Trip: Bali, Indonesia (Day 1)

11:03 pm





assalamualaikum! hai semorang~~~yeahhh eyra kaki travel ni travel lagi. kali ni ke Bali, Indonesia. excited sejak seminggu sebelum fly lagii. bermalam di sana beberapa hari, dan sempat melawat beberapa tempat. tukar duet dalam 2 juta setengah je. hahahaha~~




Flight ke Denpasar, Bali seawal jam 9:20 pagi. so disebabkan terlalu awal nak kena berada di Airport KLIA, terpaksa la bermalam dulu di My Hotel, KL Sentral. the cheapest room here is RM 98. bilik sangat bersih dan kemas dan selesa! boleh la nak tidur 1 malam je pun, kan? then esoknya seawal jam 6 pagi dah bertolak ke KLIA. kali ni fly bersama Malindo Air. 

masa kat KLIA tu, ya Allah ramai gila orang! sebab waktu flight ke Denpasar sama dengan waktu flight terbang ke India. bayangkan lah sesaknya macam mana. tapi akhirnya selamat jua masuk ke perut Malindo Air dengan selamatnya. atas awan ni sempat pulak terjumpa jiran kat Kuantan, pakcik Marzuki dan family. what a small world.


Mengikut Tentatif untuk hari pertama, seperti dibawah:

6.00 am: Depart to KLIA
7.00 am: Arrive at KLIA
9.20 am: Flight take off
1.30 pm: Arrive at Kuta Seaview Hotel (check-in)
2.45 pm: Depart to Tanah Lot
3.45 pm: Arrive at Tanah Lot
4:15 pm: Depart at Uluwatu
5.30 pm: Arrive at Uluwatu
6.00 pm: Kechak Dance performance and sunset
7.00 pm: Depart to Lia Cafe, Jimbaran Beach

tapi, setibanya di Bandar Udara Ngurah Rau, Denpasar - Bali semuanya berubah. hahaha~~ dengan beratur panjang berjela berejam untuk check imigresen, dengan kejadian beg hilang dan macam-macam lagi, jam 230 pm baru bertolak ke Kuta Seaview Hotel. maka termusnah lah harapan mahu ke Tanah Lot. hancur berkecai. salahkan Malindo Air! hahaha~~






dah dapat kunci, terus check-in dan melompat kegembiraan. dapat bilik tingkat paling atas, dan paling hujung maka bilik sangat besar. view mengadap laut pulak tu. i loikeee~~~dalam bilik ada macam-macam. masa arrival ada dapat banyak voucher. Kuta Seaview Boutique Resort & Spa memang terbaik! dah la dikelilingi landscape cantik macam duduk dalam taman. tapi kalau duduk bawah dlm taman ni banyak nyamuk la. hahaha~~



lepas dah lepak sejam di bilik, terus bergerak ke Uluwatu untuk Kechak Dance dan Sunset. oh my faveret ever! perjalanan dari hotel ke Uluwatu kira-kira 40 minit hingga satu jam juga la. sepanjang perjalanan tu membebel je tour guide aku nama Pak Dharma tu. 




Sampai di Uluwatu, entrance masuk nya adalah 30,000 rp ke 20,000 rp entah. lupa pulak. lepas tu fee untuk Kechak Dance pulak 100,000 rp. katanya naik harga since Januari. masa masuk tu yang dah sedia pakai sopan tutup kaki takpe dia kasi kain kaler ungu atau kuning, untuk dililit kan pada pinggang. tanda hormat pada tempat suci mereka katanya. kalau yang pakai seluar pendek atau skirt diorang kasi kain yang sama untuk pakai cover segala. oh kat Uluwatu Temple ni punya banyakkkkk monyet besar dan ganas. simpan lah shade, handset dan segalanya. jaga barang elok2 kalau taknak monyet curik. penat pulak kejar monyet nanti. kat entrance ni jugak la ada orang akan promote pisang untuk bagi makan monyet. 30,000 rp kot. TAK PAYAH BELI! hahahaa~~



ini Uluwatu Beach. subhanaallah memang cantik sangat. lama jugak terpegun kagum tengok ombak. lautnya cantik, dan setiap kali ombak tu hempas ke pantai, nampak color biru hijau tu. untuk view yang menarik dan lihat sendiri keindahan pantai Uluwatu boleh tengok video tu. cantik kan? view lagi cantik ke Instagram saya.  lepas camwhore dan menggedik background Uluwatu Beach, cepat-cepat ke tempat persembahan Kechak & Fire Dance.







Menikmati tarian Kecak di Uluwatu adalah pengalaman sangat luar biasa. Di Bali sebenarnya ada beberapa tempat pertunjukan Kecak, tapi tidak ada sebagus yang di Uluwatu. Cerita yang paling popular dalam tari kecak adalah cerita Ramayana pada bagian dimana Raja Rama dan istrinya Dewi Shita serta adiknya Laksamana tengah berada di dalam hutan karena diasingkan dari kerajaan mereka. Berikut scene scene dalam tari kecak :

Scene 1 :
Rama Sita dan Laksamana sedang berada dalam hutan tiba tiba muncul seekor kijang emas (penjelmaan dari pembantu Raja Rahwana yang ditugaskan untuk memancing agar Rama meninggalkan Sita sendirian) mendekati mereka kemudian menjauh seakan ingin mengajak mereka bermain melihat kijang yang lucu tersebut Sita minta ke pada raja Rama untuk menangkapnya. Sebelum Rama pergi meninggalkan Sita, Rama minta adiknya Laksamana menjaga Sita, kemudian Rama meninggalkan Sita dan laksamana untuk mengejar kijang emas yang berlari menjauh………. Tak selang beberapa lap kemudian terdengar suara kesakitan yang mirip suara Rama serta minta tolong…… . Mendengar itu Sita merasa cemas kemudian minta Laksamana untuk menyusul Rama, Laksamana tidak percaya kalau suara itu adalah suara Rama karena dia tahu Rama tidak mungkin dapat dilukai oleh sekor kijang. Namun Sita tidak mau mengerti dia malah marah pada Laksamana dan menuduh Laksamana sengaja membiarkan Rama mati sehingga dia bisa mengawini Sita kelak. Karena terus didesak oleh Sita akhirnya Laksmana mau pergi menyusul Rama. Sebelum meninggalkan Sita sendirian Laksamana membuat lingakaran dan minta Sita untuk tetap berada dalam lingkaran. Setelah Laksamana pergi kemudian muncul sorang pendeta yang sebenarnya adalah penjelmaan Rahwana. Pendeta ini minta air kepada Sita. Karena merasa iba Sita memberikan air kepada pendeta tersebut dengan menjulurkan tangannya keluar lingkaran. Seketika itu juga pendeta tua itu berubah menjadi Rahwana. Kemudian membawa Sita pergi.

Scene 2
Dikisahkan Sita telah berada di Kerajaan Alengka ditemani oleh Trijata – kemenakan dari Rahawana yang ditugaskan untuk menjaga Sita. Sita terlihat sedih menangisi nasib yang menimpanya sanbil terus berharap Rama datang untuk menyelamatkannya. Kemudian muncul Kera Putih – Hanoman. Pada awalnya Sita mengira Hanoman ini juga merupakan penjelmaan Rahwana, namun setelah Sang Hanoman menjelaskan bahwa dirinya adalah utusan dari Raja Rama, serta menyerahkan cincin sebagai bukti. Kemudian Sita memberikan bunga kepada Hanoman untuk diserahkan kepada raja Rama. Sebelum meninggalkan kerajaan Alengka Hanoman membakar taman dan beberapa tempat di kerajaan Alengka sebagai pesan pada Rahwana bahwa Rama akan datang untuk menyelamatkan Sita.

Scene 3
Peperangan dimulai, Rama dengan pelayannya bernama Tualen serta tentara keranya tiba di Alengka untuk menyerang dan menghancurkan kerajaan Rahwana. Pada awal pertempuran putra Rahwana yang bernama Megananda serta pelayannya Delem berhasil mengalahkan Mengikat Rama dengan kekuatan sihirnya sehingga Rama serta anak buahnya tidak bisa bergerak dan menjadi lemas. Kemudian Rama berdoa memohon kepada para Dewata untu k menyelamatkannya, kemudian munculah seekor burung garuda membantu Rama melepaskan diri dari sihir Megananda.

Scene 4
Kemudian Rama beserta tentaranya kembali pulih seperti sedia kala lalu Rama memerintahkan Raja Kera Sugria untuk melawan Megananda, Pada scene ini para penari cak akan membentuk 2 kelompok satu kelompok menjadi tentara Megananda, satu kelompok yang lain menjadi tentara Sugriwa. Dalam pertempuran ini Sugriwa berhasil mengalahkan Megananda. Kemudian para penari cak kembali menjadi satu kelompok.

Scene 5
Diceritakan bahwa Rahwana telah dapat dikalahkan dan Rama berkumpul kembali dengan istrinya Sita. Pertemuan mereka ini disaksikan oleh Laksamana, Sugriwa dan Hanoman





yang paling best lepas performance, semua pelakon tu berkumpul dan semua orang boleh ambil gambar bersama. tapi aku langsung tak teruja untuk ambil gamabr diorang sebab dah kagum melekat tengok sunset lama-lama. SubhanaAllah punya lah cantik Uluwatu ni. pantai cantik, sunset cantik.




dari Uluwatu terus sinngah ke Jimbaran Beach pulak untuk dinner bersama rakan taulan. hehehe~~
kami gather at Lia Cafe, tempat pemes dalam blog-blog yang aku google. yang bestnya makan kat sini, mengadap pantai, dengan angin laut dan candle light. hahahah romantik sangat!













untuk mengelakkan dikenakan cas lebih (biasalah makan seafood ni size berbeza) maka kami pilih menu berdasarkan paket-paket yang ada. kalau tengok bahagian air tu, ada beer Bintang kan? don't worry boleh tukar air kelapa dan air kelapa diorang besar gila! so aku pilih Paket C + tambah ikan Sea Bass. makan dua orang sampai penuh perut. nyummy~~~memang sangat sedap!! especially ada 3 jenis sos berlainan dia kasi. sambil makan sambil ada orang nyanyi kat tepi meja. 




alang-alang dah ke Jimbaran Beach ni korang wajib try Jagung Bakar kat sini! fufufufufu yang manis pun sedap, yang BBQ pun sedap. memang rasa dia lain gila. and sebatang jagung cuma 10,000 rp. puas hati!




dari Jimbaran ke Kuta naik teksi yang Lia Cafe dah sediakan. bagus betul servis diorang ni kan? sementara tunggu taxi sampai sempat borak dengan orang kampung situ. wahhhh kalau jumpa orang Malaysia, kemain diorang banyak cakap. rata-rata pernah berkerja di Malaysia. so diorang teruja lebih. pakcik taxi paling lawak! boleh dia bantai cakap Key-Ell. perghhh sepanjang perjalanan ketawa je. balik dari Jimbaran, terus berjalan-jalan di bandar Kuta. dah malam takde lah nak shopping sebab banyak kedai dah tutup. bukan malam minggu. huhuhu~~ tapi club bersepah la bukak. aku ke Hard Rock Cafe je jalan-jalan. ambil gambar. sebab Hard Rock Cafe still dekat walking distance.





dah penat jalan, boleh pulak stop kat kedai Italian Ice-Cream Gelato ni. sebab kedai ni lambat tutup. dan aiskrim diorang jual sangat la menawan mati dan perut. nyummmy~~1 scoop cuma 15,000 rp. dan sangat sedap! seriusssss!

okayh macam entry yang penuh dengan makanan je.
next entry kita penuh dengan aktiviti adventure pulak! okayh?

================================================


iklan: 
serendah RM85 sahaja, anda mampu memiliki set bajet untuk slimming bersama Shaklee! 
cepat-cepat order sebelum terlambat.









You Might Also Like

1 comments

  1. cantik sangat-sangat pemandangan laut tu. sinopsis drama tu dah macam filem pulak...heee.
    bab makanan tu...terliurlah, semuanya selera tekak orang kita.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook