meriahnya #twtupraya di Restoran Istana Bambu
11:47 amso far, memang ramai yang tahu saya memang aktif di Twitter berbanding laman sosial yang lain. sudah mencecah 154,000 tweet ketika entri ini ditulis memang bukti saya tweet tanpa henti setiap hari. apa itu tweetup? rasa macam dah banyak kali je explain. #twtup adalah Tweetup iaitu meetup/gathering pengguna-pengguna Twitter. dah banyak kali saya join twtup tidak kira lah dari twtup kecil-kecilan hinggalah yang besar macam #twtupraya ni.
sempena bulan syawal ni, organizer terhebat @AinaAzizi pun telah organize event #twtupraya ni. kehadiran peserta adalah lebih daripada 300 orang malam tu. wahh~~ meriahkan kami sambut raya bersama? lokasi kejadian adalah Restoran Istana Bambu, Ampang. petang tu saya kesana dengan adik busuk saya, @MarzukiKamal. kami tiba seawal 6:00 petang sebab dari rumah ke Restoran Istana Bambu cuma ambil masa kurang dari 10 minit. masa datang awal tu memang blur sebab tak kenal sesiapa. lama juga kami berdiri macam penyambut tetamu je kat entrance tu. dah lah baju sedondon warna. memang macam penyambut tetamu. tapi kan, Restoran Istana Bambu ni memang sangat cantik. rasa macam duduk dalam rumah kampung.
masa sebelum pergi #twtup memang habis comel dah muka (ok, ini perasaan poyo semata-mata) tapi bila dah sampai sana, terus melekit hanya tuhan yang tahu. mungkin faktor mentol lampu kuning yang digunakan menyebabkan kelenjar peluh melalui proses yang sangat produktif. dengan ratusan orang nya lagi. apa pun, sebelum ke meja makan, kami melalui kaunter pendaftaran. ya, saya didaftarkan di bawah nama Amanz Network sebab saya pemenang contest mereka. tanpa Amanz, tiadalah saya di sana.
memang sengaja edit gambar macam hantu berpakaian biru. ini Aki, atau tweethandle nya @marzukikamal . beliau yang bertangungjawab membawa saya ke #twtupraya kali ini. ok, tak perlu terperinci sangat. menu makanan untuk malam itu ialah : nasi goreng, mihun goreng, lemang, nasi impit, rendang daging, kuih jagung kastard, popia goreng, kuih seri muka, kek marble, kek pisang, air sirap, air teh, cendol dan apa entah lagi saya tidak tahu ye. yang pasti saya makan kuih semata-mata sebab saya allergic dengan makanan lain.
goodie bag comel ni dalam nya ada beberapa benda yang mengimbau kenangan kanak-kanak semua orang. ada snek tam tam , mi mi, chewing gum yang dulu ada tatoo tu, gula-gula mentos, gula-gula cloud 9, cokelat daim, cookies, bunga api dan mercun bola. weee~ seronok sangat! alamak, saya terlupa nak curik burung twitter yang berdiri di tengah-tengah meja tu. comel ok!
malam tu ada ramai #retis. ada @fouziahgous, @iqramdinzlyHM, dan @imranajmain . sangat friendly mereka melayan semua orang macam kawan-kawan je. hoh, memang kalau join mana-mana #twtup memang ramai #retis . dulu pun dah pernah dinner dengan @aznilnawawiHM dan @iqramdinzlyHM kat rasta. ha ha ha.
lepas tu kan, siap ada performance. talented sungguh la semua tweeps yang ada dalam twitterjaya ni kan? saya suka betul lagu gadis twitterku. memang eksklusif boleh dengar di #twtupraya je. Imran Ajmain duduk sebelah saya masa tu pun tergelak-gelak tengok mereka perfom. banyak lagi yang perform malam tu semua boleh tengok dalam youtube. eh penat membebel, mari lihat gambar sampai pengsan.
masa taip entry ni dah pukul 2 pagi. memang mengantuk sangat nak perkenalkan setiap sorang kan? si @faliqfahmie ada tanya, amek gambar ni masuk blog tak? hah ni semua saya masukkan dalam blog ni. siapa nak follow twitter mereka, sila baca tweethandle kat setiap gambar tu. mana yang ada la...
kami bertiga adalah wakil UTP. eceh.... ada saya, @marzukikamal dan @whykimi. berjaya juga kimi datang ke #twtupraya selepas sesat berjam-jam. oh, selepas pulang dari #twtupraya kami terus ke gerai OM burger depan 7E tu. nyummmehhhh memang faveret bab menternak lemak di badan. balik tu, dengar cerita ada kereta beberapa orang tweeps kena pecah masa parking kat Restoran Istana Bambu tu. moga mereka tabah dengan musibah yang menimpa. saya tahu perasaan kehilangan laptop itu bagaimana rasanya. takpe, mungkin ada hikmah disebaliknya. heh, dah habis dah taip entri. kita jumpa lagi di #twtup besar-besaran bulan oktober ni! :)
8 comments
wah seronok nye....
ReplyDeletecun awk cun..!!
xyz4mir.blogspot.com
meriahnya :D
ReplyDeletewow! 154k tweet? giler ah..haha
saya tak cun la shaz
ReplyDeleteazuan; aah 154k
eh eh..ittew ada la dlm gambau tu..HAHA
ReplyDelete#untunglaa @taufiqhelios ada dlm gambar :p
ReplyDeletehahahaha korg ni
ReplyDeletehahhaha..chaittt..kau pon ada kot aki oi.. RT @marzukikamal: #untunglaa @taufiqhelios ada dlm gambar :p
ReplyDeletekorang bertuit ke. hahaha
ReplyDeletedrop your comment here!