468x60

.

Selamat Pengantin Baru Tomok dan Noh! (@tomok_nb_oiam & @nohsalleh)

Thursday, June 30, 2011


kita mulakan mukadimah entry dengan gambar HOT kat atas. fuh fuh fuh. ex-crush dah nak menikah! ini dia Shah Indrawan bin Ismail yang saya minat sejak zaman sekolah lagi. sejak mula-mula dia dalam New Boyz zaman suara tak pecah comel je sengau-sengau tu sampai lah sekarang, masih jadi peminat dia. dulu, siap kena perli dengan ibu sebab tampal poster Tomok kat pintu almari. memang minat habis lah!

Hari ini, bersamaan dengan 1 Julai 2011 dua bakal pengantin baru iaitu Tomok dan pasangannya Ayu, serta Noh Salleh dari Hujan Band dan pasangannya Mizz Nina akan diijabkabulkan. wah masing-masing pilih tarikh yang sama ye?



Lynas plant safe by world standards?




Lynas plant safe by world standards, says review panel
By Debra Chong


KUALA LUMPUR, June 30 — Australian rare earths miner Lynas Corp won today international approval for its RM700 million plant being built in Malaysia’s east coast after a UN review panel said it posed no radioactive risks to the thousands who live and work there.

But International Atomic Energy Agency-appointed (IAEA) panel recommended 11 improvements for Putrajaya to implement before awarding Lynas further licences, including the one the miner needs to start pre-operations.

The federal government has also pledged it will adopt all the suggestions.

The Sydney-based company had previously hoped to fire up its plant by September; it will be announcing its next step later today.

It had earlier requested a halt to trading on its shares.



Mari menderma untuk anak yatim #TWTUPKASEH

Wednesday, June 29, 2011


siapa kata dunia maya ini tidak berfaedah? kalau kita guna cara yang betul, faedah untuk diri sendiri dan orang lain tu wujud disitu. main Twitter dikatakan buang masa? tidak. kalau anda berjaya libatkan diri dengan kerja-kerja amal seperti yang akan diceritakan selepas ni. apa itu #TWTUPKASEH?

#TWTUP adalah Tweetup iaitu meetup/gathering pengguna-pengguna Twitter. dah banyak kali saya join #TWTUP. selain dapat kenal pengguna-pengguna Twitter yang lain, dapat juga share any info and knowledge sesama mereka. so, apa itu #TWTUPKASEH? #TWTUPKASEH adalah salah satu Program Lawatan Kasih Twitterjaya ke Rumah Anak Yatim Amal Kasih Bestari di Kampung Melayu, Subang. Penganjur utama #TWTUPKASEH adalah Aida Suraya yang saya kenali dari Twitterjaya: @AidaSue.



#6 Wordless Wednesday - Cinta Hati

Tuesday, June 28, 2011




Barcamp KL 2011 Cyberjaya #barcampkl

Monday, June 27, 2011

So, here I am. Seorang gadis blogger yang sangat pemalas untuk update blog gara-gara sentap dengan Pisyek Kumar sebab tak transfer gambar-gambar di Joomla! Day Malaysia 2011 lagi. ye, saya sentap betul-betul. sebab dia, saya tak dapat review the full story about Joomla! Day Malaysia 2011 yang saya attend last week. entry yang ada tu hanya live update from Microsoft Office pada hari kejadian. kita lupakan seketika. ada masa nanti saya update tentang itu. hari ni kita cerita pasal Barcamp KL 2011 pula.


Barcamp KL yang keempat akan diadakan di Cyberjaya. Topik adalah terbuka dan semua yang berminat untuk berkongsi idea dan belajar sesuatu yang baru adalah sangat digalakkan untuk menyertai Barcamp KL 2011 kali ini. Mengikut pengalaman mereka yang pernah menyertai Barcamp KL, golongan yang paling ramai menyertai Barcamp ini adalah dari golongan industri teknologi. Apa itu Barcamp? oleh sebab saya malas nak menaip dan alih bahasa, sila baca maksud Barcamp dibawah:




Live Update : Joomla! Day Malaysia 2011 #jdmy #jd11my

Friday, June 24, 2011



Joomla! Day Malaysia 2011 Registration at level 29, Tower 2, PETRONAS Twin Tower, KLCC


Event booklet and goodies for Joomla! Day Malaysia 2011




SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK 2011




Tahniah kumpulan SEPAH kerana berjaya menjadi juara MAHARAJA LAWAK 2011 musim pertama. Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Manakala, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Tahniah untuk semua pemenang.



Respon Ustazah Siti Nor Bahyah Tentang Lawak Sepah, Siapa JUARA Maharaja Lawak 2011?

Thursday, June 23, 2011


saya tidak pernah menonton Maharaja Lawak secara live di TV, kebiasaanya saya download sahaja dari internet. ye lah, mana nak cari Astro dan TV di sini bukan? mengharapkan kepada internet semata-mata. Kalau semua sharing website kat internet disekat oleh kerajaan Malaysia, saya tidak tahu lah mana lagi boleh saya tonton rancangan-rancangan TV yang lain. mungkin duduk di tengah hutan dara UTP ini tanpa mengetahui isu semasa diluar?

Saya download Maharaja Lawak minggu ke 12, dan tonton lawak kumpulan Sepah tentang rancangan Semanis Kurma Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya. dan saya google di internet, lihat banyak tajuk blog seperti ini: "Lawak Sepah Maharaja Lawak persenda Ustazah Siti Nor Bahyah", "Ustazah Siti Nor Bahyah saman kumpulan Sepah", dan pelbagai lagi. adakah ini semua hanya segelintir respon masyarakat kita yang melatah tentang isu ini? dan bagaimana tentang respon dari Ustazah Siti Nor Bahyah? saya ambil info dari blog Nizam sebentar tadi:




Joomla! Day Malaysia 2011 #jdmy




Joomla! Day Malaysia is a yearly event organised by the community, and this year, it is organised by Slashes and Dots Sdn. Bhd. together with other participating groups.It is non-profit making event and aims to provide a platform for web developers, companies and Joomla! community to learn more about Joomla!. It also serves as networking platform from Joomla! community in Malaysia with Joomla experts from the industry, as well as Joomla core team members. Alhamdulillah lima hari yang lepas dapat email berbunyi begini:




Review: Pecah karya Nizam Bakeri dan Catatan Nizam Sani karya Nizam Sani

Wednesday, June 22, 2011


Rajin betul baca buku. beli buku pun rajin. tapi buku teks untuk belajar semua saya fotostat saja. hehehe... kali ni review dua buah buku dari dua penulis yang maha hebat, Nizam Bakeri dan Nizam Sani. yang bernama Nizam ni memang hebat berkarya ya? Dua buah buku yang akan direview kali ini adalah Pecah karya Nizam Bakeri dan Catatan Nizam Sani karya Nizam Sani. Ya, kedua-duanya blogger dan saya mengenali mereka dari dunia blog. kedua-dua buku juga saya beli online saja.




#5 Wordless Wednesday - Pengkomen Terhebat di Reezluv.com

Tuesday, June 21, 2011




Perak Choral Festival

Monday, June 20, 2011


pada hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan telah menyertai rombongan ke Ipoh. zekzekzek! terlalu skema! wadehel jadi karangan budak sekolah rendah ni? ye, pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 18 Jun 2011, saya sebagai ahli koir UTP dan rakan-rakan lain mewakili UTP ke Perak Choral Festival 2011. apa ada? hari sabtu lepas ada workshop belajar choir semua ni dengan Tracy Wong dan Susanna Saw. agenda hari itu ialah, Choral Music in Malaysia : Striking A Balance. sebenarnya ada 40 orang yang mula-mula nak pergi tapi end up dengan 15 orang je. itu pun pakai roger saja sesiapa. si Pisyek Kumar (dia ni lagi?) yang bukan choir pun join sekali.




EUPHONIOUS 2011

Sunday, June 19, 2011


EUPHONIOUS 2011 : Inter-University Band Competition telak diadakan di Chancellor Hall, UTP pada 17 June 2011, 7:45pm - 11:45pm. Harga tiket masuk ke Konsert Euphonious ni ialah RM6. tapi kalau beli kat pintu masa malam tu RM8. doorsale mahal sikit la. hanya ada 6 finalist yang berjaya ke Final daripada 24 band yang berentap. 6 finalist adalah dari band-band UTP dan UiTM. Guest Performance ialah Pesawat dan Stonebay. woot woot!



Wedding Day || ieyra dah kahwin?

Saturday, June 18, 2011


last week,aku balik kampung di Kampar. ye, last week. aku memang jenis lambat update sebab rasa macam semua benda nak update sampai dah tak tahu mana perlu update dulu. masa tu semua orang kecoh bila aku tweetpic and upload photo-photo kat wall facebook untuk wedding day masa tu. siap ada yang buat blogpost. ieyra dah kahwin? dengan siapa? kahwin ke bertunang?




Gambar Fenomena Gerhana Bulan Penuh

Wednesday, June 15, 2011



bukan dari kamera saya tapi dari kamera Kayrel Anuar


semua sudah sedia maklum, malam tadi, 16 Jun 2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am telah berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut boleh dilihat dengan jelas di Malaysia. kita flashback dulu apa yang terjadi di negara lain sebelum Gerhana Bulan Penuh ini berlaku:

Gempa bumi di Haiti
Gempa bumi di Christhurch, New Zealand
Gempa Bumi di Sulawesi, Indonesia
Gempa Bumi di Sumatera, Indonesia




Review: Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha



Tajuk: Kasih Yang Suci
Karya: Meen Zulaikha
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.90
Bilangan mukasurat: 572 mukasurat


"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...



Untuk Kamu, Dari Aku.


hampir terlupa saya dengan hal ini. terima kasih Faridzul Asyraf yang kacak sangat ingatkan saya di wall Facebook sebentar tadi. saya rasa saya perlukan PA sebab saya sangat busy hingga hampir terlupa. apa yang telah dibelanjakan? RM50? mana cukup pun tapi setelah ditokok tambah. ehem....saya segan lah nak cerita. *tutup muka*





Certified Ethical Hackers T-Shirt


hah, si Pisyek Kumar tu ingat, dia je boleh buat entry macam ni? aku pun boleh. jum baca entry unpackaging Certified Ethical Hackers T-Shirt yang aku dapat sejak Rabu lepas ni.






#4 Wordless Wednesday - BUKAN PENYU

Tuesday, June 14, 2011




CONTEST PEACE NO WAR










adik Muna buat contest, saya datang support. 
maaflah Muna, kakak macam orang gila di atas ini. 
tak macam Abang Pisyek kamu tu. kacak bergaya, padat lagi! 
heh?





Who is Ayun Ayunar?

Monday, June 13, 2011






Friendly Ayun, is a fashionista blogger and success business woman (woman ke? heh!) in blogging industry. cewahhh ayat puji buat Ayun kembang. nice to meet u babe. nice to see you at UTP. lepas ni entah bila lagi dapat jumpa kan? jangan lupa invite me for wedding. hahaha! 
untuk semua, boleh visit blogshop Ayun di ayunar.biz . Let's shopping! :))



Keputusan Penuh FINAL Akademi Fantasia 9

Sunday, June 12, 2011



TAHNIAH buat Hazama AF9 yang telah merangkul juara Akademi Fantasia 9 sebentar tadi setelah membawa dua buah lagu, Pukau dan Cinta Teragung. Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro dan turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.




Review: KL Gangster

Thursday, June 09, 2011




pergh rajin betul review kan? dah lah gua ni jenis pemalas. tapi atas permintaan orang ramai, pukul 3:40am gua update entry ni lu tau tak? letak mancis kat kelopak mata tahan mengantuk. mentang-mentang lah gua selalu tengok movie masa hari pertama. atas sifat keterujaan korang masuk entry review karak tempoh hari, gua teruskan juga niat suci murni gua taip review KL Gangster pulak. lu orang dah tengok ka filem anak pakcik yusof haslam ni?

semua orang kata gempak gila ah trailer movie ni. fuyoooo KL Gangster sold out dowh! FULL HOUSE! gua tengok kat Big Cinema, Sitiawan pun sold out. nasib baik ada makhluk baik hati belikan tiket awal sehari. kami menonton berlima. gua, abang long fadil, abang kawasan Tronoh iaitu Pisyek, ketua mafia cawangan Seri Iskandar iaitu Amirul dan ketua gangster UTP iaitu Ryzal. gua seorang ja perempuan. sebab gua princess yang mempunyai 4 orang bodyguard. huh, merepek melampau!




Nonprofit Torrentflux Services untuk Peminat Bittorent

Wednesday, June 08, 2011



 "Arghh!! Lambatnya nak download movie guna torrent ni!! Penat aje guna internet 1Mbps, tapi lembap betul! 20-30Kbps jek. Hmm !!


"Kenapa la torrent ni tak laju macam direct download ye? Kan best kalau sama. Huhu"


Itulah ayat-ayat yang biasa kita dengar kalau download movie ke, software ke, guna torrent. Memang macam tu. Internet di Malaysia ni kebanyakannya menghadkan penggunaan torrent atau p2p (peer-to-peer). Konsep di mana kita berkongsi apa sahaja fail yang kita ada dengan orang lain melalui internet. Kita perlu upload fail kita di internet dan apabila orang ramai hendakkan fail kita, mereka perlu download fail tersebut. Apabila selesai download, mereka perlu berkongsi pula fail tersebut dengan orang lain. Lagi ramai orang berkongsi sesuatu fail tersebut. lagi laju kelajuan download fail tersebut. Yeah, sharing is caring, right??Konsep torrent ni ada baik dan buruknya. Yela, semua benda mana ada sempurna kat dunia ni. Jom kita tengok apa yang baik,apa yang buruk.





#3 Wordless Wednesday - Ayunar.biz

Tuesday, June 07, 2011





Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - wiki.answers.com



Watsons YOU Awards Season 4 + Lepak Blogger at Times Square




sedia maklum, saya sangat busy sepanjang minggu lepas. ke sana ke mari mengalahkan Perdana Menteri Uzbekistan, saya ada banyak urusan di Kuala Lumpur. last minute call, saya harus ke Kuala Lumpur pada 4 June 2011 dan terpaksa membatalkan hasrat berbikini di Teluk Batik. heh? bukan! mandi manda di Teluk Batik. saya tiada bikini. mari kita baca entri sambil melihat gambar. saya ceritakan setiap satu ye?




yang menghantar saya ke KTM Station Batu Gajah ialah jejaka kacak menawan kalbu, Fareez Akmal. sempat juga berlaku pengalaman seram ala-ala Karak di sana, tapi kita abaikan cerita seram itu. dari dalam Shuttle Train ke Kuala Lumpur saya terlihat ciptaan Tuhan paling indah pernah saya lihat. saya kira, menggunakan kamera cabuk saya tidak akan nampak secantik ini tapi tetap kelihatan cantik di mata saya. Subhanallah, indah bukan?


hari pertama di Kuala Lumpur, saya hanya berjalan-jalan ke KL Sentral dan juga Midvalley. sempat juga melepaskan perasaan mengidam mahu makan Mee Wantan di Food Court, Midvalley. tapi, keinginan untuk makan Takoyaki tidak dapat dilaksanakan. Maaf, saya tidak makan nasi maka haruslah keinginan makan macam-macam itu pelik sedikit. petang itu, sebelum pulang ke Shamelin sempat singgah di Saloon Handz, di area kawasan Pandan. nama saloon je Handz tapi saloon rambut. hehehe...potong rambut!





Konsert DiRaja Perak 2011

Monday, June 06, 2011



enam hari lepas, (saya sangat pemalas nak update blog) saya bersama teman saya ke Konser DiRaja Perak sempena ulang tahun hari keputeraan yang ke-83 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Konsert DiRaja ni dianjurkan oleh Kementerian Negeri Perak Darul Ridzuan, Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

sebenarnya, last minute dapat kad jemputan. nasib lah pakaian perempuan senang cari. tak macam Jackie Koh kelam kabut satu kecoh satu dunia cari blazer. saya pakai baju kurung pun dah siap boleh pergi. sempat ke pasar malam lagi setengah jam sebelum tu tau! mula-mula fikir taknak pergi. then macam best dan eksklusif je, maka saya ke sana juga, teruja ok. mana pernah pergi konsert penuh formal macam ni.




Pertandingan Komen Terbanyak di Reezluv.com

Wednesday, June 01, 2011


siapa Reezluv.com ni? tetibe je interframe secara ekslusif dalam ieyra.com ni kan? Reezluv.com ni abang jambu berblog pink. katanya blog dia pink sebab tunang dia pun nama pinkie kan? eh eh terkantoi pulak reveal status abang jambu ni. maap, aku taknak semua pembaca blog aku ni terpikat dengan senyuman jambu kau kat atas ni.

semalam balik tengok wayang bersama rakan maya dalam kesamaran malam aku baca entry dalam blog abang jambu. heh? ada contest lah! Pertandingan Komen Terbanyak di Reezluv.com? hah hadiah semua masyuk dowh! (tetibe bahasa rempit keluar). meh cikedaut hadiah-hadiah yang ada:




#2 Wordless Wednesday - Watsons YOU Awards Season 4






note: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - wiki.answers.com



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates