Trip: Bali, Indonesia (Day 2)
1:03 am
so, sambungan dari entry Trip: Bali, Indonesia (Day 1) , kali ni nak cerita apa yang jadi pada Day 2 pulak. Tentatif hari kedua di Bali adalah seperti dibawah:
7:30 am - Breakfast & Free and Easy
9.00 am - Depart to Ubud Temple
10.00 pm - Arrive at Ubud Market & Pura Saraswati Temple
- Lunch
- Lunch
12.15 pm - Depart to Safari Park Lodge
- Water Rafting
- Elephant Talent Show
- Visit Museum
- Hands Feeding
- Photo with Elephant
- Interact with baby elepehant
- Dinner at Safari Park Lodge)
- Water Rafting
- Elephant Talent Show
- Visit Museum
- Hands Feeding
- Photo with Elephant
- Interact with baby elepehant
- Dinner at Safari Park Lodge)
9.00 pm - Tour End & Back to hotel
tapi, macam biasalah mesti ada aktiviti lain yang menyelit dalam tentatif tu. pagi tu keluar awal dari hotel, kira-kira jam 830am maka Pak Dharma bawa ke Krisna dulu. katanya ole-ole Bali di Krisna murahhh dan bagus sekali! tapi oleh sebab memang takde niat nak shopping sangat pun, maka beli t-shirt dan pario sahaja. Pario berharga 31,000 rp, t-shirt lengan pendek berharga 24,500 rp, t-shirt lengan panjang berharga 27,500 rp dan gelang pula berharga 8,000 rp sahaja. murah kannn? ada 5 cawangan Krisna di Bali dan salah satu nya buka 24 jam!
sepanjang perjalanan dari Krisna ke Ubud, punya la best tengok view bandar Kuta ni. seronok tengok kedai-kedai jual pintu atau patung sembah mereka. ya, Bali ni 84.5% dari penduduk disini adalah beragama Hindu. so jangan la pelik kalau tengok banyak sangat patung sana sini. oh ya, di Kuta ada Sogo! hahahaha dalam Discovery Mall tapi tak pergi pun. takde masa. sobs.
Pura Saraswati Temple dan Ubud Market adalah bersebelahan tapi aku tak pergi Temple. hahahaha konpem la hati terus nak shopping. masa shopping kat Ubud Market, terjumpa lagi jiran aku pakcik Marzuki dan family. small world. haha~~ barang kat sini best! di Krisna tak boleh tawar menawar sebab fixed price. kat Ubud Market ni ya allah murahnya siap boleh tawar menawar. kalau nak cari kebaya lace, kain batik atau sarong, kraftangan dan lukisan cantik-cantik semua ada sini. katanya Ubud ni tempat orang kretip2. haha. memang betul la. kalau golongan mak-mak konpem meroyan rmabang mata shopping barang rumah. ada kawan beli runner table tu 6 helai 100,000 rp je. dah la sulam cantik! aku beli bakul kayu 80,000 rp dan bag Bali 75,000 rp je. lepas tu magnet 10 biji dapat 100,000 rp. okayh magnet mahal :'(
duduk dalam Ubud Market 2 jam rasa sekejap je.
sampai tak sempat nak lunch sebab hujan lebat tiba-tiba.
terus naik van Adventure Tour Bali dan terus ke tempat water rafting.
hurm, boleh ke rafting hujan-hujan ni?
sebelum tu, tengok lah harga pakej aktiviti Day 2 ni. Aku tak sure pakej mana satu aku punya. sebaba da sekali dinner dan transfer to hotel. almost 200 USD la jugak untuk sorang. untuk lebih info boleh jenguk website mereka. Bali Adventure Tour
nak pergi water rafting ni kena lah ajak ramai-ramai kan? kalau pergi sorang bapak gila tak bestnya. haha~~ so kamia dalah dalam seramai 27 orang semuanya. kira-kira 4-5 bot la jugak. untuk ke sungai Ayung yang merupakan sungai terpanjang di kepulauan Bali ni, kena menapak turun tangga 300 anak tangga dulu ye. penat jugak sampai aku buat paddle tu jadi tongkat da. berpeluh-peluh menapak.oh ye memang semua gambar banyak guna iPhone aku je sebab cuma aku bawak iPhone letak dalam waterproof case HyperGear tu. selamat~~ kalau tak memang takde gambar ikut kronologi.
sepanjang dua jam mendayung iaitu 9 km merentasi Sungai Ayung tu aku rasa bot aku paling rilek sebab tak mendayung sangat. sebba tu bot kami paling lambat sampai. sebab apa? sebab Desu (tour guide kami) baik hati sangat nak mendayung sorang-sorang. dia kesian kami semua permepuan kot? santai-santai aja ya. katanya. kami memang paling di ambil berat sekali. dan tak jatuh pun dari bot. tapi Desu jatuh. haha. almaklum la ini situasi lepas hujan maka air sungai terlalu deras dan water rafting kami pada hari tu adalah level 4 dan level 5. mataikun~~ sepanjang perjalanan tu, yang best nya ada watefall 2 kali boleh mandi bawah waterfall tu tapi Desu tak berani bawak kami ke situ sebab katanya air kuat sekali. deras. takut jadi apa-apa. dan ada satu tempat tu dia berhenti nak tunjuk kami.... sepanjang 300m sungai, baru-batu tepi sungai tu dah diukir oleh penduduk kampung situ. SubhanaAllah cantik gila!! halus je ukirannya, ternyata rakyat Ubud memang kretip belaka.
akhirnya tiba juga di garisan penamat. tapi.....kena menapak naik tangga pulak 300 anak tangga lagi! perghhhhhhh~~ no ownder lah Desu suruh santai aja mendayung bot. hahaha. azab lagi azab takde tempat pemegang pun tapi aku kagum tengok makcik-pakcik dah tua yang ambil upah pikul bot 65 kg atas kepala, naik 300 anak tangga. salute ah!
lepas penat rafting, naik tangga lagi lepas tu terus melantak. ye, buffet lunch ni masuk dalam package sekali ye. memang makan tak henti-henti tanpa ikut pantang berdiet dah. sandwich sedap. cucur jagung sedap. fish fillet sedap. semua lah sedap! lepas makan, pergi kaunter gambar dan beli gambar rafting 100,000 rp dan video rafting 400,000 rp. lepas tu, terus bergerak ke Elephant Safari ParkTaro-Ubud.
sampai je kat Elephant Safari Park tu macam terpegun kejap. ada perayaan apa ni semua pakai cantik-cantik berkebaya dan kain batik. oh, rupanya hari tu Ulang Tahun Gajah maka diorang sembahyang la sikit.
sampai sini dah terlewat sikit sebenarnya tapi takpe teruskan juga. first activity ialah melawat muzium gajah. segala jenis gajah la ada. paling best tengok rangka Mammoth. besar baq hang!and ukiran kayu oleh rakyat Ubud. sebatang pokok kayu tu diorang ukir gajah-gajah kecil. kretip nak mampos ah.
terus kami lihat Elephant show dulu, dan kemudiannya melawat baby elephant nama Fajar. Fajar ni hyperaktive sangat, bila orang datang kat kandang dia, dia lari sini sana. panggil nama Fajar, dia datang dekat. comel gila! tapi berat dia sama dengan aku. adakah aku anak gajah? :'(
dah penat melayan Fajar, terus ke sesi memberi makan elephant dan ambil gambar bersama gajah. masa ni berkenalan dengan Ardila pulak. comel betul gajah ni! penjaga dia suruh smile masa ambil gambar, dia smile sama. siap main sarung kalungan bunga lagi.
dah merepek lama sangat layan Ardila, kami pergi bermesra bersama Puspa pulak. berumur 29 tahun, dan beratnya berapa tan ntah. masa tengah elephant safari ride tu boleh pulak si Puspa ni berak macam buah kepala jatuh ke tanah. busuk la Puspa! masa ni la dapat tahu ada 31 gajah semuanya yang datangd ari Sumatera, Indonesia dan paling tua gajah disini berumur 50 tahun bernama Fitri, dan paling muda adalah Fajar berumur 10 bulan. menariknya, anak-anak gajah kat sini semuanya datang dari seekor gajah sahaja! aku saspek Fitri tu lah ayah dan suami pada semua gajah disini. hahaha~~ aku lepas habis Safari Night & Elephant Ride melihat kawasan situ, terus ke dinner. bukan makan daging gajah okayh. hehe~~
makan kat Safari Park Lodge ni memang mewah. restaurant 5 star katanya. bilik hotel kat sini pun mampu mencecah harga 600 USD satu malam. tpai sebab dah kenyang sangat makan kat water rafting tadi, banyak makan dessert and buah je la.
balik dari Ubud, masa tu dah jam 1030 malam. arghhh dah tak sempat nak shopping sesuatu! ye motif utama ke Bali nak cari Wakai Shoes yang takde kat Malaysia. Wakai Shoes ni ala-ala Tom Shoes la kalau kat US. and ala-ala Blings Shoes kalau kat Malaysia. tapi Tom Shoes and Blings Shoes takde design secantik Wakai Shoes okayh! maka berlari-lari ke Beachwalk malam tu keseorangan berani gila (nasib baik sebelah hotel je) lepas tu pening cari kedai, tapi kata orang malu bertanya sesat jalan. terus terjah security situ tanya jalan. Beachwalk ni shopping mall tapi semua kedai mahal-mahal je la. lepas tu duduk lama gila dalam Wakai Shoes sebab pening nak pilih mana sebab tak banyak choices sebab kat Bali ni baru bukak outletnya! pening pulak budak nama Rizal kat kedai tu melayan aku. oh ye, kalau beli macam kasut atas ni boleh la sebab fabric ye, jangan beli flat shoes! sebab pig skin! :O
maka, sepasang kasut di atas adalah berharga 369,000 rp. sebelah kiri tu ada corak songket, yang kanan tu tribal colorful. beli kasut ni, dapat tote bag, diorang tak letak kasut ni dalam kotak tapi dalam tote bag comel! on the way balik dari Beachwalk, singgah pula tempat massage. perlu massage lepas penat rafting la segala bagai sebab esoknya nak pergi water sport lagi. foot + back and shoulder massage: 65,000 rp. seronok sambil massage sambil borak dengan bebudak kat situ.
okayh, sambung entry Day 3 pulak!
====================================================
iklan:
mahu kelihatan cantik berseri bersama Shaklee?
ada full set RM3xx.xx dan set bajet serendah RM1xx.xx untuk anda!
4 comments
puashati special trip ke Bali ni, macam-macam aktivit lasak ada. seronoklah tengok gambar rasa macam nak kena pergi pulak...heee
ReplyDeleteAwak. Wakai shoes dah ada kat Malaysia. Kat qb mall butik dia. Heee. Btw seronok baca cerita backpacking awak. 😊
ReplyDeleteBest g cni kn...xpyh tukr duit beribu2 dh lh shopping mcm2
ReplyDeleteA,ah kn best...go here do not need to bring a lot of money...n no need to exchange smpai beribu2..
ReplyDeletedrop your comment here!