Wednesday, June 29, 2022

Alam Flora Sustainability Hunt 2022


Seminggu selepas menyertai Alam Flora Cyber Hunt 2022, Ney join pulak Alam Flora Sustainability Hunt 2022 di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Semangat betul kalau bab nak merawat bumi ni ya!

Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka. Disebabkan inilah Alam Flora mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Sustainability Hunt 2022 untuk mengetengahkan usaha dan isu kelestarian alam sekitar. 

Kami dibahagikan kepada berapa kumpulan dan perlu melalui 5 checkpoint & tugasan berkaitan kelestarian Alam. Kumpulan Ney, Kumpulan GOLD! 


Tugasan #1: Upcycle

Apa itu Upcycle? Upcycle ni nama lainnya ialah creative reuse. Ianya proses guna semula barangan terpakai, dan mengubahnya menjadi satu benda baru yang boleh korang guna semula. Antara kelebihan "upcycle" ini ialah kita dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan darat dengan memproses bahan baru tanpa menggunakan sumber baru tambahan. Kita juga dapat kurangkan penggunaan bahan sumber berlebihan. 

Di checkpoint upcycle ini kami memproses baju t-shirt lama menjadi bag reusable! Sangat menarik ya prosesnya cuma perlu potong & ikat. Wahhh boleh la buat di rumah nanti. 


Tugasan #2: Trash Encyclopedia 

Disini, kami diberi kompas untuk menentu arah mencari barang tersembunyi di dalam Taman Tugu. Barang tersembunyi itu ialah barang-barang yang boleh dikitar semula. Kemudian kami mengasingkan barang-barang kitar semula tersebut mengikut kategori bahan sebelum dibuang ke tong yang disediakan. 

Disini juga kami belajar, dari menggunakan barang Yang one-off use, lebih baik gantikan dengan barang lain yang boleh reuse banyak kali. Contohnya, kalau tapau beli air kat kedai dari guna cawan kertas atau plastik, lebih baik kita bawa sendiri botol air dari rumah. Kan lebih baik? 

Tugasan #3: Sustainability Champion

Di checkpoint ini kami diuji! Ya, diuji dengan kuiz untuk mengetahui skor jejak karbon berdasarkan gaya hidup kami. Jejak karbon atau carbon footprints ialah pengiraan kadar karbon dioksida dilepaskan berdasarkan  kesan aktiviti seharian kita. Soalan kuiz adalah tentang berapa banyak penggunaan tenaga seharian, tabiat kitar semula, pemilihan makanan, corak membeli belah dan sebagainya. Dari skor itulah Kita akan tahu gaya hidup kita selama ni selayaknya dapat level sustainability champion atau tidak. Haaaaa Ney mestilah Sustainability Champion!!

Tahukah anda, sebanyak 31 billion tan karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap hari? Penggunaan kenderaan adalah punca utama yang menyumbang kepada statistic carbon footprints ni. Paling tinggi tau!  


Tugasan #4: The Seed Of Life 

Dah menjawab kuiz, mencari barang tersembunyi, memotong kain.... Checkpoint seterusnya Kami menanam pokok pulak! Haaaa terus masing-masing seronok berkebun menanam tanaman hijau mikro seperti bayam merah, kobis dan lain-lain microgreens lagi. Microgreens ni kecik pun nutrient lagi banyak tau! Boleh tanam di rumah, office, sekolah haaaa gituh! 

Dengan menggunakan bekas plastik makanan kami belajar proses untuk tanam microgreens ni. Kami potong dua bahagian bekas makanan tu, lepas tu salah satu bahagian tadi kami potong kecil lubang di bahagian bawahnya. Kemudian tindihkan bekas yang berlubang tadi ke atas bekas yang tidak berlubang. Letak tanah, benih microgreens, dan sebatikan. Siram tanaman dua kali sehari, Dan tunggu hasilnya dalam masa 7 hingga 21 hari. 


Tugasan #5: The Tree's Last Message

Hutan kita menyimpan kuantiti karbon Yang sangat banyak. Semakin banyak pokok ditebang, semakin banyak karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera. Sebab itulah penebangan hutan juga adalah penyumbang faktor utama pemanasan global. Nak serap karbon tak boleh, keluarkan lagi pulak banyak karbon dioksida. Bayangkan dimana-mana je berlaku penebangan hutan sekarang. 


Kami diberi papan kertas dan ranting kayu dan menulis mesej selamat tinggal terakhir dengan membayangkan yang kami ni sebatang pokok yang bakal ditebang. Sedih!


Kumpulan Gold tapau semua untuk kategori Blogger! Yaayyyyy! Kami memang bersungguh dalam usaha nak merawat bumi ni tau! 

Alam Flora Sdn Bhd mengorak langkah lebih jauh dalam mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian yang merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melalui beberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dan kemudahan rawatan sisa. 

Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya.

Alam Flora juga telah membangunkan Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan telah banyak mempromosikan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.

Semoga tercapai misi rawat bumi. Bumi ini adalah rumah kita semua. Sama-sama kita menjaga kelestarian rumah kita.  

No comments:

Post a Comment

drop your comment here!