468x60

.

Sambut Tahun Baru di CITTA Mall - 16 Going On 17!

Tuesday, December 27, 2016


Tahun 2016 dah nak melabuh tirai. Cepat je masa berlalu kan? Tengah kalut duk terkejar sana sini, tetibe je dah nak akhir tahun. Tahun lepas, malam tahun baru sempat lepak di CITTA Mall, main sling shot game apa nama tu bersama Shafiq. Eh dia je lah main, saya takut gugur jantung haha! Tahun ni mungkin kah kita akan ke CITTA Mall lagi?




Beauty Shaping : Kolagen Untuk Kurus, Putih Dan Kekal Cantik

Wednesday, December 21, 2016


Selain sembur muka dengan serum untuk menjaga kecantikkan kulit, saya juga mengamalkan Beauty Shaping – minuman kolagen perasa epal sejak bulan lepas.  Sesuai dengan tagline, “Shape your body, Beauty your skin” memang consume Beauty Shaping ni membantu untuk slimming dengan 3 benefit; slimming, collagen dan whitening. Gituh… macam 3 in 1 kan?



Kekal awet muda dengan MNK Magique Skinz Booster Spray

Tuesday, December 20, 2016



Dah umur 28 tahun ni, mestilah nak kena sentiasa menjaga kulit kan? Maka sekarang ni, setiap pagi je lepas cuci muka saya mula mengamalkan spray MNK Magique Skinz Booster. Disebabkan mata semakin teruk lately dengan eyebag dan dark circle, takut jugak mata jadi mata panda kan? Lepas tu tak cukup tidur banyak kerja sampai muka tak bermaya je. Tu belum masuk part pergi travel je memanjang hah.




SATU Tahun Buku Pojok

Monday, December 19, 2016





Buku Pojok, salah satu publisher buku alternatif Malaysia, yang mula menapak masuk industry sejak Oktober 2015 kini dah berusia SATU tahun. Tahun lepas masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015, sempat beli buku Kisah Laki Bini hasil tulisan Hamka Kereta Mayat dan Goji Bundy tulisan Riduan A. Dullah. Tak sangka Buku Pojok dah berjaya menghasilkan 18 buku dalam masa setahun, termasuklah buku SATU.



5 Sebab Kenapa Perlu Hadir Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember Ini

Friday, December 16, 2016



Siapa yang tengah plan nak kahwin dalam masa terdekat? One Stop Wedding Centre kembali di Malaysia Wedding Festival (MEFA)!!! MEFA ni dah edisi ke 15 dan dah banyak bantu bakal-bakal pengantin, dan akan kembali lagi pada 23 hingga 25 Disember 2016 ini di SACC, Shah Alam. Kalau macam risau nak book pelamin, baju pengantin, wedding planner atau apa sahaja takut kena scam ke apa, jangan risau sebab semua vendor di MEFA adalah vendor yang boleh dipercayai. Masuk je MEFA ni, confirm semua persiapan perkahwinan korang lengkap dalam masa 3 hari sahaja! Dan 5 sebab kenapa korang perlu datang ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Disember ini ialah:




Jom tonton Alice in Wonderland di Resorts World Genting

Thursday, December 15, 2016



Siapa je tak suka kan alam fantasi penuh magis seperti Alice in Wonderland? Dari kecil saya memang suka betul tonton kartun Alice in Wonderland. Memang lejen berapa zaman generasi dah kisah si Alice ni. Disebabkan Alice in Wonderland ni memang sentiasa di hati semua orang tak kira yang kecik atau pun besar, maka Sino-Canadian team akan membawa alam fantasi Alice in Wonderland ke Resorts World Genting. Apa kelainan dan keunikan Alice in Wonderland kali ni?



MAHA 2016 : Lupakan Diet & Shopping Sakan!

Thursday, December 08, 2016



Sebut je MAHA mesti semua orang dah macam semangat nak masuk medan perang kan? MAHA ni ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism. Tahun ni, MAHA diadakan di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11 Disember 2016. Macam biasalah dah hampir nak tamat MAHA 2016, baru saya terhegeh-hegeh nak pergi tadi. Seawal jam 730 pagi bertolak dari rumah, sempat breakfast dan jumpa orang kejap, naik train sampai Putra Height, kira-kira jam 9 pagi terus ambil GrabCar dan ke MAHA di MAEPS Serdang. Diingatkan, seawall jam 8 hingga 9 pagi pun orang dah start masuk ke MAEPS weyh! Maka rancang lah perjalanan korang sebaiknya. Jem sikit tu biasalah.


GrabCar Driver saya hantar ke Pintu 2, nasib baik ada shuttle free dari kawasan parking tu untuk ke dewan-dewan pameran. Maka jangan risau kena menapak la apa. Dengan hati yang tenang dan kesabaran yang tingi tunggu je shuttle free datang bawak korang ke destinasi yang inigin dituju ok? Parking RM5 je bayar waktu nak keluar nanti maka tenangkan hati lagi jangan nak pening kalut cari mana nak bayar parking.



Glamorous Devotion - Koleksi Terkini Pakaian Muslimah Zacheela

Wednesday, December 07, 2016


Dah masuk bulan Disember 2016 rupanya. Dah tercapai ke azam  tahun 2016 masing-masing? Hah, belum la tu. Okayh ni nak cerita last weekend sempat saya ke Zacheela Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 yang telah diadakan di Parkroyal Hotel Kuala Lumpur, Bukit Bintang. Memang meriah ramai betul tetamu hadir ke Grand Ballroom Parkroyal malam tu. 

Zacheela ni ialah satu jenama pakaian muslimah, yang dah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi oleh Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, yang mulanya Zacheela ni online shop je. Tapi demi minat dalam dunia fesyen dan bisnes, sampaikan suami Tengku Shaheela, iaitu Zarkiah Awang Latif iaitu pengasas bersama Zacheela, turut tinggalkan kerjayanya dalam bidang oil and gas. Wow! Kagum betul demi minat kan? Fokus pada yang satu ni je. Dan setakat ini, dah ada dua cawangan Zacheela iaitu butik di Keramat Mall, Kuala Lumpur dan Bangi Snetral, Selangor dengan kekuatan pekerja seramai 16 orang.



Aktiviti menarik di International LEO Day Fiesta 2016

Monday, December 05, 2016




Tahukah korang CITTA Mall mengadakan Chill Out Saturday? Hah Chill Out Saturday ni macam satu platform yang dianjurkan oleh CITTA Mall dalam usaha mendekatkan diri dengan komuniti masyarakat (terutamanya yang berkeluarga) dengan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik di CITTA Mall. Chill Out Saturday ni kalau boleh dijadikan aktiviti bulanan di CITTA Mall. Sabtu lepas, sempena Chill Out Saturday ni jugak, International LEO Day Fiesta 2016 telah diadakan di CITTA Mall sepanjang dua hari. 

International LEO Day Fiesta 2016 dianjurkan oleh Selangor Leo Clubs, salah satu NGO di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pertandingan mewarna, persembahan, pertandingan LEGO, bengkel Sains, bengkel fitness, games untuk kanak-kanak, electric car ride, bazar jualan dan celebrity pre-loved store.




Teater Muzikal Komedi: ALADDIN RELOADED memang menghiburkan!

Saturday, December 03, 2016


Malam semalam berkesempatan untuk menonton Teater Muzikal Komedi: Aladdin RELOADED! Aladdin RELOADED ni adalah pantomime muzikal yang mengisahkan tentang lagenda Aladdin. Siapa je tak kenal Aladdin kan? Kisah lagenda Aladdin ni selalu dijadikan bahan cerita untuk pementasan dan juga pantomime lebih 200 tahun di United Kingdom. Bertemakan magik, romantik, pengembaraan dan pelbagai lagi kisah tentang Aladdin ni membuatkan kisah lagendanya sangat popular dan klasik. Sebab tu lah Enfiniti Academy juga buat pementasan teater muzikal komedi Aladdin RELOADED ni! Kenapa Reloaded? Sebab tahun lepas dah ada pementasan Aladdin ni Cuma kali ni dia buat comeback dengan suntikan baru.




 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates