Friday, April 12, 2019

Konsert Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 di Kuala Lumpur


Pemenang Anugerah Grammy berkali-kali yang tak asing lagi namanya iaitu Jason Mraz akan datang ke Kuala Lumpur untuk Good Vibes Tour nya di Malaysia pada 13 Mei 2019, Isnin jam 8.30 malam di Axiata Arena Bukit Jalil. Wah menariknya tahun ni banyak konsert best kan?




Teringat tahun 2002 dulu, Jason Mraz start popular dengan debut albumnya Waiting For My Rocket To Come dan sejak itu jugak Jason Mraz semakin popular di seantero dunia! Lagu-lagu Jason Mraz selalunya membawa unsur-unsur kebaikkan dan mesej yang positif untuk para peminatnya. Ye lah, sepanjang hidup sebagai anak seni, banyak jugak lah anugerah yang Jason Mraz dah menang. Tu belum lagi lagu pop paling polular dan pecah record dia dulu "I'm Yours" dan "I Won't Give Up" yang menang dua Anugerah Grammy.


Jason Mraz juga pernah menang Songwriter Hall of Fame di Anugerah Hal David. Jason Mraz kali pertama masa tahun 2009, lepastu dia datang lagi tahun 2012 untuk Tour Is A Four Letter Word. Masa konsert tahun 2012 tu memang meriah! Teringat havoc nya konsert tu masa tu. Pernah baca dulu yang Jason Mraz memang suka tour Asia sebab dia dapat rasakan kemesraan, semangat dan harmoni dari peminat di Asia. 


Kalau korang belum tahu, masa dia announce nak buat Good Vibes Tour ni, Jason Mraz juga cakap akan keluarkan studio album yang ke-6 bertajuk KNOW. So untuk Good Vibes Tour ni buat oengetahuan korang dah start dah pun di North America last summer. Lepas ni Jason Mraz akan keliling Asia bermula di Manila, Singapura, Shanghai, Hong Kong, Bangkok, Taipei dan tentunya Malaysia bulan Mei 2019 ni. Wow travel tak henti Jason Mraz demi peminat.



Konsert Jason Mraz Good Vibes Tour 2019

Tarikh :
13 Mei 2019

Masa :
8:30pm

Lokasi :
Axiata Arena, Bukit Jalil,
Kuala Lumpur

Harga Tiket :
RM198, RM298, RM398, RM498,
RM598 dan RM698 (VIP)

Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 di Kuala Lumpur dibawakan oleh Great Eastern Life Malaysia dengan kerjasama bersama Aco Media Sdn Bhd dan The Rock Promotions. Tiket sudah mula dijual di www.myticket.asia .


Dan tentunya sekarang ada promosi untuk menang tiket konsert Jason Mraz! Korang yang berminat boleh sertai "Love Is Still The Answer" Snap & Win Photo Contest dan korang mungkin berpeluang untuk menang sepasang tiket VIP yang bernilai RM698 setiap tiket. Bukan sekeping, tapi sepasang tau! Untungnya siapa yang bertuah kan? Dah lah mudah, korang cuma perlu upload apa makna cinta dan masih sayang bagi korang di laman media sosial masing-masing dan jangan lupa letak hashtag #LoveIsStillTheAnswerPhotoContest #JasonMrazLiveInMalaysia.

Cepat join contest! Sebab hanya 12 pasang tiket boleh dimenangi. Siapa tahu tuah korang menang kan? 



No comments:

Post a Comment

drop your comment here!