468x60

.

Travel: Jogjakarta Trip - Taman Sari, Sumur Gumuling, Tebing Breksi & Kota Jogja (Day 1)

Monday, January 30, 2017


Istana Air Taman Sari

Awal Oktober lalu, sebelum saya ke Pulau Tioman, saya ke Yogyakarta, Indonesia atau lebih dikenali sebagai Djogjakarta. Sebenarnya, dah tangguh terlalu lama entry Jogjajakarta Trip ni. Sampai ada yang request kat Twitter. Maaf, sibuk bercinta. Eh salah! Sibuk travel sini sana. Sejak Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) meletus popular berlakon di sekitar Jogja, memang Jogja ni jadi tumpuan pelancong berpusu-pusu ke sini. Punya hebat penagan kisah cinta dan pertemuan kembali Rangga dan Cinta yang terpisah berbelas tahun tu hah. Sebenarnya, saya beli tiket ke Jogja ni pun setahun sebulan sebelum fly memang takde kena mengena dengan AADC2 pun haha!

3 Oktober yang lepas sempat terbang ke Jogja bersama empat jejaka hot. Ya, saya sorang je perempuan. Hahaha! Sebab mula-mula plan berenam termasuk seorang kawan perempuan lagi tapi saat akhir ada masalah yang tak dapat dielakkan maka berlima lah kami. Dan sebenarnya tiket ke Jogjakarta ni dah dibeli setahun sebulan awal dari tarikh nak terbang. Pulang dari trip Jakarta - Bandung dulu terus beli tiket Jogjakarta ni bersama travelmate yang sama, Khai Artzfar. Cuma sambil menanti setahun sebulan tempoh masa yang lama tu kami sempat hasut kawan-kawan lain. Haha!





Cabaran Kurus 15 Hari BodyDream Coco Slimming

Friday, January 27, 2017



Pulang dari sekolah hari Rabu lepas, berlari terus ke Wolo Bukit Bintang untuk event BodyDream Coco-S. Dah lama saya consume BodyDream ni sebenarnya adalah dalam 4 atau 5 kotak dah. Sebab tu bila BodyDream call bagitahu ada Cabaran Kurus 15 Hari Bersama BodyDream Coco-S dengan blogger-blogger lain, terus rasa semangat! 

Sebelum ni berat saya 80KG, turun ke 68KG, dan naik sikit lately sebab aktif food review semula. Haha! Sekarang saya mula dengan berat 73.5KG untuk Cabaran Kurus 15 Hari BodyDream Coco-S! Apa yang saya suka dengan BodyDream Coco-S ni, bukan je sebab rasa chocolate yang sangat sedap tapi BodyDream 100% semulajadi membantu untuk menurunkan berat badan, mengurangkan lemak, melansingkan tubuh badan S-Shape, menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan selulit, mengawal selera makan dan paling penting sentiasa kenyang dan bertenaga.




Burger & Lobster Kini di Sky Avenue, Genting Highlands

Monday, January 23, 2017


Kali terakhir makan udang karang atau lobster di Pantai Timang, Yogyakarta tahun lepas. Masa tu memang syok balun 6 ekor lobster fresh dari laut bersama kawan-kawan. Baru-baru ni teringin sangat nak makan lobster, nasib baik terjumpa Restoran Burger & Lobster di Sky Avenue, Genting Highlands. Fuh, sampai jauh ke atas Genting Highlands, macam feels like heaven in the sky je dapat makan lobster fresh dari bumi Kanada.




Majlis Pelancaran Aplikasi E-Commerce GT Dollar & Robot Pintar GT Wonder Boy




16 Januari 2017 yang lepas, Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menghadiri Majlis Pelancaran e-Commerce Terbesar, GT Dollar Malaysia di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur di Persidangan Malaysia FinTech Ecosystem dan Majlis Pelancaran GT Dollar. Majlis itu disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan ternama yang lain dan turut serta 3,000 peneraju industri IT dan e-Dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech yang dinamik, yang telah membuka jalan untuk inovatif SMART seperti GT Dollar, sekaligus menjadikan Malaysia salah satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.

Kerjasama diantara kerajaan Malaysia dan GT Dollar ini akan membantu untuk meringankan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar, yang merupakan "pusat sehenti mudah alih platform e-dagang" yang bertujuan untuk membina sebuah masyarakat yang padu untuk pengguna dan peniaga dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasaran. Bagi melengkapkan usaha sama ini, diperkenalkan di majlis pelancaran ini juga, GT Robot inovatif berteknologi tinggi di bawah GT Group iaitu pakar robot humanoid. Sebagai satu pengiktirafan untuk kemajuan teknologi yang dicipta, kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan – Melaka untuk kilang pembuatan dan pemasangan GT Robot, pelaburan yang bernilai lebih kurang RM 300 juta. Kilang ini dianggarkan akan menjana pendapatan untuk syarikat sebanyak lebih kurang USD 20 Bilion (yang bersamaan dengan 10 juta unit Mobile Robot) dan bakal menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Kilang GT Robot akan menjadi kilang yang pertama di Asia dengan proses pembuatan yang mesra alam dengan peralatan teknologi tinggi selepas China.




Motorino: Pizza Itali Neopolitan Terbaik Di New York Kini Di Sky Avenue Genting Highlands

Wednesday, January 18, 2017



Salah satu tarikan terbaru di Resort World Genting ialah jalan-jalan cari makan dalam Sky Avenue Mall. Sesuai sangat untuk kaki makan macam saya kan? Semua tingkat Sky Avenue Mall ni memang banyak kedai makan je tapi tak best lah kalau restoran yang selalu kita makan dha kan? So untuk kelainan, Resort World Genting bawa masuk jenama-jenama francais yang dimiliki mereka, datang dari luar negara. salah satunya ialah Pizza Motorino!




Gondola Kaca Awana Skyway Tarikan Terbaru di Genting Highlands





#eyratravel minggu lalu sempat ke Genting Highlands untuk weekend short getaway katanya bersama kawan-kawan. Kali ni teruja sikit sebab nak try Kereta Kabel atau Gondola berlantaikan kaca/glass di Awana Skyway tu. Dari bulan 8 lagi tunggu punya lah tak sabar konon nak sambut birthday naik gondola tapi tak bukak lagi masa tu. Dah bukak ni terus teruja nak cuba. Gayat? Ala... kalau kat boleh naik basikal zipline atas cable di Cebu, apalah sangat naik gondola berlantai kaca macam ni ye dak?



Giant Yee Sang di Sunway Putra Hotel sempena Chinese New Year



Rasa macam baru semalam masuk Tahun 2017, tetibe dah nak dekat dah Chinese New Year kan? Cepatnya masa berlalu. Sempena Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) hujung bulan ni, Sunway Putra Hotel pun tak ketinggalan sambut sama-sama kemeriahan CNY ni. Yang menariknya masa Chinese New Year Media Preview baru ni, ada giant yee sang! Serius besar! Ramai-ramai kami tossing giant yee sang malam tu. Meriah!



Hilang stress karaoke di K Song Family KTV Klang Parade

Sunday, January 15, 2017



Jumaat malam minggu baru ni sempat lepak karaoke lepaskan tension dengan kawan-kawan blogger di K Song Family KTV Klang Parade. Ni kali kedua datang ke sini. Haritu datang dengan Shafiq, dia je menyanyi sorang. Segan lah iolls nak menyanyi. Tapi dengan si Ayue, Norfa, Wendy, Syafiera dan lain-lain ni masuk pulak kepala gila korang. Havoc satu VVIP Room tu dengan suara sumbang kami. Hahaha! Nasib baik Klang tak hujan lebat malam tu.




Minuman berkhasiat Jus Origina & Chocojoy

Wednesday, January 11, 2017


Di Malaysia ni, memang tak menentu cuaca. Kalau dah panas tu, panas sangat. Kalau hujan tu tetibe kang sampai banjir terus. Tapi bila waktu panas tu memang azab sakit tekak haus je sentiasa. Sebab tu selalunya saya akan sediakan siap-siap Jus Origina atau Chocojoy dalam backpack ke tempat kerja. Sedap pulak masa tu baru keluar peti ais, sejuk lagi, tengah jalan kaki ke LRT terus tak tahan dahaga dah. Dengan saiz yang kecik molek je comel muat dalam bag, memang seronok la bawak Jus Origina atau Chocojoy kesana kesini. 



Jom Ketawa: Laugh Die You di Resorts World Genting Febuari ini!

Friday, January 06, 2017


Siapa suka tengok standup comedy mesti tak sabar tunggu Laugh Die You tahun ni! Laugh Die You tahun mesti seronok gila macam tahun-tahun lepas. Tahun lepas punya pun tak tahan nak gelak guling-guling dengar lawak selamba diorang. Tahun ni, Resorts World Genting berkolaborasi dengan Popcorn Studios Sdn Bhd untuk Laugh Die You pada 17 february 2017 ni di GEnting International Showroom. 



Resepi Chocolate Chips Cookies

Monday, January 02, 2017


Sepanjang hari semalam saya sibuk baking cookies di rumah makcik saya di Seremban. Tiba-tiba balik Seremban sampai pakwe tanya "buang tebiat apa tetibe nak balik Seremban?". Hah rindu nak baking! Kat rumah sewa mana ada alat semua nak baking. Pernah baking roti sebelum ni cuma share resepi di Instagram @neyrashazeyra sahaja. Dalam blog ni last tulis resepi pun masa tulis resepi Fettucine Creamy Carbonara haha! Oleh sebab ramai sangat mintak resepi Chocolate Chips Cookies yang saya duk tak henti upload di Facebook dan Instagram semalam, saya share lah jugak dalam blog ni.



16 Going On 17! New Year Countdown Party di CITTA Mall



Alhamdulilah dah masuk tahun 2017 rupanya. Apa azam baru korang? Ke azam nak kurus bertahun-tahun yang sudah belum terlaksana? Aduh, sambung azam sama ke tahun 2017 lah nampaknya. Macam tahun lepas juga, tahun ni saya sambut tahun baru di CITTA Mall lagi. Sambutan tahun baru ni tak semestinya tengok persembahan konsert je tau! Di CITTA Mall, macam-macam ada!





 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates