468x60

.

Aqua Run di Sunway Lagoon 23 April ini!

Wednesday, March 29, 2017

 

Dah selalu masuk Sunway Lagoon ni asyik main air and enjoy dengan kawan-kawan and family di theme park, apa kata kali ni buat kelainan sikit join 2KM Aqua Run di Sunway Lagoon pada 23 April 2017 (Ahad) jam 7.00pagi! Dah sah sah la fun run ni basah-basah gituh. Suka kan main air? Sempena Songkrun dah dekat, tak dapat ke Thailand, ke Sunway Lagoon pun jadi ler nakk...



Ramadhan Buffet "Tantalizing Tastes of Thailand" di Chakri Palace


  

Imperial Chakri Palace Royal Thai Cuisine KLCC

Sebut je nama Chakri, mesti papppp! Terus terfikir pasal masakan Thailand yang lazat enak dan macam macam lagi. Chakri Palace memang terkenal dengan masakan Thailand yang sangat sedap! Dan bulan Ramadhan akan datang kali ini, Chakri Palace berbesar hati untuk menawarkan lagi sekali bufet masakan Thai dan masakan tempatan terutamanya promosi bufet "Tantalizing Tastes of Thailand" di Imperial Chakri Palace KLCC dan juga Chakri Palace Pavilion KL bermula pada 30 May 2017. 



Kenapa Pasaran Hartanah Pulau Pinang Adalah Pelaburan Yang Baik

Tuesday, March 28, 2017


Sejak teman hidup dah berpindah ke Pulau Pinang, sejak awal tahun lagi ushar harga pasaran hartanah di Pulau Pinang. Macam nak beli rumah di Pulau Pinang atas beberapa faktor. Tapi tahu tak kenapa pasaran hartanah Pulau Pinang adalah pelaburan yang baik? Terletak di  pesisiran timur laut Malaysia, Pulau Pinang telah berkembang menjadi jaguh dalam sektor industri dan sektor pelancongan dengan hartanah baru yang tersenarai dalam pasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan saban tahun. Dengan kepesatan dan kemajuan yang sedang berlangsung di bandarnya, para usahawan mendapati, membeli hartanah dijual di Pulau Pinang atau property for sale in Penang adalah salah satu keputusan pelaburan terbijak mereka. Atas nasihat kawan-kawan yang pakar hartanah juga, saya rasakan membeli hartanah di Pulau Pinang adalah satu pelaburan yang baik untuk saya.



Majlis Pelancaran Servis Feri Berjaya Tioman Resort

Monday, March 27, 2017





Siapa pernah ke Berjaya Tioman Resort di Pulau Tioman Tahukah anda kini Berjaya Tioman Resort dah memiliki servis feri mereka sendiri? Senang lah untuk semua guest Berjaya Tioman Resort lepas ni. Dapat naik feri besar, selesa dan experience the journey yang menyeronokkan! Sebenarnya, Servis Feri Berjaya ni dah soft launch sejak June 2016 yang lepas. Teringat masa datang ke Pulau Tioman bulan Oktober lepas untuk Tioman Island  Clean-up Day (TICD2016) dulu, memang dah naik feri ni. Best gila!

Berjaya Ferry Services beroperasi setiap hari, dan bertolak dari Berjaya Jetty Tanjung Gemuk, Pahang untuk ke Berjaya Tioman Resort, dan pulang semula ke Jeti BerjayaTanjung Gemuk. Servis ini diperkenalkan oleh Berjaya dengan tujuan menawarkan pengalaman melancong yang lebih selesa, menyeronokkan dan mudah untuk semua pengunjung sekaligus meningkatkan lagi prestasi dan reputasi servis yang ditawarkan oleh Berjaya Tioman Resort, satu-satunya resort premier di Pulau Tioman.



Hadiah misteri dan RM 100 untuk dimenangi dengan #AmazeingPromo Shurah

Sunday, March 19, 2017

Produk Shurah keluaran syarikat tempatan, Jetaine Corporation Sdn Bhd memang dikenali ramai di Malaysia ni dengan harga yang murah, berpatutan, dan tidak rabak poket setiap bulan setiap kali nak topup stok toiletries, wangian, kosmetik di rumah. Yang bestnya lagi sebab Shurah ni diiktiraf dan disahkan sebagai produk yang halal oleh JAKIM. Bahan yang digunakan juga kebanyakkannya dari bahan-bahan semulajadi dan 100% dijamin selamat seperti minyak zaitun, susu kambing, buah delima, apricot dan lain-lain lagi. Di rumah, memang ibu selalu beli produk Shurah ni sebab murah dan wangi tentunya! Ye la kalau seisi rumah je dah 6 orang, mesti lah lagi jimat kalau pakai produk Shurah ni. Ibu Ayah pun tak pening kepala dari dulu setiap kali shopping di pasaraya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, kami di rumah dah sinonim sangat dengan produk-produk Shurah ni.




Saharul Ridzwan, Duta Hotel ERYA By Suria

Wednesday, March 15, 2017


Majlis Perasmian dan Penjenamaan Semula ERYA by Suria

Suria Resorts & Hotels di bawah naungan Yayasan Amal Mutaqin Sdn Bhd dah beroperasi selama 17 tahun, ikon jenama perhotelan bumiputera yang patuh syariah. Dan selama 17 tahun beroperasi di Malaysia dan juga di United Kingdom, Suria Resorts & Hotels dengan dibantu oleh CYDASTUDIO International telah ambil keputusan untuk satu perubahan dan transformasi ke satu aras yang lebih mencabar lagi iaitu penjenamaan semula.

ERYA by Suria adalah nama baru untuk mereka yang menjanjikan hospitaliti perhotelan yang yerbaik dan lebih kompetitif. Perubahaan fasa pertama ERYA by Suria antaranya ialah penjenaman semula, pembaharuan logo korporat, pemasaran, latihan perindustrian melalui Suria Program dan perlantikan duta baru iaitu pelakon yang sedang melonjak baik namanya, Saharul Ridzwan.




Review: Adiwiraku - Filem penuh jiwa, dan inspirasi.

Monday, March 13, 2017


Sedikit rasa penyesalan sebab selepas beberapa hari ditayangkan baru berkesempatan untuk menonton Adiwiraku - filem yang penuh jiwa, terbuai emosi dan terkesan di hati. Kali terakhir saya tonton filem penuh jiwa dan ada kelainan seperti ini ialah filem Ola Bola, Pekak dan The Kid From The Big Apple.  Imbas kembali, filem Ola Bola adalah filem adaptasi dari kisah benar tentang dunia bola sepak. Sama jugak macam Adiwiraku, filem ini juga dipetik dari sebuah kisah benar. Cuma yang lebih uniknya, hampir semua watak sebenar dilakonkan semua oleh individu itu sendiri. Ya, tentunya mereka tiada pengalaman berlakon langsung, tapi cerita yang berteraskan kisah benar lah biasanya kisah yang terbaik untuk kita tonton dan pelajari sesuatu.




Generasi kedua teknologi Cryo-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic

Sunday, March 12, 2017


Teknik menguruskan badan dan mendapatkan bentuk tubuh badan impian semua orang secara semulajadi melalui prosedur Cryo-Lipolysis kini dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Zimmer Aesthetic! Tapi sebelum Majlis Perasmian ni sebenarnya saya dah sempat try teknik membeku lemak yang selamat dan effisien ni menggunakan kombinasi Zimmer Z Lipo & Z WavePro di The Life Clinic, Damansara Height. Try kat bahagian perut dengan harapan perut kempis sedikit dan berjaya! Tapi hasil sepenuhnya boleh lihat dalam 8 minggu lagi macam tu.

Teknologi dari German ini, Cryo-Lipolisis generasi kedua yang menggabungkan Z Lipo (Cryo-Lipolysis) dan Z WavePro (US-FDA approved shockwave) ini menjanjikan tempoh rawatan yang pendek, tapi hasil yang paling cepat boleh lihat perubahannya. Untuk yang nak cepat kurus tapi rasa takut untuk buat pembedahan, atau cucuk sana sini, atau makan pil kurus ke, boleh try Cryo-Lipolysis by Zimmer ni sebab rawatan ni akan membantu korang dapat badan idaman tu secara semulajadi. 



Hanya 10 Hari, kulit lebih gebu dan cantik dengan Jus Tergelly

Friday, March 10, 2017





Kemurungan sebab kulit kusam, jerawat penuh di muka, dan suami taknak pandang dah? Pakwe pun mintak clash lepas tension tengok muka korang kusam tidak bermaya? Wanita mana yang tidak ingin kulit muka yang putih melepak dan gebu persis Emma Maembong? Wanita mana yang tak mahu kulit kelihatan kemerah-merahan bila disinari dengan pancaran matahari seperti kulit Sara Yanti? Tak perlu lagi tonton Youtube tutorial mekap Nisa Kay semata-mata untuk melindungi segala noda-noda hitam pada kulit wajah korang lagi. tak perlu lagi untuk edit gambar letak filter rosy kat aplikasi 360 tu. 

Tipulah kalau kata TAKNAK kulit lebih gebu dan lebih cantik! Semua orang nak kulit flawless. Yang lelaki pun berangan nak makwe persis Emma Maembong. Bukan maksud saya yang tidak flawless tidak disukai lelaki. Setiap kita sudah dijadikan berpasang-pasangan kan? Tapi tipulah kalau takde rasa down sebab kulit muka teruk. Mesti nak rawat masalah kulit korang kan? Lagi jenis tak penyabar, aduh stress jugak nak kulit berubah cantik cepat-cepat ingat ada fairy godmother ke nak hayun magic wand jampi muka korang jadi cantik?




Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International - Peranan dan Pengorbanan Wanita

Thursday, March 09, 2017


Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International

Rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita-wanita hebat di luar sana! Wah beruntung jadi wanita ni kan? Siap ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan pengorbanan kaum wanita. Gituhh…. Hari Lelaki Sedunia ada tak? Haha!

Sebagai seorang wanita (walaupun takde ler ladies mana but tetap wanita okayh), sebenarnya berat jadi wanita ni. Banyak peranan seorang wanita dalam kehidupan. Agama Islam sendiri memerintahkan supaya kita memuliakan kaum wanita baik ibu, isteri, atau pun anak perempuan sendiri. Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mempunyai anak puteri, lalu ia mengajarinya dengan baik dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari api neraka” (Bukhari).



Sentuhan dari Paris, Kafe Richard kini di Sky Avenue Genting Highlands

Tuesday, March 07, 2017


Cafe's Richard, Sky Avenue Genting Highlands
Kafe kopi panggang No 1 di Perancis, Kafe Richard kini dibuka di Sky Avenue, shopping mall terbaru di Genting Highlands! Sebenarnya dah dua kali saya datang lepak minum kopi kat sini sebab kopi yang disediakan memang unik dan lain. Lagi-lagi naik Genting Highlands sejuk beku pulak malam-malam. Dah hampir beku mulut siap keluar asap tu pergi la Kafe Richard untuk minum secawan dua kopi panas ye dak?

Bila dapat hirup kopi panas yang beraroma sedap ni di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, terus kita melayang-layang dibawa ke bangunan Saint-German-des-Pres, dan terus ke kawasan berbukit Montmatre sampai lah ke tempat bersejarah Grands Boulevards. Fuh, sampai ke Perancis lah ceritanya.




Layanan 5 Bintang di The Eye Shop Bangi

Monday, March 06, 2017


Bersama Pengarah Fair's Optometrist Sdn Bhd, Siti Fairuz Mohd Sulaiman
Siapa jenis pakai cermin mata dan geng rabun atau geng silau macam ieyra? Hah, selalu pergi mana-mana kalau tak pakai cermin mata ataupun contact lens, memang gelisah semacam lah tak nampak apa-apa. Ada satu tahap setiap kali lupa letak cermin mata kat mana (ya, ini sellau terjadi sebab saya jenis kalut semacam haha!), terpaksa pakai contact lens walaupun dalam rumah! Boleh tahan teruks tak boleh hidup tanpa cermin mata ni hah.



Rawatan Bekam Bersama DR Hijama

Sunday, March 05, 2017




Baru je tadi adik lelaki sent gambar dalam group whatsapp family “Tengah berbekam ni…” . Terus ayah tanya siapa yang berbekam. Ye la semua tak pernah try! Haha. Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Kaedah berbekam ni sebenarnya wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun yang lalu. Tapi sekarang ni di zaman kini, kaedah bekam semakin dikenali sebagai slaah satu kaedah perubatan yang dapat menyembuhkan penyakit. Tahu tak apa kebaikkan dan kelebihan berbekam ni sebenarnya? Dan bila kita perlu berbekam?




Review J Revolusi: Filem Aksi Melayu Terbaik!

Wednesday, March 01, 2017


Sebenarnya dah almost sebulan jugak ni tertangguh nak cerita pasal filem J Revolusi. hahaha! 10 Februari yang lalu, sempat jugak menghadiri Malam Penghargaan Penaja dan Media untuk filem J Revolusi (thanks to Dhiya!) dan beberapa hari selepas tu pulak, menghadiri Malam Gala J Revousi (thanks to Dhiya and Hermy!). Punya sibuk dengan J Revolusi ni sampai dapat 40 tiket malam tu untuk diagihkan kepada semua social media influencer. Beramai-ramai kami layan filem aksi melayu yang hangat diperkatakan ni. Lagi hangat sebab aplikasi permainan mudah alih J Revolusi ni lagi awal keluar dulu sebelum tayangan filem ni sendiri. Setakat yang saya dapat tahu haritu, dah 90,000 orang muat turun aplikasi tu. Entah-entah sekarang dah ratus ribu? Fuh, best sangat ke J Revolusi ni?


 

J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindakan Khas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan kakaknya, Dian Zulkarnain (lakonan Fazura) yang merupakan seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan kakaknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Filem yang bergenre aksi dan drama ini merupakan arahan sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai peneraju utama filem ini. Selain Zul Ariffin, Filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Peter Davis dan ramai lagi. Filem ini diklasifikasikan untuk tontonan 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.

 


First of all, tahniah produksi filem ni, pengarah, penerbit dan kesemua pelakon J Revolusi. Ternyata, filem aksi J Revolusi  hasil kerjasama terhebat diantara Primeworks Studios, Grand Brilliance dan Infinitus Productiona ni memang penuh dengan babak aksi yang cemas dan mendebarkan. Ada kelainan dalam filem aksi J Revolusi ni dan lagi kagum bila dapat tahu rupanya filem J Revolusi ini juga merupakan filem terbitan bintang terkenal Hong Kong, Andy Lau yang pertama di Kuala Lumpur menerusi Infinitus Productions.

Pemilihan Zul Ariffin yang memegang watak utama iaitu Jay, memang satu pilihan yang tepat. Abam sado ni buat aksi stunt sendiri tau? Fuh, nak bagi yang terbaik untuk J Revolusi, sampaikan Zul Ariffin berani ambil risiko nak melakonkan aksi berbahaya tu sendiri. Tak percaya, lihat lah aksi Jay bertumbuk dengan Andra (lakonan Farid Kamil) atas besi tergantung pada crane di KLCC area tu? Gilaaaa gerun.

Filem ni banyak plot twist. Mula-mula tengok muka Iedil Putra yang memegang watak Jiman, kengkonon rakan sekerja Jay dalam UTK ni memang menyampah gila. Siap terfikir, aaaah konspirasi ni semua mesti si Jiman ni punya kerja. Dasar belot! Pemberi maklumat kepada musuh. Gituh emosi tengok J Revolusi. Rupanya orang jahat tu orang lain. Andra tu memang watak antagonis la, Tapi ada sedikit plot twist dan watak tu tak disangka-sangka rupanya jahat!



Tentunya filem melayu, tanpa suntikan lawak tak lengkap rasanya. Watak Skodeng atau Herman yang dibawa oleh Azad Jazmin memang terbaik! Takde lah rasa nak sakit jantung je cemas dan terkejut dengan babak penuh aksi kan. Sekali sekala mudah terhibur jugak dengan lawak si Skodeng yang selamba tu. Hackers dan pakar IT macam Skodeng pun suka buat lawak rupanya. Si Jay pun boleh tahan jugak muka serius, sekali sekala buat lawak bersahaja dia tu lah. Comel je semua. Mak si Skodeng pun boleh tahan kelakar. Watak antagonis Hans Isaac walaupun menyampah, tapi kelakar jugak sikit. Eh jap jap cerita komedi ke ni? Haha! 

Watak Eddie yang dibawa oleh Izara Aishah memang mampu mencairkan mana-mana hati lelaki kot? Gila tak cair tengok anggota UTK secomel Eddie? Ganas-ganas pun comel tu maintain boleh merecik semua jejantans. Fazura yang bawa watak Dian, memang akan dibenci ramai rasanya sebab sikit-sikit jeles dengan adik dia si Jay tu. Entah hape hape je. Kelainan buat Fazura yang selalu bawa watak baik, lemah lembut, ala princess tetibe dalam UTK jadi ganas gitu. Lasak! 


Bagi saya, sebelum korang tonton filem ni boleh clear up your mind dan cuba untuk tidak ingat filem Polis Evo kalau tak nanti mesti sibuk nak compare padahal jauh bebenor jalan ceritanya. J Revolusi lebih fokus kepada topik drama permasalahan keluarga, dan topik persahabatan. Aksi memang terbaik J Revolusi ni, tapi ada lah sikit slack sana sini. Terutamanya part ending entah macam mana babak Jay dan Dian tu dari siang ke malam tetibe. Lama bebenor kamu nak berborak dengan Dian tu kat tengah-tengah Jalan? Patut lah KL selalu jem! Adik beradik berbincang apa tengah jalan KL tu sampai ke malam? Haha. Tapi respek dan salut pelakon-pelakon J Revolusi. Bukan senang untuk membawa watak sebagai anggota UTK. Berat tugas ni. Betapa susahnya nak jadi UTK ni. 



Jangan lupa tonton J Revolusi di seluruh pawagam mulai 2 Mac 2017! 
Hah yang atas ni bukan Eddie dan Jay okayh?






 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates