468x60

.

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids.net

Sunday, February 27, 2011


buat entry contest iPad je macam membosankan saya ni kan? saya bukan Apple FanGirl pun tapi apa salahnya kita mencuba kan? atleast, memeriahkan suasana dunia blogging. promote kawan-kawan sesama blogger punya contest ni. :))


Saya mahu iPad dari blog MySuperKids kerana saya rasa saya perlu ada iPad untuk memudahkan lagi kerja saya. susah mahu bawa laptop seberat 2Kg lebih ni kemana-mana. boleh sakit bahu, patah bahu semua lah. maka, saya memerlukan something yang lebih fleksibel untuk dibawa kemana-mana. bukan banyak sangat kerja sebenarnya, tapi saya kan #TahiTwitter. mestilah lah memerlukan iPad untuk online ketika melepak berilmiah bersama rakan-rakan di Starbuck mahupun McDonalds. serik dah hilang laptop di McDonalds. chewahhh~



setiap hari tidur saya diselubungi mimpi indah. tidur senyum macam orang gila sambil meleleh air liur membuat peta di bantal. apa saya mimpi? saya mimpi sekeping benda, yang tentunya bukan sekeping kertas... satu benda yang berbentuk petak tapi bukan spongebob. apakah? mestilah iPad. rakan-rakan banyak dah guna iPad tapi saya tidak mampu. sebab tu saya mahu iPad dari Blog MySuperKids.net. bukan apa, nak beli tak mampu. nak guna duet PTPTIPU tu pun belum tentu cukup agaknya. saya kan student, makan megi pun dah cukup sadis.



perkara pertama yang saya akan buat kalau saya dapat iPad nanti, saya nak buat kerja-kerja saya dengan betul. taknak main-main lagi dah sebab sibuk dengan kerjaya sebagai #TahiTwitter . tapi kalau dapat. kalau tak dapat, memang hilang semangat. pudar terus semangat macam kena bleach dengan clorox. hari-hari dah buat wallpaper laptop gambar iPad. teruk sangat ni. dah kronik penyakit nakkan iPad ni. sebab tu la saya mahu iPad dari Blog MySuperKids.net. kesimpulan cerita dongeng saya di atas, saya memang mahu sangat-sangat iPad dari Blog MySuperKids.net!!



“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”






p/s: contest lain:

contestDH2



Apple iPad 2 untuk dimenangi!

Saturday, February 26, 2011






Berita baik untuk semua blogger di seluruh dunia. iPad 2 akan tiba di Malaysia tak lama lagi iaitu pada 2 Mac 2011. tak teringin ke? sebelum membebel dengan lebih panjang. mari saya review sedikit sebanyak yang saya tahu (itu pun selepas berjam-jam bercinta dengan google) tentang iPad 2 ini. agak menarik sebenarnya.








  •  Lebih ringan, nipis dan mempunyai retina display.
  •  Mempunyai kamera di bahagian depan dan belakang.
  • Speaker yang superb.
  • Proceesor baru - Dual core lagi!

cuba lihat kedua -dua versi iPad di atas. iPad 2 lebih nipis dari version sebelumnya.tidak gemuk lagi! iPad 2 dah diet okayh! dan dijangka akan lebih ringan so tangan korang semua takkan lenguh-lenguh ke apa ketika menggunakan iPad 2. display memang ohsem sebab lepas ni ada retina display. yang pasti, lebih baik dari iPad sebelum ni. iPad 2 juga mempunyai kamera di bahagian depan dan belakang dan korang tentunya boleh menggunakan aplikasi Facetime dengan lebih bahagia selepas ini. dengar desas-desus jugak, iPad 2 ini akan dilengkapi dengan wide-range speaker yang superb! maka kesan bunyi-bunyian akan lebih hebat berbanding sebelum ni. lepas ni mesti syok layan movie sebab projection bunyi dari iPad 2 sangat gempak dari sebelum ni. iPad 2 juga mungkin akan dilengkapi dengan dual-core processor. lepas ni kalau korang buat kerja banyak-banyak pun iPad 2 mampu bertahan. banyak lagi yang best pasal iPad 2 ni tapi takkan nak list semua kan? korang kena lah ada satu kat rumah, baru korang tahu rasanya macam mana.




mahal? tak mampu nak beli iPad 2 walaupun nak mendarat dah kat Malaysia tak lama lagi? takpe, korang masih boleh cuba untuk memenangi iPad 2 di blog denaihati.com dengan join contest beliau. siapa taknak iPad 2 FREE ye tak? tapi kena kerja lebih sikit la ye. Contest yang dianjurkan kali ini adalah sedikit berbeza dengan contest-contest sebelum ini. Contest ini adalah tajaan Smartgold.biz dan juga Rayban Malaysia. apa tunggu lagi? marilah mencuba! tak salah mencuba, mana tahu tetibe korang menang kan?


Hadiah:

Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.
Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.
Hadiah Saguhati : 3 x RM100

Kelayakan:

1. Blog mesti PR3 dan keatas.
2. Mesti join mailing list Denaihati.com dan diaktifkan.
3. Mesti buat satu entri kreatif tentang contest ni dengan link sponsor dan tinggalkan backlink di ruangan komen dan wall Face Book Denaihati.
4. Blog yang aktif dengan sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.
5. Tidak menggunakan cara yang tidak normal untuk mendapat trafik.
6. Terbuka untuk semua blog 1Dunia.
7. Bahasa bebas janji orang dunia faham.
8. Penganjur ada hak membatalkan mana-mana penyertaan dan mengubah syarat jika perlu.

Cara memilih pemenang:

1. Hadiah utama iPad 2 untuk teman setia blog yang menjadi top link referrer (statistik google analytics) bermula 24/2 – 31/5-2011 dengan minimum trafik 6000 dan bounce rate bawah 50%. Makna jika blog anda jadi no 1 top referrer tapi kurang 6000 maka hanya layak dapat hadiah cermin mata Rayban. Kalau ada lebih dari 1 blog yang mempunyai jumlah trafik 6000 dan bounce rate bawah 50% maka yang tertinggi akan jadi pemenang.

2. Hadiah hebat untuk 4 blog top link referrer yang berikutnya.

3. Hadiah saguhati akan diberikan kepada 3 blog bawah PR3 yang buat promosi dan masuk top link referrer.




contestDH2





Kotex TVC and Webcamp UTP




ehem ehem. selamat malam semua! guru besar datang ni nak update entri yang sangat malas nak update. cerita lama dan baru sekali pakej. kadang-kadang guru besar selalu rasa nak update dalam ni tapi banyak tertangguh sejak laptop lama hilang dicuri perompak durjana. aku jumpa korang, siap aku kerat-kerat adik korang yang dalam seluar tu! hah, kan guru besar dah marah ni?


baiklah, kita lupakan laptop lama. terkubur sudah Nur Esah binti Abdullah. sekarang guru besar dah ada buah hati baru bernama Nur Delaila. cantik Nur Delaila ni. tapi kadang-kadang guru besar masih merindui Nur Esah ketika bulan mengambang. wahai Nur Esah, dimanakah kamu? eh terjiwang pulak!





ni guru besar nak cerita ni. rasanya pernah update lah dulu kala. kalau korang pembaca belog polkadot pink yang bosan ni mesti korang tahu entri kotex-iknowmovement ni dulu. ye, berjaya ye casting itu dan saya dah pun shooting akhir bulan January lepas. kat atas ni gambar script and contract saya ye. signed talent agreement under agency Ogilvy & Mather Singapore untuk Kotex "I Know Movement" Phase 2 Campaign. Alhamdulillah, setelah berjam-jam lenguh urat tengkuk semua sampai hilang nebes nak act depan director yang baik hati itu, selesai sudah semua untuk TVC ini. payment pun sudah dapat. ehem ehem ada lah beberapa ratus USD. tak banyak pun. untuk Assistant Director dan Director saya, selamat dikurniakan baby comel dalam masa beberapa hari lagi ni. ye, mereka suami isteri yang sangat sweet! :))


*update: the video.




kita lupakan kisah kotex. jangan ditunggu-tunggu TVC itu kerana saya sangat malu nanti. pagi tadi saya jadi speaker untuk event di UTP. apakah? speaker? presentation PCS pun pakai hentam kromo tetibe jadi speaker. bagi talk pasal social media pulak tu kat WebCamp. ni semua Mahsyar Said punya pasal. hehehe! yang kat atas ni buat mulut ikan mengadap laptop tu lah Mahsyar Said. yang buat peace kat belakang berdiri tu Azrul Azwar yang bakal beli domain www.azrulpondan.com dan sebelah dia tu si tinggi Izyan Izzati. eh kenapa promote diorang je? saja bagi glamer sekali sekala.




datang WebCamp pepagi buta okayh! semua sebab baby geek, Pisyek semangat nak datang awal. padahal slot kami lambat. ye, Pisyek juga speaker. punya semangat dia ni, datang sebelum participant lain datang. apakah dasat dia ni. eh eh kan dah kantoi tu spec Pisyek bukan spek saya. guru besar macam mak nenek. eh mengaku pulak.


ni si Pisyek tengah bagi talk, saya pi main conteng kat whiteboard. nama bebudak Twitter yang datang. ecehh... ramai kan? ramai la tu. maaf ler UTPian lain yang saya kenal kat Twitter. lupa jemput korang semua sebab si Mahsyar tu pun beritahu last minit schedule WebCamp ni. kelam betul. eh eh sila lah follow nama-nama di atas. yang no 1 tu penting. tehee~


WebCamp ni apa? actually ni camp ajar bebudak yang belum ada blog atau yang nak belajar lagi pasal blog ni. diorang ni ajar bebudak ni buat blog and camne nak setup guna WordPress semua. siap Mahsyar tunjuk camne nak beli domain hosting ke apa semua. betul-betul dia beli domain tadi. banyak betul domain dia ada sekarang. memang hobi kumpul domain agaknya. atas ni yang bergambar. rasa macam ada yang takde. eh ke ada semua? eh eh.


guru besar mak nenek tengah betulkan tudung lepas berjaya mencuri spec Pisyek yang cool. rasa macam nak beli seketul spec macam ni. sangat comel macam Cik Epal kita tu. hahaha! comel kan? kan? macam guru besar sesat di UTP. sila abaikan dagu dan lengan yang gebu itu. nanti kita kuruskan bahagian itu. yang penting bontot tak nampak sangat dah. ngee~



habis dah mencapap dengan baju comel ni. saje je promote twitterhandle sendiri kan? sila lah follow saya di Twitter. ramai jugak yang tanya mana nak beli baju macam ni. siap boleh customize nama sendiri. korang nak tengok design yang lebih cool? sila lihat design-design baju yang Zicco Tees jual di: www.zicco.com.my . kalau korang rasa mahal, korang jangan lupa. kualiti tu penting. kain dia memang sedap pakai. dulu saya beli lagi mahal. sekarang tengah ada promo! eh eh guru besar tukar jawatan jadi promoter dah sekarang. baiklah, mahu berhenti potpet kat sini. korang nak menang iPad 2? nantikan entri baru esok! :))



PERNIKAHAN SITI SARAH & SHUIB






 Penyanyi , Siti Sarah Raissuddin telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Shahmira Mumamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepah. Tahniah diucapkan kepada mereka. lagi gambar pernikahan Siti Sarah dan Shuib boleh dilihat di : belog Hatta Dolmat



much much love ♥

Sunday, February 20, 2011




╔═══════════════ ೋღ∯ღೋ ═══════════════╗
♥ Thank you, for Being YOU!  I love you so much!  yeah, YOU! ♥
╚═══════════════ ೋღ∯ღೋ ═══════════════╝




Contest Gambar Kahwin





Contest oleh http://hidayahsyafiq.blogspot.com . saya belum berkahwin maka, saya ingin letak disini gambar cousin saya ketika dia bersanding pada bulan June 2009. sekarang dah selamat dikurnikan seorang puteri bernama Zara El-Aeisya. di bawah ni gambar yang dipertaruhkan:




Definisi perkahwinan: 

Perkahwinan adalah suatu ikatan cinta hati antara dua insan iaitu lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah dan bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal.



Mak Dara 1st Giveaway (GA)

Friday, February 18, 2011






Contest dari Mak Dara ini adalah sempena sebulan birthday Blog BICARA MAK DARA.. 
hadiah sangat cool!

senang je sebab hanya perlu bagi satu nama tajuk drama.

tajuk drama : 
Eksperimentasi Hati, Cinta Plastik.


saya nak tag:

hudaluna
suryasu adliah
ayeem ayam

untuk join, sila klik banner di atas! ;)



Celcom , kekasih saya.

Thursday, February 17, 2011


saya pengguna prepaid dan postpaid celcom sejak bertahun dahulu. hampir enam tahun saya setia bersama dia. saya juga pengguna broadband celcom. apa istimewa nya celcom di mata saya? celcom selalu bagi kredit free sebab saya setia. celcom selalu bagi saya macam-macam special bonus jika saya topup. eh merepek apa ni? jum tengok promo baru dari celcom.




yang ni memang naissss gila untuk pengguna xpax. anda kuat gila bergayut? setiap 10min nak bergayut? topup no xpax anda, dan dapatkan bonus yang menanti. kalau topup 5 kali RM10, dapat FREE 100min untuk semua nombor celcom. kalau topup RM10 tujuh kali, anda dapat FREE seminggu call dan sms untuk 15pax anda. kalau topup 10 kali RM10 dapat FREE RM10 credit dan peluang menang cash RM8,888. woot! menarik kan? untuk info: KLIK SINI







nak pakai broadband tapi tak mampu? nak harga broadband yang berpatutan? tahu tak kalau anda subscribe broadband dari celcom anda akan dapat benefit sebanyak RM500? dah la ada broadband comnel Limited Edition Fortune Mask tengah promo kat celcom sekarang. naiiisssss gila design. ada 12 design semuanya dan ada juga device lain yang berdesign limited edition ini! contohnya mini router, notebook dan netbook HP. Promo price untuk broadband quota jugak ada iaitu 1GB quota hanya RM12.88 dan 5GB quota hanya RM38.88 sahaja. untuk lebih info: KLIK SINI



Kenapa perlu berselawat?

Sunday, February 13, 2011




Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” (Al-Ahzab 56)

Kenapa kita perlu berselawat ketika mengadakan perarakan sambutan Maulidur Rasul? Bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.

Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut. Berselawat adalah tanda kenal, cinta. Tanda cinta, kita ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut. Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada hari Maulidur Rasul atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. 

Apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?

Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita. Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali. Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita. Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan. Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia. Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulah keberkatan.

Teks selawat: klik sini
credit: Genta Rasa



RM12 for 12 FRENCH MACARONS [50% OFF]








dah habis jamu mata? oh damn! craving for this. dammit tak sebab aku takde kat KL now kalau tak berlari aku pergi kedai and beli! eh korang paham ke tajuk atas tu?

A great deal from Milkadeal actually. Normal price for 12 French Macarons at Piqa Bakery is RM24.00 but at Milkadeal, you just need to purchase RM12.00 for 12 french macarons. save RM12.00 right? awesome! time left to buy from Milkadeal is 1 day left. hurry up peeps! any details u can click here : Milkadeal.

craving....hungry....but, Piqa Bakery nak ke post macarons ke UTP? aku sanggup bayar postage fees! =.=




Valentine's Day? Couple Itu Haram?

Saturday, February 12, 2011





Valentine's Day (14 Febuari) dah nak dekat. mesti ramai dah plan nak celebrate ke apa. ada jugak yang plan pegi tgk konsert deftones agaknya malam tu. candle light dinner segala bagai kan? lepas tu siap dah menabung sebulan sebelum masuk bulan Febuari sebab nak belikan bunga rose 24 kuntum untuk awek masing-masing. pehhh gila! ok, Valentine's Day bagi Islam memang lah haram untuk kita sambut. aku couple pun, aku tak pernah dating okayh. nak buat camne, boyfie jauh. sobb sobb... eh lupakan!

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikurnia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. 

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

ringkasnya, mengikut kata-kata yang dipetik di blog ustaz zaharuddin, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula. ambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya. 

Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan". Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu.



bagi aku, setiap hari adalah hari berkasih sayang. takkan lah 14 Febuari je kan? 364hari yang lain macam mana? oh bagi isu Couple Itu Haram, aku no komen. macam-macam fatwa lah keluar. sampai kan ada aku terjumpa satu entry tahun 2008, kesian dia... disebabkan awek dia ni percaya bahawa couple itu haram, terus mintak putus dari boyfie dia. wallahualam. aku tak tahu sangat pasal ni. aku couple pun macam tak couple. hahaha. nak tahu lebih lanjut sila lah ke blog murabbi atau artikel iluvislam ini dan artikel luvislam ini atau baca cerita ini.



Nasha Aziz dirompak RM 40,000

Thursday, February 10, 2011



Nasha cedera dalam kes rompakan


Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
[email protected]


KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.




*********************************************

pepagi buta dapat mms dari ayah. semakin menjadi-jadi kes macam ni. korang tak boleh ke buat kerja halal sikit? nak aku kasi pelempang 88 das ke? aku sebagai mangsa beberapa minggu yang lepas, sangat membenci penyangak macam ni. memang sakit hati la kan? siapa yang pernah kena je tahu rasa macam mana. =..=





Yakin Pada Cinta?

Wednesday, February 09, 2011





sedang aku leka mendengar irama muzik Maher Zain - InsyaAllah, ting! Google Talk ku berbunyi dan tertera nama seseorang. oh aku pasti bukan pemilik nama itu yang menghantar pesanan, tetapi rakan serumahnya yang sedang mengalami masalah besar menimpa diri. masalah cinta? :)

salahkan takdir, salahkan semua orang. janji lelaki tidak ditunaikan, diri merana menahan rasa kecewa. sedih diperlakukan begitu? itu lumrah hidup manusia di dunia. dipetik dari blog Abi;

“Dia mungkiri janji, dulu dia minta saya sayangi dia, yakini dia….bila saya pasrahkan perasaan saya bulat-bulatnya, dia khianati saya, tinggalkan saya”, dialog yang biasa kita dengar bila orang ditinggalkan. Kadangkala ‘bertong’ airmata dicurahkan bagi meratapi kehilangan orang yang tersayang.

Mempercayai janji manusia secara bulat memang kerja yang bodoh, apatah lagi soal cinta. Selagi belum sempurna ‘aku terima nikahnya’ yang disahkan oleh dua saksi, selagi itu peluang untuk ‘dikhianati’ masih terbuka luas. Cukup dengan SATU alasan sahaja…janji itu akan musnah. Maklumlah bukan ada sebarang kontrak bertulis yang boleh dijadikan bukti di mahkamah.

Justeru itu, janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada janji seorang manusia. Cuma janji Allah dan RasulNya SAW yang mesti diyakini. Adapun janji manusia…jujur manapun pengakuannya, dia Cuma manusia yang hatinya boleh berubah bila-bila masa. Rasulullah SAW pun pernah menasihatkan:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

(Cintailah orang yang kau cinta berpada-pada, kerana kemungkinan ia akan menjadi kebencianmu suatu hari nanti. Bencilah orang yang kau benci berpada-pada kerana kemungkinan ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti).

 Riwayat al-Tarmizi secara marfu' kepada Rasulullah s.a.w. dan secara mauquf kepada Ali. Riwayat mauquf sahih dan marfu' dhaif. Sunan al-Tarmizi. Jil. 4 Hal. 340 No. 1997.

Apabila hal ini berlaku, yakinilah janji Allah bahawa ia sebenarnya inginkan yang terbaik untuk hidupmu. Perjalanan rumahtangga itu panjang, mungkin kalau pun ia hadir ia sekadar dayung yang mudah reput. Separuh perjalanan ia akan patah dan terpaksalah kita menongkah arus hanya dengan tangan sendiri.

Anggaplah ia satu rahmat Ilahi kepada anda kerana awal-awal lagi terbedah kekhilafan dirinya sebelum bahtera rumahtangga benar-benar terbina. Waktu itu anda sangat perlukan orang yang sanggup menerima anda seadanya, memberi cinta tulus dan kesetiaan semaksimum mungkin untuk melayari lautan perjuangan yang luas bergelora. Jangan sampai di saat genting baru terserlah 'kelemahannya'. Ingatlah janji Allah:

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لاتعلمون

Boleh jadi suatu yang kamu benci merupakan suatu yang baik untukmu dan boleh jadi pula suatu yang kamu suka merupakan suatu yang buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Kita pula jangan mudah sangat berjanji itu dan ini. Takut kelak memakan diri. Lihatlah dulu kemampuan diri. Kalau memang track record kita jenis tidak setia, eloklah tidak perlu berjanji banyak-banyak. Kelak bila orang terasa ia dikhianati oleh kita, tidak mustahil akan tercetus rasa kebencian dan dendam berpanjangan. Tidak mustahil ia ingin kita tersilap langkah dan janji lama memakan diri sendiri.

Yang lebih penting perlu diingat, janji kita untuk memperjuangakan agamanya dalam diri, rumahtangga dan negara. Janji itu akan dipersoalkan di hadapan Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Anggaplah kesedihan yang ada mengajar kita untuk mengenali tabiat manusia. Mengenali erti kejujuran sebenar. Mengenali ‘bidang keutamaan’. Kalau pun ia kegagalan, itu juga suatu ilmu untuk kita merancang masa depan perjuangan yang lebih matang dan berjaya.

Lagipun anda cuma baru ditinggalkan oleh seorang manusia. Asalkan anda kekal baik dan terus memperbaiki diri, ramai orang-orang soleh menanti anda di sudut lain dunia ini. Waktu itulah masanya anda memilih yang terbaik dan terpilih.

p/s: Allah SWT dah tentukan setiap sesuatu di alam ini ada sistemnya. Ketika kesepian…sepi di sepertiga malam paling menenangkan. Menangislah sepuas-puasnya di hadapan sang pencipta. Pasrah dengan ketentuan. Menerima takdir yang datang dan pergi. Sepi di malam hari kemuncak ketenangan. Ingat, sepi itu ada keindahannya...



teda mood blogging!

Tuesday, February 08, 2011


hai korunkkkk.... *tetibe*

maaf lama tak update since 29 January. last aku update pun aku tepek video dari youtube jak. terkial-kial aku update guna netbook HP Mini cinonit itu. seperti yang sudah dimaklumkan, aku telah kehilangan lappy Acer 4720 yang bernama Nur Esah. dah arwah dah si Esah tu. selamat berada di tangan penyangak jahanam *aku sumpah kau hidup merana pencurik!* kenapa mesti ada orang jahat? kenapa lah korang tak cari duet dengan rezeki yang halal? buduh!






lappy baru, Nur Delaila.

maaf lah bebanyak aku tak sempat balas semua msg di chatbox dan berjalan-jalan di blog korang since 20 January atas kesusahan tiada lappy masa tu. netbook sangat susah untuk buka blog aku. and now aku dah dapay lappy baru, Dell Inspiron 14 atas belas kasihan seorang pakcik yang baik hati. tapi, aku ada masalah lain pula. lepas satu, datang pulak masalah lain *sigh*




masalahnya, ITMS kat UTP sudah blocked banyak website di UTP ni. semua benda aku tak boleh access padahal bukan aku bukak web gambar bogel ka, porn website apa jadah pun. gtalk dan skype tak boleh buat call dah sebab semua transfer voice kena blocked. youtube, video kat Facebook, and even aku nak download driver printer pun tak boleh. haram jadah kan? lagi bangang, blog aku sendiri pun tak boleh bukak. sedih sangat. aku boleh bypass proxy tapi tetap la haram jadah jugak. aku hanya boleh view blog tanpa boleh buat apa-apa. maka, maaf la kepada blog yang self-hosted atau berdomain dot com, dot net sebagainya. aku hanya boleh access blog yang ber dot blogspot jak sekarang =.=

maka, habis sudah hasil bebelan aku sekian kalinya. aku akan cuba berusaha sedikit2 untuk blogwalking semua. maceh. sayang korang ketat-ketat. ♥



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates