468x60

.

MUSIC PURSUIT 2010, UTP

Saturday, October 30, 2010















entri ringkas.

Congratulations, Zaim Zakwan!

bangga sebab budak choir.

dan aku datang semalam pun sebab nak tengok dia perform.

alasan!

nak tengok Azlan & The Typewriter juga.

gambar yang last tu memang tak boleh blah.

lecture note Oil & Gas tu si Azlan pegi bantai sign.

siap ada wish untuk final exam.

dia ada pesan, "belajar rajin-rajin"

eh mana video Zaim?

nah...layan!








Celcom BlackBerry® Torch™ 9800

Thursday, October 28, 2010







There are so many smartphones nowadays and frankly said that it's hard to choose which smartphones really suit with me. There are so many brands and many features! And we really spoilt for choice the best nowadays when it comes to purchasing smartphones.But seems that Blackberry phones are became so popular today, and the price offered also affordable to buy by students, so why not? For me, I prefer to choose BlackBerry Torch 9800 among all the smartphones in Malaysia. why must we own a BlackBerry Torch 9800? Let me explain on how your dilemma will be solve with BlackBerry Torch 9800...






BlackBerry Torch 9800 is the first smartphone with a BlackBerry keyboard and full 3.2inch touch screen. awesome right? Get your device experience using the BlackBerry Torch 9800 or you will regret for the rest of your life. Dont forget! BlackBerry Torch 9800 also come in package with a 8GB of memory which is expandable up to 32GB with a microSD card. Just pinch of your fingers and enhanced music player to view full album art and track listing! Melody will rhythm your life is it?





Dear all Twitter-holic and Facebook addict (like me), for your information BlackBerry Torch 9800 is integrated with social feeds to update multiple social networks such as Facebook, Linkedln, Buzzd, Twitter and much more with only a single post or gather and filter all your social network and feeds in one view. That's means, you  will never miss out on a single tweet or Facebook update anymore! Faster and richer browsing to manage multiple open website with tabbed browsing as well as bookmark all your favourite sites makes this BlackBerry look cool! Dont forget too, the push email and instant messaging capabilities BlackBerry have always been known for so, as a student like me who always need to check emails frequently for any updates on my academic thingy, BlackBerry Torch 9800 is the most suitable gadget for us!




The most important things for everyone who like to snap photos everywhere they go, BlackBerry Torch 9800 is the most suitable gadget to be own because it came with 5MP camera with flash and continuous auto-focus and image stabilization. Other special features are the camera function came with 11 photo modes and nice quality of video recording!

How to get BlackBerry Torch 9800 with the most affordable and unbelievable price? Easy! Celcom will be launching the Blackberry Torch 9800 on 29 October 2010 which is today, and there’ll be amazing deals for you when you sign up with Celcom, ONLY available at the event. There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the day. Here is some info about the one-day-only crazy deal by Celcom today:


  • Enjoy the Celcom BlackBerry Torch at CRAZY prices from as low as RM 8 when you sign up on the day with Celcom Exec or Celcom Biz plans!
  • 1st 10 customers to sign up get it at RM 8!!!
  • Next 100 customers get it at RM 488!!
  • Following 100 customers get it at RM 888!
  • ONLY LIMITED STOCK AVAILABLE and it’s FIRST COME FIRST SERVED… so get there as early as you can!
  • Get a FREE Limited Edition BlackBerry Torch Door Cover, FREE BlackBerry Torch hard casing plus FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Just Dial *118#, and select STUFF FOR BLACKBERRY!
  • Be part of the fastest, widest clearest mobile network in the country
  • There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the launch date.


Then, what do you think? Itching to get your hands on a BlackBerry Torch 9800 now? Allow me to point you in the right direction with the launch details:

Date: 29 October 2010 (TODAY)
Time: 3 pm – 10 pm (Registration starts at 3 so be there as soon as possible!)
Venue: Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL (in front of La Bodega)


Don’t forget if you can’t attend the event because of some reasons who you can't avoid it, you can still get the Celcom Blackberry Torch & enjoy affordable prices plus the widest coverage with Celcom, Malaysia’s No. 1 Blackberry community – in any Blue Cube outlet nationwide – from 3 November 2010 onwards! Check out these affordable packages from Celcom:



(click picture above for large view)

Now you know where to get the best of worlds's gadget today! You can stop beating yourself up over it, and start drying your tears  and rushing to the Pavillion, KL now! Don't miss out this amazing event! Get crazy with this one, because you will not regret on having one of the coolest gadget today! ♥



kehidupan aku bukan lagi seperti dulu

Wednesday, October 27, 2010




ini adalah entri peribadi yang menjurus kepada luahan perasaan bosan dalam hidup. eh bukan kehidupan seharian sepenuhnya tetapi kehidupan sebagai seorang blogger, facebooker dan twitterer. sumpah, aku tersangat bosan dengan semua orang sehinggakan pada sesetengah blogger, aku mengadu aku mahu slow down kan penglibatan aku dalam dunia maya. perasan tak, zaman internet sekarang dah tak macam dulu? semua yang ada dalam dunia social network bukan lagi suasananya seperti dulu. penuh dengan bermacam ragam manusia yang sampai satu tahap kita dah penat bersabar.


aku tidak terus membabi buta tujukan entri ini kepada sesiapa. tapi, kepada yang tahu tentang keadaan ini contohnya: liza dan kak anne yang sangat-sangat memahami selama ni. penat bukan? kes sana sini macam-macam hal. terus buat kita kurang aktif tweet. eh ye ke? eh sama lah. hehehe.

banyak mahu ditaip di sini tapi rasanya, liza pun dah update kat blog dia sedikit sebanyak fakta yang sama. salah satunya, tentang twitter. sana sini aku lihat banyak twitterer yang mengutuk sesama sendiri dan kemudiannya bergaduh. jujur, aku juga begitu. khilaf besar itu datangnya dari aku juga. tapi, sekarang aku pun dah slow down. hanya tweet bila perlu. reply bila perlu. kalau aku rasa tweet itu menuju ke arah pergaduhan, aku tidak reply. dan aku dah serik. cukup serik dengan salah seorang twitterer yang penuh tanda tanya sorang tu menabur fitnah tentang aku sebelum ini sejak bulan Jun lepas. apa salah aku? tiba-tiba sahaja dia menabur fitnah dengan rancaknya tanpa berhadapan dengan aku dulu. dan ternyata aku rasa, dia ada masalah psikologi dan kekeliruan identiti kerana ramai twitterer juga sudah semakin musykil dengan dia.

konsep aku senang, kalau korang rasa korang mampu lihat timeline korang penuh dengan tweet aku, korang teruskan follow. kalau tidak, sila lah unfollow dan block. aku lebih suka mereka yang jujur buat pengakuan kepada aku sendiri. dan aku rasa, twitter ini hak masing-masing. tidak perlu mengikut kata orang lain semata-mata untuk menjaga hati mereka seorang kan? kadang-kadang sampaikan ada yang tak puas hati hanya sebab bermain dengan hashtag dan retweet tweet orang lain. oh! manusia, mengapa harus menjadi terlalu rumit?

tentang dunia blogger pula. sekarang ni sana sini kecoh tentang hal konspirasi blogger menipu identiti sebenarnya. maaf, sebagai contoh yang terbaru ni kes Fida Aishah, who is GF to one of my BFF, Ariff Shah. aku tak tahu nak komen ape tentang kes ni. aku keliru mahu berkata-kata tentang apa kerana aku mengenali Ariff Shah juga baru kurang setahun dan aku tidak pernah mengenali siapa itu Fida Aishah. hanya mengetahui tentang kewujudan dia dalam dunia blog daripada Ariff Shah baru-baru ini. setahu aku, dia memang tidak guna gambar sebenar dia dalam blog. maaf sekali lagi kalau aku salah. tapi aku rasa, itu hak dia untuk merahsiakan identiti dia. ramai je blogger lain yang merahsiakan identiti bukan? tapi, jika betul manusia bernama Fida Aishah itu menipu kalian, biarlah. itu kisah dia bersama sang pencipta. teringat kes menipu identiti setahun yang lalu. ye, dalam dunia blog dan twitter. kisah perjalanan hidup yang sama dan akhirnya dia mengaku dia hanya menipu semua. tidak mengapa, kita lupakan sahaja kisah itu.


itu baru satu kisah. belum lagi aku cerita kan kisah gaduh di antar pemilik blog yang ada. macam liza, aku baru sahaja 3 tahun dalam dunia blog ni. aku lihat terlalu ramai yang masih tidak berpuas hati antara satu sama lain. dan aku lihat ada saja puak-puak tertenu dalam dunia blog. kita sepatutnya sama-sama bantu membantu. tidak kisahlah pengguna platform blogspot atau wordpress. ada domain hosting atau tidak. tiada apa yang membezakan pun antara kita sesama blogger. cukuplah perasaan riak bangga dalam diri. mungkin, kali ini korang maju kehadapan tapi hari esok masih tidak tahu apa nasib kita bukan? fikir. tidak semua orang akan bernasib baik selamanya. tolong lah hormat perasaan orang lain. blogging dengan aman bukan dalam pergaduhan.


seterusnya dunia facebook. kisah yang berlaku pagi tadi. MasyaAllah, sesungguhnya aku tidak faham. hanya kerana mengambil gambar di hari graduasi juga boleh menimbulkan perasaan cemburu buta di hati pihak tertentu? gambar itu biasa-biasa sahaja tetapi kesannya terlalu besar. kepada pihak yang berkenanan, ketahuilah si dia masih belum tentu milik kamu di masa hadapan. tidak perlu untuk kamu menguasai minda si dia dengan perangai jelik kamu. bagi aku, tiada salahnya rakan sekelas mahu upload gambar di hari graduasi sekalipun gambar itu adalah gambar bersama teman kamu. ye, sedih aku lihat di album kamu hanya ada 4 keping gambar bersama famili di hari graduasi. maaf, bukan mahu riak disini tetapi itu adalah rasa persahabatan semata dalam diri kami. oh ye, bukan aku seorang yang kena. masih ada pihak lain juga terkena dengan perihal ini. buat yang terlibat, fikirlah sebelum berkata-kata. jangan terlalu ego dan meninggi diri. dan, aku juga tidak akan meminta maaf jika aku rasa perbuatan aku itu tiada salahnya. 


tentang status di facebook juga. kadang kala aku lihat terlalu ramai yang perli antara satu sama lain. baiklah, sememangnya facebook itu hak kamu untuk update apa saja. tapi kalau tidak puas hati sila lah berterus terang saja dengan pihak-pihak yang anda tidak puas hati. dan sila berlaku jujur tanpa mengaibkan sesetengah pihak. mungkin korang rasa korang betul, tapi korang kena fikir apa pula perasaan pihak yang korang tegur atau berterus terang itu. sekali sekala kita kena juga menjaga hati walaupun hati kita tidak terjaga bukan?

aku tidak sempurna. tiada satu pun ciptaan Tuhan itu terlalu sempurna. maaf andai mengguris hati sesetengah pihak. aku hanya meluahkan sesuatu yang aku perolehi dari pandangan mata aku. aku berharap sangat mesej yang cuba disampaikan ini difahami oleh semua. terlalu banyak yang mahu aku ceritakan. tapi, aku terlalu penat mahu terus menaip. maaf jika entri ini bosan untuk dibaca tetapi aku hanya meluahkan apa yang aku rasa. terlalu banyak, tetapi aku lebih suka menjadi pemerhati dari berkata-kata atau mencoretkan segalanya disini. wassalam.

aku yang keliru,
neyra


baca lain: entry liza



OXY SHARE YOUR JOYOUS MOMENT CONTEST

Tuesday, October 26, 2010






Here's the photo I submitted for OXY's “Share Your Joyous Moment” contest! 

Support me by clicking on the “Like” button in the gallery:




weekend saya

Monday, October 25, 2010

motif: BFF Gathering.


tarikh: 21 October 2010

lokasi: Dataran Merdeka, Bukit Ampang, dan Pandan Mewah


nota: BFF gathering seramai 12 orang. group tahan maki ni tak cukup 2 orang iaitu kak nass and ariffshah yang berada di sarawak dan moscow. kami lepak kat dataran merdeka siap terbaring guling-guling gelak bila berjumpa. rindu sangat semua orang. sempat aku manja dengan eny sebab aku sakit kepala. biasalah aku kan dari jauh perjalanan dari Toronto ke Kuala Lumpur. sempat jetlag lagi. "budak-budak Shah Alam" sampai dulu ke destinasi pertama. aku, maz, hanz and aman lambat sikit sebab misi mustahak mencari kek hari jadi. then, baru eifa dan khai datang. pasangan bahagia yang always paling lambat. hehehe. lepas semua jadi kanak-kanak ribena main helikopter doraemon, kami yang kebulur pergi makan mee celup kat ampang then pergi bukit ampang untuk sambut belated birthday qiela dan advance birthday eny. mandi tepung mereka. thanks eny sebab bagi free keychain comel. hadiah convo paling awal aku terima. then, kami melepak pula di pandan mewah jadi kanak-kanak lagi main kat playground. BFF, i miss u all already. maaf semua gambar tidak diupload disini atas dasar kemalasan dan kepenatan. sila rujuk Fesbuk saya.

36139_160527927315318_100000743360198_343237_3032874_n

71505_160529473981830_100000743360198_343277_6730359_n

211020101376

211020101385

211020101386

221020101391



motif: KPM Convocation Day


tarikh: 22 October 2010 - 23 October 2010

lokasi: KPM Beranang and PICC, Putrajaya


nota: kami rehearsal di PICC, Putrajaya petang jumaat. sempat aku berjumpa dengan abang senior kesayangan, Abg EJ. thanks abg sebab bagi Welle Sley untuk adik abg. hadiah kedua terawal aku ialah teddy bear nama welle sley, ferrero rocher dan cookies famous amos. dari PICC, kami terus bergerak ke KPM Beranang untuk dinner pra-graduan. sumpah makin maju Beranang sekarang ni. 7-Eleven pun dah ada dua bijik, Petronas mobil station, hotel, secret recipe, dan lain-lain. cisdel kan? masa zaman kami dulu, semua tu takde. terhegeh-hegeh berkejar ke kedai runcit sebelum 10pm kalau nak beli apa-apa. hahahaha kenangan terindah. dinner adalah sangat sedap. dan seronok jumpa lecturer-lecturer lama yang sempoi. aku adalah sangat rapat dengan semua lecturer kat KPMB. tak sama macam UTP. sobb sobb.. teringat salah seorang lecturer berkata, "sekarang dah sedar kan betapa istimewanya lecturer kat sini?" tak dapat dinafikan. esoknya, convocation. sedih yang tersayang tidak dapat datang sebab terlalu busy mengalahkan perdana menteri tapi takpe, aku masih ada kawan-kawan tapi juga terkilan kami tak sempat ambil gambar beramai-ramai satu batch HND BIT 2006. rindu korang semua. dan sekali lagi terkilan, aku tak dapat pergi ke tweetup di TTDI atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. terlepas BlackBerry yang sepatutnya aku menang dalam lucky draw. sedih.


211020101371

221020101415

221020101418

71652_166915303334928_100000493794764_514703_734492_n

231020101434

36041_166916220001503_100000493794764_514720_1902315_n

36050_166916336668158_100000493794764_514724_8355905_n

37162_166916190001506_100000493794764_514719_237107_n

66608_166916240001501_100000493794764_514721_8305137_n

66940_166916386668153_100000493794764_514726_1456633_n

231020101442

231020101475

231020101504



motif: lepak di tasik sambil makan McD.


tarikh: 24 October 2010

lokasi: Tasik UTP, Tronoh.


nota: pulang ke Kampar seawal pagi, dan kemudiannya pulang ke UTP petang itu. menikmati suasana senja di tasik UTP sambil makan McD. cantik bukan? sempat juga menjadi wartawan terjah Melodi skodeng Mahsyar sedang berdating. ehem ehem kirim salam GF mu ye? then, terus pulang ke hostel dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kembali. oh! tronoh.

241020101514

241020101519

241020101520





Tweetup #Oct23rdTwtup

Wednesday, October 20, 2010

tweetup logo blue 5b




korang tahu apa itu Tweetup? Twitter Meetup atau Tweetup a.k.a #Oct23rdTwtUp yang terbesar (insyaAllah) di Malaysia akan diadakan di Pusat Komuniti TTDI pada 23 October 2010 ini. eh dalam masa beberapa hari je kan? korang tahu tak Tweetup memang happening? tak percaya? sila baca entry tweetup aku yang dulu kala ini: Klik Sini

dah baca? teringin nak join event yang lebih besar macam #Oct23rdTwtUp ni? kalau korang gila aktif twitter tapi tak pernah jumpa secara bertentang mata turun ke hati antara satu sama lain tak best jugak. takkan nak kenal kat alam maya je kan? masa kat #Oct23rdTwtUp ni la masing-masing kantoi kalau dalam twitter havoc semacam tapi jumpa face to face malu-malu penguin macam @Anarmnet tu. setuju tak?

23rd

event ni mula-mula sebenarnya untuk meraikan hari jadi tuan besar event ni, @Karrotgold but then planning untuk event besar-besaran pulak kan? eh aku malas la bebel banyak. bukan korang nak baca pun kan? jum tengok detail event #Oct23rdTwtUp ni:

*************************

Tempat : Pusat Komuniti TTDI
Masa: 4.00pm - 12.00am
Tema: Living Room Party 

Terdapat 4 Area akan dibahagikan:
1) SA : STAGE AREA
2) GA : PLAYSTATION 3 AREA
3) BCGA : BOARD & CARD GAMES AREA
4) GGA : GROUP GAMES AREA

Tentatif #Oct23rdTwtUp:

4PM – 5PM EVENT OFFICIALLY STARTS
• SA : OPEN MIC & KARAOKE SESSION
• GA : ROCKBAND + PRO EVOLUTION SOCCER COMPETITION
• BCGA :FREEPLAY
• GGA :FREEPLAY

5PM – 6PM 
•SA : LUCKY DRAW, OPEN MIC & KARAOKE SESSION
•GA :ROCKBAND + PRO EVOLUTION SOCCER COMPETITION
•BCGA :FREEPLAY
•GGA :5-MEN CHARADE (3 GROUPS)

6PM – 7PM
•SA :LUCKY DRAW, 1ST STAGE PERFORMANCE, OPEN MIC & KARAOKE SESSION
•GA : ROCKBAND + PRO EVOLUTION SOCCER COMPETITION
•BCGA : FREEPLAY
•GGA : FREEPLAY & WIN LOSE OR DRAW (3 GROUPS)

7PM – 8PM
• SA :LUCKY DRAW, ALL SOUND SYSTEM SHUTDOWN FOR MAGHRIB, 2ND STAGE PERFORMANCE
• GA : ROCKBAND + PRO EVOLUTION SOCCER COMPETITION
• BCGA :FREEPLAY
• GGA :FREEPLAY

8PM – 9PM
•SA : LUCKY DRAW, MASSIVE FOURSQUARE CHECK IN FOR SUPER SWARM BADGE,3RD STAGE PERFORMANCE
•GA : FREEPLAY
•BCGA : FREEPLAY
•GGA : FREEPLAY

9PM – 10PM
•SA :LUCKY DRAW, CAKE BLOWING CEREMONY FOR OCTOBER BABIES, 4TH STAGE PERFORMANCE & POCO POCO
•GA : FREEPLAY
•BCGA : FREEPLAY
•GGA : FREEPLAY

10PM – 11PM
•SA : LUCKY DRAW, 5TH STAGE PERFORMANCE
•GA : ROCKBAND + PRO EVOLUTION SOCCER COMPETITION
•BCGA : FREEPLAY
•GGA : POLAR BEAR

11PM – 12AM
•SA : GRAND LUCKY DRAW & TEARDOWN
•GA : FREE PLAY
•BCGA : FREEPLAY
•GGA : FREEPLAY

*************************

bagi mereka yang berminat untuk beli T-shirt seperti @Karrotgold di atas dan mahu bergaya sakan di #Oct23rdTwtUp nanti, anda boleh menghantar detail size dan ID twitter anda ke [email protected] atau terus sahaja tweet kepada @ZiccoTees. untuk melihat size baju anda, anda boleh rujuk di sini: SIZE


korang yang ingin join kami di #Oct23rdTwtUp boleh lah RSVP kehadiran anda disini: http://twtvite.com/Oct23twtup. Hampir 500 orang sudah mengesahkan kehadiran. korang yang belum ni bila lagi? Yang ada Foursquare, jangan lupa. kat sana nani kita boleh check-in ramai-ramai dan dapatkan Super Swarm Badge yang pertama di Malaysia! yeah!

OFFICIAL #Oct23rdTwtUp Twitter: @ct23rdTwtup
OFFICIAL #Oct23rdTwtUp Web: http://octobertwtup.wordpress.com/







Majlis Konvokesyen ke-10 UTP





hari ahad yang lepas, iaitu 18.10.10 telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen ke-10 di Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertempat di Dewan Kanselor UTP. ya allah, apasal lah skema sangat mukadimah aku? nak cepat ni. malas nak cerita banyak. macam biasa, lihat sedikit gambar ye.


71980_441164548494_522218494_5374018_2585912_n

tetibe terfikir agak-agak convo aku sabtu ni kat PICC, Putrajaya ada tak yang nak bagi bunga macam ni? errr...macam mustahil. siapa je la nak datang kan? ha ha ha.


65785_154136564623958_100000828452208_219712_6413336_n (1)

graduate sudah senior-senior ku. ecehhh bunyiknya macam kenal semua kan? aku kenal dua orang je dari ramai-ramai ni. Kanapathy and Haziq. congrats both of uu!


71702_1305413334956_1819203397_583943_4208281_n

ini adalah suprise yang tidak dijangka ye. thank you abg shah kerana buat suprise yang gila. boleh pulak call pagi-pagi bagitau ada kat UTP? nasib lah aku memang bangun 5 pagi sebab kena perform untuk convo kali ni. abg shah datang UTP sebab adik ipar dia, Haziq convo kali ni. ehem ehem hensem lah Haziq. ha ha ha.


71691_1305417495060_1819203397_583965_4643645_n

benci gambar ni. abg shah saje mengeksploitasikan diri aku. ye la, mengaku aku pendek. dah berdiri atas benda apa nama entah tu pun masih tak setaraf tinggi dengan Haziq. sadis. congrats Haziq sebab dah convo! tak sempat nak duduk UTP sama-sama kalau tak boleh kita bercinta kejap kan? ha ha ha.


171020101305

ini muka budak tak sabar nak convo sendiri. ala, bagi can la kan? nani aku convo sabtu ni takde topi dowh! terpaksa buat muka tak malu rembat topi Haziq sekaligus posing dengan bunga dia. ha ha ha. mana aci dia dapat dua jambak bunga. aku? sekuntum pun belum tentu.


171020101303

ye, aku perform choir untuk convo kali ni. eh eh balik-balik muka budak ni kan? tapi tak puas hati betul lah gambar ni. apesal mamat ni tinggi tetibe? cikedis perasa cisdel la kamu Hafiz. ehem ehem comel tak mata?


171020101292

bersama Aga Prima. teman aku dari Indonesia. budak ni banyak cakap tapi seronok sangat layan dia. kadang-kadang dia suka posing gambar tumbuk pipi. eh dia muda dari aku ok. taraf adik je ni.


65785_154136561290625_100000828452208_219711_2041525_n

aku suka gambar ni. entah kenapa tapi semua nampak happening. ni la kerja kami gila kamera. asal ada gap sekejap pun jadi lah. agak-agak boleh buat cover album tak? ha ha ha. eh mana gambar tengah choir?


Konvokesyen UTP 2010 koir

okayh semua budak choir boleh pergi kedai gambar kat Taman Maju lepas tu cuci gambar ni saiz paling besar, framekan cantik-cantik lepastu tepek kat dinding bilik masing-masing. u guys rawk!


171020101316

gambar terakhir untuk entry ini. kasihanilah kami yang tiada orang mahu beri bunga maka, kami kutip sahaja bunga yang ada di atas stage. jadilah dari takde kan?

eh apesal siki gambar? aku malas. ha ha ha. secara konklusinya, aku puas hati performance kali ni. walaupun rehearsal and practise teruk gila tapi, semua all out kan? dan jujurnya, masa lagu you raise me up dan ought to joy last-last tu aku menangis bila tengok Fain menangis. ye, ini adalah performance terakhir bagi semua senior. sobb sobb sedeyh. T___T










saya sayang webbie

Monday, October 18, 2010



mukawebbie copy



semalam kepenatan perform choir at UTP convo.
balik bilik, menggila depan webbie.
ini lah hasilnya budak sengal mereng depan webbie.
belum remove makeup tak reti-reti nak mandi.
heeee....mana entry convo UTP?
malas lagi la..
nanti la....
hutang dulu ok?

teheee~
much much ♥




apa kata mereka? isu UTP vs UTUSAN.

Wednesday, October 13, 2010





email yang pertama saya perolehi adalah berbunyi begini (dari anak Pengarah Perkhidmatan Pelajar):




Maaf menganggu. Just nk sampaikan pesanan ringkas jap kat semua. Nie msg from my dad; Mr MNR; Director Student Services.



Askm. Bapak dh suruh mpp gerakan cyber attack to Utusan. Minta stud lain pun serang jgk tapi JANGAN guna email UTP. Bapak amat marah akan article Noraini tu kerna banyak kandungan tak benar & memburukkan UTP secara keseluruhan. Walaupun UTP dah memohon maaf kpd Utusan bg pihak stud tersebut tp pada hari selasa dia masih mengeluarkan rencna biadap dia yg telah dikeluarkan pada hari Ahad lalu. Jelas membuktikan dia memang nak memburukan UTP. ini satu penghinaan yang tak ptut pada UTP. Imej UTP dh jatuh dan persepsi awam serta majikan kpd UTP x baik. Rencana tu mberi gmbaran seolah semua stud UTP penipu dan UTP uni yg melahirkan penipu wlhal sorg saja yg buat dan sememangnya UTP Tronoh dikenali sbgai Tronto dikalangan staf dan stud UTP. Minta smua stud buat statement bahawa rencana tsebut tidak benar dan berniat buruk. Juga baca Utusan hari ni. D muka depan cita staf Utusan mnyamar jadi pengemis tipu orang awam. Bukankan ini juga pembohongan dan x bermoral? Apa beza dgn kes stud UTP myamar uni tronto? Utusan juga penipu besar mainkan emosi org awam & ambik duit org plak. Tapi di ingatkn JGN guna email UTP. Guna email lain. Salam.




*abaikan Bapak tu. mls nk tkr. hehe. btw, ni 2 msg tp ak mix jd 1.
buatla ape yg ptut. mnagement utp mcm dh mrh gle kat utusan. huhu.

--


Nur Liyana Mohamed Noor Rosli
Business Information System
Universiti Teknologi PETRONAS




dan apabila email sudah hebat di foward kan di laman google group (yang memang kegemaran pelajar UTP) maka terlalu ramai pula yang bertanya, betul ke statement di atas? maka, ini pula email kedua (dari Pengarah Perkhidmatan Pelajar menjawab kemusyiklan pelajar tentang email pertama):



Assalammualaikum Sdr Saiful.



Semoga sdr sentiasa dirahmati Allah.



Memang benar mesej asal tu dari saya. Saya berpendapat kita keluarga UTP harus mengambil pendirian tegas dalam hal ini. Ini adalah kerana ia berkaitan imej dan maruah UTP serta masa depan saudara-saudari sekelian. Dayuslah kita kalau kita hanya berdiam diri setelah ada pihak menyatakan perkara tidak BENAR akan Universiti kita yg kita cintai.



Tetapi saya tidak bermaksud "cyber attack" atau serangan siber spt dlm mesej itu. Pilihan perkataan itu tidak tepat dan saya sendiri tak faham pengertian istilah tersebut. Yg saya maksudkan ialah kita semua (MPP, ISC, RM, RCSU, SRM, FiRC, semua badan pelajar serta persatuan dan kelab) mesti menyatakan pendirian kita bahawa kandungan rencana Utusan pada Ahad lepas oleh Cik/Puan Noraini Abd Razak tersebut adalah TIDAK BENAR dan tidak patut diterbitkan setelah pihak UTP telah memohon maaf bagi pihak pelajar yg dipersalahkan oleh Utusan. Nak apa lagi kalau maaf dah dipinta dan diberi.



Sebagai institusi yang bertanggungjawab kita tidak mahu bermusuh dgn sesiapa pun. Kita nak adakan hubungan baik dengan semua pihak termasuk Utusan dan lain-lain akhbar dan media. Tidak ada faedahnya bermusuh dengan sesiapa pun. kita sentiasa diajar berbuat baik dengan semua insan. Kita juga mesti tegas dalam menegakkan kebenaran dan tidak boleh membiar kita diperbodohkan.



Sesungguhnya rencana Utusan itu telah membentuk persepsi negatif masyarakat, industri serta majikan terhadap UTP. Setelah 12 tahun kita berusaha membina imej baik UTP di bumi Malaysia dan dunia dengan mudahnya ia dihancurkan oleh pihak yang gagal mengawal emosi marahnya dan rasa dendamnya hanya kerana perbuatan kurang matang seorang pelajar yang nakal tetapi tidak berniat jahat kpd sesiapa.



Oleh kerana rencana itu telah memburukkan UTP, semua keluarga UTP mesti buat pendirian bahawa:


1. Rencana Utusan tersebut adalah tidak benar dan memberi persepsi negatif terhadap UTP.


2.UTP adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij, dinamik dan sentiasa melahirkan graduan yang serba boleh, berilmu, beriman, bermoral serta berguna kpd masyarakat dan negara.


3. Staf serta pelajar UTP adalah golongan manusia yang berwibawa, bermoral, bertanggungjawab, berpandangan jauh serta patuh kepada Peraturan Universiti dan Perlembagaan Negara.


4. Kita semua sayang dan cinta Universiti Teknologi PETRONAS, Syarikat PETRONAS, penaja-penaja kita, agama dan bangsa kita, kaum keluarga serta rakan-rakan dan negara kita Malaysia.



Kalau perlu karanglah dulu ayat yg hendak dihantar ke Noraini dan Utusan dan dll pihak. Tetapi jika penyataan rasmi seperti dari MPP, Alumni mesti dapat kelulusan UTP. Jika hantar secara individu ke mana-mana blog / website boleh saja teruskan.



Mesej ini adalah untuk semua pelajar dan alumni UTP dari semua bangsa, agama dan nasionaliti.



Marilah sama-sama tegakkan kebenaran untuk kebaikan UTP. Buktikan siswa UTP adalah siswa yang matang.



Sekian, terima kasih. Salam untuk semua.




Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar
Universiti Teknologi PETRONAS




dan kemudiannya, datang pula email ketiga dari seorang pelajar bernama Hanif. siapa yang tak kenal dia ni angkat tangan! (memang korang tk kenal kalau korang bukan pelajar UTP kot? hehehe):




Assalamualaikum wbt. / Salam Sejahtera,



Merujuk kepada email dibawah. Warga UTP sedia maklum bahawa kita dikejutkan dengan rencana dari UTUSAN (10 Oktober 2010) mengenai Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto.



Saya yakin dan percaya warga UTP sekalian tentu sekali tidak berpuas hati dengan keadaan yang berlaku. Kita semua maklum di ucapan rasmi, perbualan seharian, dalam majlis dan lain-lain perkataan Toronto acapkali digunakan oleh kita di dalam UTP. Hanya kita yang tahu bahawa perkataan Toronto itu telah sebati dengan diri kita di Tronoh ini.



Lantaran dari itu, seorang sahabat kita telah menghantar gambar kelasnya ke Utusan di dalam slot Salam Perantauan dan tidak sangka akan terpilih dalam slot tersebut. Sahabat kita itu menyesal dan menghubungi pihak Pengurusan. Lalu pihak Pengurusan telah meminta maaf kepada pihak UTUSAN. Tidak cukup dengan itu, Rencana berbaur marah, emosi telah dikeluarkan. Dek kerana marah, rencana tersebut disiarkan dan telah melahirkan persepsi kepada masyarakat satu Malaysia bahawa UTP melahirkan graduan-graduan penipu.



Apa yang perlu difahami di sini ialah



1. Perlukah disebabkan oleh seorang pelajar UTP, penipuan itu telah diGeneralizekan kepada semua pelajar UTP. Perkara ini semestinya memberi impak kepada masyarakat, industri dan sebagainya dalam penerimaan mereka kepada warga UTP.



2. UTUSAN perlu tahu kelemahan editor yang tidak membuat semakan sebelum mengeluarkan gambar-gambar yang tidak tahu dari mana puncanya. Kredibiliti sebagai salah sebuah akhbar utama Malaysia patut di persoalkan.



3. Kesalahan telah diakui oleh pelajar dan juga pihak pengurusan, maka perlukah untuk kita perbesarkan isu tersebut?



Jadi saya menyeru warga UTP termasuk pihak UTP untuk kita bersatu dalam menyatakan pendirian kita kepada UTUSAN.



BELIA BENCI UTUSAN



Muhammad Haniff Bin Humam
Pelajar Tahun Akhir
UTP


Email balasan MNR pula:

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Saudara Hanif,

Saya merujuk email saya sebelum ini berkaitan isu rencana Utusan baru ini.

Saya mendapat maklumat bahawa mesej kita dalam hal ini telah tersebar meluas dan telah dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak terutama pelajar UTP dan mereka yang cintakan kebenaran. Dalam hal ini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersama kita dalam menghadapi isu ini. Sesungguhnya saya amat bangga dengan semangat kekitaan ('esprit d' corps') yang ditunjukkan oleh pelajar UTP serta lain-lain pihak yang faham permasalahan yang kita hadapi.

Memandangkan suara UTP untuk menegakkan kebenaran sudah didengar maka saya memohon agar isu ini tidak dipanjangkan lagi. Pihak saya bersama MPP dan Alumni akan bersama mengambil langkah konstruktif untuk membetulkan keadaan ini. Insya Allah, kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi kita taufik dan hidayah serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. 

Oleh yang demikian, pada pagi Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama memohon maaf antara kita serta memaafkan mana-mana pihak telah melakukan kesilapan kepada kita. Ini adalah langkah yang terbaik untuk kita terus maju kehadapan. Saya minta agar dihentikan segala usaha dalam memanjangkan isu ini. 

Marilah kita sama-sama berusaha membina Universiti yang kita cintai untuk mencapai wawasan kita menjadi Universiti kejuruteraan dan teknologi yang terunggul di Malaysia dan dunia. Marilah kita sama-sama berusaha untuk melahirkan siswa-siwsi yang serba boleh, berketrampilan, berilmu, beriman serta matang yang dapat kita banggakan.

Minggu ini kita menyambut konvo kita yang kesepeluh. Ini satu kejayaan yang patut kita banggakan dan raikan bersama. Kita berdoa agar tradisi kecemerlangan UTP dapat diteruskan. Insya Allah.

Kepada semua pelajar UTP, Alumni UTP dan mereka yang telah sama-sama memberi kerjasama dan sokongan dalam hal ini saya ucapkan ribuan terima kasih.

Terima kasih dan salam untuk semua.

(mohon disebarkan mesej ini kpd semua UTP)

Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar UTP



MAKA, APA PENDAPAT KORANG? AKU NO KOMEN PASAL ISU NI.

AKU HANYA SHARE KAT SINI SEBAB RAMAI BLOGGER LAIN DAH POST ENTRY YANG SAMA. SEBAB TU AKU PON POST JUGAK WALAUPUN DAH BERJAM-JAM DALAM EMAIL AKU. MALAS NAK AMEK PORT SEBAB AKU RASA, MASING-MASING SAMA JE MANUSIA KAN? MASING-MASING BUAT KESALAHAN. ITU MEMANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. BOSAN SEBENARNYA ISU INI SEMAKIN BESAR.


OH YE, UTUSAN JUGA SUDAH REPLY TENTANG ISU BARU INI. SILA KE MEDIASIBER.COM UNTUK MELIHAT BALASAN DARI PENGARANG KANAN UTUSAN TENTANG ISU INI.


SEKIAN, TERIMA KASIH.


TEHEEEE~



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates