468x60

.

Kekal Bertenaga Dengan TAURUS Energy Drink

Wednesday, November 30, 2016


Selalu sibuk dan penat dan juga tidak bertenaga seharian buat kerja? Ya, manusia robot macam saya memang kehulur kehilir ke pelbagai event. Lagi penat sebab takde kereta, naik macam-macam public transport untuk ke destinasi. Sebagai seorang postgraduate student Computer Science yang sedang pulun siapkan thesis master, nak kena develop sistem lagi, lepas tu kerja part time mengajar sebagai robotic teacher di International School, lifestyle blogger dan social media strategist/influencer yang perlu ke event sana sini dan juga backpacker yang tegar travel ke pelbagai negara…memang sangat penat menjadi seketul Neyra.

Tapi kawan-kawan yang selalu ikuti perkembangan di social media selalu bertanya “macam mana nak kekal bertenaga dan aktif sepanjang masa macam Neyra? Kita tengok pun penat tapi Neyra tak macam penat langsung!”.

Hah jawapannya tentulah TAURUS ENERGY DRINK!




International LEO Day Fiesta 2016 di Citta Mall. Let's Enjoy Ourselves!





Siapa selalu pergi Citta Mall kat Ara Damansara? Neyra selalu ke sana untuk makan je sebab banyak betul cafe yang best kat sana! Hah, hujung minggu ni kalau takde aktiviti atau tak tahu nak kemana ke jom ramai-ramai datang ke Citta Mall untuk International LEO Day Fiesta 2016! Eh tak tak... bukan yang berzodiak LEO je boleh datang. LEO tu Let's Enjoy Ourselves! Hahhhh gituh. Memeriahkan hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan di Citta Mall lah kita ya.

International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung pada 3 dan 4 Disember 2016 dari jam 11 pagi hingga 6 petang!



Fakta menarik tentang Hotel Hyatt Regency Yogyakarta

Monday, November 28, 2016



Ya ampun dah sebulan #JogjaTrip dan seketul Neyra masih malas nak menulis entri 5 Hari 4 Malam di Kota Jogja. Maaf, busy dengan hal thesis master. Ye, untuk dua malam seterusnya pula saya menginap di Hyatt Regency Yogyakarta. Fuh, dengar nama je dah macam WOW! Alhamdulillah, ada rezeki untuk menginap di sini untuk trip kali ni. Kami sampai agak awal untuk check-in gara-gara mengejar masa, tapi staff di Hyatt menyambut kami dengan mesra. Yeay boleh check-in awal, campak backpack dan pergi buat aktiviti lain dengan tenang! Hotel ni terletak kira-kira 15 kilometer dari Adisucipto Airport, 17 kilometer dari Candi Prambanan dan 7 kilometer dari bandar. 



Berbaju kebaya bersama Fasha Sandha di Rumah Kebaya Bangsar

Saturday, November 26, 2016


Tadi dari pagi busy jaga booth di Selangor Makers & Innovation Carnival, lepas tu berlari pergi wedding kejap then sempat juga ke Rumah Kebaya Bangsar. Pelakon Lara Aishah Fasha Sandha pun ada tau sebab dia duta Syus Kebaya kan? hehehe...memang sempoi dia layan pengunjung Rumah kebaya Bangsar yang mula dibuka hari ini.




6 Info Wajib Tahu Tentang Touristguide.com.my – Rangkaian Pelancongan TERBESAR Di Dunia

Friday, November 25, 2016


Kata-kata aluan dari Encik Devan Kumar (Pengarah Urusan Touristguide.com.my)

Ingat tak dulu, saya pernah cerita tentang Touristguide? Hah, baru-baru ini di The Westin Hotel Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Pelancaran Touristguide.com.my dan dilancarkan oleh Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur, Encik Mohd Akbal Setia dan juga selebriti jemputan, Akim Ahmad.
Apa itu Touristguide.com.my sebenarnya? Touristguide.com.my ni dah start almost 5 tahun lamanya, dan menjadi salah satu servis online tourism untuk para traveller di luar sana. Touristguide.com.my dah memberi servis kepada beribu pengunjung dan traveller dari pelbagai Negara Asia dan seluruh dunia. Dengan misi untuk membina Rangkaian Pelancongan TERBESAR di dunia, Touristguide.com.my telah meluaskan lagi network dan database mereka dengan lebih ramai ahli dari seluruh dunia. Setakat ini dah 3,000 ahli yang sudah berjaya mendaftar di Touristguide.com.my dan mereka meletak sasaran untuk mencapai angka 100,000 traveller dari Malaysia sebelum meluaskan lagi database mereka ke luar Negara.




Hotel Hipster & Trendy: Hotel Adhisthana Yogyakarta, Indonesia

Monday, November 21, 2016


Berkesempatan untuk travel ke Kota Yogyakarta atau Jogja, bulan Oktober yang lepas bersama 4 orang rakan yang lain. Tapi maaf banyak-banyak sangat tak sempat menaip entri full tentang perjalanan 5 hari 4 malam di Jogja lagi sebab busy yang amat buat thesis. Tapi sebab ramai tanya dimana saya stay di Jogja, saya rajinkan diri cerita pasal hotel yang cool dan awesome ni dulu ok? Malam pertama dan kedua saya di Kota Jogja, saya menginap di Hotel Adhisthana, yang terletak di Jl Prawirotaman 2, Mergangsan, Yogyakarta. Percayalah, jejak kaki ke sini pun dah terus boleh buat jatuh cinta dengan dekorasi dalaman hotel ni!



Aladdin - RELOADED! Teater Muzikal Komedi oleh Enfiniti Academy




Setiap tahun, bakat-bakat seni yang hebat dari Enfiniti Academy akan menceriakan musim cuti hujung tahun kita dengan persembahan-persembahan yang hebat.Tahun 2013 dulu, ada Seussical Jr, diikuti dengan Seussical The Broadway Musical pada tahun 2014 dan tahun lepas 2015, Aladdin – A Musical Comedy. Semua persembahan teater ni memang sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Seisi dewan bergelak ketawa menonton aksi dan keletah lucu barisan pelakonnya yang menggalas watak masing-masing dengan baik di samping selingan jenaka spontan menghiburkan. Malah sepanjang beberapa hari pementasan berlangsung, sambutan penonton tidak pernah hambar dan rata-ratanya memberikan maklum balas yang positif terhadap teater muzikal itu.

Dan tahun ini 2016, Aladdin – RELOADED! Ya, Teater Aladdin – A Musical Comedy akan kembali lagi hujung tahun ini atas permintaan ramai.




Enjoy sakan di K-Street Carnival, Klang Parade



Last weekend sempat ke Klang Parade untuk rasai sendiri kemeriahan K-Street Carnival. Wah, kalau sebut makanan Korea, memang fav saya! Pagi tu dari KLIA2 terus gigih naik KTM ke Batu 3 Shah Alam seawall jam 8 pagi! Kat KTM, Blogger Broframestone jemput dengan anaknya, Fisha. Terus kami bertiga menuju ke K-Street Carnival dengan perasaan teruja nya!

Ye la lagi-lagi sekarang tengah popular pasal Kang Gary keluar Running Man, Lee Min Ho dalam K-Drama terbarunya, dan paling menarik, Lee Kwang Soo dari Running Man akan melawat Malaysia lagi minggu hadapan! Wahhhh mesti ramai peminat serbu ni.




Jom Ke K-Street Carnival, Klang Parade

Wednesday, November 16, 2016



Annyeong Haseyo! 안녕하세요! 

Hah sudah, kenapa pulak cakap Korea tetibe ni kan? Selalu travel tapi belum pernah jejak kaki ke negara Korea. Teringin? Mungkin dengan yang tersayang baru best kot pergi Korea? Eh~ Haha! Selama ni tengok Running Man, layan K-Drama bagai, makan makanan Korea, acah-acah K-Pop...  teruja tak kalau ada karnival yang semuanya tentang Korea? Hah, berita baik, Karnival K-Street akan diadakan di Klang Parade hujung minggu ini dari 18 hingga 20 November 2016!




MaidEasy - servis cuci rumah serendah RM20 sejam!

Tuesday, November 15, 2016


Kesibukkan kerja kat bandar ni, kadang-kadang buat kita tangguh je kemas rumah kan? Saya yang bujang pun kelam kabut setiap hari rasa macam takde masa nak mengemas. Dah hujung minggu, baru lah nak kemas goodies bag pergi event yang menimbun, cuci toilet, cuci dapur apa semua. Aduh, kalau dah keluar rumah takde matahari lagi, balik pun matahari dah hilang berganti bulan, bila nak mengemas nya? Balik je dah letih, hujung minggu pun tu je masa nak berehat kena mengemas rumah lagi. Hah, siapa ada masalah macam ni baik cepat mengaku! Kesuntukkan masa? Takpe, sekarang dah ada MaidEasy - Don't Stress, We'll Handle The Mess katanya. 



XIERRA Thermal Pants - Kurus Cepat & Efektif!

Thursday, November 10, 2016



Siapa ada masalah nak kurus dengan efektif tapi tak kurus jugak. Aduh, itu memang masalah semua orang!  Terutamanya bahagian peha, pinggul dan perut memang bahagian paling susah nak kecik. Lower part problem. Hah, baru-baru ni saya diperkenalkan dengan XIERRA Thermal Pants oleh rakan masa zaman UTP dulu. Ni mesti dia tengok saya gemuk semacam. Heh.



Sunway Pyramid Hotel Dibuka Kembali!

Wednesday, November 02, 2016


Wakey! Wakey! Waking up to a brand new stay! Untuk pengetahuan korang, Sunway Pyramid Hotel atau dulu dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel East telah dibuka semula hari ini, 3 November 2016 selepas major renovation dari 1 April 2016. Renovation yang memakan belanja sebanyak RM125 million itu, dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Januari 2017 dengan 564 bilik dan suite mewah, dan kini Sunway Pyramid Hotel bertaraf 4.5 bintang! Eh eh takpe walaupun tak siap sepenuhnya lagi semua bilik, tapi mereka dah buka dah untuk menerima kehadiran tetamu.



 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates