468x60

.

dua ribu sepuluh dalam hati.

Thursday, December 30, 2010





dua ribu sepuluh dalam hati. ya, dalam hati yang penuh bermacam rasa. terima kasih tuhan kerana bagi aku kegembiraan dan kesedihan di dalam hati sepanjang dua ribu sepuluh. menutup tirai dua ribu sepuluh, hadir pula lambangan bayu yang baru. selamat datang, dua ribu sebelas. permulaan tahun baru, harap sentiasa memberi bahagia kepada kalian semua.

apa yang hadir dalam hidup aku sepanjang dua ribu sepuluh? dua ribu sepuluh mengajar aku erti sabar dan tabah dengan dugaan yang entah macam hapa entah. aku kenal erti menjadi blogger yang pernah dibenci oleh ramai pihak. haters? dimana-mana sahaja ada. walaupun sampai sekarang aku tak tahu apa motif dia benci aku. kekekeke. macam mana tu? terima kasih la entri benci kalian semua. semua aku baca, setiap komen juga aku tilik satu persatu. sabar saja sebab sekali orang baling taik, kita jangan balas dengan taik. kita balas dengan bunga.

dua ribu sepuluh juga mengajar aku erti hipokrasi. siapa yang terlibat itu aku tidak mahu namakan disini. cuma, bagi aku hidup dua ribu sepuluh ni penuh dengan manusia bermuka-muka. ada yang unfollow dan block aku, mencaci memaki kemudian selepas enam bulan, follow semula dan buat macam tiada apa yang berlaku. ingat aku boleh lupa? dah siap print screen sebagai rujukan untuk masa hadapan. ada juga rakan yang aku kenal bertahun lamanya, baru tunjuk belang sebenar. nak buat camne? semua orang tends to be perfect. itu tidak boleh dihalang lagi. cuma satu nasihat, sebelum menegur, sila lihat cermin di rumah sendiri terlebih dahulu. dua ribu sepuluh juga aku mengenali erti kawan makan kawan. merasai bagaimana erti kawan yang hadir dan pergi dalam hidup aku. apakah semua tidak boleh dipercayai? terpulang.

dua ribu sepuluh tidak lah seteruk yang disangka. aku mengenali si dia yang aku hanya kenal di laman sosial alam maya. kemajuan teknologi menghubungkan kami. bulan demi bulan berganti, aku syukur aku ada dia. kamu tahu siapa kamu, sayang. minta kamu jaga hati yang dicuri sebaik mungkin. ok, tak perlu panjang sangat bahagian ini.

azam dua ribu sepuluh  tiada, maka dua ribu sebelas juga tiada. jangan ditanya sebab aku tak pernah meletakkan apa-apa azam tahun baru. tak tercapai dek akal kang susah. eh merapu sangat sudah. selamat tahun baru semua! saya tahu entry saya bosan, saya ok.

p/s: Al-Fatihah buat bekas suami Siti Nordiana yang juga seorang pelakon, Faizal Yusup. Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung.




MALAYSIA juara Piala Suzuki AFF

Wednesday, December 29, 2010











dah clean and clear kan tajuk tu? apa lagi? hahaha. tahniah malaysia! syabas wira-wira negara. i lap u all. penat aku tukat backgriund twitter, letak twibbon segala tanda support. tak kira lagi aku penat berpeluh-peluh jawab komentar negatif dari seberang. jawab dengan positif lagi penuh senyuman tanda aku sportif! korang? ahaks!

rentetan peristiwa sepanjang Piala Suzuki AFF:

- aku rasa macam sedang lihat sinetron gara-gara terlalu banyak zoom in artis Indonesia. aku saspek cameraman gatal.


- Luna Maya datang beri sokongan tanpa Ariel Peterporn di sisi? ini menarik.


- Manohara comel molek datang pakai baju merah tanda sokongan ke atas Kelantan. eh silap la pulak. Indonesia la!

- aku menanti Julia Perrez a.k.a JuPe menayang kan bra laser tapi tidak kelihatan. aku saspek, cameraman tak sempat ushar kedudukan.

- Best Player tu sepak penalti pun tak goal. takpelah, bagi can. Safee Saili dapat la jugak penjaring gol terbanyak



- Khairul Fahmi yang sudah berpunya menjadi kegilaan ramai di Twitter. jadi Trending Topic sehingga entry ini ditulis.

- ramai gadis kecewa kerana mamat berumur 21 tahun ni sudah berpunya.



- aku yakin esok GF si Fahmi tu, Elia bawak bunga ros 24 kuntum datang airport pukul 2 petang.

- semalam selepas kemenangan Malaysia, blog Elia baru je cecah visitor 140000++ , harini dah 440000++ 

- Elia juga mengalami kejutan ratusan komen dan ribuan follower yang datang ke blog nya. untung pakwe femes.


- sesungguhnya kesian kat Khairul Fahmi terkena juga laser hijau di awal perlawanan. ultaraman mana pui pui si Fahmi ni?

- bilangan rakan baru di Twitter dan Facebook aku bertambah. kalian sportif!

- PM bagi cuti kat seluruh Malaysia jumaat ni. tapi macam mana dengan Kelantan, Terengganu dan Kedah?

- hakikatnya Malaysia menang.






Holiday at Perak.








malas nak story mory. meh layan gambar dan caption. 
dasar pemalas. ha ha ha.


tiba di Cameron Highlands pada 25 Disember 2010. dari Raub tembus terus ke Cameron Higlands melalui jalan baru. hanya satu jam 30 minit? kagum! kami ke sana hanya untuk shopping sayur, buah dan bunga.


bangga dengan henset cabuk aku ni. tanpa edit pun bunga rose ni cantik macam cik rosmerah. eh siapa?


budak gemok kesejukkan di atas cameron higlands. ok next!


malam tu kat rumah embah, di kampar hanya makan ini. salad? bukan diet tapi sayur banyak sangat.


3 jambak hanya RM 5.00. kenapa beli bunga daisy bukan bunga ros? sebab bunga daisy tahan sebulan. ros tahan dua hari. bunga-bunga ini selamat dah di tangan cik ayu. teringin sangat dia nak bunga.


the next day kami ke Ipoh! pergi pasar karat, tengok barang antik, jalan-jalan sekitar Ipoh macam ada benda interesting je la sangat kan? 


makan-makan di Restoran Simpang Tiga. entah ratusan ringgit berapa habis. agak mahal, tapi kalau nak rasa masakan padang boleh la kesini. eksklusif tempatnya.


kemudian, kami ke Eco Park. nice! ramai gila pengantin tengah photo shoot. bagi ikan patin dan jelawat makan roti, ganas dan rakus mereka. sempat lah aku declare couple dengan sekor ikan.


yang ni paling semangat bersenam kat Eco Park. tak macam kakak sheera gemok dia ni. pemalas.


esoknya, ke UTP bayar yuran, siap terlebih bayar. kemudian, kami ke Lumut dan Teluk Batik. apa lagi? mandi laut lah! eh piknik sekali.


feeling princess pulak tepi pantai. siap beli topi besar gedabak. nasib aku tak terbeli dress pantai ke bikini ke. eh eh gambar mandi laut tidak boleh disiarkan. 


ringkaskan cerita, esoknya aku ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke Kuantan. gambar atas ni egg tart dari KFC. kempunan dah lama bila si kongkang jeles kan aku. nasib lah cik Ayu baik hati tolong belikan di Wangsa Maju. puas hoi!

okayh malas bebel. takde entri pasal bola. penat lah aku nak tengok drama sana sini, sinetron sana sini isu Piala Suzuki AFF ni. aku nak kawan dengan Sizuka je la macam ni. memeningkan kepala. yang pasti semua komen negetif aku balas secara positif dengan senyuman, hasilnya, ramai pulak kawan baru aku dapat dari Indonesia. GOOD LUCK to both Indonesia dan Malaysia. buat manusia-manusia yang tersayang, get well soon. ramai pulak sakit musim salji ni. eh musim hujan. okthxbai!





Kenapa Saya Suka Oh! Media Network

Friday, December 24, 2010




assalamualaikum...salam sejahtera diucapkan. eceh salam 1Malaysia pun boleh. contest lagi! ye, saya tahu blog saya sangat membosankan. nak buat macam mana kan? dengan ini saya ingin menyahut cabaran di dalam contest Kenapa Saya Suka Oh! Media Network. apesal saya skema sangat? mengalahkan budak baru lepas ambil peperiksaan SPM pula. sila teruskan niat menulis tanpa terpesong =.=

fokus pada tajuk utama: kenapa saya suka Oh! Media Network?



1. FOUNDER

Oh! Media Network telah ditubuhkan oleh seorang anak muda berumur 22 tahun, iaitu Mohd KhairulNizam. secara peribadi, saya mengkagumi hasil kerja anak muda ini. baru umur 22 tahun tapi cuba kira, dah berapa tahun dia buat semua ni? orang cakap, jangan mudah mengalah kalau nak berjaya. teruskan usaha walau apa sekalipun dugaan yang tuhan berikan. betul? walaupun ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati tapi Khai tetap tak patah semangat. ecehhh ini bukan membodek ye. pandangan peribadi kerana saya mengenali Khai itu siapa. hehehe...




2. WEB

Terdapat pelbagai blog/web dari Oh! Media Network; antaranya Oh! Islam, Oh! Artis, Oh! Tidak, Oh! Dara dan sebagainya. setiap blog yang dihasilkan bawah Oh! Media Network mempunyai ciri-ciri tersendiri. maka, ini adalah antara keistimewaan hasil kerja Oh! Media Network. cuba lihat di komputer rumah anda, ada bapa anda bookmark website mereka? di rumah saya ada maka sila terima hakikat Oh! Megia Network ini dikenali ramai.

3. CONTENT

isi-isi tersurat dan tersirat dalam web Oh! Media Network ni memang berinfomasi la kan? kebanyakkan info memang saya tahu dari Oh! Tidak atau pun Oh! Artis mahupun Fan Page Oh! Media Network. kalau tak, memang saya ketinggalan sedikit lah memandangkan duduk di UTP yang dalam hutan masih dara tu memang susah saya nak baca newspaper mahupun menonton berita apatah lagi Melodi untuk tahu gossip baru. hehehe...



4. READERS

bukan nak cerita pasal visitor yang ramai masuk web Oh! Media Network setiap hari tapi lihat komen-komen yang berebut nak 1st! 2nd! bla bla bla macam nak rebut medal hari sukan sekolah tu yang menarik. ada korang lihat pembaca website lain berebut macam ni? takde kan? tu belum tengok haters-haters yang ada lagi. saya pasti anda terhibur.



5. FUN

hah ni paling menarik dan seronok. kalau bosan dan stress tengok assignment atau keje yang menimbun, bukak je Oh! Tidak tak pun bukak Fan Page Oh! Media Network tengok update terbaru. kadang-kadang boleh buat tergelak sorang-sorang macam orang gila depan lappy. senyum sampai ke telinga, percaya lah.. kalau rasa nak test tahap seram ngeri muntah darah korang pun boleh dengan lihat video-video 18PL di website mereka.








nak sertai contest ini? SILA KLIK SINI

tapi kalau anda baik hati, kacak dan comel sila KLIK FAN PAGE ini.



Anugerah Skrin 2010






tadi ada Anugerah Skrin 2010. tapi oleh sebab aku keluar makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, maka aku start menonton pada pukul 9:45 pm. tapi aku masih follow up updates dari Twitter. ternyata, ramai mengomen ASK tahun ni bosan. ehyeke?

berkobar-kobar perasaan lepas habis dinner terus masuk kereta pasang TV. ok, sumpah mengantu. sesangat.terbuki kata-kata mereka di Twitter. tu belum dengar komen-komen dari mulut ibu dan adik aku. terbaik mengalahkan pengkritik akademi fantasia lagaknya. tapi memang betul pun kan?

yang amek anugerah pakai baju putih tadi siapa? aku rasa kalau semua orang tahu FB dia bakal add secara berjemaah. pak ajis pun juling mata tengok. sendat dan mantap macam nak pegi joget mak aku kata. mak aku kata, bukan aku. kau nak pegi club mana malam ni eh? ke memang nak jimat kos tak payah beli dress lebih glam dari tu?

pengacara? bukan pilihan yang tepat. aku lebih rela pak ajis yang mata juling di apit dua hot mama tadi tu jadi pengacara. aku rasa, cuma dia je buat suasana hangat. artis kat Twitter pun aku tengok ramai cabut awal-awal sebelum majlis tamat. ini penonton pun aku tengok macam nak tertidur. aku bajet, jiran sebelah rumah aku bergelap awal malam ni sebab bosan tengok ASK kot?

fesyen berkemban aku rasa fesyen akhir zaman 2010. terlalu ramai yang berfesyen mengalahkan pakai kain batik berkemban mandi kat tepi telaga. apakah? yang rasa takde aset besar tapi nak berkemban tu pun aku rasa tak sesuai kot? penyek setepek je aku sound ni. tapi aku paling suka baju bini Aziz M. Osman. baju Erma Fatimah pun cun sesuai. cuma, Ziela Jalil aku lihat seperti baru lepas shooting Alien Vs. Predator je?

semua orang cakap Mia Sara comel. ok, part tu aku miss. aku harap dia ada post photo di FB atau Twitter . kalau tak, aku kempunan. buat Shaheizy Sam yang demam tapi tetap kacak, saya masuk meminang awak esok ye? tahniah lu memang terbaik derr!

dah mana result penuh? macam biasa, aku kan pemalas. maka, elok sangat lah korang pegi rajinkan diri ke blog kekasihku, Zara : KLIK SINI. si Zara ni macam pengulas siaran langsung untuk ASK malam ni. kau tak kenal Zara? aku tampa laju-laju nanti!

untuk rakan-rakan yang beragama Kristian, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal. ye, ramai mempertikaikan tidak boleh kita yang beragama Islam ini mengucapkan selamat bagi perayaan lain tapi, sendiri pun tak pasti kan? aku rasa macam nak call Jakim tanya isu ni tapi aku sekadar bagi ucapan tanpa niat apa-apa. untuk Anja Valeria Makridis di Norway, Dessy Natalia Fernandez, Vina Ginting dan Billy Fernandez di Indonesia, serta Roland Wallmannsberger dan Dominik Aschauer di Austria serta rakan-rakan yang lain, selamat bergembira. bajet korang boleh baca je entry bahasa melayu aku ni kan? takpe, aku dah ajar sikit bahasa kan dan korang pun selalu datang belog ni? aku rindu korang. sekian, terima kasih.


p/s: aku dah dapat gambar Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha. comel!









MYAUTHENTICZONE OPENING GIVEAWAY

Wednesday, December 22, 2010







eh apa itu? Victoria's Secret Secret Garden Collections? wah menarik kan? eceh ayat nak memancing hati. ini adalah giveaway lagi. berapa kali aku nak cakap, aku tengah bosan ni maka mula lah entry penuh contest atau giveaway semata-mata. gila? tak lah. bosan.
ha ha ha.

FINE. ini adalah giveaway dari MYAUTHENTICZONEM. siapa? oh ini adalah blogshop yang sangat comel. ecehh bukan bodek. blogshop apa? opekos lah minyak wangi dan barang girlish gitu. anda busuk? marilah beli perfume. kekekeke promosi besar-besaran pulak kan? macam mana nak join?




- Follow blog - MYAUTHENTICZONEM.
- Create satu post untuk giveaway ni
- Link semula contest ni dengan post ini: MYAUTHENTICZONEM..
- Tepek banner kat atas ni di sidebar.
- Komen sikit pasal blogshop MYAUTHENTICZONEM.
- Tinggalkan link entry korang kat entry tadi
- Ajak kengkawan lain masuk by tagging

Maka, nak komen sikit pasal blogshop MYAUTHENTICZONEM ni, mungkin boleh kemaskan sikit layout blog. biar nampak simple tapi padat. allignment header tu jangan la tepi macam tu. center kan ke apa bagi comel sikit. letak atas sekali tu pun boleh. kurangkan widget yang dirasakan tidak perlu. as a blogshop, pastikan blog anda itu menarik untuk dibaca so boleh attract ramai customer kan? hmmm...itu je la kot. nak komen banyak pun, blog saya juga berterabur. ha ha ha. dengan ini saya mengetag:

- SuryaSu Adliah
- Lassie Gewdix
- Sweety Mui






EZLOVEYCRAFT 1ST GIVEAWAY

Tuesday, December 21, 2010




eh tadi baru update pasal contest, ni giveaway pulak? biasalah, kan aku dah kata cuti semester aku membosankan. ok next! ini giveaway dari EZLOVEYCRAFT. comel-comel je plushie yang akan di giveaway ni tau! macam mana nak join?


Syarat 1 : untuk blogger


1)follow blog EZLOVEYCRAFT
2)copy picture kat atas ni dan link kan ke blog EZLOVEYCRAFT
3)tulis entry tentang giveaway ni kat blog korang semua
dengan title--->"ezloveycraft 1st giveaway"
4)tag la berapa ramai kawan korang kat blog untuk join giveaway ni
5)tinggalkan link entry giveaway korang kat entry EZLOVEYCRAFT

Syarat 2 : untuk facebooker

1)search ezloveycraft kat facebook
2)like fan page tu
3)dekat wall ezloveycraft tu. korang share photo kat atas ni dan korang tulis: "ezloveycraft 1st giveaway" dan http://ezloveycraft.blogspot.com/2010/12/ezloveycraft-1st-giveaway.html
4)tag berapa ramai kwn korang kat fb tu dan hope diorg pown akan berbuat demikian.

giveaway ini bermula dari 17-12-10 hingga 17-01-11. cepat lah join. nanti menyesal. nak tengok plushie comel yang akan disedekahkan kepada pemenang? sila lah tekan blog EZLOVEYCRAFT. saya inigin mengetag:

- Lassie Gewdix
- Vujie TulangikanKewl
- Lisa Comel
- Minah Senget Alin
- Eny Ratu Berak
- dan semua lah yang nak join....




Your Url Story Contest




hidup semakin bosan. bila tengah kat UTP, nak sangat cuti. bila dah cuti mula lah merepek bosan nak balik UTP. dulu, mungkin nak sangat cuti sebab nak jumpa dia. sekarang? janji tinggal janji. okayh, tak payah nak merapu baca cerita sadis aku. meh kita proceed dengan contest dari Mera Zati ni.. sekali sekala join contest macam ni best la jugak kan?

Your URL story? maka, kena taip hikayat merong mahawangasa la ni? eh bukan. hikayat URL ieyra.com ni kan? okayh, dari tahun 2007 aku mula blogging, aku guna URL: babyeyra.blogspot.com .. tapi, sekarang aku guna domain sendiri, ieyra.com .. dari March 2010 maka, baru je la lagi ieyra.com ni. kalau korang taip babyeyra.blogspot.com pun still redirect ke ieyra.com sebab aku mana guna hosting sendiri pun kan? ieyra.com ni ada orang bagi nama. setelah bermingguan aku pening pikir nama blog ni macam nak bagi nama anak baru lahir. mana dapat domain? beli ke? tak! ada orang sponsor. aku kan miskin, mana mampu. abang aku, merangkap owner 1oasis.com yang sponsor. eh kalau korang nak pergi beli domain and hosting kat 1oasis, silakan lah. eceh...promote pulak.

so apa makna ieyra.com? sebenarnya disebut begini ye, i - eyra - dot - com. i tu saya. eyra tu nama aku la kan? tapi lantak lah dah semua pun memang leh sebut camna pun. asalkan domain aku tu senang disebut. pendek dan ringkas tapi padat gitu. padat kah? hahaha! ye la, ieyra.com kan senang nak taip. takkan lah aku nak letak babyeyra.com. macam tak matured langsung. nak letak nama betul, domain tu ada orang pakai dah. kecewa la jugak tak dapat syahirah.com. eh dah merepek pulak macam bedtime story. ok, tu je la hikayat cerita dongeng ieyra.com ni.

saya ingin mengetag menembak dua rakan untuk contest ini:

-ayeem bapak ayam
-lassie gewdix




Contest Cari Ayam

Monday, December 20, 2010




Blogger lucah kehilangan ayam? ini serius! wonderpet datang membantu!

baiklah , kita berhenti merapu. maceh lah Ayeem sebab bagi aku idea nak update belog. aku kemalasan kini. entah kenapa sejak akhir-akhir ni, Twitter sama Belog diabaikan sudah. kasihan mereka. *lap air mata*

Contest Makan Ayam aku tewas tersungkur di gelanggang ayam serama. maka, kali ni Ayeem yang kaya raya buat Contest Cari Ayam! tak senang, tak susah. cari je mana semua ayam peliharaan dia menyorok. moden sungguh main hide and seek.

Kelabu : L

Ungu : K

Oren : I

Hijau: O


Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana keempat-empat bini penghulu kampung mengidam untuk makan ayam kampung maka, ayam-ayam Ayeem menjadi mangsa. kasihan mereka.


dengan ini saya ingin mencabar nama-nama dibawah. yang lain nak masuk pun boleh. tekan je banner bergerak-gerak di sebelah kanan anda.

Syahril Hafiz
Hazimi
Lisa








'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Wednesday, December 15, 2010



saya manusia gemok yang bosan sengaja mahu memeriahkan suasana masuk contest ini.
peace peace sentiasa walaupun hati menangis berduka lara.
senyum semua!!

saya mahu tag siapa ya?

- Jue MeLuvU
- Lassie Gewdix
- TulangIkanKewl

rasa nak buat contest ni, sila jangan segan penguin click banner di bawah. sekian, maceh.
malam kang aku update lagi HAHAHA.

FGJ





Jakarta View

Monday, December 13, 2010




review lagi artis dalam belog picisan aku. entry lepas review pasal melda ahmad, penyanyi dari Malaysia yang mungkin korang tak kenal lagi kan? entry kali ni tentang artis indie dari negara seberang, Indonesia. Jakarta View, yang tentunya dari Jakarta Indonesia terdiri daripada dua orang pria ganteng gitu; Rangga Nugraha (Vocal, Electric Guitar) dan Fico Loygara (Electric Lead Guitar). mereka sangat kacak. percaya lah. tak percaya boleh pergi jenguk FB masing-masing. tekan je nama tu ok?

mana aku kenal mereka? dari Twitter, @Jakarta_View meng-follow aku. dari kawan-kawan mungkin, aku juga tidak tahu. first time mereka bagi link download lagu mereka, Gelap. aku download, dan terus aku dengar. menarik. mereka suruh aku promo pada kawan-kawan. ya, kebanyakkan kawan-kawan aku suka lagu mereka. tersentuh jiwa beb lagu Gelap tu! dan aku kenal rapat dengan Fico di Twitter dan Fesbuk. teknologi menghubungkan dua negara gituww... kan?


Siapa Jakarta View? sebuah band indie Indonesia yang sangat susah untuk di explain atau describe dalam dunia muzik mereka. lagu-lagu mereka ber-genre kombinasi pop dan sedikit elemen rock and roll. Nama Jakarta View diambil kerana nama itu unik dan sebahagian lagu mereka menceritakan kisah hidup di tempat mereka. Lagu-lagu Jakarta View yang akan dimuatkan dalam mini album mereka ialah Dendam, Gelap, Titik, Ragu, dan Mr. Loserman.

laman rasmi band Jakarta View:

Facebook
Twitter
Myspace

okayh, aku jenis support kawan-kawan. korang download, dengar, hayati lagu mereka. kalau rasa cambest, promo la pada kawan-kawan ye? kalau tengah layan jiwa tu, korang dengar lagu Gelap dan Dendam. sumpah dendam kesumat terus jadi nangis shining bercucuran air mata dengar lagu diorang. haissshhhh lagi takmau percaya? dengar dulu ok. lain kali aku review artis lain pulak. ni link download dan lirik untuk lagu Gelap dan Dendam.



Download MP3 Lagu Gelap - Jakarta View

setiap waktu yang terus berjalan
membuat diriku terpuruk dalam hidupku
semuanya hancur berantakan
ngga tersisa ku tak bisa memperbaikinya

ku tak bisa menerima semua ini
hanya tinggal penyesalan dan tetes air mata
ku tak bisa mengulangi semua ini
ku tak percaya ku bisa sampai seburuk ini

kenapa ku harus benci dengan hidupku
sendiri dan semua yang ku jalani

reff: aku menuju gerbang kegelapan yang membuatku hancur terjatuh ke lubang yang hitam
aku menuju ke kerasnya malam, yang membuatku terbakar emosi keadaan

usai sudah semua jalan hidupku, ku tak bisa kembali seperti dulu
ingin ku kembali ke masa lalu, tapi hanya gelap yang mengganggu tidurku.




Download MP3 Lagu Dendam - Jakarta View


Kau berjanji tuk selamanya di hati
Menjadi sahabat yang tak pernah mati
Selalu ku coba untuk tetap mengerti
Tapi kini rasaku telah mati

Aku tak akan memaafkan 2X

Mungkin aku tak bisa menerima ini semua
Mengalah terdiam demi egomu yang tak berarti
Aku tak tahu apa aku terlalu bodoh
Atau dirimu terlalu keji untuk dicinta

Aku bukanlah mereka yang kau harapkan
Menundukan kepala tanpa dendam
Sampai kapanpun tak akan ku maafkan
Karena ku seorang yang pendendam

Aku tak akan memaafkan 2X

Mungkin aku tak bisa menerima ini semua
Mengalah terdiam demi egomu yang tak berarti
Aku tak tahu apa aku terlalu bodoh
Atau dirimu terlalu keji untuk dicinta

Aku bukanlah mereka yang kau harapkan
Menundukan kepala tanpa dendam
Sampai kapanpun tak akan ku maafkan

Kau berjanji tuk selamanya di hati
Menjadi sahabat yang tak pernah mati
Selalu ku coba untuk tetap mengerti

Aku tak akan memaafkan 2X





siapa Melda Ahmad?

Sunday, December 12, 2010



korang kenal minah nama Melda Ahmad ni? eh tak kenal kenapa? kenal la. kenal la. hohoho. dia ni best. eh sejak bila aku minat dia? hoh! lagu dia lama dah. tapi aku baru tahu bila baca belog makcik yenadey pasal lagu ni. dah dengar, terus jatuh hati. hoh! melting gila wa cakap lu. siap dah terhafal dah lagu dia.

Nama minah comel ni Imelda Ahmad tapi lebih dikenali dengan nama Melda Ahmad. menyanyi dari umur 5 tahun. aku dulu umur 5 tahun baru terkedek-kedek masuk tadika belajar baca ABC. dan dari sekolah juga Melda Ahmad ni aktif menyanyi, dan berlakon di pentas-pentas sekolahnya. eh? aku takde bakat macam dia. aku dah la pemalu. 
*merendah diri* 




si comel ini memang sedap suara. kamu pernah dengar lagu putus? lagu kimia? dah putus takde lah kimia. eh merepek. tapi lagu ni memang buat aku ketagih. hari-hari dengar lagu dia. lagu dia jugak aku pusing di pemain muzik aku. nak dengar lagu dia? korang cari la sendiri. eh aku tak jahat sangat. meh aku bagi link dan lirik:



Download Lagu Putus - Melda Ahmad

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku


Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku



Download Lagu Kimia - Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu


Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu




hah nanti dah dengar, hati batu membeku pun boleh jadi selembut gula-gula kapas tau! sumpah aku tak tipu. masa dengar tu cuba korang menghayati sikit lagu tu. tutup mata dan dengar dengan telinga hati jiwa ke? ahaks! aku terlebih jiwang sudah. siapa yang nak lebih kenal siapa Melda Ahmad, mari lah LIKE Fesbuk beliau di: SINI. agak-agak laling ku, Fida Aishah atau adik ku, Ainan Tasneem boleh tak cover lagu ni? permintaan special. hahahaha! sekian, terima kasih. len kali aku promote lagu lain pulak. okthxbai!



I LOVE YOU

Thursday, December 09, 2010





i love you
you love me
were a happy family
with a great big hug
and a kiss from me to you
wont you say you love me too
i love you

you love me
we are friends like friends should be with a great big hug and
a kiss from me to you
wont you say you love me too



p/s: lagu faveret aku dari dulu sampai sekarang. sampaikan masa zaman kolej dulu aku bawak CD barney ni sebab nak dengar hari-hari and tengok hari-hari macam kanak-kanak riang. I Love You, kawan-kawan semua. muah muah. hamek aku bagi kiss! hahaha hug secara berjemaah semua. mari mari.



aku nak merapu






tahu tak aku bosan?
nak tengok wayang takde orang nak teman.
fine. buat ayat sedih.
dah bosan camni mula lah nak update blog je banyak kali.
eh bajet ni tumblr pulak.
kalau kat tumblr memang aku meroyan update juta kali.
cuba tengok bawah ni jap

|
|
|
|
\\ //
\/



ok sayang!
belikan 20 ketul.
takde kat malaysia?
cari sampai dapat!
eh sejak bila aku ngorat datuk buat jadi bapak gula?
hoh! mimpi.
*tarik selimut*
zzzz.....





Contest Makan Ayam

Wednesday, December 08, 2010






saya bukan lah penggemar ayam percik atau makan serakus ini. tapi adik saya kata, nak makan ayam kena semangat! baru lah badan pun jadi semangat selepas makan ayam. biar muka ganas makan ayam, jangan ayam tu ganas kat kita. ok, merapu sudah. buruk gila muka tengah melantak ayam percik. abaikan sahaja gambar buruk budak gemuk dengan jerawat rindu di pipi itu. nanti kita tepek gambar comel sikit ok? ngee~~


ini semua sebab ayeem. siapa ayeem? ala penjual ayam kat Pasar Beserah tu. eh bukan! tu pak ajim. ni ayeem lah! ayeem ayam blogger lucah peha ayam tu. perghh takkan tak kenal? korang tak kenal, pegi hantuk kepala kat dinding sekarang! kalau sakit jangan salahkan aku. korang salahkan ayam. eh merapu lagi. ini untuk contest makan ayam di belog reban ayam: SINI SINI. dah saat-saat akhir baru aku masuk sebab bukannya aku sibuk tapi aku lupa. dah mimpi ayam patuk kaki, bangun tidur dengan tak mandi lagi bau taik ayam ni aku update blog ni tau! ok ayeem, i lap u. auwwww *suara mak ayam* kokokokokkkk! 




ragam manusia lumrah hidup kita

Tuesday, December 07, 2010



salam semua. sekali lagi blog akan di update dengan kisah kasih peribadi aku. hoh! bukan kisah cinta ye. aku tidak bercinta. tetapi kisah ragam manusia dan lumrah hidup kita. ingat lagi entry ini? malas mahu berbicara tentang ini. tapi aku terjaga dari tidur lena ku gara-gara migrain tadi, sebab keinginan aku untuk menulis ini. aku tahu ratusan akan baca entri ini. oh tidak, mungkin puluhan pembaca saja. hanya blog murahan dan tidak hebat seperti penulis lain. tapi kemana saja boleh aku luahkan kalau tidak di halaman rumah aku sendiri bukan?

sejak akhir-akhir ini, aku keliru. dalam masa kurang dua bulan fikiran aku sentiasa padat dibelenggu dengan pelbagai kisah membinggungkan dan masalah yang bertimpa-timpa. tidak perlulah aku cerita sebagai terperinci. mungkin sebab laman taman ni awam bukan tercipta khas untuk aku baca seorang bukan? kisah ragam manusia yang sangat memeningkan tapi aku faham, Allah cipta kita dengan pelbagai sifat maka itu adalah normal jika kita bertemu dengan jenis-jenis manusia yang seperti memberi palat dalam hidup kita.

dalam dunia aku, dunia yang tercipta oleh kita sendiri aku lihat ada manusia yang penuh hasad dengki tentang orang lain. satu hal yang perlu aku ungkitkan disini. atau mungkin dengan kata lain dibentangkan disini? jangan mempertikaikan tentang perihal aku masuk ke universiti sekarang ini. dengan segulung diploma itu, berbekalkan ilmu yang ada aku menyambung ijazah. dan perlu aku ingatkan, bukan hanya setakat mengisi borang kosong aku masuk kesana. interview dan ujian tiga hari dua malam aku di kem sana untuk apakah? jangan menuduh aku masuk kesana dengan bantuan orang dalam atau apa. dan satu lagi, jika terasa ingin mengutuk perihal aku dengan orang lain sila ambil tahu siapa kawan dan siapa lawan aku. jangan mengutuk tanpa sedar dalam masa beberapa minit sahaja aku dapat mengetahui perilaku kamu.

tentang manusia yang hipokrit dan munafik di syurga dunia. laman yang terbentang itu tercipta oleh manusia untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain. ya Allah, tolong lah hentikan segala perlakuan kamu yang menjijikkan itu. tahukah kamu, aku berasa sangat jijik dengan semua yang kamu lakukan? tidakkah kamu sedar setahun atau berbulan yang lalu, bagaimana kisah lampau kamu? oh atau semua itu hanya rekaan kisah sedih hidup kamu? atau kamu secara tiba-tiba hilang ingatan tentang kisah hidup yang kamu cipta di dalam dunia fantasi kamu? tiada manusia sempurna dalam hidup ini tapi, ingatlah manusia sekeliling kamu masih boleh berfikir tentang dusta-dusta kamu itu.

dari dunia aku, aku mengenali sifat baik buruk manusia. wallahualam. bukan aku tahu apa perkara sebenar kan? tapi dalam hati, aku masih boleh mengenal mana yang patut aku percaya. kita ada akal, kita ada minda untuk berfikir. betul atau tidak pilihan kita, terpulang. tuhan yang akan tentukan nanti. sebab itu, sempena bulan penghijrahan ni aku rasa semua orang patut berhijrah dengan minda dan jiwa. bukan dengan nafsu tanpa akal. berhijrah dengan pembentukan jiwa yang baru bukan dengan hidup lama yang pernuh dendam kesumat di hati. tidak perlu mengaibkan makhluk lain jika sekalipun dia melakukan kesalahan yang tidak semua orang tahu. untuk apa kita berfikir dengan hasutan syaitan? biar kita cacat di dunia asalkan kita tidak cacat akal fikiran. biar tersingkir di dunia asal terpilih ke syurga. tiada manusia yang sempurna. setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. tabah dan sabar itu kunci hidup kita. jujur dan ikhlas itu perlu dalam mengukuhkan ukhwah kita. hati dan jiwa pula perlu selari dengan minda dan akal.


tinta ini berhenti berlari disini. mencari sesuatu yang pasti. dan terus saja aku menanti suatu kebenaran yang hakiki. maaf jika ada yang terasa atau kecil hati. jujur ikhlas aku mencoret segalanya di laman ini. maafkan semua orang setiap kali sebelum kamu menutup mata untuk tidur yang lena kerana kita tidak tahu sama ada tidur itu akan berpanjangan sampai bila. dengan itu juga aku minta maaf jika ada kesalahan dalam kata-kata aku. setiap yang buruk datangnya dari kekhilafan diri aku. salam untuk semua pembaca :)



lama tak buat tag

Monday, December 06, 2010


Ape yang paling penting dalam hidup korang?
diri sendiri. saya mmg pentingkan diri sendiri hahaha.

Bende terakhir korang beli gune duit sendiri?
Eyeliner + Mascara M.A.C

Adakah korang bercinta sekarang?
cinta itu tidak perlu dilafazkan. tapi, apa itu cinta? hahaha

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi Allah izinkan.

Dimana korang jumpe kekasih korang?
saya ada kekasih ke?

Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
Majalah Her World

Antara mak dan ayah mane korang lagi mesra?
entah la.

Namekan orang yang betol2 korang nak jumpe?
MHA

Namekan tempat yang betol2 korang nak pergi?
tiada.

Pilih satu, peluk atau cium?
sepak terajang . hahaha

5 lagu yang bermakna dalam hidup korang?
saya tak dengar lagu. percaya ke?

Bila tarikh lahir korang? kat mane korang sambut tahun lepas?
3 Ogos dan tidak celebrate kot?

5 orang yang korang nak tag
tak kesah la siapa nak jawab. ok?



Awal Muharram

Sunday, December 05, 2010



DO'A AKHIR TAHUN DAN FADHILAHNYA

Do'a ini hendaknya dibaca tiga kali pada akhir waktu ashar tanggal 29 atau 30 bulan Dzulhijjah.Fadhilahnya adalah barang siapa membaca do'a ini dalam waktu tersebut maka setan berkata: "Kesusahanlah bagiku,dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam(manusia) pada tahun ini".

Maka di binasakan lah dengan satu saat saja,sebab membaca do'a ini. Dan dosa-dosanya di ampuni oleh Allah Ta'ala dalam setahun ini.


Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu. Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."






DO'A AWAL TAHUN DAN FADHILAHNYA


Do'a awal tahun ini hendaknya di baca tiga kali setiap tanggal 1 Muharram pada petang hari sehabis shalat magrib.
Barangsiapa membacanya, maka Allah akan memberikan perlindungan dan pertolongannya dari segala macam bencana dan godaan setan.
Sehingga dalam tahun itu akan membawa perubahan,kebahagiaan dan ketentraman lahir & bathin.
Allah juga mengutus dua malaikat yang selalu menyertainya, agar tidak terjerumus ke dalam tipu daya setan dan terhindar dari fitnahnya,serta nafsu angkara murka yang dapat membawakepada kehancuran dirinya.


Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."

Aamiin ya robbal 'alamiin...
Doa akhir tahun dibaca selesai ashar dan doa awal tahun dibaca selesai maghrib...


sumber: buku majmu syarif..muhammad iqbal al-abror.



Kalam Hati Sepi

Saturday, December 04, 2010



ya allah ya tuhanku, tabahkan hati hambamu. seribu sakit, jangan kau datang dalam malam sepi aku. berjuta warna pelangi di dalam hati ini, sejenak luluh bergening itu menjauh pergi. semua nada beranjak, aku terdiam sepi. tuhanku, dengarlah suara tangisan aku. puisi hidupku, tentangku yang tak mampu melakukan waktu. hati dan jiwa aku, maafkan segala kekhilafan diri aku. hanya itu aku mampu. secebis tidak ada niat mahu melukai kamu, menyakiti kamu. hanya mampu buat kamu senyum dalam hidup kamu dan aku sentiasa ada untuk itu. publikasi semua ini untuk ingatan diri ini dan semua yang aku sayangi. jaga hati, jaga diri. itu pasti. untuk kamu, dan ye hanya kamu. aku sayang kamu dan cinta kamu cuma untuk hati sepi aku.. salam malam, tinta biru aku mati keji disini :)

p/s: jangan lupa undi aku di : NOKIA SOCIALISTA



Contest Mata Paling Menawan

Friday, December 03, 2010





kenapa mata saya menawan? sebab ada orang pernah panggil mata saya mata anime. saya rasa dia terpengaruh sangat tengok anime kat TV bersama anak dia kot? mata saya bulat dan besar. hanya sepet jika saya bangun tidur. mata saya menawan ke? menakutkan ada lah kot. tapi mata saya comel tak warna cokelat celup-celup tu? original ok bukan curik mata kucing. eh sedapnya air mata kucing. ok, merepek. mata saya menawan ke? *tanya lagi* entah, tapi semua orang kata, mata saya kalau jeling je macam membunuh. ada hati yang terbunuh ke? tiada.

p/s: ini adalah entri untuk Contest Mata Paling Menawan dari belog  Miss Lelayang

p/s/s: jangan lupa undi aku di : NOKIA SOCIALISTA



HARGA MINYAK NAIK?




teringat dulu tokki aku pernah berkata;

"semua barang nak naik harga. zaman dulu-dulu pergi sekolah bawak 5 sen pun dah cukup. sekarang? mak bapak bagi RM5 sehari pun merungut. duduk zaman jepun semula pun takpe, kita makan ubi kayu dengan kopi je."

then, tokki aku bertanya:

"apa yang semua naik tapi ada satu je yang turun takkan naik langsung?"



okayh fine. mukadimah merapu meraban. itu sketsa dahulu kala bersama datuk tersayang. tokki aku hebat. lawan dengan komunis dulu. dia juga model Kopi Jantan. terpampang muka kat iklan Kopi Jantan dulu-dulu siap angkat jari buat thumbs up macam dR. Rozmey. cuma satu, tokki aku pakai kopiah putih dan takde rambut stailo macam dR. ROzmey. apakah jawapan kepada persoalan teka teki tokki aku? Hujan. hujan yang turun...bagaikan mutiara. eh eh ter karok pulak kat sini. Hujan yang turun membasahi bumi bukan kumpulan Hujan ye. merapu lagi.

pung pang pung pang sana sini di Fesbuk dan Burung Biru. kecoh semua berkata-kata tentang kenaikan harga Minyak, Diesel, Gas dan Gula. arghhhh ada aku kesah? pakcik bas yang bawak aku ke bandar tu mungkin kisah. eh eh pakcik LRT tak pakai minyak RON95 atau RON97 kan? berebut-rebut lah makcik jual kuih beli gula berpuluh kilo lepas ni buat stok. harga kuih mungkin 2 ketul RM1 selepas ini. ini semua gara-gara keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.



merujuk kepada MalaysiaKini, harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. 

apakah semua ini memberi perubahan paradigma yang besar dalam hidup anda? renung-renungkan lah sambil beramal. eh jangan lupa start enjin kereta dan isi full tank sekarang!


p/s: jangan lupa undi aku di : NOKIA SOCIALISTA



NOKIA C3 SOCIALISTA. VOTE NOW!

Wednesday, December 01, 2010

salam semua! ampun maaf dipinta dari hujung rambut ke hujung kaki. *cium cium kaki readers* punya lama saya kehilangan koneksi internet gara-gara perjalanan yang jauh dari Toronto ke Malaysia. ecehh.... banyak transit ok! dah malas bebel banyak nanti semua bosan. ni nak gosip sikit. meh dekat semua. rapatkan saf. duduk elok-elok bersimpuh tu. ok, cun!

saya sedih ni tak online beberapa hari. voting session untuk Nokia C3 Socialista Meter Contest dah running sejak 3 hari lepas. saya masih di tangga tercorot gara-gara tidak sempat buat jualan murah di belog. so, untuk kamu semua yang saya sayang, tolong sikit please? *buat muka merayu nak nangis* sempena BE yang sedang bersiaran iaitu Nokia Socialista *ok, takde kena mengena*, saya minta jasa baik semua untuk:




1. MASUK WEB NOKIA SOCIALISTA  DI SINI

2. KLIK "TAKE YOUR PICK"

comel kan muka saya besar-besar kat situ? 
baiklah, tak comel sebab Nokia amek gambar tu. 
menyesal tak letak gambar-gambar gorgeous 
*meraih undi*


3. KLIK VOTE BAWAH GAMBAR SAYA "SYAHIRAH SABRI" DAN "SHAM HARDY"

4. ISI SEMUA DETAIL SEPERTI NAMA, EMAIL DAN NO IC. 

5. KLIK "SUBMIT YOUR VOTE!"

sekali lagi muka comel terpampang. 
sila lah vote saya sebagai queen.
dan sham hardy sebagai king.
eh promosi percuma untuk sham hardy.


6. AKAN TERPAPAR LAH PAGE INI BERMAKNA ANDA SUDAH VOTE

7. TAPI! SILA CHECK EMAIL DAN TEKAN CONFIRMATION LINK YANG DIHANTAR.

8. TERIMA KASIH KERANA VOTE!

ingat semua, confirmation link tu penting.
kalau tak confirm, vote tak dikira.
tengok inbox and spam sekali.
mana la tau email masuk spam.
tak kesian ke saya yang dapat vote sikit ni?
nanti saya belanja air sirap ais ok?
sayang semua!








 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates