Bosan kan masak masakan sama je maka hari ni try la masak ikut resepi oleh Chef Selebriti, Chef Hussin Khan. Katanya kalau ikut resepi dia ni lamgkah demi langkah pasti jadi. Gituhlah katanya. Disebabkan Bae dah beli buku resepi ni, ikut suka dia jugak request macam macam. Okayh hari ni try masak Ayam Beriani dulu.
Sempena Malaysia yang bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 Tahun pada 31 Ogos 2017 kana datang ni, saya sarankan korang semua pergi menonton Filem Malay Regiment demi menambah sifat patriotisme dalam diri korang tu. Hah baru lah semangat merdeka namanya!
Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. Kan?
Semua orang kalau sarapan pagi mesti cari nasi lemak, roti canai atau mie goreng kan? Paling simple dan cepat pun makan roti bakar ye kan? Hah tapi cukup ke semua ni? Apa lagi yang kurang agaknya? Tahukah anda, kajian juga menunjukkan dengan menambah segelas susu Dutch Lady PureFarm dalam hidangan sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia boleh membantu untuk memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak?
Minggu lalu saya, Shafiq dan Fazril ke NeighbourFood di Dataran Pandan Prima, Pandan Jaya. katanya ada hidden heaven place to enjoy food di Pandan Jaya ni. Yeah jumpa juga NeighbourFood ni! Masa mula-mula sampai tu terpegun tengok dekorasi dalaman cafe ni yang sangat bersih, cantik, selesa dan rasa cozy je kalau nak lepak dengan kawan-kawan atau makan bersama keluarga. So, apa je yang ada di sini?
Baru baru ni diumumkan edisi kedua untuk pertandingan ratu cantik paling unik dan istimewa di Malaysia iaitu Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017! Kolaborasi bersama Qui Production Group dan De BEAUTY, AIBP 2017 tahun ini bertemakan "Be A Star" dan setiap peserta bukan sahaja akan dinilai berdasarkan kecantikan tetapi dari segi akademik, karakter diri dan juga pencapaian berjaya dalam kerjaya mereka.
Syarikat penerbitan yang memenangi Anugerah
Malaysia untuk filem NOTA, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diasaskan oleh Yasu
dan Bea Tanaka, secara rasminya mengumumkan perjanjian mereka dengan Ivanhoe
Pictures iaitu sebuah syarikat Hollywood, untuk filem mereka TERBALIK / UPSIDE DOWN yang merupakan sebuah filem Malaysia di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Klang. Perjanjian
ini telah melakar sejarah Malaysia kerana ia menandakan yang pertama kali terjadi! Wow perjanjian apa ni?
Bila kita travel, terutamanya ke negara luar, mesti rasa susah nak beli simkad tempatan yang baru, lepas tu nak tukar sim dari phone kita dan ada potensi untuk hilang sim kad asal kepunyaan kita kan? Renyahnya bila kena beli simkad, reload, langgan data Internet semua. Kalau ada wifi kat hotel kadang-kadang dapat laju, karang low pulak sharing dengan orang laib. Ye la, kalau takde Internet macam mana nak upload gambar di Instagram tayang pada sanak saudara dan rakan yang lain kan? Kalau travel dalam Malaysia pun, kadang-kadang kalau dah hotel ada WIFI percuma sah sah nak jimat data sendiri kan?
Dah habis sakan beraya dengan open house tak henti setiap hari,inilah masanya untuk kita tetap kekal fit dan maintain sihat! Siapa suka running? Ramaikan rakyat Malaysia ni suka masuk run? Haaaa sebsb tu IJM Land Half Marathon 2017 terima banyak penyertaan tahun ni!
FINAL ROUND Shuddup N' Dance 2017 di Klang Parade bakal menemui korang pada 12 & 13 Ogos 2017 ini. Ya, final round sebelum ke International Grand Finals! Woot! Selama ni selalu tengok dance competition di K-Street Carnival di Klang Parade dan CITTA Mall. Tak sabar pulak rasanya nak tengok Shuddup N' Dance 2017 ni hah.
Selepas pulang trip dari Penang ke Phuket, Ney bergegas kemas backpack. Eh
kemana? Hahhhhhh Ney ikut trip Jelajah FTRoadpedia Zon Utara anjuran Kementerian Kerja
Raya (KKR) Malaysia. Merentasi 5 buah negeri di sebelah utara Semenanjung
Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur ke Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan
Perlis melalui Jalan Persekutuan. Memang ulang alik utara je Ney ni! Jalan Persekutuan merupakan jalan utama
tetapi orang ramai selalu menganggap Jalan Persekutuan ialah jalan lama atau
jalan kampung.
FTRoadpedia bermaksud Jelajah Bermaklumat melalui jalan-jalan
persekutuan (Federal Trunk Road). Ramai tidak sedar bahawasanya melalui Jalan
Persekutuan lebih menarik berbanding melalui jalan alternatif atau lebuhraya.
Memandangkan kampung nenek saya di Kampar, Perak, Ayah sejak dulu lagi memang
gemar melalui Jalan Persekutuan. Jujurnya, saya pun tak tahu jalan kampung yang
selama ni Ayah lalui untuk kami pulang beraya di kampung rupa-rupanya jalan
utama atau jalan persekutuan. Haha! Saya juga lebih gemar melalui jalan-jalan
persekutuan kerana menyusuri kampung, hutan dan pecan-pekan luar Bandar yang
menyeronokkan suasana perjalanan. Makan, lawat, rehat dan rawat komponen
jelajah FTRoadpedia kali ini. Apa destinasi menarik wajib pergi sepanjang Jalan
Persekutuan menghala ke utara? Hah saya senaraikan apa yang saya sempat singgah
dan lalui:
Bila dapat tahu berpeluang untuk menaiki Libra Star Cruise dari Pulau Pinang ke Phuket, hati gembira tak terkata! Ini nukan kali pertama saya menaiki cruise, pernah cuba di Bali, Indonesia dulu tpi cuma untuk day trip ke Nusa Dua. Bila dapat tahu cruise trip kali ini 3 hari 2 malam dan akan bermalam di atas Star Cruise, wahhhhh! Teruja nya! Dah lah selalu nampak cruise tu parking kat Swettenham Pier Cruise Terminal selama ni.
Sekali dah cuba Artisan Peanut Butter, mesti dah tak boleh lupakan rasa sebenar peanut butter tu -- dulu, masa kerja kat Great Eastern Mall, bila ada Flea Market on weekend mesti beli segala jenis homemade and healthy condiments yang dijual. Selalu sangat rasa tester, terjebak terus lah jatuh cinta dengan homemade foods!
Tapi itulah... masalahnya, selalu tunggu dua tiga bulan sekali baru ada Flea Market jual local homemade food bagaikan tunggu bulan jatuh ke riba. Bila tanya seller ramai jenis jual di merata tempat bukak pop store, tiada tempat tetap. Ada yang tidak aktif, jualan online juga masa tu. Mana nak dapatkan homemade foods sedap macam ni dengan mudah?
Penyaman udara yang berada dalam keadaan optimum akan dapat
memberi faedah kepada pemilik rumah dalam mewujudkan suhu yang nyaman didalam
rumah. Akan tetapi, jika penyaman udara itu tidak diselenggara dan diservis
secara berkala, ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara di dalam rumah.
Kuman dan kulat boleh membiak di dalam unit penyaman udara,
dan bau hapak akan mulai tersebar ke seluruh rumah. Habuk atau kotoran yang
tidak dicuci akan menyebabkan unit penyaman udara itu menggunakan lebih tenaga
elektrik untuk berfungsi seperti biasa dan akhirnya akan menyebabkan kenaikan
bil elektrik bulanan di rumah anda.
Jadi bagi memastikan penyaman udara anda sentiasa berfungsi
dengan baik, berikut adalah beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan
sendiri di rumah untuk mencuci unit penyaman udara di rumah anda.