468x60

.

Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat sedap!

Saturday, October 29, 2016


Coklat cair masuk ke mulut, aduh siapa je tak gemar makan cokelat? Saya tak suka makanan manis, tapi kalau dapat coklat sekali sekala teruja jugak macam saka belaan dalam perut kelaparan haha! Tapi, pernah korang semua makan kerepek pisang bersalut coklat? Haaaaaaa mesti tak kan? Tak sangka kombinasi kerepek pisang rangup disalut pula dengan coklat yang sedap ni mambu memberi kebahagiaan kepada semua orang! Ini diaaa Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat yang rangup dan sedap dimakan!




Best Perfumes - Pilihan Minyak Wangi No. 1 di Malaysia!

Friday, October 28, 2016


Siapa je nak bau busuk sentiasa kan? Hah nasib baik masatravel ke Pulau Tioman baru ni saya bawak bersama  Best Perfumes – Fearless by Victoria Secret. Dengan jadual yang padat penuh aktiviti, pergi naik basikal lah, main golf lah, berkayak… Fuh, nasib baik tetap kekal wangi dengan spray Best Perfumes selalu.





Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Johor Bahru




Sambungan untuk entry hari kedua di TICD2016, tengah hari tu kami check-out dari Berjaya Tioman Resort dan terus ke FREE Duty Shop untuk shopping chocolate la, rokok la, arak la.. eh tak tak. minuman kerasa adalah harrrroooommmm okayh! Kawan-kawan yang bukan beragama Islam yang shopping. Katanya, murah juga la. Untuk saya, saya cuma shopping chocolate je. Tapi tak lah semurah Langkawi. Ahaks! Dengan beg berat masing-masing macam apa dah masa tu, muka berlapis sunburn, semua sabar menanti ferry yang akan berlepas jam 3 petang. Tak sabar nak pulang ke darat! Dan seperti yang dijangka kan, perjalanan pulang selama 2 jam dalam ferry semuanya tidur keletihan.




Review: Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman



Berpeluang untuk ke Pulau Tioman baru-baru ini untuk menyertai Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016,  kami diberi penginapan di Berjaya Tioman Resort. Masa sebelum pergi siap google lah jugak hah apa ada. Teruja punya pasal nak ke resort bertaraf 4 bintang ni! Dengan keluasan 210 ekar, dan satu-satunya resort di Pulau Tioman yang mempunyai 18-holes international gold course dikelilingi hutan, memang sangat besar resort ni. 



Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 – Together For Planet Earth!

Thursday, October 27, 2016


Kami ke Berjaya Tioman Resort ni untuk Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 sebenarnya. Tahu tak apa itu TICD 2016 ni? Demi menyelamatlan planet bumi.... eh dah macam Ultraman pulak bunyinya.  Untuk kembalikan keindahan laut dan menyelamatkan hidupan laut di Pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort menganjurkan TICD 2016 ni. Program TICD 2016 diadakan selama 3 hari dari 21 Oktober 2016 hingga 23 Oktober 2016, dan disertai oleh 112 divers/penyelam dari Singapura dan Malaysia. Bersatu hati bekerjasama mereka demi menyelamatkan planet bumi dan mengekalkan keindahan alam sekitar! Wakil dari Reef Check, Shark Saver dan Jabatan Taman Laut juga menghadirkan diri demi menyokong usaha semua yang terlibat dengan TICD 2016 ini. Meriah!



Jungle Trekking di Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman

Wednesday, October 26, 2016



Selepas CSR Program bersama adik-adik di SK & SMK Kg Tekek, Pulau Tioman kami terus ke Restoran Sri Nelayan untuk lunch dan ada sesi demonstrasi masakan bersama chef-chef di Berjaya Tioman Resort.  Teruja tengok semua chef masak secara live depan kitorang. Tak cukup, boleh tambah! Terus dari dapur haha!




Shahzan Villa & Program CSR di Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman



Dah baca entry hari pertama di Pulau Tioman? Hari kedua kami bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap keluar ke Shahzan Villa yang terletak di dalam Berjaya Tioman Resort ni juga, berhampiran Golf Club. Shahzan Villa ni boleh dikatakan villa termahal di Pulau Tioman ni dan merupakan penginapan untuk owner resort ni, tetamu VIP dan juga kerabat diraja terutamanya kerabat diraja Pahang. Memang Shahzan Villa ni penginapan tetap lah untuk Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah sekiranya baginda berangkat ke Pulau Tioman. Villa ini diberi nama Shahzan pun ala ala kena mengena la. Kalau duduk Pahang tahu la biasanya nama Shahzan ni sinonim dengan kerabat diraja Pahang.




Snorkelling Pulau Renggis & Romantic Dinner Berjaya Tioman Resort

Friday, October 21, 2016



#eyratravel lagi! Kali ini berpeluang mengikuti CSR Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 bersama Berjaya Tioman Resort. Selepas dua minggu teaser demi teaser sampai pergi event pun semua tanya nak kemana sebenarnya, semua terpaksa dirahsiakan hingga lah hari kejadian tu. haha! Sorry gais, mana boleh kasi tahu awal tak surprise la kan.




Minuman Kolagen Sarang Burung - The Joy Of Life

Thursday, October 20, 2016





Memang ramai yang tahu, banyak kebaikkan minuman sarang burung dari segi kesihatan seperti membaiki sel-sel tubuh badan, menguatkan sistem imunasi tubuh badan dan sistem pernafasan, dan juga meningkatkan prestasi organ dalaman. Dan salah satu kebaikkan yang paling utama ialah dari segi kecantikkan dimana dapat membaikpulik sel kulit, melicinkan, melembutkan, dan wajah akan kelihatan lebih muda dalam jangka masa panjang. Dan untuk kebaikkan semua, Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolitte) memperkenalkan minuman kesihatan terbaru, Collagen Bird's Nest - "The Joy of Life".



5 Tips Travel ke Bandung, Indonesia!

Wednesday, October 19, 2016



Bercuti atau melancong ke kota Bandung, Indonesia bukan lagi menjadi sebuah pilihan tapi macam tempat wajib dilawati dah rasanya. Terkenal dengan syurga membeli belah, Bandung juga sebuah kota yang memiliki banyak wisata atau tempat pelancongan yang bersejarah seperti muzium. Tiba-tiba teringat trip ke Jakarta– Bandung tahun lepas masa Hari Raya Aidiladha. Tahukah jarak perjalanan menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung Cuma 3 jam sahaja? Yang menariknya, pelbagai pemandangan indah sepanjang perjalanan!



Panggilan Pulau! Percutian Bajet Backpacking ke Pulau Perhentian



Sebenarnya ke Pulau Perhentian ni dah lama jugak, bulan May lepas haha! Ye la busy gila, Pulau Perhentian pun nak tutup sebab monsoon dah baru lah saya nak update ni. Bulan May lepas, saya ikut Kak Julie, Abang Nizam dan Kak Norul ke Pulau Perhentian lagi sekali sebab nak bawak lah diorang yang datang dari Sarawak ni jalan-jalan kan. Lagi satu sebab tak puas hati datang Pulau Perhentian akhir Mac dulu laut masih bergelora tak nampak apa pun masa snorkeling. Balas dendam, datang lagi sekali dengan bajet yang tipis senipis kulit bawang.



Pristine - medical grade skincare product terbaru di Premier Clinic!

Thursday, October 13, 2016


Datang kembali ke Premier Clinic TTDI baru-baru ini untuk Simply Pristine Bloggers Party, memang meriah suasana. Dengan kehadiran berpuluh blogger tengah hari tu, teruja masing-masing bertemu. Teringat kali terakhir datang ke Premier Clinic cawangan Bangsar  bulan May yang lalu memang puas hati dengan servis yang diberikan. Masa tu baru je pulang dari dua island trip ke Cebu & island trip ke Perhentian, memang kulit warna tak sekata, kering dan macam-macam. Alhamdulillah, Dr Elaine Chong dari Premier Clinic Bangsar bagi suggestion untuk buat dua treatment iaitu Ultrasonic Facial Cleansing dan LED Photomodulation Theraphy memang berkesan untuk kulit muka saya!



Churros Sedap - Street Churros kini di Malaysia!

Wednesday, October 12, 2016



Churros – pastri yang rangup dan enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan selalu menjadi kegemaran ramai seluruh dunia.  Kalau di negara-negara Eropah atau Amerika Latin, Churros ni selalunya dimakan waktu sarapan pagi, dapat pulak celup dengan dipping coklat cair atau dimakan bersama kopi atau latte panas. Aduh sedapnya! Meleleh air liur bila terbayangkan Churros ni. 




FELCRA Berhad 50 Tahun Pemangkin Pembangunan Luar Bandar

Sunday, October 02, 2016


Konvoi Kembara Media FELCRA - 50 Tahun Memfenomenakan Pembangunan FELCRA 

Minggu lepas tetibe je Halim kata, "Trip to Perak jom hujung minggu ni?". Fuh, plan nak pergi trip ke Terengganu saya tolak, plan trip Kuala Lumpur saya tolak, tiba-tiba dapat trip ke Perak. Terima kasih Halim Nadzeri dari Hai Blogger! dan FELCRA Berhad jemput saya join Kembara Media Jubli Emas 50 Tahun FELCRA ke negeri Perak minggu lalu. Rasa macam balik kampung embah pulak dah haha! Maka pagi tu seawal jam 7 pagi macam tu Taufiq dan saya bertolak ke R&R Sungai Buluh untuk meetup dengan media dan blogger lain disitu. Dalam masa yang sama pagi tu ada Siaran Langsung Majlis Perlancaran dan Perlepasan Kembara Media Jublis Emas 50 Tahun FELCRA. Sebanyak 50 buah kereta dan seramai kira-kira 200 orang peserta Kembara Media yang terdiri daripada wakil-wakil FELCRA seluruh negara, media dan blogger berkumpul pagi tu. Wah, seronoknya konvoi ramai-ramai!




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates