Karnival Larian Amal MRCA 2017

3:21 am



Malaysian Retail Chain Association (MRCA), dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama, mengumumkan secara rasmi acara Karnival Larian Amal MRCA 2017. Sebenarnya, acara larian ni dah dianjurkan untuk kali yang ke- 4 dan tahun ni bertemakan ”Prihatin, Kongsi & Lari” (Care, Share & Run). Karnival Larian Amal MRCA 2017 akan diadakan pada 26 November di OneCity, Subang Jaya, dan mensasarkan untuk mengutip lebih dari RM 100,000 untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.


MRCA mensasarkan seramai 3,000 hingga 5,000 pelari tahun ini. Wah ramainya runner mesti meriah kan? Karnival kanak- kanak yang meriah dengan pelbagai permainan, persembahan dan acara ’cosplay’ turut diadakan pada hari yang sama dan seramai 500 orang anak-anak yatim dari pelbagai rumah kebajikan akan dijemput untuk menyertai karnival ini.

Pengerusi Penganjuran acara ini, Dato’ Choi Wei Yee berkata MRCA amat komited untuk melabur kepada masyarakat tempatan dengan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). Dengan semangat kebajikan dan ikrar untuk menyumbang kepada masyarakat, MRCA sangat berbangga untuk menganjurkan larian amal ini untuk tahun yang ke-4 berturut-turut. Bagi saya rasanya karnival ini merupakan platform yang baik kepada masyarakat untuk berhubung sambil beramal sebab semua kutipan akan diagihkan kepada Rumah Charis, Angel Homes, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, GoodKids, Juara Home, Ace Lighthouse Academy Bhd, Kiwanis Club of Kluang Mandarin, Home of Love, Rumah Sayangan, Persatuan Insan Istimewa Cheras, Good Samaritan Homes dan lain-lain lagi.



Para peserta berpeluang untuk merebut 34 buah trofi yang disediakan melalui kategori: Terbuka Lelaki (10.8km), Veteran Lelaki (10.8km), Terbuka Wanita (10.8km) dan Veteran Wanita (10.8km). Terdapat juga kategori larian tanpa saingan (non-competitional), Lelaki 5.3km dan Wanita 5.3km dimana para peserta berlari secara riadah bersama kategori Larian Berpasukan (Team Run). Kategori ini memerlukan 4 orang peserta untuk membentuk satu pasukan. Setiap ahli pasukan akan berlari sejauh 900 meter secara berganti-ganti.

Pendaftaran untuk Karnival Larian Amal MRCA 2017 telah dibuka di laman sesawang www.racexasia.com (MRCA Charity Run 2017) dan akan ditutup pada 20 November 2017. 

Kategori 5.3km:
Penyertaan awal - RM55
Harga biasa - RM65 

Kategori 10.8km:
Penyertaan awal - RM65
Harga biasa RM75

Kategori berkumpulan:
RM1,590 untuk setiap kumpulan


Setiap peserta yang berdaftar akan menerima:
- Sehelai kemeja-t leher bulat micro-dry
- Bib peribadi beserta nombor peserta
- Medal berbentuk ”C” yang direka khas untuk finisher
- Beg cenderahati 


Jangan risau tentang lapar dahaga sebab terdapat banyak trak makanan dan minuman yang akan ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di tapak acara dan booth-booth yang dibuka untuk orang ramai. Acara tahun ini juga akan diserikan dengan penyertaan ramai personaliti seperti Amber Chia, Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee dan Owen Yap sebagai duta larian. 

Karnival Larian Amal MRCA 2017 dianjur bersama oleh MRCA dan McMillan Woods, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai penaja sokongan, Penaung Korporat MRCA – Maxis, Maybank, Fusionex dan Mastercard; serta Lotto sebagai penaja rasmi kemeja-T. Jangan lupa mendaftar di www.racexasia.com!

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook