Tuesday, October 19, 2021

Tempat Penginapan Menarik di Labuan


Bila ke Labuan, pasti ramai yang menantikan kehidupan pulau dan alam semula jadi. Takkan datang ke Labuan, nak staycation cuma di bandar kan? Entry kali ni Ney nak share dua tempat penginapan menarik di Labuan yang sempat Ney pergi. 

Desa Tunas Hijau

Sesuai dengan namanya, Desa Tunas Hijau menawarkan pelbagai jenis penginapan bertemakan desa yang sangat tenang dan mendamaikan. Juga dikenali sebagai Desaland, tempat ni yang terletak di Jalan Sungai Pagar juga menyediakan beberapa aktiviti ekopelancongan untuk pengunjung.  Dari chalet, rumah kabin, rumah pokok hingga lah campsite semuanya ada disini!

Bagi Ney, sesuai tempat ni kalau nak bawak keluarga ataupun kumpulan kawan-kawan. Sebuah chalet double rooms pun dah cukup lengkap dengan segala kemudahan seperti dapur, peralatan memasak, tandas, pengjawa dingin dan macam-macam lagi!

Tarikan  utama mestilah rumah pokok yang tersergam indah. Dulu kecik-kecik teringin sangat nak ada tree house. Dan rumah pokok di Desa Tunas Hijau ni besar rupanya! Katil pun sangat selesa. Kalau rasa macam taknak tidur cabin atau chalet atau rumah pokok, di Desaland ni juga ada campsite. Boleh la pacak khemah ye dak?

Aktiviti ekopelancongan juga banyak dan antara aktiviti yang ditawarkan termasuklah  ATV, kayak, bot pedal, trampolin, water roller ballon dan water walking ball. Aktiviti di sini juga terbuka kepada orang ramai dan tidak hanya terhad buat pengunjung yang menginap sahaja. Harga juga berpatutan dan fasiliti lain di Desa Tunas Hijau ni lengkap dengan cafe, mini Mart, dan surau. Sesuai untuk yang nak datang spent one whole day disini beraktiviti! 

Desa Tunas Hijau

Jalan Sungai Pagar, Kampung Sungai Miri. 

Facebook: Desa Tunas Hijau 

Website: www.desaland.com.my


Palm Beach Resort & Spa 

Terletak di utara Labuan, Palm Beach & Resort menawarkan tempat penginapan yang mempunyai pemandangan laut yang sangat indah! Terdapat lebih 200 bilik disini, dan bagi Ney, resort ni betul-betul besar!

Bilik lengkap dengan penghawa dingin dan kipas, peti sejuk, TV, Ney memang puas hati juga dengan keluasan bilik yang besar. Bilik yang Ney stay siap ada bathtub dan jakuzi tau! Bagi Ney, untuk mereka yang mencari percutian yang lebih relaxing, staycation di Palm Beach Resort & Spa adalah pilihan terbaik. Lepak di balkoni dengan sea view terus rasa tenang setiap pagi.

Resort ini berada agak jauh dari bandar labuan, sekitar 16km menjadikan resort ni agak privacy. Kalau korang memang jenis perlukan privacy, jauh dari hiruk pikuk bising bandar memang rekomen untuk kesini. Lokasi nya juga strategik berhampiran dengan Muzium Chimney, Taman Burung, dan tentunya betul-betul menghadap pantai.

Parking yang luas, wifi yang laju, taman permainan dan kolam renang besar untuk dewasa dan kanak-kanak antara tarikan pengunjung ke sini. Antara lain, beach bar nya juga popular! Dan kalau sebut Palm Beach, rata-rata pengunjung akan memuji tentang makanan nya. Memang sedap semua makanan di sini dan jangan lupa cuba Laksa Sarawak, nang nyaman!

Bulan Oktober ni, Palm Beach Resort & Spa juga ada promosi untuk bilik hanya RM198 nett semalam, untuk Garden View King / Twin Bed room. Pakej dah termasuk sarapan untuk 2 orang, percuma wifi, parking dan 10% diskaun untuk total bill makan di Restoran Bunga Mas. Special untuk hujung minggu, korang boleh add on RM22 untuk menikmati Pizza dan 2 air percuma. Pizza diorang sedap tau sebab pakai brick oven! Oh ya, promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2021. 

Palm Beach Resort & Spa

Jalan Batu Manikar, Labuan.

Facebook: Palm Beach Resort & Spa 

Instagram: @pbrslabuan

Website: www.palmbeachresortspa.com


No comments:

Post a Comment

drop your comment here!