468x60

.

1Malaysia Menjana Transformasi

Tuesday, August 31, 2010




kenapa aku malas?
assignment OOP tak bersentuh.
assignment AW tu lagi malas.
buat entri blog mcm buat karangan.
tapi buat summary AW malas gila!

nak taip entri ni malas sebenarnya.
saje nak buat entri bergambar.
tatap la puas-puas ye?



1 Malaysia Menjana Transformasi


Awek pintu gerbang


Kononnya habis patriotik dapat peluk replika 1Malaysia


Snap snap before perform


UTP Choir Group


Jumpa Senator Jins Shamsuddin. salam cium tangan dia yang dah tua itu.


Kawan aku, Japp. kacak tak?


Kawan-kawan dari Indonesia. cantik tak kebaya tu? demm.


oh! Salam Merdeka dari aku yang jauh di perantauan.


itu je la kot gambar-gambar sambutan Merdeka di UTP.
ada lah bunga api rendah tahap gaban.
aku main bunga api kat kampung lagi hebat.

choir untuk Merdeka dah setel.
penat tapi seronok lah jugak.
lepas ni kena mengadap buku lagi.
walaupun malas kan?
jum tengok lagi gambar HIDUP SEORANG BLOGGER di UTP yang gersang ini.


Discrete Maths ni subjek yang paling aku benci sem ni.


masa ini agak kaya ada RM7 dalam poket. sekarang, 2 helai not biru itu sudah tiada.


Tiket Balik RAYA! ya allah, tolong lah cepat sikit sampai 3hb September tu.


sekian,
BLOGGER PEMALAS UTP



HIDUP SEORANG BLOGGER (ii)

Sunday, August 29, 2010


Kesinambungan dari entry HIDUP SEORANG BLOGGER sebelum ini, ini entri kedua yang ditaip pada waktu pepagi buta sambil minum ribena. Ini lah lumrah HIDUP SEORANG BLOGGER, sesudah pagi subuh mahu melabuhkan tirai masih bersengkang mata menatap skrin laptop/pc untuk menaip entri berbicara tentang HIDUP SEORANG BLOGGER. Bak kata Fynn Jamal, “embun yang menemankan aku sejak tadi malam sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh”. Mengapa? Masa ni lah masa terbaik yang ada untuk mendapat idea dan mood yang memuncak untuk menekan papan kekunci. Arghhhh terlalu skema kan penulisan aku? Hentikan. Bajingan. Ah.

Apa kalian semua fikir HIDUP SEORANG BLOGGER ni mudah ke? Seronok? Tidak selalunya indah, tetapi kalau dah gila gelak ketawa bersama macam cacat otak sekali-sekala itu macam indah pelangi kan? Bukan senang nak rapat dengan strangers. Lagi-lagi berkenalan di alam maya. Tapi nilai persahabatan itu yang aku banyak belajar dari dunia blog. Siapa kata blogging itu buang masa? Tidak berfaedah? Ah! Peduli kan semua itu. Kita tahu siapa kita bukan? Dan sesungguhnya aku sayang persahabatan yang terjalin dari dunia blog ini. Keakraban yang terjalin dari alam maya juga boleh bertukar kepada alam nyata dan itu lah kelebihannya. Tidak ternilai dan tak terbalas sampai mati!

Aku bukan penulis hebat. Karya-karya penulisan aku juga biasa-biasa sahaja. Blog aku juga blog picisan yang menceritakan perihal peribadi semata. Hanya berlandaskan minat menulis aku untuk meneruskan hidup sebagai seorang blogger. Blogger otai? Dewa dewi blogger? Langsung tiada definisi blogger otai atau dewa dewi blogger pernah tertulis dalam kamus hidup seorang blogger seperti aku. Hormat antara satu sama lain, jujur menulis, dan sentiasa mengkagumi setiap orang itu lebih baik bukan? Untuk apa menggelarkan sesetengah blogger itu otai? Semua blogger sama sahaja tiada beda. Pemikiran kita yang meletakkan sesetengah gelaran itu tapi kita masih boleh menilai baik buruk sesuatu benda itu kan? Berfikirlah di dalam dan luar kotak bukan hanya terperangkap sesak di dalam balang kaca selamanya.

Tiada apa yang perlu dibidaskan cuma melahirkan nukilan rasa di benak pemikiran aku. Aku hanya seorang blogger biasa yang penuh kekhilafan diri yang berjuang hidup sebagai seorang blogger. HIDUP SEORANG BLOGGER ini hebat. Tidak percaya? Lihat bayangan mu di kaca cermin, dan bertanya kepada diri sendiri. “HIDUP SEORANG BLOGGER seperti aku ini hebat kah?” Tiada manusia yang sempurna. Percayalah. Anggap sahaja semua orang juga hebat. Setuju?

Sudah penat berbicara tanpa hala tuju dari mukadimah perenggan pertama hingga yang terakhir ini. Di sini ingin aku kongsikan beberapa gambar sepanjang aku menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER. Mengenali mereka adalah hadiah terbaik yang pernah aku miliki. Terima kasih sahabat alam maya semua. Doakan persahabatan kita kekal selamanya. Ingat, nilai persahabatan ini tidak ternilai dan tak terbalas sampai mati!

pssstttt..maaf. aku tidak seperti blogger lain yang mempunyai tips-tips hebat untuk dikongsikan bersama. cukuplah, berkongsi pengalaman HIDUP SEORANG BLOGGER sahaja.















Antara blogger-blogger wanted di atas adalah JustKhai, Mazlin, Ariffshah, Zerohanz, Paeh, Fazreen, AyongQiela, Julia Bubbles, Aman Firdaus, Piratz, Nizam, Scromix, Juliet Anna, Miszgarfien, Cha'on, Yus, Azizan Kadir, dan Eny Sickchild. (maaf, nanti aku backlink kemudian).

nota kaki:

entri ini ditulis untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER oleh denaihati

Contest SEO sekali lagi diadakan di blog denaihati, amat mudah iaitu dipenghujung contest blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata laluan “HIDUP SEORANG BLOGGER” pada ranking 1 – 5 akan memenangi hadiah bernilai RM300 setiap seorang dan pada ranking 6 – 10 akan memenangi hadiah bernilai RM150 setiap seorang. 5 entri paling popular mengikut pilihan blogger akan menerima hadiah bernilai RM100 setiap seorang.

sponsored by: eQurban.com




Merdeka kah kita?

Saturday, August 28, 2010


Merdeka. Hari Kebangsaan Malaysia. Apa yang korang tahu pasal semua ini? Sudah cukup kah nilai patriotik dalam diri korang selama 53 tahun kita merdeka? Ye, sudah 53 tahun! Tak perlu korang ambil kalkulator dan mula mengira. Aku percaya ramai masih tak sedar sudah berapa tahun kita merdeka. Kalau korang tak percaya cakap aku, cuba pegi tanya artis-artis. Oops! Statement terlebih sudah.


Sejak bila Malaysia mengecapi kemerdekaan?

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrument Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.



Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki!

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

-credit : Sejarah Merdeka

Tetapi sejauh mana pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia tentang erti kemerdekaan? Merdeka kah mereka? Buang bayi di sana sini bagaikan buang sampah. Terlalu banyak anak-anak kecil yang tidak bersalah dilahirkan dan dibuang. Bukan sahaja dibuang tetapi dibaling, dibunuh, dibakar, dikelar. Bergaduh di sana sini bagaikan medan peperangan. Adakah ini yang dikatakan serumpun? Masyarakat yang bersatu padu? Di mana keamanan, di mana perpaduan itu terletak? Masalah murtad di kalangan mereka yang bergelar seorang Islam juga semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Masitah Zaini, Lina Joy, Salleh Gregor Samsa juga semakin dikenali lebih daripada pejuang-pejuang kemerdekaan atau tokoh-tokoh negara kita. Adakah negara kita betul-betul sudah merdeka?



Bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Tahukah anda maksud disebaliknya?

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas. Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Adab dan tertib mengibarkan bendera:

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.

4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.

9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.


Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang patut kita banggakan sejak 53 tahun kemerdekaan itu kita miliki. Tetapi, mengapa masih ada yang mengibarkan bendera yang sudah koyak rabak bagaikan kain buruk mengelap kaki itu? Belum cukup lagi, aku pernah melihat seorang remaja tidak memakai seluar dan hanya membaluti bahagian pinggang ke bawah dengan memakai bendera Malaysia, Jalur Gemilang pada malam kemerdekaan di Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Bangga kah mereka? Di mana rasa hormat mereka pada negara? Di situkah sepatutnya terletak rasa hormat kita pada bendera kebangsaan negara kita? Untuk isu Jalur Gemilang dipijak, dibakar dan sebagainya, maaf. Aku tidak mahu menyentuh isu itu disini. Cukup sahaja dengan apa yang terjadi. Kita melihat, dan kita sendiri yang menilai.

Persoalannya sekarang, merdeka kah kita hingga kini? Dimana terletaknya nilai kemerdekaan itu? Fikir dan jawab dalam hati masing-masing. Cukup merdeka kah kita? Patriotis kah kita?

p/s: malam ambang merdeka nanti aku dan pasukan koir UTP akan membuat persembahan untuk Senator Jins Samsudin dan VVIP yang lain. Kami, pelajar Malaysia dan Indonesia akan menyanyikan lagu dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Kami Anak Malaysia dan Tanah Airku Indonesia. dan maaf, HIDUP SEORANG BLOGGER memang begini suka emo membebel menaip entri.

p/s: Untuk Acara Perbarisan dan Perarakan peringkat Nasional akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 31 ogos 2010 dan Perayaan Hari Malaysia disambut di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah pada 16 September 2010.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-53 !!





Duit raya RM500 pada 1 September

Friday, August 27, 2010


Duit raya RM500 dibayar 1 September


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.

Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.

sumber: -KOSMO online!

************************************

ehem-ehem... ibu, baju raya + kasut raya ada lah kan tahun ni? takda alasan PM tak bagi duet raya kan? ahaks!



Malaysia terus dihina Indonesia

Thursday, August 26, 2010


PENUNJUK perasaan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia di Jakarta, semalam.


Malaysia terus dihina

Daripada BORHAN ABU SAMAH
[email protected]

JAKARTA 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia.

Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya. – UTUSAN

*****************************************

aku lama tak baca newspaper so aku tak tahu sebenarnya punca konflik ni. hidup seorang blogger, hari-hari tengok lappy je, sampai newspaper kat kedai pun aku tak jumpa. nak baca online macam takda nikmat. hahahaha. yang aku tahu, sempena Merdeka Day, aku dan choir team aku tiba-tiba kena nyanyi lagu Tanah Airku Indonesia, dan lagu Kami Anak Malaysia pada malam ambang merdeka nanti. mari menghafal lirik!

*aku neutral maka tidak berpihak kepada sesiapa. dua-dua ok je bagi aku*

anda pula bagaimana?





Kisah benar seorang sahabat

Tuesday, August 24, 2010



Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi


p/s: apesal entri aku semakin bersifat kerohanian dan ilmiah ni? pengaruh kelas ethics kah? hidup seorang blogger memang begini. berubah angin sekali sekala tidak mengapa bukan?





Achieve a Sustainable Future with Green Technology



Achieve a Sustainable Future with

Green Technology



I believe that some of you still wondering, "What is green technology?" "What can we do to achieve a sustainable future with green technology?" "Is it worth it to do all this?”. Without any argue, perhaps I can explain first that the term "technology" refers to the application of knowledge for practical purposes. In my own thought, the field of "green technology" encompasses a continuously evolving group of methods and materials, from techniques for generating energy to non-toxic cleaning products. Go green, remember? We need a green space in the future for a better life!

So, what we can do to goes green? Is there something we can help rather than sitting down and look at the world going more worst that what we have now? The answer is YES and of course, you as a human in this living world, has the most vital role to help the world goes green.



Firstly, to achieve a sustainable future with green technology, we need some goals to motivate us. The goals are sustainability, source reduction, innovation and viability.

Sustainability – meeting society need by inventing new technology that can be use by the future generations without any harms or damaging or depleting natural resources

Source reduction – changing our pattern of production by reducing waste and pollution and also makes the recycle activities as a part of our life.

Innovation – invent and develop more alternative ways for current technology that damaged health and harms the environment so that we can save our green environment

Viability – generate a centre of economic activity in technology world and produce a new product that will give a lot of benefits to the environment and save the planet.



In addition, there are also many ways to go green and save green. Furthermore, by doing all this, we can live lightly on the earth and save money at the same time. It does also will help reduce your environmental impact and all of you can live a happier, healthier life. Interesting right? Luckily, many of the steps we can take to going green that can make our lives better.

1.Save energy to save money
-Use a drying rack to save the energy otherwise used during machine drying.
-Unplug appliances/electricity equipments when you're not using them.

2.Save water to save money.
-Take shorter showers to reduce water use. This will lower your water bills too.
-Plant drought-tolerant native plants in your garden. Many plants need minimal watering.



3.Less gas and gain more money
-Walk or bike to work/school/university. This saves on gas and parking costs while improving your cardiovascular health and reducing your risk of obesity.

4.Eat smart.
-If you eat meat, add one meatless meal a week. Meat costs a lot at the store-and it's even more expensive when you consider the related environmental and health costs.
-Buy locally raised, humane, and organic meat, eggs, and dairy whenever you can. Purchasing from local farmers keeps money in the local economy.

5.Skip the bottled water.
-Use a water filter to purify tap water instead of buying bottled water. Not only is bottled water expensive, but it generates large amounts of container waste.
-Bring a reusable water bottle, preferably aluminum rather than plastic, with you when traveling or at work

6.Borrow instead of buying
-Borrow from libraries instead of buying personal books and movies. This saves money, not to mention the ink and paper that goes into printing new books.



Example of green technology is Nanotechnology. Nanotechnology involves the manipulation of materials at the scale of the nanometer, one billionth of a meter. Some scientists believe that mastery of this subject is forthcoming that will transform the way that everything in the world is manufactured. Green nanotechnology is the application of green chemistry and green engineering principles to this field. Today, nanotechnology research is widespread, and scientific knowledge of the molecular world is advancing rapidly. Nanotechnology has long been hyped for its potential to cure diseases, ease energy problems, supercharge our computers and more. The following video shows and introduction of nanotechnology for alternative energy sources.





The truth is that everything single thing we do every day has an impact on the planet whether it is good or bad. The good news is that as an individual you have the power to control most of your choices and, therefore, the impact you create. Why wouldn't anyone want to green? Keep reading for all the important, big-picture details Since it's helpful to understand the big picture when it comes to setting to smaller goals.

Go GREEN!






p/s: this is not Hidup Seorang Blogger contest by denaihati but a contest from National Green Convention (NGC)






 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates