468x60

.

Wake Me Up!

Wednesday, September 29, 2010






here comes the rain again,
 falling from the stars... 
drenched in my pain again, 
becoming who we are...
 as my memory rests, 
but never forgets what I lost...

this is the end of september, and tomorrow will start 011010. waiting for someone who had promise me something before. but now, let's countdown the numbers. i'm waiting for my big day on 231010 ♥



dear my love,

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS.

zzzzzz....





Teacher Shida is the best!

Sunday, September 26, 2010










Korang rasa stress di tempat kerja atau di kuliah? assignment berlambak? mari release tension layan video ni semua. ada 7 video tapi aku post 4 video je kat sini okayh? nak layan lebih pergi subscribe Teacher Shida.


amaran:
sila tekan punat pause kat perut teddy bear kat sidebar belog ini dulu
sebelum syok layan video teacher shida.
maceh.


MIMING - Lagu Raya





MIMING - Lagu Pakai Buang Stacy






MIMING - Lagu Jahat Stacy





MIMING - Lagu Yank Wali Band






Bunuh, Bakar dan Ketawa.

Saturday, September 25, 2010









budak ayam sorang ni memang sangat suka aku promote dia. lepas ni mesti makin kembang kuncup bontot ayam gebu dia tu. jangan jadi bapak ayam sudah la ye ayeem. flash ni ayeem yang buat. kretip kan? (puji lagi bagi koyak spender). kalau korang rasa nak jatuh cinta dengan ayeem, pergi la blog dia ok? kat mana? sini ---> AYEEM AYAM




another reason why i hate UTP

Friday, September 24, 2010





Woke up from 3 hours sleep at 8.00 pm and check my Twitter and Facebook. Then, I found this. WTF? I'm totally dead if this news is officially confirmed. oh dear, 1 year for 1 semester. what did you expect from me now? this is madness. read this:






BERITA TERGEMPAR!!!! BE ALERT!!!

notes by Nuratikah Razale

dear my UTP frens...=(

after having meeting wif dr.Helmi ,Dr.balbir..and other engineering department...
they have decided to start a "NEW SEMESTER SYSTEM" for the next jan 2011......
all the betches in UTP will be undergoing new semester system...

sistem die camni...


  • we suppose to have only 7 sem...but start next year ditambah lagi satu sem....
  • stp tahun ade dua SEM...SEM 1(JAN),SEM2(JUN)....terus bersmbg without cuti..=(........cuti about 4 hari cam2 je..
  • pas2 internship kite akn diconduct waktu cuti 3rd year....during our break....BKN MASE WAKTU SEM>>>WAKTU CUTI!!!!!28 weeks of internship...
  • biasanye klo sistem normal ,SEM1 dulu then cuti 2 bulan....then smbg SEM2..pas2 cuti lagi sebulan lebey...but in the new system kite akan study sepanjang mase until at the end of ther year baru dpt cuti 3 bulan lebih......agak tension lah gak...
  • pas2......agak parah klo ade sape2 yg kene repeat SEM!!! dorg kene amek subject yg dorg fail waktu SEM BREAK yg 3 bulan tu..sbb the subject yg dorg fail from the previous SEM x kan dioffer for the next SEM to be repeated...so less holidays for org yg fail...STUDY HARD BEB!.......
  • cuti utk budk JAN INTAKE x kan same dengan bdk JUN INTAKE...so UTP sentiasa ade org...haha
kite akn study from january to october non-stop...and then cuti 3 bulan...klo nk masok akademi fantasia pon sempat.hahah....gudlak korg dgn "NEW SEMESTER SYSTEM"......hehe~











DAMN!



Triple Cheese Burger !!

Thursday, September 23, 2010



entri ringkas.


saya berjaya diculik oleh KayShafiq dan MarzukiKamal dalam misi menunaikan impian saya untuk makan Triple Cheese Burger di McDonalds. mereka sangat gila kerana tiba-tiba ajak macam main-main kat Twitter, sedar-sedar dah muncul kat depan blok saya. dah la masing-masing tiada contact number walaupun sekelas. hanya contact melalui Twitter saja dah jadi plan mengejut kami ke McDonalds Jalan Gopeng. thank you korang! sayang korang! ♥



p/s: dinner tadi makan burger daging special. supper makan triple cheese burger. semua sekali 4 keping daging burger malam ni. errrkk??




kehilangan permata dunia

Sunday, September 19, 2010


mukadimah entri ini adalah dimulakan dengan satu pertanyaan. ada sesiapa mahu menaja saya sebuah kerusi urut ogawa? kerusi urut ogawa ye bukan perempuan urut maria ozawa. sesungguhnya saya keletihan kemengantukan kepenatan dalam sebelas jam perjalanan pulang ke UTP malam tadi.

terima kasih kepada pilot bernama Fitri yang berjaya membawa saya pulang dengan selamat. saya masih jetlag hingga kini. ecehhh..bajet naik flight balik Toronto la kan? kenapa sebelas jam? sebab kami bikin filem tujuh perhentian malam tadi. setiap perhentian makan masa satu jam hingga dua jam. apakah?


saya juga adalah sangat terkilan kerana impian untuk makan triple cheese burger di McDonalds tidak kesampaian gara-gara McDonalds Genting Sempah yang seperti sampah itu kehabisan stok daging burger. saya hampir-hampir mahu order sate ayam dan rendang malam tadi di McDonalds. sesungguhnya, mulai hari ini saya boikot McDonalds Genting Sempah. hanya francais itu ya. tempat lain saya hentam, makan saja.



kenapa makanan menggemukkan itu juga saya mahu makan? kerana saya telah terpengaruh dengan encik lobak emas di Twitter. beliau hari-hari mahu makan triple cheese burger untuk menggebukan lagi tubuh badan beliau. saya juga tidak faham menagapa beliau sangat menggemari triple cheese burger. mungkin beliau terlalu gemar akan tagline McDonalds?
"A Tale Of Love And It's Twist"

sudah merepek. langsung tiada kena mengena dengan tajuk entri kali ini. kehilangan permata dunia? siapakah?



1. Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya



2. Artis Haji Mohd. Rajoli (M. Rajoli)



3. Blogger Nadia (Toh Tuan Tanah)




sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada.
T______T






HARI RAYA 2010

Thursday, September 16, 2010


sekarang ni pukul 3 pagi dan aku baru sahaja upload 91 gambar raya di FACEEBOOK. itu pun sebenarnya ada dalam 300 gambar. habis tapis dah tu. dan juga baru sahaja habis meng-tag semua sedara-mara yang berkaitan di situ.

now, amatlah malas nak tulis entry. korang layan lah sedikit ganbar di bawah yang aku rajin nak tayang sini. maaf, gambar random tidak disusun ikut kronologi. nak tengok lebih-lebih sila ke album di fesbuk : KLIK SINI


candid by Fairus. aku sedang sibuk bermekap di pagi raya, dia sibuk tembak gambar aku.


lagi candid dari Fairus. dia ni memang suka mengacau aku di depan cermin.


sepupuku, Ainin memakai kaca mata cinta dari cik tulang temulang


sepupuku, Aina yang terlelap ketika solat kah?



jejaka terhangat masa kini. tetapi, yang di tengah itu sahaja masih single.


maaf, tidak berkaitan. sengaja menembak gambar cik canon dan cik nikon.


sepupuku, Ainin bersama perut besarnya


sepupuku, Aqil tanpa gigi hadapan.


sepupuku, Luthfil yang bangga bersama botol susu nya. mata stim siak.


kami yang BESAR.


aku hanya berhari raya di 5 buah rumah tahun ini dan berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM356 + 50 ribu rupiah + RM30 topup maxis + RM20 topup celcom


sepupuku, Fairus. gambar ini ditembak oleh aku. habis sempoi budak KL sorang ni berhari raya dengan fesyen sebegini.


semua sedang sibuk di dapur pada hari raya kedua tetapi aku sibuk menembak gambar mereka. open house. oh! gadis melayu di bawah sekali itu masih single.


aku suka gambar ini sebab gambar ini ditembak oleh aku juga. maaf, sekali lagi tiada kaitan hahaha.


akiviti harian atau akiviti setiap saat? Twitter adalah antara perkara penting dalam hidup aku. gambar ini juga ditembak oleh aku.


gambar ditembak oleh Fairus. adakah ini tanda aku sudah dimiliki? jangan merepek. takde siapa mahu beri aku cincin.


baju ini pemberian makcikku. mungkin kasihan melihat aku hanya mempunyai sepasang baju raya?


open house di rumahku. ini adalah collegemate aku, Farah. kornag pernah tengok iklan Garnier yang baru? dia lah orangnya.


suami Farah, iaitu Azri dan rakannya. sekali lagi soalan yang sama. korang pernah tengok iklan Garnier yang baru? Azri juga ada di dalam iklan tersebut bersama Farah.


bersama anak sepupuku, Afiq Hazim macam anak cina sepet sesat.


mereka yang menghadiri open house di rumahku.





Hari Malaysia || Malaysia Day.

Wednesday, September 15, 2010

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun tetapi untuk apakah? semata-mata cuti umum atau apa? cuba tanya berapa orang yang tahu apa itu Hari Malaysia. terasa sadis aku tengok di Niteline TV3 tadi, tanay anak muda semua tidak tahu apa itu Hari Malaysia sehinggakan ada yang menjawab, Hari Malaysia itu tidak penting bagi dia kerana dia cuma anggap Hari Malaysia itu hari untuk bercuti tapi dia tidak dapat bercuti. sadis bukan?

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia telah melambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Bersatu padu lah rakyat Malaysia demi untuk keamanan negara. kita sudah lama hidup berbilang bangsa. Jadikan Hari Malaysia sebagai hari untuk anda menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dalam membentuk perpaduan di negara kita.








SELAMAT HARI MALAYSIA!



Selamat Tinggal Ariff Shah Ramlan

Tuesday, September 14, 2010


perginya seorang kawan dan sahabat terbang ke Moscow, Russia malam ini. tssskkk....apesal entry aku sedih ni? ayat tak boleh blah betul. takpe takpe. entry pantas ni. aku sakit kepala dan kepenatan tapi nak jugak taip entry ni. enchek Ariff Shah Ramlan, kalau kau tak baca entry ni memang ko sengaja lah tu sebab aku tahu KLIA ada wifi. jangan nak mentipu okayh?










okayh, tak payah letak semua gambar. nanti mati aku kena bunuh dengan Ariff pulak kan? untuk Ariff, selamat masuk ke sekolah kembali. belajar rajin-rajin. jangan nak tambah tahun belajar kat sana pulak macam makcik zombie temok tu. balik Malaysia nanti jangan lupa apa aku mintak aritu. tak besar pun, nak keychain Moscow je kan? kalau kau nak pack muatkan pakwe kacak dari Russia dalam luggage kau pun orait jugak tu. jaga diri kamu di sana. balik Malaysia nanti moga aku dapat la kad jemputan kahwin dari kau pulak kan. sebab aku tunggu kad raya pun macam tak sampai-sampai ni. heee....aku dah merepek. malas nak sedih-sedih sebab aku tengah happy.

Selamat Tinggal Ariff Shah Ramlan.

p/s: kirim salam sayang untuk pramugara yang kacak nanti. kau jangan nak menggatal dengan pramugari cantik ok? zzz...

p/s/s: happy birthday aman graseka. eh silap. abdul rahman. :)




saspek yang terlibat di Morib?

Sunday, September 12, 2010



tajuk entry memang tiada kena mengena di awal mukadimah entri ini. tapi mungkin dihujung entri nanti? sebelum itu, aku dengan semangat baru tiba di bumi kuantan, dari negeri perak ni nak taip kat sini sebelum banyak lagi mulut-mulut keji berbunyi. (maaf bahasa kasar kedengaran disitu). lantak lah raya bulan bermaaf-maafan atau apa kan?

1. aku taip tajuk entri ini bukan untuk SEO ke, traffik ke, mengejar earning nuffnang ke apa tapi sebab memang aku ada isi yang berkaitan di hujung entri ini. walaupun aku baru je menang contest Hidup Seorang Blogger di denaihati dan tersenarai antara 30 raja SEO, tapi jujurnya aku tak reti main dengan keyword.

2. isu copy paste kandungan artikel surat khabar di blog masing-masing. bagi aku, sharing is caring. biarlah sesiapa nak letak pun dalam blog mereka. hak masing-masing maka tak perlu nak sentap-sentap ok?

3. entri pra-raya ni. entri raya aku nak hutang dulu sebab gambar perlu ditapis sebelum ditayangkan. kekekeke.


dah penat bebel punya panjang la mukadimah aku ni kan. actually malas nak taip entri raya sebab kepenatan. tetibe aku rasa macam cuti 2 minggu ni akan dihabiskan dengan perjalanan Pahang-Perak berulang kali tanpa pikir sebenarnya jauh beratus kilometer. takpe, dalam kereta aku sibuk online je sepanjang masa updated news pasal pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

sampai je kuantan tadi, berkejar aku ke peti surat. mengharapkan surat dari Chuyrys tapi takd apat lagi. dapat kad raya dari orang lain pulak. alang-alang nak tayang kan, aku tayang sekali parcel yang aku baru kutip kat Perak. aku ada bagitau kan entry aritu?




Kacamata cinta dari cik tulang temulang ikan yang kewl diterbangkan khas jauh dari sarawak. terima kasih cikgu! and oh ya, mmg ku tahu cikgu ni adalah cikgu paling pemalas di dunia if kena tulis kad sebab mmg dari dulu dia akan bagi cebisan kertas sahaja. hahahaha!



yang ni terlebih teruja aku bukak parcel. jauh ni! dari australia. jejaka kacak bernama Amer Said pos dari sana. sumpah canik gila t-shirt kaler purple dan pink ini. yang penting saiz S! yes, muat muat! aku suka lah. thanks amer. susah-susah je kan? susah kejadahnya. kau bagi sebab aku menang contest kan? hahahaha!



Kad raya! posto! posto. thanks Julia buih buih sabun sebab kad tu comel betul lah! siap ada lukisan jari jemari halus cik julia auwww. thanks to Jeff too. dapat jugak kad bunyik-bunyik ada lagu. thanks to acapawn7 sebab berusaha bagi kad. takde lah buruk pun tulisan kamu tu. thanks to tauke herbalife Joegrimjow sebab bagi keychain cinta dari bali, duet raya 50 ribu rupiah dan business kad yang sangat kacak. jangan risau joe, aku promote muka kacak ko tu nanti. hahahha!



ni malas cakap. dah lama tapi time cuti ni la aku baru nak menghayati. thanks to Faris Awanband and Wan Supersyazwan sebab pos mende bulat lubang tengah macam donut ni. nyumm nyummm eh?



yang ni thanks to Mohd Jayzuan la kan sebab pos buku ni macam-macam rintangan dihadapi untuk sampai ke peti surat rumah ni. sabar je la kan? dapat jugak. thanks bro!

eh merapu tak habis-habis. mana nya entri berdasarkan tajuk? kalau buat karangan bahasa melayu 350 patah perkataan ni sumpah dah dapat C- ni. nak taip tapi mengantuk. kalau rasa nak tahu siapa saspek yang disyaki berada di Morib sila lah:





hidup macam palat tapi happy

Monday, September 06, 2010


Hidup ini macam palat tapi hari esok masih ada merupakan tagline Kami The Movie yang aku selalu gunakan dalam hidup aku. Maksudnya, walaupun hidup ini teruk sangat, tapi, masih ada lagi cahaya atau jalan untuk menjalani kehidupan yang lebih bagus. Hidup aku macam palat sikit sejak malam tadi hingga lah petang tadi walaupun aku sibuk shopping raya dari semalam hingga hari ni. bayangkan betapa stressnya cari kain pasang warna kelabu untuk hari raya? ye, kain pasang. hari ini baru kain itu mula dijahit. harap-harap sempat siap nak dipakai di pagi raya. dah stress shopping semalam, datang pulak stress hari ini. lepas best shopping raya beli cardigan baru, jam baru, kad raya, tengok wayang The Descent 2 yang macam comel makhluk tu berak bontot bulat dan macam-macam, ada pulak si palat sekor ni cari pasal. mana aku tak bengang kan? memang lalat la semua. hurung sana sini bawak masalah.

Dah berapa kali aku cakap kat dalam belog ni rasanya. Hidup seorang blogger dan twitterer bukan mudah. banyak stalker. banyak manusia PHD. banyak manusia busybody. mana-mana juga akan korang jumpa spesis macam ni. aku sibuk jaga hati orang baik-baik tapi diorang buat hati aku macam hati barbie doll kena gelek dengan steamroll. sekarang ni aku cuma nak jadi manusia hati batu nesan di tanah perkuburan je. habis cerita! untuk kamu, kamu, dan kamu. kalau nak kepochi sangat boleh berambus dari dunia alam maya aku. kalau korang tak suka amik tahu dunia alam maya dan benci caci maki keji orang yang aktif blog dan twitter macam aku, sila berambus.

dah penat bebel, aku nak bagitahu. walaupun hidup macam palat dua hari ini, tapi aku tetap happy. sebab tu aku selalu cakap, berkawan dengan kawan-kawan dari alam nyata lagi bermakna dan bernilai dari kawan di alam nyata. hidup macam palat pun, ada mereka yang buat aku gembira tak terkata.



menerima parcel dari Sis Azie merangkap kakak kesayangan enchek kembar muka mosaic, JustKhai sejak hari Jumaat lepas, tapi atas kesilapan posmen Pos Laju Malaysia yang pergi hantar slip parcel salah alamat rumah orang lain maka aku baru sahaja menuntut parcel ini tadi. belum sempat keluar Post Laju National Courier Office aku dah bukak parcel tu dengan rakusnya. bayangkan betapa terujanya masa itu. now korang dah tahu kan aktiviti mengepos ni memang ada perasaan luar biasa? menerima anti-radiation sicker, kad birthday, lip gloss, mini torchlight, handbag, dan duet raya RM10. actually, ini hadiah birthday tertunggak yang sekali pakej dengan hadiah raya. terima kasih Sis Azie sayang.



Kemudian, menerima parcel dari blogger dan twitterer Singapore Ayie Mala . Juga hadiah birthday tertunggak beserta kad hari raya. menerima keychain huruf E yang sangat comel dan harus aku teruja kerana aku suka kumpul keychain. dan juga mini coin purse agaknya ada gambar itik kuning comel tapi bentuk macam sampul surat. kad raya paling tak boleh blah isi kandungannya buat aku tergelak sorang diri bila baca. ada-ada je kamu ya Mala? hampir terlupa, cik Mala juga bagi duet raya RM10. duet Malaysia bukan Singapore ok? banyakkan duet raya dari blogger tahun ni? terima kasih Mala sayang.



Kad hari raya comel berkartun ini datangnya dari blogger dan twitterer, CikNurull hari ini. selamat juga sampai walaupun posmen itu macam campak surat aku macam lempar newspaper di setiap rumah. terima kasih buat Cik Nurull sayang. kad raya akan di balas selepas raya mungkin. InsyaAllah.



Ini juga hadiah birthday dan souvenier. Keychain dari Paris dan Moscow adalah dari seorang pelajar Russian State Medical University, Maimuna yang aku kenal dari Fesbuk sahaja. tidak silap aku, dia satu sekolah dengan aku dulu dan siblings kepada Lokman. tapi, macam tidak pernah jumpa. tak sangka Maimuna betul-betul pos keychain ni. Keychain dari Singapore itu pula dari blogger yang semakin femes fan pagenya, Syahirul untuk hadiah birthday aku. Juga hadiah birthday tertunggak sebenarnya. Terima kasih buat Syahirul dan Maimuna sayang.

Dan sejak aku pulang ke Kuantan tempohari, memang banyak parcel dan surat yang aku dapat. menerima sijil dari Information Technology Youth Movement kerana antara blogger terpilih menerima sijil untuk Hari Belia tak silap aku. siapa kata blogger tak boleh terima sijil? siap ada URL pada sijil. dan menerima CD Skandalisme Supersyazwan, dapat buku 28 Hari Jurnal Rock & Roll hasil karya Mohd Jayzuan, Sketch Book dari Jeff, beg vintage brown color, hadiah dari Blogger comel Vujie dan sebagainya. tidak larat mahu letak semua gambar lagipun setengah darinya masih ada di kampung aku di Perak kerana guna alamat sana.

Aku juga gembira sebab aku memenangi beberapa contest sejak beberapa bulan lepas? Terima kasih buat Amer Said sebab aku menang hadiah dari blog dia sebagai pengkomen terbanyak bulan berapa entah aku lupa. dapat T-Shirt agaknya sebab aku tak bukak lagi parcel oleh sebab parcel masih di kampung. sempat jugak aku kirim dengan dia keychain dari bumi Australia. dan juga aku menang contest dalam website Zon Artis dan hanya memenangi T-Shirt Zon Artis juga. kemudian, menang 50 ribu rupiah, kad raya dan souvenier dari Bali daripada Blogger kacak bergaya JoeGrimJow. walaupun 50ribu tu macam banyak tetapi rupiah ye rakan-rakan.

Dan yang terbaru, aku menang RM150 dalam contest SEO hidup seorang blogger daripada Denaihati dan tersenarai di tangga ke-9 antara 30 raja SEO. aku juga menang RM50 dalam contest laungan merdeka di Facebook. juga contest denaihati dan di sini aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih sebab aku tak sangka aku akan menang. aku juga sedikit gembira earning ChurpChurp dan Nuffnang aku semakin memuncak naik tinggi ke awan dan boleh cashout dah tapi aku masih mengumpul. aku bukan lah pengejar earning yang terunggul atau pakar hebat dalam SEO dan sebagainya, tetapi kehidupan alam maya sangat buat aku gembira menikmati hidup.

Alhamdulillah, semuanya rezeki di bulan Ramadhan



get your free blog banner at emilayusof.com

SELAMAT HARI RAYA !!



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates