468x60

.

Eid Mubarak

Sunday, August 26, 2012


SELAMAT HARI RAYA! ok, slowpoke sangat. dah hari raya keberapa entah baru ada masa nak update blog. almaklumlah dah final year kat UTP maka, bajet macam final year student yang busy kengkonon. lepas raya ada final exam macam ni lah nak raya pun tak best sangat. so tahun ni, turn beraya di PERAK! yeah, Kampar Perak yang macam lah jauh sangat dari Tronoh yang gersang ini. sejam je dah boleh sampai sebenarnya... zzzz... eh cop! kenapa letak gambar dengan roomate ni? haha~





#TwtupBerbukaUTP

Sunday, August 12, 2012

tahun lepas pernah organize iftar gathering budak blogger + twitter. tahun ni saya organized lagi iftar sesama UTPian, #TwtupBerbukaUTP. seramai 60 orang datang okeh khamis lepas? meletopz sangat UTPian semua.





dua puluh empat tahun kehidupan.

Saturday, August 04, 2012


Bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah, genap duapuluhempat tahun kehidupan di dunia ini pada tiga haribulan lapan dua puluh dua belas yang lalu. syukur kepada-Nya aku masih bernafas hingga ke hari ini, walaupun semester ini dah sepuluh kali pergi klinik. cipta rekod kesihatan paling banyak penyakit di sana mungkin? di entri dua puluh tiga, dua puluh dua dan seterusnya, tak sangka dua puluh empat tahun sudah berlalu dan saya masih belajar dan terus belajar untuk hidup. remember, learn to see things backwards, inside out and upside down to make me as a better person. reach high, for stars lie hidden in my soul and dream deep, for every dream precedes the goal. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.


usia dua puluh empat tahun ini juga, terharu dapat kek hari lahir. rasanya, sejak tadika tak pernah ada dah kek harijadi. terima kasih untuk awak, yang susah payah buat saya terkejut malam tu dengan semua ni. rasa terharu bila ada orang berusaha untuk buat kita gembira. peluk teddy gemuk kuat kuat sampai lena setiap hari ketika lelapkan mata. hadirnya awak dalam hidup saya, dah cukup buat saya gembira setiap waktu. your presence is my best birthday present.

Doa saya, moga saya terus kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan ini kerana usia duapuluhempat belum lagi pengakhiran ceritera hidup saya ♥



Review: Step Up Revolution



Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Musical / Dance
Duration: 1 Hour 39 Minutes
Director: Scott Speer
Cast: Alyson Stoner, Adam G.Sevani, Stephen Boss

selepas menonton Total Recall, terus pergi sambung tengok Step Up Revolution pulak. bab-bab marathon movie ni gigih sikit sebab tengok hari jumaat, pakai harga student murah haha~ rasa macam baru je lagi tengok Step Up 3D masa intern hari tu, ni daha da Step Up revolution pulak dah. 




Review: Total Recall




Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Action / Adventure / Science Fiction
Duration: 2 Hours
Director: Len Wisemen
Cast: Colin Farrell, Bill Nighy, Bryan Cranston, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Ethan Hawke

dah ramai sangat selalu duk tanya kat Twitter, filem ni berapa jam? lama ke? siapa berlakon? hah lepas ni buat review nak letak semua details siap-siap. hehehe.. semalam tengok Total Recall, lepas dipengaruhi akwan-kawan Twitter yang katanya filem ni best gila. ye ke? cerita pasal apa entah?




Review: Ice Age 4 Continental Drift



baru tengok Ice Age 4 last week. sangat slowpoke rasanya. haha~ Mula-mula rasa malas nak tengok, tapi sebab dah tengok Ice Age sebelum-sebelum ni, rasa tak lengkap kalau tak tengok jugak. Seperti biasa, filem Ice Age akan dimulakan dan diakhiri dengan babak kejar mengejar antara tupai tanah dan buah keras. Cerita dia bermula dengan Scrat yang cuba memiliki Hazelnut kesayangannya dengan bermacam macam halangan bumi terbelah kononnya. terpecah habis semua benua gara-gara si Scrat ni ha. babak pertama dah menunjukkan lawak! comel betul Scrat.




Review: The Dark Night Rises




dah tengok cerita Batman ni hari kedua dia keluar lagi. Then tak sempat-sempat nak buat review. dasar pemalas. haha~ siapa tak kenal Batman kan? superhero semua orang dari kecil ni. selepas beberapa tahun tak menonton filem Batman ni, ingatkan dah takde langsung cerita Batman baru. Christopher Nolan finally lengkapkan jugak trilogi cerita Batman dia ni. Dalam the Dark Night Rises, Nolan buat macam filem ni filem Batman without a superhero. why? jengjengjeng...




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates