468x60

.

5 blog paling kerap dilawati 2011

Thursday, March 31, 2011




siapa tak kenal Denaihati.com. tagline blog beliau, hidup untuk memberi tu semua orang tahu. Dnaihati selalu buat contest yang best dan masyuk. kali ni, ada projek terbaru dari beliau. Projek terbaru dari beliau adalah: 5 blog yang kerap dilawati 2011. projek yang mudah, iaitu hanya perlu membuat entri khas bertajuk “5 blog paling kerap dilawati 2011” dengan menyenaraikan 5 blog yang paling kerap anda lawati sepanjang 2011. Di dalam entri tersebut juga sila senaraikan juga 10 teman blogger anda yang juga anda ingin mereka ikut serta dalam projek ini. mudah bukan? 

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti Bantu Blogger jadi No 1.





ini belog wajib okeh. selalu update, mesti masuk email aku. sah-sah aku terus klik dan baca. kadanag-kadang aku baca through phone je. sebab mesra alam je web Denaihati ni kalau dalam phone. sekrang ni rajin pulak aku komen-komen sana. dari web Denaihati ni banyak jugak dah pernah menang. teheee~ Hidup untuk memberi itu tagline Denaihati.com maka, tidak pelik lah Denaihati selalu buat contest masyuk masyuk kan?


2. PrincessRedbloodSnow.blogspot.com



minah sarawakian comel lote ini sangat rajin update belog. salah satu belog yang aku follow. maka feed new post kat dashboard tu memang tetiap hari muka dia je keluar. hehehe. rajin kan jari-jemari dia menaip? comel orangnya....tapi awas! jangan menggatal. bakal pengantin baru ni. sebab tu comel sangat berseri-seri. eh jangan kembang tau Zie!


3. Cikmin.com


sejak dipengaruhi dengan dunia macarons, samapi hari-hari nak melawat blog cikmin. tengok gambar macarons sampai kenyang. siap buat geng suka macarons dengan kak yanmie dekat twitter. sumpah sedap macarons. tapi nak beli selalu mungkin tidak. so, tengok blog cikmin je la menjamu mata kan?


4. JustKhai.com


blog kembar. BFF. masuk kadang-kadang hanya untuk baca entry lama-lama. selalunya mmg habit aku datang blog org jarang komen. so sebab tu kadang-kadang kewujudan aku dalam blog kembar aku ni macam tak wujud je. teheee~ siapa kenal JustKhai? founder Oh! Media Network dengan segala website Oh! Media yang semakin pemes bak pisang goreng panas tu. kan, twin?



5. InSecretLoveWeDrown.blogspot.com




ini blog yg awal-awal sudah di bookmark kan. special case. teheee~ bapak lah gila gothic blog ada tengkorak, kaler hitam segala. lepastu panjang bebenor url nya. takpe, takpe, tetap best kadang-kadang. cuma, kalau korang tak paham bahasa sabah, mungkin pening sikit sebab dia ni suka betul mengeja loghat sabah dia dalam entry. ngeee~

okayh, ini semua blog yang aku kerap lawati sepanjang tahun 2011 ni. dah masuk 1 april 2011 pun kan? cepat je masa berlalu. ingat semua, jangan buat lawak april fool bukan-bukan. contoh, R.I.P Jackie Chan ke apa. ngee~ aku harap semua blogger boleh lah join network blogger ni. benefit kita dapat sama-sama kan?




p/s: sah! yang semalam kami nampak itu manusia normal.



contestDH2






Jumpa Hantu & McDonald's Breakfast

Wednesday, March 30, 2011



McDonald's Hotcakes! nyummmy~ bila weekdays, hanya RM4.50 sahaja. sangat murah kan? okayh sebelum aku story mory dari mula, korang tatap lah Hotcakes tu lama-lama sampai kekenyangan. sebelum cerita pasal McDonald's , meh kita bisik-bisik pasal cerita hantu di UTP dulu...



roomate sabahan aku balik bilik, kami pergi makan dekat Lanz Cafe, Bandar Seri Iskandar. kami berempat.tetibe diorang bukak cerita pasal kisah seram masa diorang habis kelas malam tadi dekat Block 1. aku tatau la kenapa semua orang ada kisah seram dengan lif Block 1 tu. diorang cakap masa tu dari tingkat 2 nak turun ke tingkat bawah sekali iaitu, Ground Floor. so mesti lah tekan button "G" je kan? tapi tetibe lif terhenti dekat First Floor. tapi diorang tak tekan pun? entah lah tapi selalu kes macam ni jadi. aku pikir positif, lif tu rosak agaknya? tak pun pak guard saje nak usik diorang time ronda-ronda Block 1?


tu kisah seram suam-suam kuku. baiklah, balik dari makan dan lepak kat Lanz Cafe tu, kami kena bergerak ke hostel V5K sebab kawan aku nak hantar kebab kat kawan dia. call kawan dia, katanya dia tunggu dekat parking pocket C. nak pergi V5K? parking pocket C pulak tu? pergh, masa tu dah tepat-tepat 12am ok! siapa yang tahu, tahu lah kot mitos cerita hantu UTP. apa yang ada kat V5K, Pocket C semua tu. nak pulak kena lalu belakang Chancellor Hall menuju ke V5. masa tu aku dah rembat kusyen dalam kereta, kongsi tutup mata dengan kawan aku. tangan dia pun dah sejuk masa tu. gila mencabar laluan belakang tu. tengah-tengah hutan masih dara itu memang menyeramkan.




so, kami pun lalu je la. tabah hati je lalu. padahal mulut dah cakap bukan-bukan masa sebelum lalu sana. on the way ke V5, kawan aku yang drive tu cakap.. "nasib baik ada kereta depan kita". masa tu kawan sebelah aku pandang aku buat muka pelik. kami tak nampak kereta pun ok. fine. lama sikit, tetibe baru muncul kereta. fuhhh masing-masing tarik nafas lega. tetibe kan, jalan lagi....biasalah, perjalanan jauh je rasa. tetibe jumpa orang pakai baju putih! tengah-tengah hutan beb. masing-masing terdiam. istighfar dalam hati. normal ke manusia duduk situ sorang-sorang tengah malam buta? aku cuba pikir positif, dia pegi jogging kot? tapi, dia tengah jalan perlahan-lahan masa tu. wadehel kan? bebudak ni pulak mulut cabul tanya, "eh korang nampak kan?" masa selisih dengan orang tu, aku try jeling muka dia. duh! tak nampak langsung padahal aku pakai spec mata dah tu. then kawan yang drive tanya; "eh dia ada lagi tak kat belakang?" semua diam. sampai ke V5K.


balik tu, terus basuh kaki bajet nak tido. tapi last-last tak boleh tidur pun maka sebab dah plan nak buat #McDTwtup = McDonald's Tweetup dengan bebudak UTP, aku pun tak tidur. 5am kami bertolak dari UTP ke McDonald's Pengkalan, Station 18, Ipoh. sampai dalam kira-kira sebelum pukul 6am. beratur sejam dowh! baru dapat makanan. kenapa lah bukak satu kaunter je? biasalah esok kan last kupon tu sebelum expired. so hentam semua makan McD. jadi jugak buat tweetup pepagi buta. aku beli McDonald's Hotcakes 1 set = RM4.50, Apple Pie = Rm2.00 dan dapat FREE 2 set Big Breakfast. masyukkk!





hari ni, kelas HSE tak pergi. bebudak yang join #McDTwtup semalam pun tak pergi kelas. yang tak jadi pegi #McDTwtup pun sama kes tak pergi kelas. haihhh....semua pengsan kekenyangan. tapi aku pergi HP Career Talk. hahaha. aku sempat buat sesuatu yang comel. ok, siapa nak belanja saya sepasang sari? bajet macam deepavali nak dekat dah! okbai!



contestDH2






Holiday Giveaway 2011

Sunday, March 27, 2011





dah lama tak join Giveaway. kali ni tergerak hati untuk join Giveaway dari Puan Rina. Macarons? siapa tak nak kan? terbaik punya! faveret aku pulak lately. korang tengok gambar atas ni macam tempting je kan? tak terliur? tipu lah kata tak terliur. disebabkan tengah rajin, jum tengok apa yang aku nak review kat sini...





Front Page www.angeltreat.com


ini frontpage blog pertama Puan Rina, www.angeltreat.com. more to the official blog for her business. pertama kali bukak blog ni pun dah terasa jatuh hati. lepas tu jatuh semua meleleh air liur tengok product yang ada sebab semuanya boleh bikin korang terliur.. ada macarons,cakes, cookies, chocolates and candy buffet. ada juga disediakan service catering untuk korang buat majlis hari jadi anak-anak korang ke, family party ke apa. sekarang ni ada promotions untuk gold package, silver package dan bronze package. semua harga sangat berpatutan dan berbaloi-baloi. jum kita tengok product apa yang ada...



Macarons & Chocolates


Cookies & Cakes

Blog kedua Puan Rina pula ialah www.angelcupidkitchen.com. Blog ni ada juga promote product-product Puan Rina dan juga tercatit kisah-kisah yang Puan Rina lakukan seharian. mungkin lebih kepada blogshop + personal blog. berlainan dengan www.angeltreat.com yang lebih professional look, www.angelcupidkitchen.com more to personal blog. aku pernah beberapa kali bukak www.angelcupidkitchen.com sebab kawan kolej aku kata, ni blog aunt dia. tehee~

dalam syarat Giveaway ni, Puan Rina suruh mencari perkataan “Macarons Door Gifts Events and Macarons Tower” dalam blog beliau. dan ini screen shot untuk page website beliau yang mengandungi perkaaan tu:


screenshot “Macarons Door Gifts Events and Macarons Tower”

kenapa aku sibuk sangat pasal Macarons ni semua? pernah rasa ke? atau bebel lebih-lebih tak pernah rasa Macarons seumur hidup? dah dua kali aku beli Macarons. yang pertama dari Piqa Bakery, yang kedua dari Merci Store. 



Macarons pertama aku beli dari Piqa Bakery sebab ada promotion dalam deal website MilkABuy. aku beli 24 pcs Macarons dan selepas tolak discount, dan redeem coupon MilkABuy, hanya RM14 yang dibayar untuk 24 pcs Macarons dari Piqa Bakery. aku pergi pick-up sendiri Macarons tu semua dan kat sana, aku tengok sendiri cara-cara Macarons dibuat. best sangat! Macarons kedua aku beli dari Merci Store. mereka ni student UiTM Kedah yang datang bukak booth kat sini. hanya beli 2pc bersamaan dengan RM14 sebab mahal sangat diorang jual. beli sebab teringin sangat. sini kan susah nak dapat Macarons. not bad, sedap jugak. dan menarik jugak Macarons diorang semua. so, korang dah rasa belum? belum? cepat-cepat try! rugi tak rasa sendiri apa rasa Macarons ni.

untuk join giveaway ni, click sini: Holiday Giveaway 2011




contestDH2




McDonald's BIG Breakfast FREE Coupon







FREE? ye, FREE! amboi laju je. actually tadi aku dan rakan-rakan semangat gila pergi McDonald's Pengkalan, Ipoh. semuanya gara-gara... 2 Set BIG Breakfast McDonald’s secara PERCUMA(harga sebenar RM 13.80) dengan purchase minimum RM5. maknanya korang kena beli apa-apa minimum harga RM5... lepastu dapat FREE Big Breakfast 2 set okayh! kupon atas ni korang bantai je fotostat ke, print black and white ke apa pun takpe.

meh kita tengok syarat-syarat nya... 

Two (2) Free Big Breakfast with minimum purchase of RM5

Terms & Conditions:


  • Present coupon at time of redeption.
  • Valid for a single transaction.
  • One redemption per customer in a single transaction.
  • One coupon is valid for TWO(2) FREE Big Breakfast a la carte redemption only with a minimum purchase of RM5 in a single transaction.
  • Redemption of TWO(2) FREE Big Breakfast a la carte is valid between 4am – 11am.
  • Coupon is not exchangeable for cash or any other McDonald’s product.
  • McDonald’s reserves the right to refuse redemption if coupon is found to have been tampered with.
  • McDonald’s reserves the right to replace the free item stated on coupon at its discreation and without prior notice.
  • Valid only for restaurants serving breakfast.
  • Not valid for McDelivary service.
  • Original price featured may vary according to restaurants.
  • Valid until 31 Mar 2011



okayh berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya aku nak story mory yang aku ke McDonald's Pengkalan, Ipoh tadi kan. korang nak tahu apa jadi? (bajet cam ramai baca entry ni). ramai beb! sampai keluar pintu McD tu orang serbu. masa kami sampai 10 pagi. bayang kan, gigih kami beratur. 2 jam selepas itu baru tiba di kaunter. tapi walaupun masa tu masuk Lunch menu dah, kami tetap boleh beli Breakfast menu sebab beratur berjam-jam. aku rasa something kena fixed dengan problem ni. kan??


firstly, aku rasa McD kena lebih strict pasal ni. tak payah allow orang yang print pun leh datang redeem coupon. atau, yang print color je. ni print black and white sekali pulak. yang penting, jangan bagi seorang customer redeem sampai 10 kupon! kan dah bgtau dalam T&C? why staff McD still allow them to do like that? lepas tu, suruh staff take order customer masa tengah dalam Q panjang tu. macam KFC KLCC yang selalu full tu, diorang amek order dulu, buat, then bila kat kaunter dah siap. ini tak dah sampai kaunter, terhegeh-hegeh pulak buat kerja. siap muka masam penat je. nasib aku yang memahami ni tak kisah. kalau orang lain? wahai McD, tahukah anda, saya sangat gigih dan sabar beratur dua jam?

sekian, saya yang kekenyangan McD hari ini.




contestDH2





Earth Hour & Malam Inspirasi Seni

Saturday, March 26, 2011


EARTH HOUR

tadi pi celeberate Earth Hour lepas bangun tido kul 8 malam. nasib bangun. kalau tak memang aku earth hour dalam tido je la. tutup mata pun kira bergelap apa? semalam aku ada post poem pasal dunia kita. relate lah pasal earth hour ni. kalau nak baca poem merepek tu pegi la kat post sebelum ni ye. hahaha. gila pemalas nak buat link. eh aku malas la nak cite banyak sebab now dah 3 pagi. ngantuk tahu nak taip. meh tengok gambar:








beberapa pelita buatan sendiri, dan lilin telah dinyalakan oleh committee UTP Earth Hour 2011 membentuk formasi nombor "60" yang bermaksud 60 minutes bergelap untuk earth hour malam tadi. aku terfikir, berapa banyak carbon monoxide yang terbebas di udara? =.=





terjumpa Jackie Koh, dan Amirul Hafiz bersama kawan mereka. entah siapa nama kawan diorang ni aku lupa tanya tapi, apesal gambar ko sorang clear ni? dang! gambar dengan Amirul Hafiz gelap sangat so malas post. tapi dia semangat celebrate Earth Hour pakai baju ada gambar bumi. eh Jackie and Hafiz, nak gambar kita yang bertiga yang lain-lain tu dalam kamera tadi. =.=



 




okayh FINE! orang tu ada kamera hebat. kita pakai kamera henset cabuk kita je. ni semua curi dari blog Hafiz. wakakakakka comel nya kami. kannn?





adalah sedikit performance dari band UTP, menari-nari ape ntah. lepas tu tayangan video pasal Earth Hour,
lakonan dari Tronoh Theatre Shop and macam-macam lagi. not bad lah bebudak UTP sambut Earth Hour sesama macam ni. tapi sedihnya, tak ramai support pastu ada je bilik-bilik kat hostel berhampiran ni yang still bukak lampu. tak supportive langsung! eh now, jum tengok gambar-gambar Earth Hour negara lain:





sudah lah mesti korang bosan. jum proceed to next topic. eh tak habis lagi post ni?
YA ALLAH, PANJANG BETUL!


MALAM INSPIRASI SENI

lepas celebrate Earth Hour, terus balik bilik dan bersiap untuk ke Malam Inspirasi Seni sempena Heart 4 Islam. mula-mula malas nak pergi tapi teman baik saya perform la pulak. alang-alang dia bertanding untuk Final apa salahnya pergi kan?





tu diaaaaa beriye-iye dia ketuk benda apa nama tu. tapi, perform masa tak sihat maka dapat no 4. sian kamu yer. hahahaha. by the way, ada artis nama Mu'adz tadi. nak tahu siapa dia, pegi blog dia : http://www.muadzseekinglight.blogspot.com/. Awesome gila suara. terus pergi download lagu-lagu dia tadi. sorry bro, nak beli album tak mampu. hahaha! eh kenapa gambar masa Malam Inspirasi Seni sikit sangat? sorry, battery phone dah koma masa ni. sekian, melaporkan event di UTP hari ni. siapa nak menang iPad 2 Malaysia tekan gambar bawah ni pulak tau! terima kasih kerana berasa bosan tengok post panjang macam ni =.=

contestDH2






ini dunia kita

Friday, March 25, 2011



ini dunia kita.
sana-sini bencana.
sana-sini pergolakan negara.
apa sudah jadi pada dunia kita?
dunia semakin tua.
pergolakan berantakan di sana.
syukur, negara kita masih serupa.
aman lagi sentosa.

ini dunia kita.
simpati pada rakyat Jepun sana.
tsunami selepas gempa.
kini radiasi pula.
selamatkah mereka?

ini dunia kita.
myanmar dan thailand gempa juga.
malaysia banjir sini sana.
dunia semakin tua.
terbatuk menahan sakit tua.
menangis meratap hiba.

ini dunia kita.
dari mesir ke libya.
kini syria pula.
bergolak sesama saudara seagama.
mengapa tiada kerjasama?

ini dunia kita.
sampai bila perlu harungi segala?
tidak sayang pada dunia kita?
hargailah dunia kita.
dunia kita yang semakin tua.


coretan rasa,
neyra shazeyra







contestDH2



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates