468x60

.

Nikmati Fabulous Four di Domino's Pizza!

Friday, September 30, 2016



Siapa suka Domino's Pizza? Ah, tipu lah kalau tak suka kalau depan mata ada Domino's Pizza Thin Crust lepas tu topping melimpah ruah dengan cheese meleleh-leleh. Kan? Ha, baru-baru ni, takde lah menu baru untuk pizza tapi untuk memaniskan lagi mulut korang yang manis, dan mengenyangkan lagi perut korang yang kadang-kadang macam ada saka naga meronta minta makanan tu, Domino's Pizza keluarkan menu baru iaitu Fabulous Four! Eh, bukan superheroes Fantastic Four tu. FABULOUS okayh. Stay, Fabs not fat ok? 



KL Tower International Jump Malaysia 2016 Tarik Pelancong Ke Kuala Lumpur

Wednesday, September 28, 2016



Nampaknya KL Tower International Jump Malaysia 2016 (KLTIJM2016) kembali lagi pada 30 September hingga 3 Oktober 2016. Acara sukan ekstrem yang diiktiraf peringkat antarabangsa ni siapa je tak tahu? Masa nil ah nak tengok semua penerjun antarabangsa dengan beraninya terjun KL Tower kita tu. Fuh, kalau saya dah gigil kepala lutut fikir nak terjun ke tidak setinggi itu. Terjun dari ketinggian 30 kaki di masa Canyoneering di Kawasan Falls, Cebu pun macam-macam perasaan ada masa tu. Oh, dan kali ni macam biasa KLTIJM2016 mendapat sokongan daripada Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.




Teater DUSK by Lighters

Wednesday, September 21, 2016


"Night is falling: at dusk, you must have good eyesight to be able to tell the Good Lord from the Devil." - Jean-Paul Sartre

Ada peminat teater dan seni? The Lighters, mempersembahkan empat teater short plays di dalam satu show teater hujung minggu ni! Bestnya ada empat cerita berlainan dalam satu show yang menceritakan tentang perkahwinan, kehidupan, persahabatan, dan puteri-puteri Disney: DUSK. 

Kejayaan The Lighters dalam persembahan teater baru ni, membawa satu persembahan teater yang mampu membawa perspektif yang berbeza dan lebih luas spektrumnya kepada penonton. DUSK by Lighters ini akan membuka minda penonton dan cuba mengubah tipikal persepsi dan stereotaip kita. Ha, seram pulak rasa kan? Tapi teater macam ni yang best, boleh buka minda dan berfikir. 




Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan di Resorts World Genting!

Sunday, September 18, 2016


Siapa je tak suka Ultraman? Superheroes zaman kecik-kecik dulu. Tak sangka, sampai sekarang pun budak-budak masih minat Ultraman. Dulu, sampai berebut TV dengan adik sebab nak tengok Ultraman. Beep...beep...berkelip-kelip lampu di dada Ultraman. Alamak, nyawa dah habis! Eh? 

Dan seperti tahun sebelum ni, Ultraman Live in Genting kembali lagi! Berita baik untuk semua peminat-peminat Ultraman nampaknya. Dan baru-baru ini, Ultraman menemui peminat mereka di Pavillion, KL sempena majlis pelancaran Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan, yang akan diadakan di Resorts World Genting pada 5 November 2016 hingga 2 Januari 2017.




Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Thursday, September 15, 2016


Siapa tak kenal Benang Hijau? Eh bukan menegakkan benang yang basah. Tidak...tidak... ini pengeluar pakaian muslimah terkenal dan terkemuka di Malaysia, Benang Hijau. Sebagai hijabis mestilah teruja bila dengar nama Benang Hijau. Double loop instant shawls Benang Hijau yang dapat goodies dari Malam Gala Kalam Kalam Langit beberapa hari yang lalu pun belum sempat buka plastiknya lagi. Fuh, baru-baru ni, Benang Hijau telah membuka cawangan terbaru mereka iaitu cawangan di Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan.




Kisah Seram: Bertemu dengan langsuir di Beranang, Selangor.

Wednesday, September 14, 2016


Dah empat tahun tak update apa-apa entry seram di blog ni. Kisah pengalaman seram di Karak yang dialami sendiri pada tahun 2012 yang lalu pun masih ada yang baca lagi. Fuh, itu memang pengalaman sendiri yang benar-sebenarnya. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman seram di Kolej Professional MARA Beranang, Selangor masa zaman belajar Diploma dulu. Aduh, duduk dekat office malam Jumaat, tengah malam menulis entri ni rasa seram sejuk pulak badan ni. Walaupun ni cerita tahun 2006 dulu dan Beranang pun makin maju dan bukan lagi hutan belukar dimana-mana, hei nak baca ke tak ni? haha! Dan ini juga pengalaman sebenar yang terjadi...




Imbau Memori Zaman Kanak-Kanak Dengan Permainan Tradisional

Sunday, September 11, 2016



Bila main semula permainan tradisional macam galah panjang, konda kondi, lompat getah, baling selipar apa bagai mesti akan terimbau semula memori zaman kanak-kanak dulu. Dibesarkan di kampung, dan saya bukan budak bandar pun maka memang dari kecil la main permainan tradisional macam ni kan? Lebih-lebih lagi sepupu sebaya kesemuanya lelaki, maka agak lasak sebenarnya saya dari kecil. Hahahaha! Baru-baru ni saya ke Laman Seni di Shah Alam atas jemputan Hai Blogger! untuk menyertai acara pertandingan permainan tradisional Malaysia anjuran Syarikat Guligeng Event. Diberi nama "Lengit", acara ini diadakan sempena Festival Laman Seni Shah Alam yang merupakan acara tahunan anjuran MBSA. Semestinya acara sebegini dianjurkan untuk menghidupkan semula permainan budaya yang telah pun lupus ditelan arus kemodenan ni hah. Duk main Pokemon Go je acane?




Filem PEKAK: Adakah masyarakat kita semakin pekak?

Friday, September 09, 2016



Baru-baru ini kecoh isu filem Pekak yang tidak boleh diterima ramai. Saya telah diundang untuk menonton filem PEKAK ini pada 25 Ogos yang lalu di Malam Gala #PEK4K tajaan Grand Brilliance. Ya, saya sudah tonton filem ini sebelum korang semua tonton filem ini yang mula ditayangkan kepada umum 1 September yang lalu. Sebelum saya teruskan penulisan ni, saya nak bagitahu siap-siap, saya TIDAK dibayar untuk menonton filem itu, untuk review atau untuk menulis penulisan ini. Tidak. Entri ini ditulis dengan ikhlas dan atas dasar saya rasa cukup sedih melihat masyarakat kita berbalah hanya sebab filem PEKAK ini.

Saya mula dihujani dengan private message oleh strangers yang tidak pernah friend dengan saya di Facebook, tentang filem PEKAK ini. Rata-ratanya mesej negatif tentang filem ini. Ahh, pelik juga kenapa perlu provok saya tentang filem ini hanya disebabkan saya sudah menonton?



Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas: Saloon & Spa Khas Untuk Lelaki

Thursday, September 08, 2016


Selalu ke Saloon atau Spa, kawan-kawan lelaki selalu bertanya soalan; "boleh ke lelaki pergi saloon tu? Spa tu ada massage boleh ke lelaki masuk?". Hah ni memang selalu lah kawan-kawan lelaki bertanya. Kadang-kadang memang sesuatu spa atau saloon tu boleh menerima pelanggan lelaki cuma apabila rata-rata staff nya perempuan, dan customer pun ramai perempuan, kaum lelaki akan terasa malu dan awkward dalam saloon dan spa tu. Kini, kaum lelaki tak perlu rasa risau lagi dibelenggu masalah ni. Gentlemen's Tonic now in Malaysia!




Berlari 7KM bersama belon di AK Balloon Run 3.0



Seminggu selepas join Viper Challenge di Genting King Of The Mountain, saya berkesempatan untuk ke AK Balloon Run 3.0 pula di Avenue K Shopping Mall. Wah, terima kasih sangat untuk Kak Ellie yang minta saya wakilkan dia untuk berlari sejauh 7KM ni. Tak sangka tahun ni dapat banyak tugas kena berlari secara tetibe kan? Sejumlah 2,000 runner berkumpul di Avenue K pagi tu dengan berbaju pink dan balloon di mana-mana. Ya, menariknya run kali ni sebab tema belon tu sendiri.




RizQ Islamic School - Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

Monday, September 05, 2016



Sejak bergelar guru beberapa tahun ni, dan mengajar di beberapa private and international school seluruh Kuala Lumpur dan Selangor, untuk subjek mekanikal, mekatronik dan robotik… memang boleh dikatakan environment semua baru dan berbeza dari mengajar di local school sebelum ni. Silibus subjek, sistem sekolah yang lebih teratur dan cara pembelajaran yang berbeza mengikut jenis sekolah (ada American school, British school, Australian School dan lain-lain) memang kadang-kadang membuka mata dan minda gitu. Ye la, kadang-kadang sebenarnya rasa macam sedih jugak kenapa lah local schools takde sistem persekolahan macam diorang ni. Eh bukan nak kecam haha! Tapi tu lah beza antara sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa memang banyak perbezaan macam langit dan bumi. Tapi, betul lah jugak sebab yuran pun lagi mahal mestilah sistem lagi bagus kan?




Masak Sup Bebola Ikan dengan Rempah Sup Mak Siti - Enak dan Terbaik Dari Ladang!

Sunday, September 04, 2016


Dah lama seketul Neyra tak masak beriye-iye di dapur sebab dia on diet. EH? Hahaha. Ye la, asyik makan biskut, oat, nestum bajet boleh kurus lah? Lepas tu asyik makan kat event, hidup busy, huru hara handle event lagi. Astaghfirullah, gegadis mana lah yang tak masuk dapur ni haha! So kali ni Neyra masuk dapur masak Sup Bebola Ikan! Eh, Sup Bebola Ikan je ke? Ye la, diet kan. Menu sihat la jugak, takkan nak melantak Sup Daging? Ishhh korang ni. Okayh, untuk memasak ni bahan paling utama diperlukan di dapur ialah Mak Siti! Eh bukan bukan mak saya atau bibik nama Mak Siti, tapi Serbuk Rempah Sup Mak Siti yang segar dari ladang dan sedap menyelerakan! Kalau di rumah Kuantan, memang ibu Neyra dah lama menggunakan rempah ratus Mak Siti ni sebab rempah nya memang power semua jenis masakan pun jadi sedap!




Wonderful Indonesia Street Festival di Bukit Bintang, Kuala Lumpur!

Thursday, September 01, 2016


Indonesia, salah sebuah Negara yang punya keindahan alam yang tak terungkap cantiknya. Cewah intro kemain jiwang. Tapi, memang betul sebab saya banyak travel ke Indonesia, pertama kali jejak kaki di Bali tahun 2014 pun dah teruja dengan Pulau Lembongan dan keramahan penduduk kampong nelayan kat sana. Bila mula solo backpacking ke Medan tahun 2014, saya tahu, Indonesia ni selamat untuk female solo backpacker macam saya. Sebab tu dua bulan selepas itu merasai bulan Ramadhan di Medan lagi dan kemudiannya tahun 2015 saya berkesempatan menikmati kemeriahan suasana Hari Raya Aidiladha di Jakarta, dan seterusnya ke Bandung. Oh, tak sabarnya bulan Oktober 2016 nanti akan ke Jogjakarta pula, juga November 201 ke Jogjakarta lagi dan seterusnya hari lahir saya tahun depan 2017 akan saya nikmati keindahan Bandar Aceh dan Pulau Weh pula. Wah, macam setiap tahun melawat Indonesia kan? Dalam bucketlist ada East Kalimantan, Flores, Komodo Island, Raja Ampat, Lombok dan macam-macam lagi tempat di Indonesia yang dah lama saya teringin nak melawat! Kena dengan tagline mereka, #WonderfulIndonesia sememangnya sangat Wonderful Indonesia ni.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates