Friday, August 28, 2009

hari-hari mahu update. gila kah?

tadi sedih. cis! tiada mukadimah tiba-tiba sedih. pagi tadi, buat supersavers tapi tiada telefon sesiapa. sangat gemar beramal kepada meksis seksis. ini sudah kali kedua. kali pertama dulu hanya guna 5 minit daripada 30 minit. hahaha. sangat mulia hati pergi menderma kepada anand krishnan ape entah nama dia. malam ini mahu menderma lagi? kemungkinan tidak. kerana perlu cukup tidur untuk bergerak menuju ke kuala lumpur esok.

Photobucket

(sila click untuk kanta pembesar dan lihat betul-betul RM 0.00 itu)

tadi juga agak membazir dan membuat sedikit amal jariah di megamall. sungguh mulia hati megasari. eh bukan! itu cerita senandung si dayang yang saya tiba-tiba menjadi peminat setia elly mazlin hitam legam. amaran: berhenti merapu. tadi dapat tiket free tengok wayang di GSC. movie UP. mula2 mahu ajak @mintang_telip2, tapi apakan daya dia ke rumah neneknya. naseb kamu dedicated song untuk sis kat fly.fm tadi, kalau tak sis dah merajuk sebulan. then gaduh kejap dengan bestfriend saya, aqqad sebab tak ajak awal-awal. then semua kawan pun tiada.

yeah, I DON'T HAVE FRIENDS in kuantan.

maka, tiket wayang tersebut burn. melayan lah perasaan menonton UP. naseb baek cumel-cumel semuanya. russell, you are damn cute chubby boy! carl, so sweet you are. dug and kevin is so cute too! cess, mentang-mentang cartoon english terus speaking london di sini pula. hari ini rasa seperti sangat bad day. sebab pakwe hensem duduk di sebelah ketika menonton juga blah awal ketika di pertengahan cerita. ciskek, mati saya bila muchux saya baca ini. ngeee~

Photobucket

lihat betul-betul. ye, itu bubbles shop. lihat bukan? macam setiap hari mahu ke sana. selepas menonton wayang, saya meredah panas terik berjalan kaki dari megamall ke malay town yang terletak 3 blok dari east coast mall itu. fuhhh...sanggup! saya puasa tetapi masih semangat. merdeka! ceh semangat lagi. eh eh pergi bubbles lagi? buat apakah?

Photobucket

pergi ke sana konpem sudah mahu beli barang, HK stuff lagi lah. tetapi apakah? ada lah. rahsia. tidak boleh ditunjukkan disini. opppss! sebab nak bagi orang lah. tunggguuu. cis, unsur saspen lah konon. bagi semua tertanya-tanya.

hari ini, jalan jem. biasa lah waktu semua orang berlumba mahu pulang ke rumah berbuka puasa. di traffic light, nampak atok sempoi bawak basikal. caya lah! salute tengok beliau bawak basikal dengan berkain pelikat. tiba-tiba teringat carl dalam movie UP tadi.

Photobucket
Photobucket

hari ini berbuka makan mee udang. homemade okayh? kami jarang ke bazar ramadhan. masih mengekalkan rekod jarang ke sana. baru satu kali untuk tahun ini. oh ya, tadi ada mee udang, kuih seri muka, ikan dori goreng, lemak sayur, asam pedas, kuih temosa, kuih donut, kurma yusuf taiyoob, dan kismis bersama teh ais. kami hanya makan di bawah seperti berpiknik kerana makanan terlalu banyak sehingga memenuhi meja makan dan tidak dapat menampung enam orang tukang makan. anda gemar mee udang? tiba-tiba rindu mee udang kuala sepetang.

Photobucket

selepas makan, berbekalkan muka tidak mandi dan berpeluh-peluh melekit seluruh badan, saya mencuba baju kurung raya saya yang baru siap. ye, ini baju kedua. syabas tailor kerana pantas menjahit walaupun raya lambat lagi jauh ke hadapan. merah bukan? cantik bukan? cewah perasan. sekarang saya mahu pack barang untuk pulang. benci sungguh apabila twitter suruh berhenti twittering kerana overlimit. ciskek.


4 comments:

  1. jeles okeh u pegi bubbles. T___T

    adeh apsal lah budak ni suka buat aku terliur neh. hhaha..
    dah 2 hari pegi bazaar ramadhan pegi cari roti jala tak jumpa2 ok. huhu..
    ni dh kuar mee udang pula. tambah terliur.. hik3.


    yusuf taiyuuuubbb~ hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahaha. u ske jeles kan? wekkk. suruh suet yi bkk branch kat sabah la. haha.atau u ikot je mak u dtg semenanjung slalu.

    roti jala sedapppppp... i mmg ske influence org. habis seme pegi bazar cari tepung pelita la, roti jala la. seme sbb tgk dlm ni.

    mee udang pon sodappp.


    kurma yuta terbaekkk dr ladang. hanya rm7.90! ;)

    ReplyDelete
  3. ngeE~. . . NaMoO mAjUk2 sYamE titE. .sebuLan bAgAi An cetaOn LamO NyO. . .wikikik~. .. bubLes i lap U. . . HaG2~ . ..MEe udAnG mAde by Hand . . .nUmpUc cedAp . . .Antow kt Uma ite cikEt. .

    ReplyDelete
  4. hahaha ta leyh anta. jauh sbb sis da alik kl. bweaaakk

    ReplyDelete

drop your comment here!