Dari Tanjung Malim Ke KLCC - Fdaus Ahmad
9:42 pmdulu pernah dah buat review Sembang Kencang 1 (SK1) dan Sembang Kencang 2 (SK2) kan? kali ni meh aku cerita pasal Dari Tanjung Malim Ke KLCC (DTMKK) pulak. buku ketiga hasil tulisan Fdaus Ahmad . cerita panjang kalau nak stroy pasal misi pencarian buku ni, tapi takpe. aku pendek kan. aku pun malas nak story berjela-jela kan.
almaklumlah kan DTMKK ni bestsellers no 2 dalam Kinokuniya. tahu tak 3 kali aku ulang alik dari Tronoh ke KLCC, dan dari Kuantan ke KLCC mencari buku ni? gigih kan? setiap kali datang, dapat perasaan hampa asyik sold out. akhirnya, minggu lepas masa dating ke Kinokuniya, baru dapat. tu pun mula-mula staff pemalas Kinokuniya cakap takde stok. tp, lepas jumpa staff rajin sikit, kehulur kehilir dia cari buku ni sampai dapat. ingat, kalau diorang cakap takde stok, make sure betul-betu;l takde stok! hahaha~
aku baca buku ni masa tengah dating kat KLCC tu, dating berilmiah sangat kan. sementara tunggu showtime wayang, sempat la baca buku DTMKK ni. lepas tu sambung baca masa on the way balik ke Kuantan pulak dalam bas. overall, memang macam orang gila la baca DTMKK ni. bahaya betei sampai orang boleh cop kita kurang waras sebab tersengih tergelak tersenyum sorang-sorang. separuh dari buku ni aku dah baca ceritanya sebelum ni. mungkin dalam SK mungkin dalam blog SK. aku pun tak tahu. tapi baca banyak kali pun tak puas jugak. nak setel mcm mana ni?
kalau korang pembaca blog Sembang Kencang, sure korang tahu penulisan Fdaus Ahmad ni macam mana. gila orang nya. aku ni dah baca blog dia dari Fateem tu kecik lagi. sampailah Faseeh tu wujud, sampailah Abdullah Ridho' tu lahir. betapa lamanya aku jadi pembaca setia ni. sampaikan masa entry I-City dia tersebar dengan popularnya kat fesbuk pun aku dah boleh tahu, "eh ini entry pidomat ni".
so taknak cakap banyak, korang patut beli DTMKK ni. kalau tak k Kinokuniya pun, kat MPH ada. takpun tak payah gigih sangat macam aku ni. korang beli online je kat Dubook Press. senang kan? setakat RM20 apa lah sangat weyh. korang tengok wayang mahal-mahal dating dengan pakwe makwe boleh pulak? kekekeke.
SK1 dengan SK2 aku ada autograph. DTMKK ni kalau takde autograph rasa tak lengkap koleksi. so macam mana ni bro? nak kena tunggu aku kerja PETRONAS balik ke baru kita boleh meetup kat bridge lagi? hahaha~
ok, dah lah. aku nak sambung masak sup daging.
1 comments
Bf best woo dating
ReplyDeletedrop your comment here!