468x60

.

Ramadhan Trip: Berastagi, Indonesia (Day 1)

Monday, August 25, 2014





dah sebulan lebih baru ada masa nak update, Last Ramadhan, 13 July 2014 saya dan rakan-rakan ke Medan, Indonesia. kali ni trip bawak kawan-kawan berjalan la. kengkunun dah pro sangat la lepak Medan ni sampai organize trip for friends pulak. kebetulan Malaysia Airline buat promotion maka kali ni naik MAS untuk ke Medan, Indonesia.
tiket ke Medan hanya RM199 (return trip). 



Skybus KL Sentral - KLIA2 schedule


Airport Coach KL Sentral - KLIA


ERL Transit KL Sentral - KLIA/KLIA2
more details schedule: click here

so macam biasa, malam sebelum nak fly tu kena datang awal ke airport. orang takde transport memang begini lah. malam tu gerak dari KL sentral, naik bas dengan kawan-kawan. kami ke KLIA2 dulu sebab sana happening dan banyak choices makanan. nak lepak tidur pun banyak port. dari KLSentral ke KLIA2 naik bas cuma RM10 dan ambil masa dalam satu jam. sebelum travel, mohon lah korang check jadual perjalanan bas tu. kang takde bas ke apa kan kena naik ERL? jadual ERL pun mohon lah check. kalau malas tahap dewa pikor sangat mohon la rujuk jadual-jadual di atas. jadual Skybus dari KL Sentral - KLIA2, jadual KL Sentral - KLIA, dan jadual ERL.


malam tu sampai je KLIA2, terus bawak Sue dan Yana jalan-jalan dalam KLIA2 sebab diorang first timer. lepas tu kami ke Texas Chicken untuk makan sahur kononnya sambil charge handphone kasi full battery. dah kenyang, apa lagi lepak lorong memana untuk lelap kejap. sebab kami dah plan perjalanan kami, kami dah check jadual ERL ke KLIA2 awal-awal, so kami set alarm siap-siap haha!



bangun jam 5 pagi camtu, lepas tu sempat sahur roti bakar kat kedai dalam KLIA2, then terus naik ERL dari KLIA2 ke KLIA. tiket dari KLIA2 ke KLIA cuma RM2. First train jam 5:48 pagi. sampai KLIA terus pergi mandi dalam toilet dan subuh di sana. sempat jugak kami tengok world cup pagi tu.


oh ya, ada kawan-kawan kami yang lain parking kat Putrajaya Sentral then terus ke KLIA. atas ni rate parking kat Putrajaya Sentral. dari sana, boleh naik ERL terus ke KLIA. RM2 sehari + caj bermalam RM2 = RM4 je total. murah kan? dari Putrajaya Sentral ke KLIA pulak RM6.20 tiket ERL.


lepas tu bila kaunter dah bukak, terus kami ke drop luggage counter untuk drop luggage-luggage kosong tu. hahaha! memang niat nak bawak barang dari Medan nanti banyak so dah prepare siap-siap bawak luggage besar tapi dalam takde apa. dapat boarding pass masing-masing, terus kami masuk sebab nak jalan-jalan dalam tu. saya belum apa-apa dah beli Whittaker's Almond Gold untuk makan kat hotel nanti kalau lapar ke apa kan. kami punya banyak masa siap jenjalan pergi gate C sana saje gatal nak naik aerotrain.


Kami ber-enam yang naik MAS. dua orang lagi naik Air Asia sebab diorang beli tiket lambat. dari kiri, Syukri, Azlan, Saya, Nurul, dan Suryasu. si Yana yang ambil gambar. masa ni dah ready nak ke gate kami. sekali flight delay almost sejam daa... cuaca tak baik katanya. rupanya dua orang lagi, Mail dan DD yang sepatutnya fly awal sejam dari kami pun delay jugak. katanya low visibility untuk terbang ke Medan sekarang. oh ya lah kat sana pepagi je berkabus semacam haha!



Alhamdulillah kami tiba dengan selamatnya pagi tu jam 830am waktu Medan. kesian pak supir menanti lama di Kuala Namu International Airport. pagi tu punya kalut dan mengantuk, saya tercall supir pun guna number Malaysia. lepas tu baru tersedar lupa tukar simkad Medan. oh yang bestnya simkad dua bulan sebelum tu beli tapi masih aktif. credit pun ada lagi. bayangkan bestnya tak tamat tempoh lagi. dari Kuala Namu International Aiport, kami menaiki Kia Travello menuju terus ke Berastagi Highlands. 



oh supir ni dari Duta Rental Medan. bagus service mereka sebab time saya tengok world cup pagi buta pun diorang layan email lagi. and yang paling best, no deposit! so macam percaya la jugak kan? kami upah khidmat supir mereka untuk dua hari cuma 1,600,000 rupiah. Kia Travello tu besar dan luas boleh muat 10 orang. siap boleh melunjur kaki lagi. haha! and harga tu including tempat tinggal supir, minyak, kereta, supir. yang kena bayar sendiri cuma parking dan makan supir. ala setakat parking murah apa da hal kan?


perjalanan dari Kuala Namu International Airport ke Berastagi makan masa tiga jam sebab sedikit macet. atau traffic jammed. and jalan dia pening sikit macam naik Genting. dah lah berliku-liku dan tak rata jalannya. bayangkan lah kami berpuasa, menahan muntah segala. tapi best! masa dah masuk kawasan Berastagi semua bising mintak pak supir buka tingkap. macam budak kecik masing-masing nak rasa angin luar yang sejuk. fuh memang sejuk gila la! sempats supir kami berhenti di satu tempat. masa tu cukup teruja dah. nampak tak belakang tu nampak Lake Toba? penghujung Lake Toba je la. nak pergi Lake Toba tu jauh sangat alahai mau makan masa 5 atau 7 jam kalau macet.




sepanjang perjalanan, kami teruja tengok ladang buah-buahan, pokok avocado, pokok buah markisa, pokok limau, dragon fruit, bunga-bunga cantik lepas tu pelik. eh kenapa banyak sangat gereja? takde masjid pun? kata Pak Yus supir kami, majoriti penduduk di daerah Berastagi adalah beragama Kristian. sangat susah nak cari masjid atau surau kat situ. kemudian, kami terus ke Sipiso-piso Waterfall. adalah tambah lagi sejam perjalanan. jauh kan? tapi berbaloi! sampai terus semua jerit teruja. punya cantik tempat ni. angin pun kuat semacam. lepas tu nampak la hujung Lake Toba sikit-sikit. feeling duduk eropah dah masa ni. semua dah tak tahan sejuk masa ni terus kalut cari sweater masing-masing. suhu dalam 14 - 15 darjah celcius masa ni.



oh nak masuk kena bayar 3 ribu rupiah ke 5 ribu entah per pax. tapi sebab pak supir pandai kautim, kami bayar untuk 4 orang je. lagi 5 orang macam free je haha! air terjun sipiso-piso ni katanya yang tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 120 meter. Air terjun Sipiso-piso terhasil dari sungai bawah tanah di plato Karo yang mengalir melalui sebuah gua di sisi kawah Danau Toba. nak ke bahagian bawah sana tu ya ampun tinggi gila. nak turun tu best la. nak mendaki naik semula tak larat kot tinggi sangat bulan puasa ni ha. so kami tengok dari atas je. lepas tu sempat kami shopping baju sejuk konon nak buat souvenier ke apa. sweater kait tangan handmade untuk budak baru 40,000 rupiah. dalam RM12 je. keychain ke apa semua murah, teringat adik ada pesan nak spec rayban, sempat la belikan. 10,000 rupiah je. haha! 





lepas tu terus kami ke Mikie Holiday Resort yang dah siap booking dari Agoda. besarnya resort ni siap ada Mikie Funland. ala-ala theme park kat Gambang Resort Kuantan tu la. masa ni saya busy handle kat front desk, diorang dah bergambar macam-macam dah. tak aci betul! sebagai organizer, saya redha, haha. kat area hotel ni sejuk jugak tapi angin tak sekuat lah masa kat Sipiso-piso tadi.


 



Family Room untuk gegirls. satu bilik Family Room ni ada dua king bed, dan dua tingkat! harga satu bilik RM225 satu malam. tapi sebab kongsi berlima, takde la rasa macam mahal pun kan? masa ni bebudak laki sibuk jeles dengan bilik kitorang. sebab besar dan dua tingkat.


untuk boys, Value Plus Room harga RM129, queen bed.  mereka bertiga so mereka share je sekatil. sebab tu mereka jeles bilik kami lagi exciting! 



waktu berbuka puasa, kami ke Rumah Makan Muslim Ummi. rumah makan muslim yang satu-satunya bukak masa tu. susah dapat kedai halal sebab majoriti nya penduduk non-muslim. tapi mahal ya ampun! 588,000 rupiah untuk makan 9 orang? aaaaaaaa~~ nasib baik minum air kosong je. fuhh. sebab konsep makan kat sini, duduk dan makan makanan yang terhidang. mana yang tersentuh tu diorang kira. tapi mahal la pinggan kecik-kecik je semuanya. 1 pinggan telur dadar pun 20,000 rupiah? RM6 tahu? mahal kan?


malam tu kami ke Pasar Buah Berastagi. sempat lah shopping buah banyak jugak! sekotak strawberry fresh cuma 10,000 rupiah. Alan beli sampai 3 kotak! Avoado, Pisang Kaki, dan Salak Madu semua 1kg cuma 15,000 rupiah. suryasue siap dapat buah avocado free. yang dah terlalu masak dia bagi free je. tak dapat makan, boleh buat masker kan? saya beli beberapa neck scarf untuk cousin yang kat New Zealand. makcik kirim sebab kat sana mahal nak beli winter coat, neckscarf apa jadah ni. so semua borong kat Berastagi sebab murah gila.


malam tu kami lepak dalam bilik gegirls. lepak makan buah je la. bukan buat apa-apa tau? hah choc yang bawak dari KL tu cair teruk sebenarnya masa sampa tapi letak je atas lantai, dah sejuk. punya la membeku duduk berastagi ni.

 oleh sebab kami ada Whittaker's Chocolate yang beli kat aiport tadi, kami jadi kreatif nak makan stoberi celup chocolate. kami cairkan chocolate dalam cawan, letak air panas sikit, kacau-kacau lepas tu makan buah ramai-ramai. sedap! hahahaha. 


pagi tu tido baru sejam dua, dah terjaga awal sebab bebudak ni layan Final World Cup kat level bawah. saya tidur katil level atas. semua kemain semangat sokong Germany. masa tu tak menang lagi, kalut pulak pasang kat phone masing-masing livestream sambil menuju ke cafe untuk bersahur.



masa ni lambat la pulak dia serve makanan. semua tak sabar nak balik bilik untuk tengok Final World Cup kat TV. lepas tu masa tengok online tu tahu Germany menang, baru siap makanan. semua makan dengan tenang. oh biasa kan duduk hotel dapat free breakfast? kamu tukar jadi sahur. so chef ni masak terus untuk kami. special punya! chef tu pun muslim so dia pun sahur la sama-sama. sedap masakan dia! lagi sedap lah dari rumah makan muslim ummi yang mahal tu. 


pagi tu terus kami teruja tengok live Germany menang kat TV and terlelap kejap. tunggu turn nak mandi dalam bilik air pun boleh lelap. pagi-pagi nanti pak supir tunggu kami jam 8 pagi depan hotel untuk ke Bandar Medan!

...bersambung..









3 comments:

  1. Denaihati said...:

    mencabar jugak jalan-jalan bulan puasa, tapi pengalaman best, sahir dan buka kat tempat orang.

  1. Gelenggang KLIA Transit House menyediakan Penginapan & Parking Transit pada harga yang berpatutan. Harga Transit Parking hanyalah RM20.00 sehari termasuk hantar/ambik di Airport. T&C Apply.

    Kalau rumah jauh sangat boleh la bermalam di Homestay kami dulu esok kami hantar. Buat masa sekarang parking terhad 10 biji kereta dan boleh booking online. Sila layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut atau whats apps kami 012 303 6203.

  1. Hamzah Saragih said...:

    4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +62 821 602 111 06 Email : [email protected] : http://hamzahsaragih.blogspot.comFacebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah SaragihBB : 512113B1

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates