468x60

.

Makan Malam di Bintang Revolving Restaurant - Restoran Berputar Pertama di Malaysia

Friday, May 27, 2016



Beberapa hari lepas bila throwback gambar (di atas) makan malam berlatar belakang pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur, ramai tanya lokasinya. Ada yang komen macam view dalam drama-drama. Over tau korang! Sebenarnya ini gambar makan malam di Bintang Revolving Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan untuk ke sana lagi dan kali ini Fine-Dining terus. Teruja! 

Bintang Revolving Restaurant terletak di tingkat 18, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Bintang Revolving Restaurant merupakan restoran berputar pertama di Malaysia. Menikmati makan malam sambil lihat panaroma indah kotaraya Kuala Lumpur sambil berputar 360 darjah memang best! Restoran ni sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga atau dating sambil feel nak romantic bagai ke kan. Ye la sambil makan malam, siap ada pemandangan background KL Tower dan KLCC Twin Towers lagi. 




Aneka Selera di The Eatery, Four Points by Sheraton

Thursday, May 26, 2016


Berkesempatan ke Four Points by Sheraton malam tadi dan berbuka puasa (puasa ganti la haha) di The Eatery bersama Shafiq, Najihah dan Fawwaz. Fuh, nak menanti buka puasa tu sebijik lah masa bulan Ramadhan. Ye la, dah ter sampai awal sangat kat Four Points haha! Aneka Selera di The Eatery, Four Points by Sheraton menyediakan leboh 100 jenis juadah makanan. Fuh memang tak senang duduk lah menanti waktu buka puasa semalam bila dah tengok macam-macam aneka makanan ada.



Pelancaran Inspirasi Raya 2016 Anzel Scarf by Anzalna Nasir & Abang Terlajak laris (ATL)

Wednesday, May 25, 2016



Lately ramai betul selebriti yang dah mula berniaga online kan? Ye la dengan populariti yang ada masa ni lah nak menambah pendapatan dengan berniaga. Tak ketinggalan, pelakon Anzalna Nasir pun dah mula berjinak dalam dunia perniagaan ni dengan mengeluarkan jenama hijabnya yang tersendiri iaitu Anzel Scarf.



Beli Rumah, Jom Umrah Dengan IJM Land




Siapa je tak teringin nak ada rumah sendiri kan? Saya percaya semua orang punya impian untuk memiliki rumah sendiri. Tapi dalam masa yang sama sedang keliru nak simpan duit beli rumah sendiri atau menunaikan ibadah ke tanah suci dulu. Atleast buat umrah dulu la kan? Hah, good news! IJM Land akan bantu selesaikan masalah korang tu. 



Mauritius destinasi terbaru AirAsia X




Cantik kan Mauritius ni? Ala-ala paradise island gitu. Ha...siapa tahu di mana terletaknya Mauritius? Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Fuh, complicated nak explain, korang google maps je lah tak pun tengok atlas peta dunia atas glob dalam makmal sains! Tapi Mauritius ni memang cantik dan terkenal sebagai volcanic island yang mempunyai lagun dan batu karang yang cantik! Dan tahukah korang bahawasanya Mauritius ni kecil je? Hanya 45KM lebar dan 65KM panjang? Fuh. Dan dengan mempunyai 9 district, sebenarnya ada beberapa aktiviti boleh kita buat di pulau kecil ini. 



Buffet Ramadhan di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur

Monday, May 23, 2016


Dijemput untuk ke Buffet Ramadhan Preview bersama rakan-rakan dari Projek Travel minggu yang lalu di Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur. Kali ni, lain macam sikit buffetnya. eh lain macam apa? Hah, memang banyak pilihan juadah makanan cuma kelainannya, makanan yang dihidangkan terdiri daripada beberapa negara dan juga pelbagai jenis. Takde la sama je macam buffet Ramadhan yang lain ye dak? 



Buffet Ramadhan Selera Desa Nostalgia 60an di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Thursday, May 19, 2016

  

Masuk je di Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur minggu lepas, terus menangkap lagu-lagu lama nostalgia yang sedang didendangkan. Fuh, lagu klasik nostalgia betul ni. Kena dengan tema Ramadhan mereka kali ini, iaitu "Selera Desa Nostalgia 60an". Wahhhh makanan apa pulak yang terhidang kali ni agaknya? Hah jom tengok video dari Projek Travel di bawah ni:



Atita Haris, DJ Nas-T dan Opi Duta Koleksi Felinna Raya 2016

Wednesday, May 18, 2016


Siapa je tak kenal dengan Felinna kan? Nama yang cukup terkenal dan besar juga. Butik pakaian terkenal Felinna Boutique baru-baru ini memperkenalkan duta kepada koleksi rekaan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Felinna Raya 2016. Menariknya, pasangan selebriti yang hot kebabom sweet iaitu Atita Haris dan DJ Nas-T dilantik sebagai duta untuk Koleksi Felinna Raya 2016! Eh mestilah si comel Opi pun duta bersama. Lengkap satu family bahagia jadi duta. Selalu follow kisah mereka ni kat Instagram, memang sweet je tengok. 



Hot Catering & The Club Bukit Utama Menyediakan Buffet Ramadhan dan Pakej Perkahwinan Eksklusif




Menjelang bulan Ramadhan ni memang banyak betul jemputan makan Ramadhan Buffet. Takpe lah gemuk bahagia sebab makan. haha! Kali ni, saya ke The Club, Bukit Utama pula. Dengan kerjasama Hot Catering, The Club Bukit Utama kali ini menyediakan lebih 60 juadah terbaik khas buat korang yang nak berbuka puasa kat sana. Dengan tema "Nikmati Sajian Dari Dapur Bonda", juadah yang disediakan bukan je menarik, tapi memang menyelerakan lah! Lebih-lebih lagi semua juadah disediakan sendiri oleh Chef Warisan negara yang terkenal dan berpengalaman iaitu Chef Yang Jamil. Sekaligus beliau juga adalah Duta Chef Hot Catering.



Buffet Ramadhan Dari Dapur Ummi di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

Tuesday, May 17, 2016




Dari Dapur Ummi kembali di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur Nak dekat bulan Ramadhan ni memang macam-macam buffet Ramadhan la bakal muncul ya. Sempena bulan Ramadhan ni la banyak betul reunion dengan kawan-kawan la, makan bersama family la. Hah, salah satu pilihan saya bulan Ramadhan tahun ni ialah buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dan tahun ini tema “Dari Dapur Ummi” akan kembali! 



Hafidz Roshdi sebagai Duta Maria Miracle

Monday, May 16, 2016


Maria Miracle, makanan tambahan untuk kecantikan

Maria Miracle iaitu makanan tambahan untuk kecantikan yang sedang mula berada di pasaran sejak September tahun lalu terus mendapat kepercayaan pengguna seluruh negara sampai ke Singapura tu ha sebaik sahaja Equal Herbs Sdn Bhd mengumumkan dutanya, iaitu pelakon popular yang membintangi Tundukkan Playboy itu, Hafidz Roshdi. 

Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd, Maria Hasmin Marzuki yang juga merupakan pengasas Maria Miracle berkata pemilihan Hafidz sesuai dengan personaliti yang dimiliki selari dengan namanya yang semakin hangat diperkatakan termasuk bakatnya yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Untuk sedikit kelainan juga, Maria Miracle memilih selebriti lelaki kali ini untuk menjadi duta mereka kerana mahu lari dari tipikal pemilihan selebriti wanita sebagai duta produk kecantikan di pasaran sekarang. Hafidz Roshdi juga diharap untuk menjadi ikon atau role model yang baik buat anak muda dan juga menjadi duta Maria Miracle dengan penuh amanah. 



Johor Trip: Supper di Bigdaddy's Family Cafe, Johor Bahru




BigDaddy's Family Cafe


Selepas menonton perlawanan antara JDT dan Penang malam tu, sempat kami singgah supper ke salah sebuah café hipster di JB ni, iaitu BigDaddy’s Family Café. Fuh sampai je dah terhidang makanan atas meja sebab team Legacy dah sampai dulu. Ada pelbagai makanan yang dah disediakan untuk kami berpuluh orang serbu café tu malam tu. Dah la selain kami, ramai juga pengunjung café ni malam tu. Fuh, fullhouse terus hah! BigDaddy’s Family Café ni terletak di Bandar Baru Uda. Takde la rasa jauh sangat pun dari Stadium Larkin malam tu.



Johor Trip: Majlis Pelancaran Southern Tigers by Legacy Perfume

Thursday, May 12, 2016


Entry lepas ada bagitahu kan Johor Trip kali ni atas jemputan Legacy Perfume ke majlis pelancaran Southern Tigers by Legacy Perfume. So yeah, kami sampai ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin, Johor Bahru. Legacy Perfume sebelum ni pernah mengeluarkan edisi terhad untuk Pasukan Bola Sepak Kedah FA, dan kali ni perfume edisi terhad ini untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) FC pula.  



Johor Trip: Menikmati masakan melayu kampung di Restoran Seri Bayu Perdana, Johor Bahru

Wednesday, May 11, 2016


Kebetulan, baru sahaja menikmati masakan royale terus dari Chef Istana Johor minggu lepas, saya dapat jemputan ke Johor Bahru pula untuk hadir ke majlis pelancaran minyak wangi JDT Southern Tigers by Legacy dan juga menonton perlawanan bola sepak di antara JDT lwn Penang. Pagi tu bertolak jam 9 pagi, terus sampai Johor Bahru je singgah makan tengah hari di Restoran Seri Bayu Perdana, Johor Bahru.


Terletak di Jalan Susur Dewata1, Larkin Perdana, restoran ini menghidangkan pelbagai juadah masakan melayu kampung. Fuh memang banyak lah. Masuk je terus ambil pinggan dan cedok mana-mana lauk yang berkenan. Entah kenapa, ayam bakar kat restoran ni saya rasa yang paling sedap antara semua! Bertambah jugak lah makan ayam je. haha! 



Restoran Seri Bayu Perdana ini sangat terkenal di kalangan orang Johor sendiri dan juga pelancong-pelancong dari Singapura, Batam dan lain-lain. Ye lah, kedudukan strategik juga berdekatan dengan Singapore dan Batam kan? Pemiliknya Hj Wahab bin Muslim berkata, Restoran Seri Bayu Perdana mula beroperasi sejak tahun 2000, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dibuka pula seawal jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. 


Antara menu kegemaran yang disukai ramai, sebelah pagi ada sarapan nasi lemak daun pisang yang sangat popular, dan juga 75 jenis lauk pauk di waktu tengah hari. Fuh, memang banyak sampai rambang mata nak makan apa! Harga juga sangat ekonomi dan berpatutan serendah RM5 untuk 1 set makan yang mengandungi nasi, lauk dan juga sayur. Air yang disediakan juga banyak pilihan. Hah, kedai ni peak hournya bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kira penuh sesak la orang nak makan sini sampai licin 75 jenis lauk tu hah.

Antara juadah yang dihidangkan:
















Selain itu, sempena bulan Ramadhan akan datang ni, Restoran Seri Bayu Perdana juga akan menyediakan lauk pauk ekonomi dengan harga berpatutan, tapi tiada buffet ramadhan bermula jam 2.00 petang hingga 9.30 malam. ye lah, bulan puasa boleh berjimat cermat tak perlu berlebihan dan zuhud gitu. Pening nak makan apa atau bazar ramadhan harga hipster sangat boleh lah ke Restoran Seri Bayu Perdana ni beli juadah berbuka puasa ye dak? Restoran Seri Bayu Perdana juga menyediakan katering.





group photo by Najeeb 


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi mereka di 019-7344646.

Restoran Seri Bayu Perdana,
No 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, 
Larkin Perdana,
80350 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.



Johor Food Cultural & Craft Fest 2016: Jom cuba makanan tradisi Johor!



Siapa suka makanan Johor? Fuh, Johor tu boleh dikatakan syurga makanan jugak. Bila sebut je Johor terus craving Laksa Johor, Mee Bandung Muor, dan macam-macam lagi lah kan? Hah, tapi Johor jauh dari Kuala Lumpur kalau takde transport macam mana nak pergi kan? Jangan risau! Ada penyelesaian masalah untuk yang mengidam tetibe nak makan makanan Johor ni. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Tourism Johor akan mengadakan Johor Food Cultural & Craft Festival 2016 pada 18 hingga 27 May ini sempena menyambut Citrawarna Malaysia 2016. Tak perlu nak drive atau naik bas ke Johor yang sejuah 300++ kilometer tu ha. 



Facial Treatment di Premier Clinic Bangsar

Tuesday, May 10, 2016


Bilik rawatan Premier Clinic

Minggu lepas sempat ke Premier Clinic Bangsar Baru untuk dapatkan rawatan muka. Eh? Kenapa? kulit muka bermasalah ke? Oh tak. Cuma rasa macam warna klit tidak sekata dan kering lepas balik dari trip ke Cebu dan Perhentian baru-baru ni. Pergi pulau kan so tahu lah condition kulit jadi macam mana. haha! Nasib baiklah ada Premier Clinic ni dekat je dengan rumah. Naik UBER pun baru RM5 tahu? (untuk pengguna pertama kali UBER boleh guna code UBERNEYRA untuk first ride bernilai RM20). Eh, teriklan pula. Meh nak share sikit pengalaman buat rawatan di Premier Clinic.



Rasai keajaiban di alam fairy tales dengan produk MERVE!



Haritu dah cerita serba sedikit tentang MERVE Cosmetic kan? Fuh, kali ni nak share lah testimoni pakai product-product MERVE ni. Selepas few weeks try dan rasai sendiri barulah boleh share dengan kroang kan? Secantik packaging bertemakan fairy tales, bila pakai produk MERVE ni automatic korang akan masuk ke alam fantasi dan terasa comel. Eh? 

 Seperti yang diketahui umum, kalau pakai produk-produk kesihatan atau kecantikan ni satu benda paling orang concern ialah tentang sijil kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau status oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BFSK). Jangan risau ya, semua produk keluaran MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd telah didaftarkan di bawah KKM dan BPFK maka ianya diperakui selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.




Tergamak pemuda ini menggadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri semata-mata....

Monday, May 09, 2016


Amran bersama isterinya terpaksa menjual kerongsang bagi menampung kehidupan keluarga selepas berhenti kerja di PETRONAS.

Pemuda yang dimaksudkan ini bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano.

Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan.




Buffet Selera Ibunda di Restoran Bijan

Wednesday, May 04, 2016


Setiap kali bulan Ramadhan hadir, Restoran Bijan mesti ada Buffet Ramadhan dengan temanya sendiri. Teringat waktu bekerja dengan Startup Malaysia dulu, kami sama-sama berbuka puasa di Restoran Bijan. Sampai sekarang lah teringat betapa sedapnya juadah berbuka puasa di Restoran Bijan. Dengan ciri-ciri klasik, tradisional dan makanan authentic dan tradisi kampung yang dibawa, memang berbuka puasa di Restoran Bijan tidak pernah mengecewakan. 



Ramadhan Dinner Buffet di The Resort Cafe dan Cafe West, Sunway Resort Hotel & Spa

Tuesday, May 03, 2016



Bulan Ramadhan dah nak dekat ni, macam-macam lah dinner buffet yang sedap-sedap semua menanti kan? Ha, nak kemana je kita nanti? Baru-baru ni berkesempatan ke Ramadhan Dinner Buffet Preview di The Resort Cafe, Sunway Resort Hotel & Spa. Wahhhh masuk je ke sana, dah macam teruja tengok pelbagai makanan terhidang depan mata.




Perhentian Trip (Day 5): Hotel Perdana Kota Bharu

Sunday, May 01, 2016



Pagi tu jam 8 pagi bertolak dari Coral Bay ke Jeti Kuala Besut, kemudian naik bas dari Jeti Kuala Besut ke bandar Kota Bharu, RM6.00. Di bandar Kota Bharu, kami dijemput oleh pihak Hotel Perdana Kota Bharu menaiki Alphard dan Camry. Phew~ Terharu pulak dengan layanan mesra dan vvip oleh pihak Hotel Perdana Kota Bharu. Terima kasih banyak-banyak menjemput kami ke sana!



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates