Thursday, September 01, 2016

Wonderful Indonesia Street Festival di Bukit Bintang, Kuala Lumpur!


Indonesia, salah sebuah Negara yang punya keindahan alam yang tak terungkap cantiknya. Cewah intro kemain jiwang. Tapi, memang betul sebab saya banyak travel ke Indonesia, pertama kali jejak kaki di Bali tahun 2014 pun dah teruja dengan Pulau Lembongan dan keramahan penduduk kampong nelayan kat sana. Bila mula solo backpacking ke Medan tahun 2014, saya tahu, Indonesia ni selamat untuk female solo backpacker macam saya. Sebab tu dua bulan selepas itu merasai bulan Ramadhan di Medan lagi dan kemudiannya tahun 2015 saya berkesempatan menikmati kemeriahan suasana Hari Raya Aidiladha di Jakarta, dan seterusnya ke Bandung. Oh, tak sabarnya bulan Oktober 2016 nanti akan ke Jogjakarta pula, juga November 201 ke Jogjakarta lagi dan seterusnya hari lahir saya tahun depan 2017 akan saya nikmati keindahan Bandar Aceh dan Pulau Weh pula. Wah, macam setiap tahun melawat Indonesia kan? Dalam bucketlist ada East Kalimantan, Flores, Komodo Island, Raja Ampat, Lombok dan macam-macam lagi tempat di Indonesia yang dah lama saya teringin nak melawat! Kena dengan tagline mereka, #WonderfulIndonesia sememangnya sangat Wonderful Indonesia ni.




 Semalam berkesempatan ke Press Conference “Explore Exotic Indonesia Street Festival” di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hah event apa ni?  Explore Exotic Indonesia Street Festival ini akan membawa terus keindahan dan keunikan Indonesia di tengah-tengah jantung hati Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Sepanjang walkway di hadapan Lot 10 sehinggalah ke Farenheit 88 dan seterusnya ke Starhill Gallery, pelbagai pameran, pertunjukan tarian budaya, nyanyian lagu-lagu Indonesia dan jualan barangan Indonesia akan di persembahkan. Wah, menariknya Indonesia di Kuala Lumpur! Tapi, ni sebahagian je la. Kalau ke Indonesia sendiri baru lah seronok kan.

 

Kerajaan Indonesia mensasarkan 20 juta pelancong antarabangsa sehingga tahun 2019, iaitu berganda jumlah sasaran 10.4 juta untuk tahun 2015. Tapi mereka percaya dan yakin dengan mempunyai lebih 13,000 pulau, dan 1,128 etnik berlainan jenis yang bercakap pelbagai dialek, sasaran itu akan berjaya. Ala, dengan kecantikan pulau Bali dan Lombok yang semakin popular, UNESCO World Heritage Site Borobodur dan Prambanan Temple, keseronokan shopping di Jakarta dan Bandung, saya pun yakin sasaran akan berjaya. Ramai okayh yang suka ke Indonesia ni. Malaysia sendiri berada di kedudukan kedua pasaran besar untuk Indonesia. Bayangkan, tahun 2015, rakyat Malaysia sahaja dah rekod 247,270 arrivals ke Indonesia ni iaitu 11.98% dari jumlah 10 juta pelancong asing yang datang ke Indonesia. Dan destinasi popular yang rakyat Malaysia sellau pergi ke Indonesia ni ialah; Jakarta, Kepulauan Riau dan juga Bali.







Explore Exotic Indonesia Street Festival ini akan diadakan pada 1 hingga 4 September 2016 di kawasan Segitiga Emas atau Golden Triangle Kuala Lumpur. Memang kawasan Golden Triangle ini sangat popular di kalangan pelancong yang datang dari pelbagai Negara. Dari ISetan, Lot10 Walkway, Giant Cube area, ke Farenheit 88 dan di hadapan Sephora seterusnya ke pintu masuk Starhill Gallery, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. 

 




Di hadapan entrance Starhill Gallery, temanya ialah “Wonderful Garden of Indonesia” dan kemudian di spot kedua Sephora Walkway membawa tema “Wonderful Batik of Indonesia” dan spot ketiga pula “Wonderful Culture of Indonesia” di hadapan Uniqlo dan Farenheit. Spot keempat iaitu di Giant Cube hadapan Lot 10 pula membawa tema “Wonderful Fun of Indonesia” sehingga dihadapan H&M, Lot 10 sehingga Farenheit. Spot kelima ialah, “Wonderful Nature of Indonesia” yang terletak di ISetan entrance dan yang terakhir spot keenam, “Wonderful Shopping of Indonesia” di Isetan Ground Floor.



Seronok sangat semalam tengok persembahan tarian budaya dari Kalimantan, proses mencanting batik Indonesia, persembahan musik dan proses pembuatan kraftangan buluh Indonesia, inai henna Indonesia bercorak batik, handmade kasut dengan corak motif Indonesia dan macam-macam lagi. Teh Botol pun 3 botol RM6 je! Tu belum lagi hampir saya beli kasut corak batik tu unik sangat. Tapi semalam sempat juga lah beli gelang handmade dari Indonesia. Ah, saya suka benda kraf gini memang lebur poket, tapi mengenangkan saya akan terbang ke Indonesia bulan depan, tahan je nafsu shopping semalam. Haha!






Hari semalam juga ada Majlis Pelancaran Filem Kalam Kalam Langit untuk pasaran Malaysia. Filem yang berkonsep agama ini, akan ditayangkan di Malaysia pertengahan bulan September ini, dan akan memperkenalkan lagi salah satu destinasi halal Indonesia iaitu Lombok. Filem Kalam Kalam Langit ini diharap akan memberi inspirasi kepada semua penonton dan pengajaran tentang kehidupan seharian kita harus berpandukan kepada Al-Quran dan ajaran-ajaran agama Islam. Katanya, filem ini mampu mengalirkan airmata penonton dan banyak keinsafan dan pengajaran yang boleh kita dapat dari filem ni. Aduh, tak sabar rasanya nak menonton filem Kalam Kalam Langit ni. Dengar OST secara live semalam pun dah syahdu weyh!


Jangan lupa ke Explore Exotic Indonesia Street Festival 
di Bukit Bintang Kuala Lumpur sehingga hari Ahad ini! 
Hanya pada 1 hingga 4 September 2016. 
Jom ke Indonesia! 
Ayuh!


10 comments:

  1. Waaa... sering ke Indonesia ya Kak. Ke Jogja mau tur AADC kah? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya dong Una. Sering aja ke Indonesia. Aduh, nggak deh. Udah beli tikenya tahun lepas. Tahu tahu aja AADC juga di Jogja. Terus aku juga mau cari Rangganya di sana haha

      Delete
  2. Boleh saya tahu kasut tu apa brandnya dan ada yg jual online tak? Tak sempat rasanya nk singgah ke lot 10...

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu kasut tu apa brandnya dan ada yg jual online tak? Tak sempat rasanya nk singgah ke lot 10...

    ReplyDelete
  4. Boleh saya tahu kasut tu apa brandnya dan ada yg jual online tak? Tak sempat rasanya nk singgah ke lot 10...

    ReplyDelete
  5. Boleh saya tahu kasut tu apa brandnya dan ada yg jual online tak? Tak sempat rasanya nk singgah ke lot 10...

    ReplyDelete
  6. Nak tanya...koleksi kasut tu brand apa ya, & adakah yg dijual online...x sempat rasanya nak ke lot 10 harini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand: The Warna Shoes tapi based di Indonesia la awak. Tak sure if nak beli ada pos ke Malaysia atau tidak huhuhu https://www.facebook.com/thewarnashoes/

      Delete
  7. baru tau ada event tu. pls ajak nnt. hehehe

    ReplyDelete

drop your comment here!