468x60

.

resipi: banana smoothie

Friday, February 01, 2013


haritu dah buat Banana Caramel. malam ni dinner buat Banana Smoothie pulak. 
sedap dan kenyang. bagus untuk diet. eh?



Tok.




Tok,
hari ni dah 31 Januari 2013. genap 3 bulan, Tok pergi tinggalkan kami semua. kakak rindu Tok. rindu nak usik-usik gurau dengan Tok. raya tahun 2011, Tok sihat lagi beraya dengan kami semua. boleh berdiri lagi. raya tahun 2012, tok dah sakit-sakit. masa tu kakak tahu, raya tu raya terakhir dengan Tok. tak boleh nak mekap-mekap Tok dengan bedak lagi lepas ni kan?



Tok,
lepas ni setiap kali hujan ribut, siapa nak bebel kat kitorang lagi tutup TV kipas lampu semua? siapa nak bebel kat kitorang lagi cermin tu kena tutup dengan kain? siapa nak bebel jerit kat kitorang lagi? siapa nak senyum ketawa dengan kitorang lagi? camne nak dengar ayat-ayat pelik dari tok lagi? 



Tok,
masa Tok mula masuk hospital, kakak risau sangat. kakak takut Tok pergi sebelum kakak sempat jumpa Tok. tapi sempat jugak kakak jaga Tok kat hospital. walaupun kakak sedih masa tu Tok tak habis-habis mintak balik rumah. Tok cakap "aku nak mati kt rumah.. taknak mati kat sini". Tok merayu-rayu tapi kakak tak boleh buat apa. lepas tu Tok keluar hospital, teringat kakak cuti semester dulu, kakak jaga Tok. bawak Hazwan datang rumah, jaga Tok sama-sama. angkat Tok, mandikan Tok semua. Tok selalu tanya, pasal pakwe kakak kan? terus kakak bawak Hazwan jumpa Tok. Tok doakan kakak dengan Hazwan ye? 



Tok,
subuh tu Tok meninggal dunia, kakak terus nangis dapat call dengan sms tu. kalut kakak balik Rompin tukar-tukar macam-macam transport macam tu. tapi, roomate kakak ada cerita sebelum kakak habis belajar aritu. malam sebelum Tok meninggal, Tok ada datang tengok kakak tengah tidur lena masa tu. Tok datang tengok kakak buat kali terakhir ke? 

Tok,
kakak nak Tok tahu kitorang semua rindu Tok. sangat rindu Tok. 



السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ َلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

Ertinya: “Semoga kesejahteraan bagi kalian wahai para penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin. Dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul. Aku meminta kepada Allah keselamatan buat kami dan kalian.” (HR. Muslim)




Al-Fatihah, Jura binti Ngah. 







 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates