga ke apa ariel?

dah la skandal kau semua HOT je.


amaran: kaum lelaki jangan lebih-lebih
sebaldi air tertumpah pulak












dah habis korang jamu mata?

kalau boleh, 32 semua aku nak letak kat sini.

tapi buat apa?

kang orang cop blog aku blog lucah.

hahahahaha!

korang nak awek macam ni?

kena lah tuntut ilmu dari tok guru Nazril Irham.

siapa?




hah! ini lah dia.

dia ni anak buah Tiger Wood dengan Edison sebenarnya.

hebat kan?

lelaki dengan perempuan semua dia sebat.

ada siapa siapa nak join dia dalam industri ni?

(^_________^)





Anne Ngasri - Wafi sah cerai talak tiga.


Anne Ngasri - Wafi sah cerai talak tiga.

berita dah agak basi sebab aku malas update.

tapi saja nak share video yang rara share kat twitter tadi.

sedeyh tengok dia

T________T






aku dalam dilema. tolong aku!

Thursday, June 24, 2010


aku mmg banyak benda nak update.
pasal aku dah resign kerja,
pasal ada makhluk Allah sengal dalam hidup aku,
pasal kisah chenta ke apa.
eh merepek.
tapi semua tertangguh gara-gara ini.

sekarang aku dalam dilema.
nak pilih mana Uni yang aku nak masuk.
dan aku ada 5 hari je lagi untuk buat keputusan.

so sila lah baca "justification" kat bawah ni.
ayat semua nak perli.
peduli hapa aku.
hahahahah

1. Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak
  • dekat dengan kampung aku. (40 min je perjalanan)
  • course Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • 3.5 years but aku rasa aku boleh transfer credit
  • fees: around RM 52,500.00 which mean SANGAT mahal. 1 sem 7,500

2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat Johor
  • memang jauh gila sebab aku takde sedara mara langsung kat sana.
  • course Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat
  • 3.5 years and sama di atas, aku boleh transfer credit juga
  • fees: RM 13,695.50 dan SANGAT murah sebab subsidy kerajaan

3. Kolej Poly-Tech Mara, Cheras Kuala Lumpur
  • adik aku duk kolej ni. and KL? mmg dah biasa sgt dgn KL
  • course BSc (Hons) in Business Information Technology with International Business 3+0 in Collaboration with Conventry University, UK
  • nama course memang la panjang gila tapi sama course dengan yang aku pernah amek masa HND dulu. 3 years but aku bleh transfer credit jadi 2 years je
  • fees: around RM 54,000.00 something sebab 1 sem 9,000 something

4. Universiti Tenaga Nasional, Bangi Selangor
  • Bangi? ummm Uniten ni ok la aku tahu la jugak kan area sana
  • course Bsc (Hons) in Information Technology (Information System)
  • 3 years jugak and aku kena register ahad ni.
  • fees: around RM55,000++ kot macam uni lain kata atas ni sebab aku tak dapat surat. dia call suruh datang bawak duet pendaftaran je. cess.

sekarang korang dengar situasi aku. aku ni kalau apply PTPTN ke MARA loan ke. semua aku dapat half je pun. tak dapat FULL. maka? mana yang patut aku masuk? kalau UTP hanya ada PTPTN loan. sebab mereka dah takde scholar atau loan dengan petronas lagi dah. yayasan pun tak dapat aku buat loan. kalau UTHM murah la sikit kan? tapi...kos dia plak tak best sebab lari terus dari kos aku yang dulu. KPTM? aku leh apply loan MARA half tapi yang ni memang aku confirm 2 years. Uni lain tu aku tak confirm lagi leh transfer credit. hahahaha. sebab yang KPTM ni course yang sama macam aku amek masa HND dulu. UNITEN? saja masuk dalam list. aku tak pergi punya sebab ahad ni dah daftar. arghhh DILEMA tau tak! =p

*korang ingat dapat banyak2 offer best ke? buat aku lagi pening tahu tak!!!



Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan

Tuesday, June 22, 2010

Tembok Penjara Pudu akhirnya dirobohkan






KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.

Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.

Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.

Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.

Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

credit: kosmo online!

*************************************

setiap kali aku nak pergi Times Square,

pasti aku menaiki LRT sampai hang tuah je.

al-maklum lah zaman student, perlu jimat.

lepas tuh meredah hujan atau panas berjalan kaki ke Times Square.

pasti aku melalui mural di dinding buruk itu.

ya, buruk. tapi...

nilai sentimental yang tinggi.

kenangan juga banyak terpahat disitu.

di permukaan tembok itu juga aku melihat rakan-rakan menghasilkan karya graffiti mereka.

oh, jangan tiru vandalisme itu!

depan tembok ini juga si paeh pernah semput.

sampaikan aku sendiri nak semput sama.

di tepi tembok itu juga, aku pernah putus cinta.

opps! jangan dikenang kisah lama.

tapi tembok Penjara Pudu itu menjadi saksinya.

kini? semuanya sudah tiada.

runtuh sudah Tembok Penjara Pudu dan sejarah silamnya.

semuanya menjadi debu tanpa sisa.

yang akan kita ingat sampai bila-bila.

1895 - 2010


*************************************








go go PORTUGAL!!

Monday, June 21, 2010






Portugal fantastic!!

Full time result: POR 7 - PRK 0

PRK? perak eh? HAHAHAHAHA~

R. Meireles 29'
Simao 53'
H. Almeida 56'
Tiago 60'
Liedson 81'
C. Ronaldo 87'
Tiago 89'

Tsamina mina eh eh...Waka Waka eh eh...






Majlis Resepsi Tertutup Harith & Jezamine

Sunday, June 20, 2010


tahniah untuk Harith Iskandar & Jezamine Lim. moga perkahwinan kalian kekal bahagia ke akhir hayat. mari kita menonton gambar-gambar di sekitar majlis resepsi Harith Iskandar & Jezamini Lim di salah sebuah hotel di Port Dickson.









credit to amir :)

sweet kan? kenal kat Facebook je. inilah dinamakan cinta virtual bertukar menjadi cinta realiti. aku? entah.



Happy 3rd Anniversary

Saturday, June 19, 2010


Happy 3rd Anniversary to my blog, ieyra.com. Thanks to Allah, i managed to survive in this 3 years eventhough there's a lot of things happened in blogging world nowadays. and thanks to all followers that support me, and the haters too. without all of you, i didn't have guts to survive in blogging world. thank you, and may Allah bless you in anything you do. ♥


before everyone argue about this, let me explain here. yes, ieyra.com is my new domain. but still the same platform which is blogger. so, it's still can accept that today is 3rd anniversary for my blog right? and i am so damn happy i received the biggest blog birthday gift today. thanks to him. nothing to regret in blogging. keep moving even you received the hardest trials in blogging, just let all of them as the most wonderful adventure experience that you didn't get in the others' world. peace no war! and keep smiling! ♥


and Happy Father's Day to all awesome fathers in the world!!



my new baby.

Wednesday, June 16, 2010


Hitam, Seksi, Menawan.
new baby in da house!

it's HP mini.
name?
Nur Peah Ketot.


apa? nak sebijik?
nak FREE?
tekan gambar kat bawah ni:


Photobucket




Ikan Paus Beromen Bersama 8 Ekor Burung

Monday, June 14, 2010

Pada zaman dulu kala, 8 ekor burung suka beromen selalu bawak Michael Jackson terbang bersama ke awan biru di kawasan perairan Maldives. kononnya mereka mahu si mati abadi di Nirvana sana. tapi secara tiba-tiba mereka kehilangan si mati dalam perjalanan. tercicir mungkin?


Kemudian, mereka gagahkan pula membawa ikan paus bersama mereka. walaupun gemuk bangang je muka stim syok layan geselan benang, kesemua burung-burung tersebut bekerjasama membawa ikan paus itu. kononnya, menyokong program mengelak kepupusan ikan paus.

Semuanya gara-gara ikan paus di Palestin diserang secara berleluasa di sana. sebab itulah program selamatkan ikan paus semakin hebat mendapat sokongan oleh spesis burung. apa yang penting? KERJASAMA! bak kata wonderpet, ketua misi keselamatan mereka.


Si paus pula sudah berangan dan berimpian secara porno, akan membawa burung-burung tersebut menyelam ke dasar lautan satu hari nanti sebagai balasan kepada jasa baik mereka. semuanya angan-angan kerana...



...benang telah terputus! burung-burung tidak tahu untuk buat apa lagi maka, mereka merelakan pemergian ikan paus yang tenggelam ke dasar lautan...dan akhirnya...


...bersemadi jua ikan paus di lautan maldives tempat rancangan bulan madu aku dan lizarazak di sana. pasti aktiviti porno meriah di sana. tapi, baru-baru ini syarikat televisyen tempatan hangat memperkatakan isu burung twitter di siaran berita mereka. dengar kata...



burung-burung tersebut sudah kembali kepada ibu mereka. dan mereka akhrinya bhagia bersama...

sekian
******************************

dah penat aku merapu, ni aku nak sembur sikit. bengang sungguh twitter asyik over-capacity! ikan paus tuh dah gatal sangat nak beromen dengan 8 ekor burung tu. semua maklumat musim mengawan aku dapat dari lizarazak. tak sangka betul ikan paus ni. tak percaya? cuba korang tengok muka ikan paus tuh? stim habis. mcm bangang bagi kami seksa tnggu over capacity. dah la tweet aku asyik over limit! twitter counter pulak lost! dari 55K+ jadi 1K+je. apa kejadah?

tukang server dah cabut lari dengan setiausaha bos twitter ke? dari korang bagi kami tengok ikan paus gemuk ni baik korang letak video Ariel Peterporn dengan Cut Tary ke, dengan Luna Maya ke, dengan Bunga Cinta Lestari ke. kasi link download je pun takpelah kan?

ini tak! asyik-asyik ikan paus. saja tak bagi aku dengan lizarazak melucah kan? si khairil afzal pulak ajak boikot twitter. cis, aku tak boleh hidup tanpa kau lah burung twitter. gian nak berkicau!










what else can i say? i LOVE germany!

Sunday, June 13, 2010





what else can i say?

i LOVE Germany!

WELL DONE, baby!


updated at 04:20 am.



Robert Green bakal bunuh diri atas sebab kemaluannya

Saturday, June 12, 2010



Robert Green bakal bunuh diri atas sebab kemaluannya.

tajuk nak lucah. sial kan?

robert green, kau cabut seluar kau sekarang, pergi terjun London Bridge atas kemaluan diri sendiri.

kau ni keeper tangkap bola ke tangkap ayam golek? ke tangkap katak sebab mak kau suruh buat sup lepas match?


"mak, kejap ye. saya tengah kejar katak jap ni.
lompat-lompat pula atas rumput ni"

"maaf mak. saya terpaksa kecewakan mak.
tak dapat kita masak sup untuk hari bapa"







Festival Berak.



Oleh NEYRA SHAZEYRA


Malaysia, 11 Jun - satu fenomena terhebat telah berlaku di kalangan muda mudi di negara ini. Festival yang dinamakan sebagai Berak telah diadakan di tandas berdekatan di seluruh Malaysia hari ini bermula pada pukul 4.00 petang hingga 11.30 malam. Festival ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan ramai.

Acara dimulakan dengan perasmian oleh dR. Rozmey beralam dari Herba for Life dengan memotong riben tepat pada pukul 4.00 ptang atas ketidaksabaran orang ramai untuk berak secara berjemaah. Beliau juga sempat mencuba produk terbaru "Maria Ogawa" dan mempromosi secara hebat di sana. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan pembukaan oleh Haziq AF dengan penuh semangat menunjukkan sokongan padu terhadap festival berak ini.

Kesemua 82 peserta yang bertandang telah menunjukkan komitmen yang bagus dan hanya separuh dari mereka mengeluarkan najis yang sihat. Untuk mereka yang telah mengeluarkan najis yang tidak sihat telah diinasihatkan untuk bertemu dengan pakar yang bertauliah. Festival ini telah mendapat sambutan yang hebat kerana aktiviti hiburan yang berterusan sehingga waktu malam. "Walaupun event ini nampak mengarut, aku dah jana duit banyak-banyak kalah login FB dapat RM100. terima kasih penganjur event!" kata peniaga pisang awak, Faiz Edzahar. Faiz telah berjaya menjual bekalan pisang awak yang dibawanya sehingga habis dan memperolehi hasil jualan sebanyak RM2,000.00 hanya dalam masa sehari. Jualan pisang telah meningkat kerana peserta yang mengalami sembelit amat memerlukan pisang untuk melancarkan proses perkumuhan mereka.

Penganjur festival berak Shafirul Azmie As-Siggy berkata, "Event seperti ini sebenarnya telah dirancang untuk acara tahunan tetapi atas sebab sambutan yang memberangsangkan, mungkin kami akan meneruskan usaha murni ini sebagai acara bulanan". Shafirul juga menambah, festival seumpama ini akan terus berlangsung sekiranya mendapat lebih banyak sokongan penaja-penaja yang lebih besar di Malaysia dan sekiranya bersedia untuk menjadi penaja, Shafirul boleh dihubungi di Persatuan Berak Se-Malaysia di talian 015-2229999.



UTP part #2

Thursday, June 10, 2010


muka macam confident padahal dalam hati menangis.
otw to UTP, Tronoh Perak.


arrived at Village 4. registration.
awan dan langit kat sini sangat indah.
and ku tidur di V4A-T2-2.

my room: no. 2.
my roomate adalah Fameza.
bdk lepasan matrik pahang.

chancellor hall.
rasa macam tengok konsert!

information resource centre.
memang superb!

briefing and bagi segala dokumen yang ada.
hari yang membosankan.

sunset dari jendela bilik.
cantik dan tenang.



sekali lagi muka confident tapi hati menangis.
interview: A-08-04
group A, panel 8, candidate 4.
main topic: shape the future.
sub-topic: community service volunteers social programme
sponsor: ministry of health & welfare.











 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates