Tuesday, August 23, 2016

Viper Challenge: Great Eastern Genting King Of The Mountain 2016



 

Hujung tahun 2015, hampir 30 medal tergantung di dinding bilik saya. Tak sangka banyak jugak berlari dari 5 KM sampai lah 12KM paling jauh pun. Masa tu betul-betul addicted tapi saya tak pernah update anything pasal aktiviti running saya kecuali di Instagram @neyrashazeyra. Ye lah asyik sibuk berlari bila nak bukak laptop jari menari atas keyboard? Haha!

Tahun 2016, saya mulakan aktiviti berlari saya dengan sejenis trail run iaitu 6KM Botanic Hill Trail Challenge 2016 di Bukit Cerakah Shah Alam, kemudian virtual run; 3KM Cat Lovers Walk 2016 di Kuching Waterfront, Sarawak, fun run; 5KM TM Fan Run 2016 di Putrajaya, Selangor dan obstacle run; 6KM Mad Warrior Sprint 2016 with 20 obstacles di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Saya kurangkan aktiviti running saya dan lebih banyak travel untuk tahun 2016. Masuk run pun almost semua percuma atau dapat student price. Haha! Training pun dah kelaut seiring dengan pertambahan berat badan. Mana pergi 20KG yang hilang Tahun 2014-2015 entah. Masuk tahun 2016 terus bahagia makan tanpa berlari lagi. Medal pun dah setengah tahun baru ada 4 medal. Eh?








Baru-baru ni tetibe dapat invitation untuk berlari lagi dari Resorts World Genting. Alhamdulillah last-last minute dapat pulak jemputan berlari obstacle run lagi, Viper Challenge: Great Eastern Genting King Of The Mountain 2016. 10KM obstacle run with 15 obstacles! Hamboi, masa tu dengar nama Viper je dah menjerit “WHATTTTTTT??? VIPER KOT!” tambah dengan sedikit panic sebab dah lama tak berlari dan tetibe kena masuk Viper. Haha! Mula-mula kawan memang ada ajak Viper la Spartan la. Tapi mana larat weyh. Mad Warrior pun macam orang gila separuh mati dah haritu budak gemuk ni redah halangan. Dan demi menghilangkan panic dan rasa ketakutan, terus roger abam sado Hizami Li untuk temankan. Walaupun dia tak pernah berlari dalam apa-apa run, tapi rasa macam yakin je dia boleh teman lari bersama untuk Viper ni. Gila jugak lah his first run is obstacle run haha!



 

So saya sampai sehari sebelum hari kejadian Viper Challenge: Great Eastern Genting King Of The Mountain ni. Ye lah, nak berlari pagi-pagi buta kena lah datang awal kan. Terima kasih Resorts World Genting menyediakan penginapan yang MasyaAllah awesome gila bilik! Dengan mountain view dari balkoni, angina sejuk menerjah masuk dari tingkap, dan bilik yang sangat besar sekali pakej ada bathtub. Tapi sebab duduk seorang je, parti buih pun sorang-sorang je la kat bath tub tu. Eh? Nasib baik takde kawan kalau tak dah lompat atas katil empuk dan besar tu pillow fight keluar bulu angsa. Okayh, imaginasi tinggi macam filem mat salleh.










Whole day sampai malam just rehatkan diri dan tangkap Pokemon je since Awana Genting Highlands Golf & Country Resorts ni syurga Pokemon beriadah bercuti di Genting Highland juga. Dinner pun feeling mountain view jugak acah romantika sorang-sorang. Sempat juga saya menjenguk ke galeri periuk kera yang terletak berhampiran lobi. Selalu mausk hutan, atau Taman Negara sellau jugak jumpa periuk kera tapi bersaiz lebih kecil. Pertama kali saya Nampak periuk kera besar macam ni! Wow kalau buat lemang periuk kera ni kenyang semua orang. Haha!












Esoknya seawall jam 7 pagi dah bersedia untuk bertaruh nyawa di Viper Challenge: Great Eastern Genting King Of The Mountain 2016 ni di Gohtong Jaya. Sahut cabaran tanpa training ni memang kerja gila. 8:40 pagi kami flag off, first thing kami lakukan ialah on aplikasi Pokemon Go dan walk. Biasalah kalau dah 10,000 peserta korang ingat time flag off tu boleh berlari terus ke? Lek lek luuu walk sambil hatch eggs Pokemon atau tangkap Pokemon seekor dua. Then baru kami slow jog, dan tiba di obstacle pertama, iaitu catwalk di atas tayar. Eh eh tak, kena masuk kaki dalam gelungan tayar tu sampai habis lah.







Fuh, mencabar jugak berlari di tempat sejuk pagi-pagi macam ni. Mengigil seluruh badan. Peluh pun taknak keluar. Kira-kira 2KM selepas belari, jumpa lagi obstacle iaitu menuruni bukit dengan tali. Ni kalau tak pakai kasut trail run yang betul memang boleh jatuh tergolek bagaikan nangka busuk jatuh dalam becak tanah yang berlumpur. Alhamdulillah hasil dorongan dan posing bergambar oleh Hizami Li, saya berjaya turun dengan selamatnya haha! Nasib baik jugak pakai glove so takde lah melecet tapak tangan kan?



A video posted by H I Z A M I L I (@hizamili) on


Obstacle seterusnya, aduh. Kena bergayut kat tali lepas tu kaki kat wall dan tukar-tukar tali seterusnya sampai habis. Ingat senang ke sebab kalau terlepas tali tu, bermandikan air teh Tarik yang sedang menanti di bawah. Hizami pun mula-mula tak yakin dan tak lepas nasib baik lah ada saya yang memaksa dan rekod kejadian tu. Haha! Teringat obstacle yang sama macam kat Mad Warrior tapi lagi skait sebab takde air kat bawah so jatuh hempap ke jalan tar.


























Banyak halangan sekitar Awana Horse Ranch, Awana Resorts, padang golf dan sebagainya kami rempuh semua. Panjat, bergayut, masuk air, merangkak semua. Tak lah kotor berlumpur sangat Cuma basah satu badan sebab banyak masuk air la ala-ala wipeout program dalam TV tu. Tapi ingat senang ke kalau dah lenjun kebasahan di tempat sejuk Genting Highlands ni? Menggigil woi! Tapi stau yang best, walaupun kami Cuma berdua sebab takde team beramai-ramai macam orang lain, runners lain sangat membantu. Teamwork sangat walaupun each other tak kenal pun sebenarnya. Nak memanjat tu macam terkial-kial pun cepat-cepat ada orang hulur tangan membantu. Ni salah satu benda best yang ada masa obstacle run. Sebab tu tanpa team pun saya dan Hizami yakin sahut cabaran Viper ni!














Alhamdulillah kami berdua masih hidup dan berjaya habiskan larian 10KM bersama 15 halangan ni kira-kira 3 jam. Just nice habis around 11:30 pagi sebelum matahari terpacak kepanasan pulak nanti. Tapi sejuk-sejuk gitu tak terasa panas matahari pun kami sunburn teruk jugak! Hahaha. Sempat bergambar dengan media yang datang, dan wakil-wakil dari Resorts World Genting, lepas tu menjamu selera dengan ayam panggang yang sedap! Lepas lari memang kebulur teruk sebab pagi kami Cuma breakfast cereal bar memandangkan taknak termuntah ketika berlari kalau perut full.

Terima kasih Irene, Ashley dan warga Resorts World Genting untuk mencabar saya berlari 10KM with 15 obstacles di Viper Challenge: Great Eastern Genting King Of The Mountain 2016. Terima kasih jugak Hizami Li sudi temankan berlari. Harap tak serik berlari dengan Ney lagi okayh? Tetibe rasa nak daftarkan diri untuk next Viper di Sepang. Gituuuhhh~~ Bila lagi nak sahut cabaran macam ni? Kerja gila gini seketul Neyra memang sangat suka! Ayuh terus belari dan amalkan gaya hidup sihat!


Keep fit, and be healthy!










1 comment:

  1. Salam..Ieyra. You masuk ke air2 tu semua? :) i reguster gak and nak ngelat je kalaua ada air2 tu :0

    ReplyDelete

drop your comment here!