468x60

.

Backpacking Trip: Jakarta & Bandung (Day 2)

Saturday, December 26, 2015


Di hari raya...

Terkenang daku kepada si dia...

Kampungku indah nun jauh di sana...

Ayah serta bondaku...
Pepagi tu dah rasa macam nak nyanyi lagu Dendang Perantau. haha! kami packing dan keluar agak awal sebab nak kena cari jalan ke Stasiun Kereta Api Gambir, Jakarta yang entah kat mana terletak lokasi nya. Teringin nak ke Kota Tua, Jakarta tapi tak sempat kot sebab tak tahu macam mana nak pegi. So kami decide jalan je la kemana-mana yang walking distance. berpeluh jugak lah nasib tak ikut plan asal nak pakai baju kurung dan baju melayu pagi tu. haha!




Maka, destinasi pertama haruslah ke masjid. Ini namanya Masjid Istiqlal, Jakarta. Katanya ini masjid terbesar di Indonesia dan juga South East Asia! Memang sangat besar sebab kami masuk dari pintu belakang lepas tu azab nak jalan keliling masjid, dengan bawak backpack berat entah berapa belas kilogram. Sempat jugak lah tengok suasana sambutan Hari Raya Aidiladha di Indonesia pagi tu. 


Depan tu pulak nampak dari jauh Gereja Katedral Jakarta which is cantik jugak! Gereja ni nama lainnya ialah Gereja Santa Perawan Maria Diangkat Ke Surga. Dah agak lama juga gereja ni sebab dibina dari tahun 1901. Kali ni tengok dari jauh je la Gereja ni, tak macam kat Ho Chi Minh City, Vietnam dulu. hehehe... 



Dah ambil gambar semua, tengok banyak pulak gerai makanan depan Masjid Istiqlal. okayh nampak bersih dan yakin untuk dimakan. dan sebab saya dan Khai dah dahaga dan lapar, bag pun berat maka terus kami stop lepak makan Satay & Ketupat sepinggan Rp 20,000 dan juga minum Air Kelapa Muda Rp 5,000. aaaaaa Air Kepala tu sedap gila dan banyak isi segelas besar tu! 


Sebelum ke Stasiun Gambir, sempat kami singgah ke MONAS iaitu Monumen Nasional Jakarta yang setinggi 132 meter di tengah-tengah Dataran Merdeka, Jakarta. Monas ni simbol kemerdekaan negara Indonesia la. tapi kitorang sebab dah penat angkut backpack, dan panas membahang termasuklah ya ampun ramai gila orang, lepakk tengok dari jauh je. ramai jugak lah beratur nak naik ke atas. 



Sampai di Stasiun Gambir, terus saya ke Kiosk Cetak Tiket Mandiri, untuk print tiket kereta api ke Bandung yang dah beli siap-siap sebelum tu secara online, di Tiket.com. Ye la kalau tak beli awal risau jugak takde tiket di hari raya ni. haha! Tiket Argo Parahyangan Kelas Eksekutif, dari Gambir ke bandung hanya berharga Rp 96,250 untuk seorang. Dah beli online tu, korang print je e-ticket atau save je booking number. Then, nanti dah datang Stasiun tu korang cari je Kiosk macam tu, print sendiri tiket! Mudah kan? Sebelum masuk ke Platform, sempat kami lunch dulu di CFC, California Fried Chicken, dan total makan Rp 64,5000. hahaha! Datang jauh, makan fast food je.



Kami naik train memang selesa la siap ada bantal apa semua. Seat boleh adjust, ada plug nak charge phone semua. Dan sebab penat beberapa kali jugak terlelap sepanjang perjalanan selama 3 jam ke Bandung. bertolak jam 3;30 pm, dan tiba jam 6:30 pm. Tapi kan kalau korang tidur agak rugi jugak sebab sepanjang perjalanan view cantik gila pemandangan sawah padi semua. 


Sampai je di Stasiun Bandung petang tu, adik angkat saya, Dessy Natalia dah menanti di Stasiun Bandung. Kebetulan dia kerja kat situ so sempat lah berjumpa. Risau tak sempat nak jumpa sebab tak tahu lagi plan kat Bandung ni macam mana. haha! Dessy ni dah 5-6 tahun jugak kenal tapi berhubung thru Facebook je. Sempat jumpa cousin dia, Vina di Medan tahun lepas, kali ni jumpa Dessy pulak!  Then kami pun dinner je terus dalam Stasiun tu kejap, di restaurant makanan jepun Hokben, dan total makan Rp 29,500. Lepas dinner terus gelabah jalan kaki gelap-gelap tu cari Pinisi Backpacker Hostel. 


Maka, malam kedua kami di Indonesia, kami stay kat Pinisi Backpacker Hostel yang juga di booking di Agoda, dan hanya berharga RM 27.00 semalam! Sangat kemas, bersih, dan selesa, siap aircond and free breakfast! If ambil 4-bed dorm (mixed or female dorm) ada bathroom siap dah dalam dorm masing-masing. tak payah lah sharing ramai-ramai sangat luar dorm. Ada locker besar dan lobby tempat lepak dan hostel ni interior design macam hipster sangat! haha. Berbaloi dan puas hati!. Sampai je hostel, dan uruskan hal check-in tu, terus campak backpack ke katil dan keluar semula. ada misi untuk ke mall sebelum mall tutup jam 9 malam! Terus grab Angkot dan bayar Rp 2,500 untuk ke mall berdekatan walaupun abam hosteld ah pesan jalan kaki je sebab dekat!


Ini lah misi nya. Ada kawan kirim sepatu Ariel Noah sebenarnya. Fuh, harga selepas discount Rp 678,000 dan harga asal Rp 800,000 okayh! nasib baik dah dia kirim wangnya sekali. Berjaya lah jugak beli sebelum mall tutup, walaupun nak color merah takde stock terpaksa beli kasut limited edition warna black. Balik tu kami jalan kaki je sebab memang dekat pun dan sempat lah singgah IndoMaret beli air dan sedikit jajan, Rp 10,950. Balik tu pengsan terus sebab dah penat jalan seharian kat Jakarta siang tu. 

Sambung entry untuk Day 3 pulak okayh? 
more interesting photos menanti. 


So total perbelanjaan setakat ini:
Tiket KUL - CGK (Malindo Air) : RM 335.90
Bas KL Sentral - KLIA2: RM 11.00
Bilik di Maven Gunung Sahari; RM 50.00
Makan di TMII Rp 88.00 (sharing) = After divide into 2: RP 44,000
Pulsa & Kartu: Rp 65,000
Makan & minum: Rp 90,000.

Total: RM 396.90 dan Rp 199,000.



0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates