Saturday, July 22, 2017

Promosi Murah Adam & Hawa Spa And Massage di Bangi



Minggu lepas, sebelum ke Majlis Jamuan Raya di Putrajaya sempat saya ke Bangi untuk facial dulu di Adam & Hawa Spa. Kebetulan spa ni ada promosi bulan ni diskaun sehingga 60% untuk semua treatment terus gigih nak kesini. Kehulur kehilir, kulit terdedah dengan udara kotor, memang wajib nak kena buat facial! Elok sebelum nak datang tu lah jerawat seketul muncul di dagu hah. Saya naik KTM hingga station UKM dan naik Grab untuk kesini. Landmark spa ni bersebelahan dengan Poliklinik Wirabakti dan Medifeet Bangi. Dari tepi jalan besar dah nampak sebab banner punyalah besar alahai!



Sebelum datang saya dah call Adam & Hawa Spa ni dulu untuk buat appointment, dan setibannya di sana, saya disambut oleh Alea, staff spa ni dan dihidangkan secawan teh hijau sambil mengisi borang dan maklumat diri untuk mendaftar. Lepas tu saya terus ke bilik rawatan. Hah kalau korang nak tahu, Adam & Hawa Spa ni dua tingkat, lelaki dan perempuan diasingkan di tingkat berlainan. Untuk pelanggan wanita di tingkat bawah, pelanggan lelaki di tingkat atas. Bestnya kan bila tak bercampur ni? Tak la rasa macam insecure je ada lelaki keluar masuk kawasan bilik rawatan kan? Saya ambil pakej Royale 24K Gold Expert Facial untuk treatment kali ni. 


Lepas dah salin baju, lepas tu Alea tolong cucikan mekap. Hah, macam ni lah bare face Neyra bila dah cuci mekap. Dengan sebakul eyebag, jerawat seketul tetibe muncul di dagu tu teruk betul hah. Dah cuci mekap tu, Alea terus cuci muka saya dengan 24K Gold Cleansing Milk. Lepas tu dia scrub pulak muka saya dengan 24K Gold Scrub Peeling, hah itu yang bestnya kat spa ni kalau buat rawatan Royale 24K Gold Expert Facial tu bukan mask dia je gold, tapi dari cleansing, peeling, massage, mask semuanya GOLD!


Hah dah cleansing, lepas tu scrub peeling, seterusnya mesti lah muka kena hadap face steam ni untuk buka liang-liang pori muka korang tu. Bukan sahaja membuka liang pori muka, face steam ni juga bantu untuk melembabkan kulit, dan melembutkan lapisan kulit yang ada sel kulit mati, keluarkan segala kotoran di muka yang terperangkap di dalam liang pori muka korang yang selalunya mengakibatkan muka breakout. Antara sebab lain kena face steam ni mestilah dia trigger blood vessels dalam kulit muka korang to dilate so aliran darah lebih teratur, deliver oksigen dan nutrient kepada tisu dan membantu muka korang lebih glowing, dewy rosy look gitu. Jap, apa bahasa sains dibebelkan ni? Haha!



Dah kena steam tu mestilah seterusnya proses paling menyakitkan setiap kali facial iaitu EXTRACTION! Yang ni kalau tak tahan memang tangkap leleh air mata. Semangatlah si Alea ni telek muka saya berusaha buat proses extraction ni. Habis segala jerawat yang tak berapa kelihatan pun terus keluar berketul-ketul di kawasan dagu masa tu. Hah sambil si Alea ni buat extraction, dia explain jugak penyebab jerawat di kawasan-kawasan tertentu di muka kita ni. Bagus staff Adam & Hawa Spa ni tambah ilmu kita sambil buat facial haha! Selain sebab period atau pemakaian kosmetik yang tidak betul, salah satu sebab lain jerawat tumbuh di kawasan dagu ialah stress, dan juga masalah pencernaan dan penghadaman. Eh eh, sebab tu sekarang banyak amalkan detoks! Hahahaha!


Hah, lepas proses extraction, Alea bagi gold massage pulak. Memang best massage gel yang dia letak kat muka tu sebab tak melekit, dan seronok je muka kena massage dengan lembutnya. Lepas tu Alea kerap massage kepala saya hah elok lah asyik migraine je kepala tu. Sampai ke bahu, belakang pun Alea tolong massage saya. Lepas massage muka, terus Alea letakkan pulak 24K Gold Mask di muka saya. Hah sambil tunggu mask tu dibiarkan kat muka beberapa minit, Alea sambung pulak massage kaki saya, lepas tu dah tanggal mask, sambung lagi massage. Eh eh terus hilang sengal badan pergi Viper Challenge haritu. Best gila kena urut sana sini. Blood circulation pun teratur balik macam ni.


Dah cabut mask, Alea letakkan moisturizer dan seterusnya sunscreen di muka saya. Cak! Hah hasil selepas habis rawatan Royale 24K Gold Expert Facial, kulit muka kelihatan lebih cerah, glowing dan bermaya. Efek gold menyerap masuk ke kulit ni nampaknya. Suka gila hasil facial kat sini!


Ini bilik rawatan saya buat facial. Bersih, selesa, privacy dan tenang je rasa dengan alunan lagu yang memang boleh buat mata terlelap banyak kali. Environment kat sini memang best! Ada beberapa bilik sederet di tingkat bawah yang khas untuk pelanggan wanita sahaja ni. Jangan risau, pintu yang memisahkan ruang pintu masuk dan ruang bilik rawatan sentiasa ditutup. Selamat je rasa takde pelanggan lelaki berlegar di kawasan situ.


Di bahagian tingkat atas pula ada ruang menunggu yang sangat besar dan selesa serta berhawa dingin, lepas tu hanya dikhaskan untuk pelanggan lelaki sahaja. Ada juga beberapa locker besar untuk menyimpan barang korang sebelum masuk ke bilik rawatan. Yang bestnya, lelaki ada sauna! Wahhhh seronoknya macam-macam ada kat sini kan? Dan lagi bestnya, staff yang melayan kita mengikut janitan kita. Kalau perempuan, memang perempuan yang akan layan. Kalau lelaki pulak memang lelaki je yang akan melayan pelanggan disini. Dari facial, massage dan semua treatment lah!


PROMOSI MURAH! Hah sekarang ni sehingga 31 Julai 2017, Adam & Hawa Spa And Massage ada buat prmosi murah terlampau sehingga diskaun 60%! Dari facial, body slimming hinggalah massage semuanya hanya RM 99 sahaja dari harga asalnya RM 250 tau? Teknologi terbaik dan terkini dari Korea dan Itali disediakan khas untuk pelanggan spa ni. Apa perlu korang buat sekarang cuma terus call 03 8927 4848  untuk berhubung dengan specialist di spa ni. Hah cepat sebelum promosi tamat! Jangan dah terlambat terus menyesal nanti! 

Adam & Hawa Spa And Massage
No G-28 & 1-28, Jalan Sri Bangi  8/35, 
Seksyen 9, Taman Sri Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 03 8927 4848

Instagram: @adamhawaspa






1 comment:

drop your comment here!