seyesly, aku memang tak pernah update dengan lagu-lagu baru di pasaran. few days ago, chat with my ex-bf at egypt, cik rimiey. sempena raya ini kan, mahu lah bermaafan. kita kawan kan? cool~ then tiba-tiba beliau meng-dedicate lagu gwen stefani - cool untuk aku. oke, jujurnya aku baru je dengar lagu ni jap tadi beserta lirik. menghayati okayh? oh thanks rimiey~ seyesly, memang kena sangat lirik tuh. hahahahaha. anyway we are cool right?
It's hard to remember how it felt before Now I found the love of my life... Passes things get more comfortable Everything is going right
And after all the obstacles It's good to see you now with someone else And it's such a miracle that you and me are still good friends After all that we've been through I know we're cool
We used to think it was impossible Now you call me by my new last name Memories seem like so long ago Time always kills the pain
Remember Harbor Boulevard The dreaming days where the mess was made Look how all the kids have grown We have changed but we're still the same After all that we've been through I know we're cool
And I'll be happy for you If you can be happy for me Circles and triangles, and now we're hangin' out with your new girlfriend So far from where we've been I know we're cool
dalam kehidupan kita, ALLAH s.w.t akan beri SATU peluang sahaja untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi diri kita dan sekiranya kita LEKA, kita akan keHILANGannya buat selama-lamanya. tapi, kita TIDAK pernah tahu siapa orangnya, jika kita sendiri TIDAK pernah sedar dan TIDAK pernah mencuba untuk menilai kehadirannya. mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah keHILANGannya, ketika itu baru kita mula menyedari kehadirannya cukup bermakna. tetapi mungkin kita TIDAK berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat dan ketika itu. jadi, fahamilah HATI seseorang itu dengan sedalam-dalamnya dan curahkan kasih sayang dan segala-galanya...
bangun pagi, pukul 0938 pagi. SMS diterima dari abang angkat, abang Farizwan.
"adik, selamat hari raya. abg akad nikah hari ni. jemputlah datang majlis kat rumah abg 04102009 nanti kat keratong"
tiba-tiba terus bangun dari tidur, balas SMS. "selamat hari raya. selamat pengantin baru. sampai hati tak beritahu awal"
memang sangat sedih. satu-satunya abang angkat aku yang paling rapat dengan aku sejak sekolah. dah kahwin dia hari ni. sorry sangat abang, sebab adik nangis masa abang call pagi tadi. entah kenapa adik rasa kehilangan je. abang rapat dengan adik. maaf lah, tak dapat adik datang majlis abang nanti. adik pos hadiah dari jauh aje lah. moga abang bahagia dengan wife abang. jangan lupakan adik. ingat abang janji dulu? hurm... SELAMAT PENGANTIN BARU.
salam aidilfitri. tarikh yang sangat cantik, 20092009. Satu mukadimah yang sangat harmoni dan bersifat 1 Malaysia. Cis, tiada kena mengena. Bangun pagi tadi, langsung tiada perasaan seperti hari raya. Apakah? Pergi pakai baju raya pun dengan penuh sifat kemalasan. Mungkin lebih selesa berbaju tidur? Atau lebih gemar untuk meneruskan hajat tidur dengan penuh kelenaan? Entah. Jujur, tiada rasa semangat raya. Tiada suasana raya.
Bersiap, bermekap terus ke rumah sebelah. Makan kuih, then balik. Tidak perlu tunggu lebih lama dan memasang angan-angan mahupun impian yang takkan tercapai dek akal iaitu mengharap kan duit raya. Konpem tak dapat. Tua sudah. Selepas beberapa minit meluangkan masa di rumah menanti tetamu, hanya 1 angpau yang diterima dan berisi RM2 pemberian sepupu. Salah satu pencapaian yang boleh dibanggakan? Hahaha. Then, dapat topup celcom RM30, dan topup maxis RM30. Sangat berteknologi tinggi zaman ini bagi duit raya juga melalui topup sahaja. Celcom pula terus bagi bonus raya, up lagi RM10 FREE. Sudah, kalian tidak perlu meraih simpati meminta sebarang share topup pula selepas tahu baki akaun celcom dan maxis saya. tiada rasa mahu menderma pula sempena raya ini.
Perasaan mahu bergambar juga tiada. Tiada semangat camwhore. Hanya kurang daripada 10 gambar yang berjaya diambil. Mengapakah? Ini bukanlah neyra shazeyra kalau tiada semangat camwhore. Entahlah. Baik, lihatlah gambar yang ada ini. baju yang dipenuhi manik dijahit oleh sepupu, bergaya pula bersama selendang baru ala yuna, dan juga gambar bersama sepupu yang agak rapat sejak kecil. Dusssh! Anda berminat dengan sepupu saya yang masih available dan mempunyai kereta Perdana sebijik serta penuh daya memikat? Hahaha. Macam iklan mencari jodoh. Abaikan ayat mengarut di atas. =)
pagi raya bersiap beriye macam nak pergi raya sangat. hakikatnya, waktu ni, pukul 10.00 pagi baru bersiap. idak lah terlalu pagi sebenarnya. sesudah enchek sayang MMS gambar raya beliau, terus tersedar diri sendiri belum mandi sebenarnya ;)
sudah memakai shawl baru, adakah seperti Yuna? huh, tidak mungkin. perasaan semata-mata sahaja. comel lagi dari yuna? itu sudah pasti. ngeheee~
ini teman lelaki saya yang baru. bertandang ke rumah ketika di pagi raya? eh BUKAN. mati saya. ini bukan orangnya. ini sepupu saya yang masih single dan available. mahu mengisi kekosongan? isi borang dan hantar bersama gambar pasport 4 keping. hahaha.
Aku tiba di Bandar Kuantan pada pukul 9.30 malam. Perjalanan lewat sejam dari kebiasaannya. Biasalah, jalan jammed teruk. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuantan, bermacam-macam jenis accident aku tengok. Alhamdulillah selamat sampai. Sepanjang perjalanan selama 4 jam setangah itu juga aku tak tidur sebab borak dengan mamat warden penjara sebelah aku. Macam-macam cerita dari penjara aku dengar sampai tak tertidur langsung. Tu belum lagi masuk hal melayan cerita pakcik driver bas. Korang memang best lah! Cesss… mentang-menang lah aku duduk seat depan sekali korang bantai tak bagi aku tidur ye?
Balik rumah, sumpah mengantuk. Tidur lah. Ape lagi kan? Sahur terakhir aku, aku buat garlic bread. Ecehhh…makan aje. Sorry lah reena, bagi ko terliur jek bila ko bukak blog aku kan? Hikhikhik. Tengah hari tuh, semua bersiap nak balik kampung kat kuala rompin, Pahang. Kenapa tengah hari? Sebab bangun lambat lah! Hahaha.
Sampai pukul 3 petang. Sepanjang perjalanan, ada 2 accident. Adoyai, perkara biasa ketika musim perayaan. Berbuka puasa yang terakhir untuk Ramadhan ini, kami berbuka di bawah pokok rambutan. Cewahhh..ala-ala berpiknik sakan je. Padahal semua kaki kena gigit nyamuk sebab nyamuk pun berbuka puasa jugak petang itu. Makan apakah? Macam-macam. Biasa lah, dah puasa yang terakhir kan?
Then, tengok lah makcik aku bersungguh-sungguh bakar lemang. Sampai jam berapa mahu siap pun tak tahu lah. Pssstttt…korang tidur lah sekali dengan lemang-lemang tuh semua okayh? Nyamuk kan ada buat jadi teman. Hikhik. Bakar sampai lemang itu sedap tau. esok orang semua nak datang beraya. Hurm, raya kali ini tak semeriah mana pun. Sebab Cuma kami 1 family yang pulang. Then tambah family pakcik aku yang duduk sebelah rumah tok aku, ada lah 2 family je. Tak seronok.
Malam tuh, main bunga api je. Mercun pun tak banyak. Sebab tahun ni pakcik aku a.k.a sponsor mercun takde raya kat sini. Ceh! Bunga api pun jadi la. Pelita pun ada satu tuh jek yang kitorang nyala kan. Hahaha. Takde semangat raya betul. Sangat jeles enchek sayang telefon tadi macam meriah je dia nak raya kat sana. Cis cis. Pssstt….sayang, baby mahu duet raya dalam sampul oke? Boleh ek? Hikhik. Eh tadi tengok drama kat TV3. Tajuk salam terakhir. Fuhh sedeyh dowh! Memang best la rosyam nor berlakon. Nak menangis kejap tadi. sob… sob… sob…
Oh sebelum aku bebel ucapan raya kat sini, meh semua layan iklan kejap. Tajaan pakcik ramadhan bin syawal. Eceh…pandai betul mereka-reka nama. Korang nak tengok gambar hantu yang muncul di bulan puasa? Ini real okayh. Gambar diambil di benteng sg. Kuantan. Jangan lah korang tengok gambar mamat hensem kat depan tuh. Sila zooommmm betul-betul gambar kat belakang itu. Nampak? Seriously, beberapa hari lepas, aku dan housemate juga Nampak makhluk putih di kawasan rumah kami. Adoyai, bulan puasa macam ini juga ada kah?
Okayh, sempena esok yang sudah konpem raya, izinkan kedua tangan ini bersimpuh maaf dari tulisan yang tidak terjaga, janji yang terbaikan, kesombongan hati dan salah kata yang telah aku lakukan selama ini. dengan penuh keredhaan hati dan beranikan diri, salam aidilfitri aku ucapkan untuk semua. Terima kasih untuk semua SMS dan kad raya yang aku terima. Selamat hari raya semua!
p/s: sape yang tak sempat aku bg kad raya, amek lah kad raya kat atas tuh! :P
hish... rasa macam lama gila tinggalkan belog sampai penuh sawang sana sini. cbox juga dipenuhi dengan segala bagai message. comment juga hanya dibaca tanpa sempat meng-reply. busy dowh! lagi-lagi tak boleh online di ceruk hutan beranang disebabkan berukband yang macam vavi jek perangai.
beberapa hari lepas, dapat 1st hari raya card from cik tulang ikan. kad raya sekeping tulis crayon? boleh lah tuh. comel jugak. anggun macam tuan nya kan? lagi teruja sebab ada handmade bag hasil kreativiti tangan halus mulus cik tulang ikan. then, dapat pulak pin ribbon yang beliau buat. ces! aku puji melambung-lambung nanti cik tulang ikan kembang macam ikan buntal pula. then, dapat kad raya jauhhhhh dari perantauan. singapore je kot. dari cik mala ayiee. thank youu sayang! and then kad raya ketiga dari blogger sabah,adry sabry and housemate juga beri kad raya.
fuhhh...baru dapat 4 kad?
aku hantar 40 kad kowt. hahaha.
semalam, oleh sebab aku tidak join mereka yang lain berbuka puasa bersama lecturer kesayangan, aku membawa hati yang lara ke semenyih. ke D'Tree Steak House. cewahhh macam best kan? order mix lamb chop and lime ice, kawan aku pulak order chicken chop and watermelon lychee juice. fuhh mmg sedapp giler sampai full perut. poket jek yang kosong lepas tuh. :P
and now, aku at the mall. jalan-jalan sambil blogging sementara tunggu bas pukul 5pm kat pekeliling. cuti dari hari rabu, tapi terpaksa jugak tunggu sampai hari jumaat. sebab tiket dah beli awal sangat. ciskek, kenapa kolej tak bagitahu awal-awal aku takde kelas start rabu lagi? grrrrr....
Hati seorang perempuan bukan untuk disakiti, Hati seorang perempuan bukan untuk dilukai, Hati seorang perempuan bukan untuk dikhianati.
Tetapi, Hati seorang perempuan untuk dikasihi, Hati seorang perempuan untuk dihargai, Hati seorang perempuan untuk menyaangi lelaki.
Hanya untuk insan bernama lelaki,
Kalau kamu benar-banar seorang lelaki sejati, kamu pasti mengetahui apa yang harus kamu lakukan untuk perempuan yang kamu sayangi dan kamu pasti mengetahui bahawa hati perempuan yang kamu sayangi itu bukan untuk disakiti tetapi untuk dihargai. bukan juga untuk dilukai tetapi dikasihi. kadang-kadang seorang lelaki terlalu menyayangi seorang perempuan, tetapi tetap tidak tahu untuk menghargai mereka. penghargaan itu adalah lebih penting dari segalanya. kasih sayang dan cinta juga perlu dalam sesuatu hubungan antara lelaki dan perempuan dan yang lebih penting hati yang ikhlas untuk mula menyayangi antara satu sama lain.
picisan hati,
Gadis -14092009 (22:40)
*apesal aku rasa macam tersalah post entry ni kat sini and bukan kat blog aku lagi satu? hahahaha. dussssshhh! bengong! ni semua sebab ade orang YM kat aku suruh taip entry bukan-bukan macam ni. hahaha. hati tak cantik, jiwa tak tenang ini*
aku nak update secara rakus. sebab terlalu bz sampai terpaksa update secara rakus. lintas langsung dari surau an-nur, kolej profesional mara beranang yang techenta.
#1 - kelmarin buat buah melaka. memang sengaja tayang kat sini bagi cik reena jeles gila. sebab air liur dia selalu meleleh terliur bila bukak blog ni. reena, hari ni aku nak buat puding koktel buah pulak. meh ah datang rumah sewa aku. hahaha
#2 - hah, kelmarin masa tengah lepak-lepak kat bawah rumah bersama abg syed kuh itu, aku ternampak kelibat 3 makhluk yang dah lama gila aku tak nampak. ishhh macam kenal jek rambut itu? sah! hany, adya and deela. entah macam mana aku nampak deela dulu tapi terpanggil hany pulak. hahaha. lama dowh tak jumpa korang semua. deela tuh selalu lah jugak aku nampak dating kat area KL kan? haha. mereka semua itu ex-classmate aku masa sekolah dulu kala. SMARTIAN!
#3 - semalam pergi jumpa miqdad di times square. but, sebelum pergi jumpa dia, sempat pergi shopping kat masjid india dan jalan tar bersama rakan :)
#4 - sempat pergi tengok wayang. pergi tengok movie Gamer. rasa mengarut. lagi pun tak berapa concentrate sebab sibuk berbuka puasa dengan subway dalam panggung wayang. ini kali kedua berbuka dalam panggung wayang.
#5 - sebab takde mood secara tiba-tiba semalam, on the way pulang ke rumah sempat melepak di KTM Kajang sambil menulis sesuatu di atas kertas. apakah? tunggu next entry. hahahaha. konon macam saspen sangat je bila aku buat ayat macam tuh.
#6 - hari ini, dalam kelas MPW, sempat buat kad raya untuk en.z mentor tersayang. ingatkan nak bagi je kad raya beli kat kedai. tapi memandangkan en.z dah buat statement nak kad raya buatan sendiri supaya lebih bermakna, dengan semangat gigih aku buat sejak pagi. nasib tak terbakar rumah sebab sibuk bakar kertas tu. hahaha.
#7 - rasa teruja gila dari pagi dapat banyak call and tweet. wahhhh semua dah dapat kad raya dari aku ek? bagos! aku pun dah dapat first kad raya today from singapore. weeee~
#8 - assignment masih tidak dapat disiapkan atas sebab kemalasan yang terlampau. bernasib baik quiz dan assignment MPW telah dipostpone due date hingga lepas raya. kalau tak, mampos aku!
#9 - aku sekarang tengah busy dengan techcom day yang bakal menjelma lepas raya. konon macam kolej ni nak buat PC Fair la. agak-agak korang, apa yang patut aku jual masa techcom day tu? any idea?
memang sengaja buat belog ni macam papan kenyataan.
announcement 1:
ini sudah berbuka dua kali berturut2 dengan sae kajang tak habis2. buat anarm dan syah, korang kan memang suka panggil saya budak satey. memang betul lah saya suka makan sate kajang 5 cucuk sehari. hahahaha. sedap tahu tak! lepas ni habis belajar november ni konpem rindu gila kat sate kajang.
announcement 2:
semua kad-kad raya sudah berjaya di pos kepada sesiapa yang sudah tinggalkan alamat mereka di entry sebelum ini. korang tunggu ler oke? 26 kad raya untuk malaysia and 1 kad raya untuk singapore. sememangnya suka bagi duet kat pos malaysia tuh banyak2 sempena hari raya.
kepada penduduk twitterville sekalian semalam pasti tertanya-tanya bila saya tweet ketika berada di rumah lecturer. apakah? pasti tertanya-tanya mengapa saya dan rakan-rakan sibuk membuat 12 pan pizza kasih sayang. hahaha.
sebenarnya semalam, sejak pukul 12.30 pm mentor tersayang menjemput mentee-mentee kesayangan beliau ke singgahsana beliau untuk menjadi tukang masak. ecehhh. terhormat gitu sebab ada limosin waja menjemput kami. semuanya untuk majlis berbuka puasa bersama mentee-mentee. tapi, bukan mentee pun ada juga memeriahkan suasana. macam biasa lah kan, sambil masak tetep online. hahaha. sudah! sungguh malas mahu bercerita. mari lihat gambar.
ini faiz. anak bongsu en.zakaria rosman, mentor tersayang kami. budak ni, masa saya mula-mula datang pun sudah teruja semacam. macam ahu je kakak dia ni bawak cokelat besar untuk dia. terus bukak cadbury turkish delight and makan. bila tanya, "faiz puasa ke tak ni?" dia jawab, "puasa!" tapi mulut comot-comot makan cokelat. hahaha. sangat comel!
ini sambil menghadap ulam-ulaman yang ada, juga mahu bermain-main. cik sue memang sengal pergi main kacang panjang. kesian faiz, dapat kakak sengal macam kami. hahahaha. kao tahan je lah dik pais oit!
hah! ni lah gambar pizza kasih sayang yang berjaya di sebarkan di twitter semalam. habis semua meminta-minta pizza kasih sayang kami. sangat sedap kamu tahu? biasa lah, pizza buat sendiri. habis semua pizza kami letak topping banyak-banyak. doh pizza juga dibuat sendiri oleh isteri en.zakaria rosman mentor tersayang itu. sangat lembut! cepat-cepat mintak resipi.
sudah penat jadi tukang masak, cepat-cepat bawak lari 3 bijik basikal yang ada. pergi main-main macam kanak-kanak ribena sudah lama tidak bertemu dengan basikal. terus pergi tasik depan rumah, pergi buat aksi-aksi tidak senonoh bersama basikal. fuuuh! kurus peha kayuh basikal dengan susah payah.
dah penat main basikal, tukar baju seluar semua. tengok tuh. banyak kan makanan? nyunmmmy~ banyak lagi kat meja lain. itu baru sikit... hahahaha. sesungguhnya ramai berebut pizza kasih sayang yang sedap itu.
penutup entry kena la letak gambar budak comel yang sangat comel macam tuan punya blog kan? hahaha. gambar faiz tengah bergaya bersama baju raya baru dan kasut raya baru. sepatutnya dia pergi try je. sekali dia pergi guling-guling terus atas rumput. hahahaha. nakal betul!
aku malas update dowh. korang layan la gambar2 yang ada ni hah. aku sibuk buat ABIT. *kononnya, padahal sibuk tidur je perempuan ni. semua kerja langsung tercicir kemana-mana entah*ini sudah habis rajin semangat lebih nak update lepas pulang dari kolej, meeting pasal techcom day, tuntut parcel lepas lori sky net sesat dalam kolej jap tadi, kelas ABIT yang sampai dua jam itu dan mentor mentee yang sangat lama. sudah! layan gambar2 yang ada yang merujuk kepada akiviti aku sejak dua menjak ini.
#1 - memang sengaja nak letak gambar aku dan sayang2 kuh ini disini. saja gatal edit gambar2 gedik kami bertiga. sara and eny my deary, i miss you lah! nanti kita pergi gedik2 lagi oke sayang?
#2 - apakah perasaan anda apabila pergi menonton wayang movie yang sama dalam masa seminggu? hahaha. aku pergi tengok final destination 4 lagi. di midvalley megamall. kali ni tengok versi 3D. mmg syoookkkk dowh! nak muntah semua isi dalam perut. gila best!
#3 - sebab tengok wayang punya pasal, terpaksa la pergi berbuka minum extreme latte ice blended beli dekat san francisco coffee je. dah tak sempat cari kedai kosong. konpem penuh punya. huhuhu. tak habis pun aku minum latte bersaiz large dan berharga rm 15 itu.
#4 - ish... mana boleh tak makan fast food sehari dalam hidup aku ni. konpem ada punya. tengok tuh! pizza hut super supreme flavour, dengan meatball masala. itu baru sikit. memang sengaja tak mau snap gambar makanan lain yang penuh atas meja. hahaha. gila rakus kegemukan.
#5 - sempat juga pergi meredah dunia kajang untuk ke saujana impian. pergi rumah kak na, cari makcik chubby nama ainy. hahaha. jangan marah sayang! adoyai sudah dua kali jumpa juga lupa mahu ambil gambar kan? eh buat apa pergi rumah kak na mencari gadis bernama ainy itu? pergi ambil kuih raya lah! raya kan nak dekat? nyummy!
#6 - tengok? kembali berpoya-poya macam takde assignment nak buat je. aku dan lina pergi ke the mines lepas diculik oleh pasangan bahagia nora dan zaidi. yang tak boleh blah siap bawak lappy masing2, buat assignment dalam kereta dan kelam kabut hantar email ke lecturer sebab assignment kena hantar sebelum pukul 12. memang pelajar cemerlang. hahaha
#7 - sememangnya sangat cemerlang dan terbaik dari ladang sebab masa kerja tak submit2 lagi through email, masih sempat pergi funfair kat balakong dan berpoya-poya. gila kan? sekali sekala mahu jadi kanak-kanak riang tadika versi ribena. main spinning chair ape kejadah entah nama itu pun dah berpusing2 kepala kami. tobat tak mau main dah menatang tuh!
#8 - salah satu rutin mingguan ialah SHOPPING! shop til' drop ler ape lagi kan? malas sangat nak amek gambar banyak2 so aku list kan je la yerk?
black skinny jeans from Treats, The Mines
white off-shoulder top from Treats, The Mines
words tee with ribbon from LS, Times Square
black quarter pant from Pretty Style, Times Square
white dress from unknown boutique, Times Square. *ta engat nama kedai la!*
earings from Bjoux, Metro Kajang
errrr...macam2 lah lagi sampai ta engat langsung dah. semua harga terpaksa dirahsia kan atas sebab takut nanti ada yang mati terkejut pulak.
#9 - aduh! banyak sungguh parcel minggu ini kan? yang tak boleh blah memang jodoh aku dengan segala jenis pejabat pos atau pusat courier tak panjang sebab macam2 masalah. minggu ini dapat parcel dari cik nuri zahira dari klang, cik emy juliana dari kuantan, dan cik mala ayiee dari singapore. thanks sayang!
#10 - memang sengaja nak cukup kan sampai no.10 ... ini hadiah birthday paling last aku dapat. dari ayiee from singapore. ayiee, u nak tahu tak sudah berminggu2 parcel ini stuck? sedaya upaya i pergi telefon sana sini pusat sky net itu sebab parcel sudah sampai ke nilai dan clerk sky net bodoh itu cakap u tak letak full address padahal betul je address itu? lagi bengang bila driver sky net itu pergi jadi sangat sengal salah baca alamat sebab cari tingkat 5 kat dalam pangsapuri bertingkat 4 ini? sampai ke bumbung die pergi cari tingkat 5 agaknya. dan susah payah i pergi suruh driver itu hantar parcel itu pergi kolej dan padan muka driver iu blur cari jalan esoknya. lagi tertekan perasaan tengok 3D puzzle berbentuk star itu sudah pecah berderai dan terpaksa i pikir secara mendalam macam mana nak sambung semua pieces yang ada. akhirnya berjaya. hahaha. anyway, thanks sayang for the gift. i tahu koala bear tuh konpem u beli masa pergi australia hari itu kan? sangat comel. lain kali pos donkey pulak ok? hahaha!
eh eh dah penat lah tiba2 bebel entah hape entah ini. mahu pergi masak fettucine creamy cabonara pulak lah untuk berbuka. bubbye! p/s: aku agak busy dengan life kat kolej. sebab itu jarang update. hahahaha :P
masa takde, lappy baru sehat. banyak entry tertangguh. maka, terpaksa buat drift pegi fast furious update entry. so, mari membacca dan meng-komen.
#1 - hah, memang shopping 24jam sejak akhir-akhir ini tapi duet tak bersentuh sangat duet sebenarnya. apakah? maka, barang yang sempat diborong adalah kosmetik elianto, kasut vinci, baju nuek suruh beli, then makan nandos, mekdi dan juga menonton wayang! minggu ni saja saya dah tengok UP dalam versi 3D, and final destination 4. semua orang belanja. paling best final destination 4 sebab tengok ramai-ramai.
#2 - benda ini yang buat hidup saya huru hara sejak dua menjak ini. sehingga kan blog juga terpaksa bersawang dua tiga hari atas ketiadaan lappy kesayangan. mula-mula charger rosak, dah melayang rm100. then, screen pulak. melayang lagi rm400 . hahaha mengong kao lappy!
#3 - oops! terjumpa enchek M yang dalam perjalanan pulang ke hostel. maka, terpaksa menculik beliau sebentar berjalan-jalan ke masjid india. siapakah beliau ini? paham sendiri sudah. dah mengantuk nak explain macam-macam.
#4 - photoshoot session with sara, fazreen, ed and eny. best ouh! nak tengok lagi banyak gambar? sila ke FB saya
apakah itu LIVE blogging? takde makna semua itu. tidak ada handphone secanggih kalian untuk berbuat demikian. tapi, saya sememangnya berada di times square now. lama tak update bukan? lappy kesayangan baru sihat. kesian beliau masuk hospital. sakit tenat. takpe, bagi saya sedikit masa, saya buat fast update dalam masa terdekat
=)
p/s: shopping time now. eh bukan. amek gambar time. hahaha.