Wednesday, September 26, 2018

Honeymoon di Sayong Resort, Kuala Kangsar


Siri honeymoon kami ni memang takkan pernah habis rasanya. Actually tak plan nak honeymoon pun tapi Sayong Resort Kuala Kangsar buat surprise! Niat asal kami ke negeri Perak lagi ni sebab kami nak ke Royal Belum sebenarnya. Cuma bila fikir macam penat nak straight terus ke Gerik, kami ambil keputusan berehat semalam di Kuala Kangsar dulu dan booking Sayong Resort. Ye lah, Kuala Kangsar ke Gerik dah tak jauh kan?


Kami ke Kuala Kangsar, roadtrip bersama Alex dan Max. Hentian pertama bila tiba di Bandar Diraja Kuala Kangsar, mestilah berhenti makan! Kawan Ney suggest makan di Teratak Warisan Kampung yang terletak di tengah bandar. Wah memang menarik pelbagai masakan kampung, ulam-ulaman ada kat sini. Tapi NeyNey tak makan nasi, maka NeyNey makan Mee Sup Daging harga RM4. Sedap woi dah la daging tu lembut je isinya. Banyak pulak tu memang berbaloi!


Selepas makan tengah hari, kami teruskan perjalanan ke Sayong Resort yang terletak di seberang sungai. Tengah nak check-in kata mereka, bilik Alex dan Max je yang dah prepare. Kami pun macam eh, kenapa? So kami pun pergi lah D'Cafe, iaitu cafe mereka yang terletak berhampiran lobby. Tengok menu, terus terkejut. Wah, lempeng RM5 je untuk 3 keping? Murahnya makanan kat sini! Banyak juga menu untuk minum petang kat D'Cafe ni. 




Sejam menanti bilik siap, rupa-rupanya..... Sayong Resort buat surprise untuk Ney and husband! Bukak je pintu terkejut tengok ada dua angsa bercinta atas katil dengan taburan bunga merata-rata satu bilik, haha! Memang kami tidur dengan bunga la malam tu. Terharu sangat dengan usaha terbaik oleh Sayong Resort.

Sayong Resort ni mempunyai 35 bilik semuanya,  jenis Standard, Superior, dan Deluxe yang harganya bermula dari RM120 sahaja. Ney stay dalam Standard Room je tapi agak luas dan besar biliknya macam boleh muat lagi 2 tilam kat lantai bawah tepi katil. Bayangkan besar macam mana? Lagi satu kondisi bilik sangat lah bersih, dan kelihatan baru. Rasanya baru je renovate kot? Tapi memang sangat selesa stay di Sayong Resort sampaikan si Alex tanya pihak resort bantal apa yang digunakan haha! Punya lah gebu sampai lena tidur kami.

Selain penginapan, Sayong Resort juga menyediakan Meeting Package kotlah ada yang nak buat conference ke atau meeting ke, atau maybe kursus di Sayong Resort, tempat ni sangat sesuai! Senang kalau buat kursus berhari-hari kat sini, ada tempat tinggal sekali kan? Bukan setakat Meeting Package, korang nak kahwin kat sini pun boleh sebab ada Wedding Package jugak! Kahwin tepi sungai ni macam cun jugak kan?



Oh ya, petang tu kami sempat ke Victoria Bridge yang tak jauh pun dari Sayong Resort. Victoria Bridge ni antara jambatan kereta api tertua yang ada dalam Malaysia. Memang klasik dan selalunya orang datang sini untuk photoshoot la. Tapi hati-hati ya jangan sampai tergelincir pulak!

Antara tarikan lain di sekitar Sayong Resort ialah Istana Kenangan, Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Masjid Kota Lama Kanan, Pusat Pembuatan Labu Sayong, Bengkel Pembuatan Tekad Tenun, Pokok Getah Tertua di Malaysia, River Cruise dan macam-macam lagi. Kalau malas nak fikir nak tour sendiri, boleh mintak Sayong Resort tolong arrangekan semua. Diorang ada pakej-pakej tour yang boleh di suggestkan pada korang. Staff Sayong Resort pun semuanya baik-baik belaka! Sangat friendly dan helpful tau.




Bahagian petangnya pulak kami ke seberang sungai untuk menikmati cempedak goreng, keropok lekor, cendol dan laksa. Tak sah kalau datang ke Kuala Kangsar tapi tak menikmati laksanya. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa je duduk makan tepi sungai tu memang best!


Malam tu kami dinner di D'Cafe, Sayong Resort pulak memandangkan petang tu dah ushar menu macam menyelerakan. Ada pulak set makanan yang sangat berbaloi untuk cuba. Memandangkan kami berempat, kami pun order je lah keempat-empat set yang ada dalam menu. Semua set lengkap dengan air sirap selasih atau iced lemon tea dan juga dessert pisang goreng bersama aiskrim. Antara set menu yang disediakan ialah:


Set A (RM15.90)

- Nasi Ayam

- Fried Chicken Chop

- Salad

- Air Sirap Selasih / Ice Lemon Tea

- Pisang Goreng bersama aiskrim vanila



Set B (RM 15.90)

- Nasi Goreng Garlic Butter

- Fried Chicken Chop

- Salad

- Air Sirap Selasih / Ice Lemon Tea

- Pisang Goreng bersama aiskrim vanila



Set C (RM 19.90)

- Spaghetti Bolognese

- Grilled Chicken

- Air Sirap Selasih / Ice Lemon Tea

- Pisang Goreng bersama aiskrim vanila



Set D (RM 19.90)

- Spaghetti Cheese Carbonara

- Grilled Chicken

- Air Sirap Selasih / Ice Lemon Tea

- Pisang Goreng bersama aiskrim vanila




Makanan semuanyaaaa sedap! Sangat berbaloi dengam harga sebab dah lengkap dengan air dan dessert. Paling sedap Set D, dengan kuantitu ayam yang banyak, cheesy dan creamy tapi tak muak. Memang menepati citarasa tekak Ney yang tak makan nasi. Tak cukup dengan tu, kami order pula Mee Bandung sebab ramai local kat sini cakap Mee Bandung di D'Cafe Sayong Resort ni sedap! Oh ya, kalau tak menginap di Sayong Resort tapi nak makan kat D'Cafe, pun boleh. Takdehal orang luar nak datang makan di sini.

Esok paginya, kami terus ke Royal Belum sesudah subuh. Balik dari Royal Belum check-in semula Sayong Resort sebab masalah boathouse delayed sampai malam, dah tak larat ke destinasi seterusnya. Haha! Mujur ada Sayong Resort nak check-in tengah malam.


Kalau korang singgah ke Kuala Kangsar, boleh lah stay di Sayong Resort ni. Guna kod promo SAYONGNEYRA di link ni:  WEBSITE BOOKING -- untuk special diskaun valid dari 2 Oktober hingga 23 November 2018, untuk semua jenis bilik di Sayong Resort! Harga dah murah, ada kod promo lagi murah! Maklumat lanjut tentang Sayong Resort di website mereka: www.sayongresort.com dan jangan lupa untuk follow Instagram mereka @sayongresort!

1 comment:

  1. Nice blog! thank you for sharing review on Sayong Resort, Kuala Kangsar. I hope keep posting.

    ReplyDelete

drop your comment here!