Majlis Pelancaran Aplikasi NIMPMOS di Malaysia

7:48 pm



Tahukah apa itu Nimpmos? Nimpmos Sdn Bhd adalah salah satu platform blockchain e-commerce dari Malaysia, dan sekarang dah available untuk korang muat turun di iOs atau Android tau. Aplikasi Nimpmos ni memang antara yang terhangat sekarang!




Aplikasi ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak bulan Mac 2018 lepas dan ianya sangat menarik minat generasi muda di Asia Tenggara. Oleh sebab tu lah, Nimpmos Sdn Bhd juga merancang untuk menyertai Nasdaq di Amerika Syarikat melalui perjanjian kerjasama (MOU) dengan syarikat AS Montgomery Securities LLC pada 26 Mei 2018 dalam satu majlis yang diadakan di Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia dengan kehadiran lebih 1500 orang peserta.


Majlis MOU ini telah ditandatangani oleh Cik Ines Yao, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NIMPMOS, dan juga  Pengarah Urusan Montgomery Securities LLC, John Alfred Ritter. En Wadih Maalouf, Penasihat Dubai Blockchain juga telah dijemput sebagai saksi MOU ini. Montgomery Securities LLC adalah salah satu syarikat perancangan yang disenaraikan dan kini merancang kerjasama penyenaraian dengan lebih daripada 80 syarikat termasuk Yahoo, IQIYI dan lain-lain.


Menurut Miss Ines Yao, mereka mempercayai pasukan ini mampu membangunkan fungsi-fungsi live streaming baru  secara konsisten dan merekrut 'influencer' untuk menjadi sebahagian daripada pasukan NIMPMOS. Selain acara siaran langsung, 'influencer' ini akan mewakili syarikat itu untuk menghadiri acara utama, penggambaran, sokongan jenama atau apa-apa bentuk aktiviti yang mampu menjana pendapatan bagi syarikat itu. Wah menariknya! Ye la kini Influencers juga satu kerjaya tau!

Selain menawarkan platform live streaming kepada penggunanya, NIMPMOS juga adalah sebuah syarikat solusi sehenti internet yang menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pemasaran media sosial, pengeluaran video, pemotretan gambar dan rakaman program secara langsung.


Di majlis tersebut juga, sumbangan amal sebanyak RM10,000 juga telaj disumbangkan kepada 6 rumah kebajikan sosial - Pertubuhan Baitul Rahmah (Country Home Rawang), Baitul Ulfah (Seri Kembangan), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary (Setapak, Kuala Lumpur), Cacat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (Taman Megah, Petaling Jaya), Charis Home (Kuala Lumpur) dan Angels Children's Home (Old Klang Road, Kuala Lumpur) oleh NIMPMOS Sdn Bhd dalam majlis tersebut sebagai tindakan tanggungjawab sosial korporat. 


Majlis ini juga mendatangkan penampilan istimewa iaitu Namewee dan Joyce Chu, selebriti tempatan menyampaikan beberapa lagu popular mereka dan menghiburkan tetamu pada majlis gilang gemilang tersebut.

Tak sabar nak cuba sendiri aplikasi ini dan menjana pendapatan. Korang macam mana? Jom download!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S