|
Bersama Pengarah Fair's Optometrist Sdn Bhd, Siti Fairuz Mohd Sulaiman |
Siapa jenis pakai cermin mata dan geng rabun atau geng silau
macam ieyra? Hah, selalu pergi mana-mana kalau tak pakai cermin mata ataupun
contact lens, memang gelisah semacam lah tak nampak apa-apa. Ada satu tahap setiap
kali lupa letak cermin mata kat mana (ya, ini sellau terjadi sebab saya jenis
kalut semacam haha!), terpaksa pakai contact lens walaupun dalam rumah! Boleh
tahan teruks tak boleh hidup tanpa cermin mata ni hah.
|
The Eye Shop Optometry, Bandar Baru Bangi |
Baru-baru ni sebelum travel to Genting Highlands, sempat
singgah ke The Eye Shop di Bandar Baru Bangi dengan kawan-kawan. Ye lah setahu
saya, dah dekat setahun jugak lah cermin mata yang pakai sekarang. Lepas tu
lately asyik pening kepala je dapat rasakan yang power mata ni dah berubah!
Confirm punya lah. So, memang niat nak check mata dan tukar cermin mata baru.
|
Customer dihidangkan jus miniman dan kek ketika waktu menunggu, memang layanan 5 bintang! |
|
Berkonsepkan butik, The Eye Shop sentiasa mementingkan keselesaan pelanggan |
|
Pelbagai jenis kaca mata dijual dan dipamerkan di The Eye Shop |
Melangkah masuk ke The Eye Shop, terkejut tengok keunikan
kedai cermin mata ni. Memang lain dari yang lain. Susun atur dan konsep hiasan
dalaman kedai ni memang berlainan dari kebanyakkan kedai cermin mata yang saya
selalu pergi. Selalu kan ada meja kaca lepas tu cermin mata disusun sederet
macam tu so customer datang boleh pilih cermin mata dia nak kan? Hah kat dalam
The eye Shop ni siap ada sofa banyak disusun. Eh, ni café ke saloon ke butik ke
kedai cermin mata ni? Eh ke rumah orang ni? Salah masuk kedai ke ni? Suasana
macam butik mewah! Siap disambut dengan penuh mesra oleh staff The Eye Shop,
lepas tu masa menunggu giliran nak check mata, dihidangkan air dan brownies
sedap! Betul-betul layanan 5 bintang ni!
The Eye Shop, pusat optometri milik Fair’s Optometrist Sdn
Bhd ni bukan je jual cermin mata semata-mata tau! Bukan sekadar check mata
power korang berapa, test lens semua, lepas tu pilih spek, bayar. Hah bukan.
Kat sini, pemeriksaan mata korang secara menyeluruh, dari rabun jauh, rabun
dekat, rabun warna, silau, dan termasuklah perkhidmatan kanta lengkap atau
kanta sentuh. Setakat ni, memang saya tak pernah lagi datang ke kedai cermin
mata yang ada pemeriksaan menyeluruh macam ni. Ni lah kali pertama so macam
sedikit teruja jugak.
|
Siti Fairuz briefing pelanggan tentang kesihatan mata dan cara-cara penjagaan mata. |
Mula-mula check mata, mesin kat luar tu cakap power mata
sebelah kanan 375 dengan silau 75 dan mata sebelah kiri pulak 425 dengan silau
100. Aduh, naik ke power! Sebab cermin mata sebelum ni mata kanan Cuma 325
dengan silau 50 dan mata kanan 400 dengan silau 50 jugak. Runsing jugak sebab
haritu dah turun power takkan naik pulak. Terus ahkak staff The Eye Shop bawak
masuk bilik untuk check mata yang lebih details tu. Hasil check rabun jauh,
silau dan sebagainya lega rasa rupanya power dan menurun dan lebih baiknya
turun dari power kat cermin mata tu. Sekarang power mata kanan Cuma 300 dan
mata kiri pulak 375. Alhamdulillah berkat makan lobak merah banyak-banyak. Eh?
Haha!
|
Staff The Eye Shop check mata kita dalam bilik untuk tahu lebih details tahap rabun tu |
Lepas tu ingat macam habislah. Rupanya akak tu check pulak
usia mata kita. Eh macam mana tu? Hah kadang-kadang usia kita baru 25 tahun,
tapi usia mata kita dah 45 tahun! Penat sangat gamaknya. Hah guane tu? Nasib
baik lepas check, usia mata normal macam usia sebenar haha! Lepas tu menariknya,
ada pulak pemeriksaan kesihatan mata! Masa ni, pakar mata The Eye Shop akan
periksa dan kesan sekiranya kita mengalami penyakit mata, dan konsultansi
sekiranya mata mengalami masalah. Dengan menggunakan mesin split lamp, pakar
mata The Eye Shop akan mengesan pelbagai masalah mata yang berbahaya dan serius
termasuklah masalah katarak, glaucoma, dan kerosakan pada retina mata.
|
Dengan menggunakan mesin split lamp, pakar mata The Eye Shop akan mengesan pelbagai masalah mata |
|
Keputusan pemeriksaan kesihatan mata akan dipaparkan di skrin. |
Alhamdulillah, mata saya normal dan sihat. Garisan urat
darah pada putih mata pun Cuma minor stress dan tak berselirat. Haha! Lepas tu
tiada apa apa masalah macam dalam mata ada mekap terjatuh ke, bulu mata ada
kesan masakara ke apa. Sempat akak tu pesan, mekap bila perlu je sebab kalau
mekap pun kena cuci betul. Tak semua perempuan sedar, sekecil-kecil perkara
macam ni pun boleh beri kesan pada anak mata. Fuh! Tapi memang terbaik lah
konsultansi dengan staff The Eye Shop memang sangat details dan diorang explain
sampai kita paham. Dan sebab sangat mesra pelanggan, sikit pun tak rasa malu
atau awkward sepanjang proses periksa mata dan konsultansi.
|
Masing-masing teruja memilih kaca mata yang sesuai |
|
Teruja Khai Artzfar mencuba pelbagai jenis kaca mata di The Eye Shop |
|
Pilihan kami berlima di The Eye Shop |
Dah keluar tu, pilih cermin mata mana yang berkenan, staff
di The Eye Shop ni jugak akan bantu kita pilih cermin mata mana yang sesuai
dengan bentuk muka kita, atau untuk yang bertudung khususnya ada sedikit
concern tentang cermin mata kalau pakai ubah bentuk tudung la apa. So semua ni
dia akan bagi advice. Lepas dah pilih cermin mata yang kita berkenan, diorang
akan minta kita pakai dan ehhhh ada lagi proses apa ni! Hah, diorang ambil
ukuran frame dan lens untuk padankan dengan muka kita pulak! Ukuran jarak kita
selalu pegang bahan bacaan dan mata kita pun dia ambil gituh. Wahhhhh tak
pernah buat measurement macam ni. Siap pakai iPad okayh! Gila high technology
kat The Eye Shop ni. Macam personalized measurement untuk cermin mata, dan kemudian
hasilnya akan dapat lah ukuran far dan near vision berapa, frame size berapa,
dan ukuran posisi cermin mata ketika dipakai di muka. Fuh! Kagum lah semua ni
details betul.
|
Personalized measurement untuk kaca mata |
|
Near and far vision measurement juga diperiksa untuk keselesaan kiota memakai kaca mata |
|
Frame size dan posisi kaca mata juga diukur sebaiknya mengikut bentuk muka kita |
|
Hasil personalized measurement untuk kaca mata kita |
Pengarah Fair’s Optometrist Sdn Bhd, Siti Fairuz Mohd
Sulaiman yang dah mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang optometri ni
berkata, The Eye Shop memang sangat mementingkan keselesaan para pelanggan dan
menyediakan pemeriksaan mata secara menyeluruh untuk semua pelanggan yang
datang. Inilah satu-satunya pusat optometri yang menyediakan khidmat
konsultansi mengenai kesihatan mata dalam suasana kedai yang berkonsepkan
butik. Selain perkhidmatan optometri
klinikal dan menawarkan pelbagai jenis dan jenama cermin mata, The Eye Ship ni
jugak turut dilengkapi dengan makmal dispense sendiri. Ada mesin khas untuk
pemotongan kanta supaya semua tempahan mampu disiapkan dalam masa yang singkat.
|
Pilihan kaca mata baru NeyNey haha! |
Hah kalau nak rasa pengalaman layanan 5 bintang dan mewah di
kedai cermin mata berkonsepkan butik boleh terus ke:
The Eye Shop
G-6, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.
No comments:
Post a Comment
drop your comment here!