Backpacking Trip: Jakarta & Bandung (Day 3)

1:48 am


Pagi Hari Ketiga kami di Indonesia atau spesifiknya di Bandung, dimulai dengan breakfast yang sangat awesome dan sedap oleh Buk Selvi. gil betul backpacker hostel ni hidang breakfast macam hotel mahal da. padahal bilik satu malam RM 27.00 je! 


Lepas kitorang breakfast and checkout, terus keluar dan menanti Denis fetch kitorang. Ya, kami berjumpa pulak dengan Denis kat Bandung. haha! Bersyukur juga sebab tak perlu susah-susah kami upah supir yang mahal di Bandung ni kan? Disebabkan hari Jumaat, plan asal kami pagi tu ke Floating Market Lembang dulu sebelum ke masjid untuk yang lelaki Solat Jumaat. Fuh, floating market means.....makan lagi! Kami bertujuh pagi tu dengan Denis, family and friends. Meriah!






Tiket masuk ke Floating Market Lembang ni Rp 15,000 sekali free airrasanya saya pun tak berapa pasti sebab Denis yang bayar. Masuk dalam ni selain jual makanan dan souvenier, ada jugak aktiviti lain macam naik sampan ke, kayuh basikal air tu ke dan macam-macam lagi. dan segala makanan dalam ni kalau nak beli, kena beli tokennya dahulu. Jangan beli banyak sangat token dengan perasaan tamak pulak sebab token not refundable! 


Kami eksaited la sebab semua local foods banyak kat sini. teringat pulak kenangan ke floating market pattaya dulu. beli makanan banyak gila dengan Khai. Tauhu Gejrot la, Es Duren, Es Jeruk, Pisang Goreng Cheese, semua sedap! Total saya habis kat sini Rp 25,000.



Lepas Floating Market Lembang tu, kami terus cari any masjid kat Lembang tu. Kaum Adam ke masjid untuk solat jumaat, saya pergi selamba redah jalan-jalan terjumpa pulak Pusat Penangkaran Hewan Luwak dan Rumah Produksi Kopi Luwak Cikole. kat sini masuk FREE dan belajar la proses penghasilan kopi luwak cikole. nak rasa kopi luwak sebab masa ke Bali dulu tak sempat rasa. Tapi orang tu cerita panjang sangat and tempat tu besar jugak, bila nak order kopi, Denis dah call suruh balik ke masjid semula. haha!



Lepas tu dah sebab memang datang Lembang ni, ofcourse lah nak ke Tangkuban Perahu terus kan! yang bestnya, memang tak niat nak ke sini sebab mahal kan entrance fees untuk tourist luar. tapi, sebab datang dengan Denis satu family, kami pun jadi Indonesia sekali. fuhhh nasib tak check ID! dapat lah harga tiket masuk Rp 20,000 je instead of beratus ribu. tapi lagi sekali, tu pun Denis bayar! Maka happy lah dapat jugak tengok Kawah Ratu di Tangkuban Perahu ni ha. bau sulfur kuar gila tapi kitorang tak pakai pun mask. haha!



Sepanjang berjalan ni, kami diserikan dengan gelagat dan kerenah Kai Kai, anak Denis. wah travelmate saya kali ni dua orang nama sama. hehe.. seronok layan dia asyik lapar je perangai serupa seorang Neyra jugak. aktiviti kami penuh makan-makan je. 



Petang tu jugak, check-in di Lingga Guest House, Jayagiri, Lembang atas suggestion Denis juga sebelum kami datang ke Indonesia. ye la, dia kan dengan family mesti lah duduk guest house ala ala family theme. haha! best gila la excited dapat queen bed boleh guling sorang-sorang. Guest House ni takde aircond sebab kawasan Lembang ni memang sejuk, kaki gunung kan. dinding klasik! dan jamban pun klasik ala-ala duduk  kampung la. takde flush, jamban zaman dulu-dulu. saya book hotel ni di Agoda juga, RM 47.00.


selesai urusan check-in, kami ke kota bandung semula. petang tu jalan-jalan ke Cihampelas Walk. mood shopping dalam mall tak berapa nak ada, so saya dan Khai keluar tepi jalan tengok ekdai-kedai baju dan makanan. Sempat lah beli segala jenis kerepek dengan total Rp 86,000 dan makan roti alas perut Rp 10,000. lepas tu masuk semula mall, pergi Es Teller 77- Juara Indonesia tu makan lagi. Order mee dan teh botol, Rp 23,000 lepas tu order lagi pisang bakar cheese Rp 20,000 dan Es Teller untuk dua orang, Rp 30,000. see? asyik beli makanan je. haha!


malam tu lepak minum kopi depan bilik, dengan makan roti bakar entah dari mana kawan Denis belikan. haha! memang seronok duduk guest house dengan suasana kampung dan cuaca yang sejuk. entah macam mana lah survive ke tak tido malam tu dengan cuaca sejuk gila sampai ke tulang? 


haaaa....sambung entry Day 4 lah ok?


So total perbelanjaan saya setakat ini:

Makan Minum: Rp 194,00
Bilik di Linggi Guest House; RM 47.00
yang lain, orang belanja.


Total Day 1 + Day 2 + Day 3: RM 470.90 dan Rp 621,700.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S