Friday, April 30, 2021

Baju Raya di butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

Sekejap je masa berjalan, dah tinggal kurang dua minggu lagi nak raya. Walaupun dah tahu raya kali ni tak mungkin dapat rentas negeri balik kampung lagi macam tahun lepas, tapi aku tetap nak beli baju raya baru untuk kami dan juga akan ku kirimkan baju raya untuk family di kampung. Korang dah prepare ke persiapan raya? 


Last week suami ajak ke Bertam Perdana, Kepala Batas Pulau Pinang. Katanya nak mencari kurta di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf. Laki aku memang sejenis pakai kurta je so sesuai sangat la pi butik Aisy Asyraf ni sebab sana banyak pilihan. 

Tahun ini, butik Aisy Asyraf ada beberapa koleksi raya seperti Baju Melayu Luxamana, Kurta Raff, Kurta Izhar, Kurta Hatta Dan juga Kurta Manna Plus Size. Material sangat berkualiti tinggi dan laki aku cukup suka material jenis cotton yang sejuk, selesa dan lembut. Satu lagi, cutting semua sedang elok, dan jahitan juga kemas. Pilihan warna memang sangat banyak! Senang nak matching dengan pasangan. 

Untuk Baju Melayu Luxamana saiz dari S hingga 3XL disediakan dan ada 21 pilihan warna menarik! Banyak tu pening jugak nak Mana satu tahu-tahu beli terus 2-3 pasang! Design Baju Melayu Luxamana memang cantik. Design semi slim fit cutting, leher cekak musang dan ada satu poket sahaja di bahagian dada. Dan bestnya kalau korang beli baju Melayu Luxamana ni, korang akan dapat 5 item yang diberi PERCUMA ;

🟣Sampin

🟣Butang baju

🟣Sampul raya

🟣Sapu tangan (untuk poket baju raya)

🟣 Kotak & paperbag ekslusif Aisy Ashraf



Satu faktor aku suka tentang koleksi baju di Butik Aisy Asyraf ialah sebab mereka ada keluarkan Kurta Manna Plus Size, yang saiz tersedia adalah 4XL hingga 7XL! Bersyukur ya bila melangkah masuk ke butik, aku ternampak plus size kurta sebab susah sangat nak cari kurta untuk Ayah. Biasanya Ayah pakai size 3XL atau 4XL. Untuk adik lelaki aku pun kena beli plus size juga. Semua baka comel comel kan? Tengah memilih Kurta Manna tu terus aku video call Ayah untuk memilih. Material Cotton jenis sejuk dan selesa juga sesuai untuk warga emas macam ayah, material jenis tak panas atau berpeluh bila pakai. Selesa betul! 

Untuk yang gemar dengan kurta bercorak, boleh beli Kurta Izhar. Checkered pattern di baju, kurta Izhar ni bukan boleh pakai untuk raya je, jalan-jalan kasual pakaian harian pun sesuai. Ada 6 corak dan warna pilihan, agaknya ada yang pakai Kurta Izhar ni pergi ke pejabat pun sesuai ni! 

Untuk Kurta Raff ada kira-kira 15 pilihan warna juga dengan material high quality cotton yang sama macam baju Melayu Luxamana tadi. Apa beza pula dengan Kurta Hatta? Haaaa yang membezakan Kurta Raff dan Kurta Hatta adalah ada design di bahagian leher dan butang. Kurta Hatta menggunakan butang baju Melayu dan lehernya ada pleated design manakala Kurta Raff menggunakan butang tekan dan lehernya kosong plain. Kurta Raff juga ada cuff button di pergelangan tangan dan Kurta Hatta tiada butang. Kurta Hatta ada poket di bahagian dada kiri manakala kurta Raff tiada poket dan kelihatan lebih sleek gituh. Saiz sama je dari S hingga 3XL juga. Yang ada anak, boleh la si bapak beli Kurta Raff, sebab butik Aisy Asyraf juga ada Kurta Raff untuk kanak-kanak. Matchy matchy gituh!

Harga koleksi raya design terbaru tahun 2021 Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf ni sangat mampu milik dan berbaloi untuk dibeli.

🟠Baju Raya Luxamana (RM195)

🟠Kurta Hatta (RM139)

🟠Kurta Raff (RM129)

🟠Kurta Raff Kids (RM89)

🟠Kurta Izhar (RM109)

🟠Kurta Manna Plus Size (RM139) 

Oh ye, bukan setakat baju tapi di Butik Aisy Asyraf juga ada beberapa produk lain seperti clutch, capal, kain pelikat, samping, songkok dan macam-macam lagi aksesori tambahan untuk melengkap kan raya korang. Baju kemeja batik juga ada tau. Bergaya la masing-masing di pagi lebaran ya!


Aisy Asyraf Penang

No 7-G, 12, Jalan Dagangan 2,

Pusat Bandar Bertam Perdana, 

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang




Waktu operasi sepanjang bulan Ramadan ialah dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Boleh juga lihat koleksi Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf di:


Website www.aisyasyraf.com

Instagram @aisyasyrafpenang

Instagram @aisyasyrafcatalogue

Facebook Aisy Asyraf Penang


Untuk WhatsApp terus Butik Aisy Asyraf Penang boleh tekan www.wasap.my/60174547539



1 comment:

drop your comment here!