468x60

.

Camping Trip: Bukit Broga, Selangor - Port Dickson, N9 - Pulau Intan, Melaka (Day 2)

Saturday, March 28, 2015

hari kedua di Port Dickson, saya bangun awal. terus sediakan breakfast. saya bawa roti sebuku, bawang seulas, sos cili dua paket kecil dan sardin satu tin. sandwich sardin! sambil makan, tengok berpuluh kapal terbang lalu atas kepala. Tak payah susah-susah pakai DSLR, atau susah-susah nak zoom jauh-jauh nak ambil gambar, pakai phone terus dapat amek gambar mcm ni. Haha! Gila rendah terbang kitorang duk main teka teki kapal terbang airline mana yang lalu.

sandwich habis okayh lapar memasing bangun tido kecuali Haziq la bangun lambat! lepas habis makan terus buat aktiviti berenang di tepi pantai. ye lah mandi pepagi takde la rasa panas terik membakar kulit sangat.



Camping Trip: Bukit Broga, Selangor - Port Dickson, N9 - Pulau Intan, Melaka (Day 1)


Rasa macam blog ni dah jadi blog cerita pasal travel je. haha! okayh, kali ni nak story pasal backpacking, hiking, camping trip dengan kawan-kawan masa Chinese New Year last February. sebenarnya tak plan pun nak pergi mana buat apa semua kecuali niat nak hiking di Broga Hill. tapi kami bawa je khemah and baju segala bagai sumbat dalam kereta and go! unplanned trip is always the best trip ever!

 

kami berlima; saya, Azlan, Aika, Haziq and Robel bertolak ke Broga Hill pagi dalam jam 430 pagi. malam tu baru timbul idea nak pakai merah untuk CNY pulak tu. nasib masing-masing memang bawak baju bertema kan CNY. sebenarnya malam tu risau jugak lah. sebab hujan lebat sangat dari petang sampai ke tengah malam. boleh ke hiking ni kalau trek basah licin? huhuhu. tapi masa sampai tu abang jaga parking tu cakap, trek kering. boleh naik sebab pagi tu pun tak hujan yeah! gigihlah hiking dalam gelap gelita bertemankan lampu suluh yang dibawa. this is my first time hiking kat Broga Hill okayh! masa zaman kolej area sini dulu, Broga Hill tak se-famous ini.



Apa itu Shopback Malaysia?

Tuesday, March 24, 2015

Apa itu Shopback Malaysia? Well, kalau korang online shopper yang tegar, online portal yang baru ni…definitely what you are looking for! Ramai diantara kita yang lebih suka online shopping daripada virtual shopping, kan? Or.. dengan kata lain, korang boleh jimat masa, tak perlu bersesak pergi shopping mall, tak perlu isi minyak dan parking! Semuanya sekarang di hujung jari korang je! 



Tak susah pun…dengan hanya beberapa klik, semua benda yang ada kat hujung dunia sekalipun boleh korang dapat dengan mudah. Satu-satunya jalan penyelesaian ialah ONLINE SHOPPING! Tapi, berapa banyak je online stores yang menawarkan pulangan semula wang pembelian korang? 






Fesyen Muslimah Clothing Untuk Ke Pejabat!

Wednesday, March 11, 2015

Sejak kebelakangan ini, industri fesyen tanah air kita memang sangat meriah dengan revolusi fesyen muslimah yang semakin berkembang pesat, kan? So, kalau korang semua merupakan salah seorang follower setia fashion Muslimah kat Malaysia ni, mesti korang ada perasan kan fasa-fasa dimana bermulanya kegilaan trend palazzo pants, kemudian diikuti dengan pleated maxi skirts, long cotton dress, cardigan hinggalah baju kurung peplum! Untuk trend tahun ini pula, industri fesyen Muslimah sekali lagi meriah dengan kemunculan rekaan-rekaan pakaian muslimah yang menarik seperti long jumpsuit, shirt dress, long tutu skirts, jubah cotton, blouse Muslimah dan banyak lagi.

Bagaikan lumrah kehidupan seorang individu yang berkerjaya (atau sebenarnya semua wanita mempunyai dilema yang sama!), setiap pagi kita akan mula buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Professional? Casual? Santai? Pakaian yang terlalu banyak dalam almari dan bukannya tidak ada pakaian yang sesuai, tapi setiap hari tetap dilema yang sama berulang seolah-olah sudah kehabisan idea untuk bergaya. So, untuk kali ini.. saya nak bagi sedikit idea untuk wanita-wanita bertudung yang mungkin mahu bergaya dengan fesyen Muslimah clothing untuk ke pejabat. Takkan nak pakai fashion yang sama je ke pejabat kan? kenalah ikut trend semasa gituu...



Backpacking Trip: Siem Reap, Cambodia (Day 3)

Thursday, March 05, 2015


hari ketiga di Siem Reap dimulakan dengan cari breakfast! hahaha. sebab rasa awkward nak makan breakfast kat hotel sendiri, pergi cari breakfast kat tempat lain. tapi, ada Malaysian yang belanja pagi tu. kahkahkah. selamat lagi duit. 1 set breakfast kat hotel apa ntah, $3 ada toasts, kopi, juice, buah apa semua. murah lah jugak sebenarnya.



Backpacking Trip: Siem Reap, Cambodia (Day 2)


Day 2 at Siem Reap, aktiviti dimulakan dari bangun jam 330 pagi, bersiap dan semangat nak pergi Angkor Wat, sekali driver tak datang sebab demam. haha! terus hotel call cari driver lain, bergerak dalam jam 430 pagi, lepas tu terus tuktuk driver bawak ke tempat membeli pass masuk Angkor Wat berharga $20. nasib baik masa jam 500 pagi  ni tak ramai orang sangat. oh ya, tour ke Angkor Park ni $18 ambil pakej dari hotel.



Backpacking Trip: Siem Reap, Cambodia (Day 1)





yeah blog ni memang update setiap kali lepas travel je. punya malas tuan rumah ni. okayh, 31 Januari 2015, saya ke Siem Reap, Cambodia. first destination tahun 2015 ni. tapi agak menangis jugak travel time Ringgit sangat rendah jatuh menjunam. lagi menangis sebab Cambodia pakai USD! gila sedih berat je tangan nak tukar $150. masa ni, rate USD 1 = RM 3.595.





 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates